>
Tetiba je tangan ni tergerak nak klik kat folder 'Gambar Kamere' yang tertera kat desktop aku. Sampai lam tu, ade beberapa folder lain, antaranya sbpibr, mesir dan mep 7. Aku pun bukak lah folder sbpibr. Lama dah aku tak jumpe bebudak skolah menengah aku nih. Balik Malaysia ai tu pun tak sempat nak jumpa semua. Bila jumpa plak ramai dah berubah. Mat Jem makin berisi, Che Ku, seperti namanya jadi cekgu. Al Omar aku tak jumpa langsung walaupun rumah dekat je.
>
>
Bile tengok balik gambar masa muda2 dulu, aku teringat satu cerita. Masa SPM, semua pelajar form lain balik rumah. Kalau tak silap masa tu lepas paper bio -- paper bio adalah paper last untuk pelajar2 sains tulen SPM taun tuh-- kami (ade r beberapa kawan ak nih) buat plan nak naik tangki air sekolah. Sebenarnya aku nih memang dari awal mula2 masuk sbpibr lagi aku bercita - cita untuk melawat semua bangunan kat sekolah tu sbelum aku tamat belajar, dan salah satunya adalah tangki air. Malangnya ada 2 tempat aku tak sempat ziarah; iaitu, loji najis sekolah dan satu ruang yang letaknya kat bumbung bangunan akedemik -- tangga tak disediakan jadi kena ada tangga sendiri untuk naik.

Jadi petangnya kami berkumpul untuk naik ke atas. Tak tinggi mana pn, ade lah dalam 15-20 meter je kot. Ada yang bawak kamera, cat dan berus. Yang bawak diri pun ada. Bila kawasan sekitar nampak lengang -- yakni tiada pak guard, PK Hem dan Ustaz Megat, kami naik tangga ke atas. Sampai setengah jalan, kaki nih rasa lemah bile tengok ke bawah -- tinggi jugak -- kalau jatuh maunya tak sampai Mesir agaknya.
>
>
>
Akirnya sampai jugak kat atas. Pemandangannya memang lawa. Dan keindahan pemandangan petang tu dicemari dengan aktiviti haram kami yang rasanya memang jadi annual vandalisme kat sbpibr -- meninggalkan seberapa banyak kenangan pada tangki air sekolah berbekalkan berus dan cat yang dibawa naik. Lepas upacara cat mengecat diadakan, kami mengambil sedikit sebanyak gambar sementara PK Hem dan pak guard masih tak perasan yang ade budak2 naik atas tangki. Ada yang sempat skodeng asrama puteri (aspury) memandangkan tangki air merupakan struktur yang letaknya di antara flat guru dan aspuri. Kalau la Teacher Norliza nampak, maknanya tiade lagi nasik lemak dan nasi goreng buat sarapan serta makan malam untuk kami, memandangkan beliau menggantikan tugas kantin untuk menjual makanan kepada pelajar2 spm. Ye la, orang tak ramai buat ape bukak.
>
>
Masa turun ke bawah, ada sahabat yang perasan PK Hem berlegar-legar kat kawasan dekat surau sekolah. Dengan jantung berdenyut bagaikan nak tercabut dari thoracic cage, kitorang berhati-hati masa turun pulang ke aspura. Dan perbuatan ini dicontohi jugak oleh beberapa pelajar aspuri yang perasan kami naik pada petang tuh..sape? ramai la jugak..cube la tengok, mana tau kot kite pn naik jgk..
>
>
>
>
>
>
>
>
vandalisme tu tak elok..
>
>
>
>
>
antara yang turut serta
>
>
>
>
riadah di petang hari
>>
>
>
5 budak sekolah- 4rm left -- prefect, ex-prs,
librarian, prs and ordinary school guy
librarian, prs and ordinary school guy
cameraman : Kay P
>
>
>
>
Kay P tadi adalah brader yang pakai cap
>
>
>
>
>
>
>

surau sekolah. Tepinya dewan dan depan dewan tu pondok pengawal
>
>
mentari terbit -- naik lepas subuh
>
>masa pagi tengok matahari terbit
>
>
>
>
>
>
>
xbesdanxbes v
29 nov o8