Annual Maarad el Kutub

Sudah 2 kali aku pegi maarad, tapi masih nak pergi jugak, sekurang - kurangnya skali lagi. Tensen bila dapat tau ada satu buku yang aku beli tu bersekuel. Silap jugak aku tak cari awal - awal. Padahal tadi buku tu ada depan mata je, tapi apakan daya, hati tak tergerak untuk beli. Harap - harap tak abes lagi la bila aku pergi pulak pasni. Kalau bukan esok, lusa.
>
>
Hari pertama aku pergi, sempat la round2-pusing2-rayau2 kat 2 3 gerai, dan memang berbaloi walaupun penat - lama tak bersukan, sebab aku bukan Saufi aka mr muscle. Rasa macam nak tercabut lutut dan kepala otak nih, maklumla mesir nih memang kaya dengan asap, sampai ada sorang brader nih terpaksa kensel datenya dengan drama bersiri Bloody Monday disebabkan pening dan rasa nak muntah. Semalam aku cuma beli buku motivasi dengan harapan diri ini akan termotivasi dengan pembacaan buku - buku sedemikian..
>
>
Hari kedua iaitu hari ni, seramai 4 orang termasuk aku pergi sekali lagi ke maarad. Bertolak pagi lebih kurang pukul 10 lebih, dan sampai saja kat sana, kitorang tetapkan masa untuk berenti selepas Zohor sebab hari tu jugak, ada 2 lagi tempat yang wajib kitorang lawat. Aku terjumpa buku yang bersequel tu kat kedai pertama. Buku yang direkemenkan oleh kawan aku, yang nampaknya tersangat addict sampai menjerit - jerit. Excited kata orang Terengganu. Aku beli beberapa buah novel, yang tulisannya kalau orang rabun jauh tengok tanpa pakai spek boleh tersilap dengan kamus Oxford Fajar Bakti.
>
>
Kemudian, selepas solat Zohor, kami bertolak ke ct star. Ramai la jugak pemandu yang diinterview sebelum berjumpa calon yang berkenan di hati dan menepati syarat yang ditetapkan. Dengan harga tambang 7 gen, kami sampai dengan jayanya kira - kira 15 minit kemudian. Pemandu tu sengaja ikut jalan yang jauh sikit, katanya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Arip dengan charger baterinya, Migho dan Saufi dengan stationerynya, dan aku, dengan barang - barang yang aku nak beli. Keadaan kat sana memang sesak, ditambah dengan manusia berpakaian pelik - pelik.
>
>
Kami sampai di rumah hampir pukul 5 petang, dengan menaiki cab zebra Mesir bertambang 15 gen. Tak tau la sama ada kami kena tipu, atau itu memang harga dari Awwal Makram sampai spital Kasr El Einiy. Selepas solat Maghrib, kitorang bertolak pulak ke Fummal Khalig, rumah Umar untuk program sc gabungan. Bermula selepas Isyak sampai pukul 9 lebih, dan diisi dengan satu slot ceramah bertajuk "Apa Erti Aku Menganut Islam", disampaikan oleh Ustaz Syauqi dari the government of ARMA. Kebetulan jugak masa tu ada 4 orang pelajar Jordan yang datang ke Mesir untuk melancong dan ziarah sahabat. Masa kat rumah Umar jugak la aku dapat tau bahawa buku yang aku beli tu sebenarnya bersambung...ada lagi 4 siri...

entri lepas exam


Alhamdulillah, akhirnya abis jugak exam mid year. Banyak aktiviti yang dah tertulis lam planner, stat ngan hari ni sampai la bukak skolah. Kerja pun, banyak jugak yang aku perlu selesaikan sebelum pergi bercuti. Begitu jugak ngan orang lain, sibuk dengan hal masing masing. Yang nak gi Turki, jadi mushrif ke Bahria, melancong kat Eropah, jumpa kawan kawan kat Jordan, jelajah Jabal Musa kat Sinai, macam macam. Kalau aku tulis semua tempat bosan plak orang nak baca. Aku tak de la pergi jauh sangat, dok kat mesir je sepanjang cuti nih. Sape nak lepak kat rumah aku, jom, lepak dari pagi sampai malam, sampai pagi keesokannya. Kepada yang pergi melancong, Berhati hati la bila dok kat negeri orang. jangan excited sangat sampai buat benda2 yang tak patut. Ambik la yang baik dari tempat yang korang pergi, dan yang tak elok tu buat buat tak nampak sudah. Stadi jangan dilupakan (pesanan untuk diri sendiri). Bukak skolah ni lagi banyak yang kita kena blajar..gambar kat atas tu saje je aku letak, takde kaitan ngan sape sape..tu la kalau nak kenal klasmate aku 5 sa 1 2006..

batu yang tidak tenggelam

Aku dapat idea ni setelah membaca blog Ratatouille del Rodent. Jadi kalau terjumpa fakta yang sama dengan apa yang dia tulis, maka ketahuilah bahawa aku dan dia dulu bersekolah di sekolah yang sama. Unsur - unsur peniruan tidak berlaku kerana semuanya adalah pengalaman individu masing masing. harap maklum.



bilik dobi


amatlah sesuai untuk pelajar pelajar yang malas nak membasuh pakaian. Sentiasa dipenuhi pelajar selepas waktu sekolah - sebelum prep petang bermula. Dobi di sekolah aku, tiap tiap hari pun pelajar boleh hantar pakaian untuk dibasuh. Tak kira banyak mana pun, insyaAllah mak cik dobi tu akan cuci. Uniform sekolah free, dan pakaian biasa 20 sen. Ada yang nakal sikit hantar pakaian yang tak patut untuk mak cik tu basuh. Paham paham la.

prep malam dan 5s3

ade cerita disebalik prep malam ni. Dulu kat sekolah, aku diamanahkan untuk menjadi pengawas, dan setiap pengawas antara kerjanya adalah menjaga kelas pada waktu prep malam. Aku ditugaskan untuk menjaga kelas 5 Sains 3 (5s3). 5 Sains 3 adalah kelas ketiga daripada 3 kelas sains tulen kat sekolah aku. Tugas aku senang, cuma penuhkan kolum kehadiran pelajar ke kelas prep dan pastikan mereka tak merayau rayau semasa kelas prep berjalan (tujuan utama pengawas prep malam diwujudkan). Biasanya kelas tu jarang penuh, sebab ade je 2 3 orang yang ponteng duk kat dorm. Mulanya rasa tensen, sebab kelas tu agak bising, aku ni macam tak wujud pun. Aku nak sergah dan nasihat diorang pun segan, sebab aku ni memang penyegan orangnya. Tapi lama lama, jadi lali dan boleh la sesuaikan diri. Sampai la satu hari semua pengawas tingkatan 5 tidak lagi diwajibkan untuk jaga kelas masing - masing. Tapi aku sorang je yang terus buat kerja tu. Sampai naik heran ahli kelas aku. Sebab apa? Ade la..


hari khamis

Hari yang dinanti nantikan dalam lima hari persekolahan di sekolah Batu Rakit. Hari tu, mak cik dewan makan masak spesel skit. Kalau bukan nasik ayam, nasik minyak. Mungkin biasa je kamu semua, tapi bagi budak asrama macam aku nih, menda tu la yang menjadi satu perkara yang membuatkan tinggal di asrama ni jadi seronok. Hari Khamis jugak, kelas prep tak diwajibkan. Jadi, enjoy la malam tu. Bilik tv menjadi tempat utama budak budak lepak. Kalau tidak, meraya rayau di kawasan sekolah. Kalau rasa rajin sikit, selesaikan kerja yang patut diselesaikan.. masa ni jugak lah, pasangan kapel akan turun padang, buat date kat kelas. Pernah sekali, aku ikut senior aku buat aktiviti serbu buayafriend dan gelifriend yang berkapel ni kat kelas. Berbekalkan videocam di tangan kanan, dalam satu serbuan tu diorang berjaya mengantoikan budak budak yang sedang bertiga tigaan dalam kelas (sorang laki, 2 perempuan).. lepas tu macam macam alasan diorang - adik angkat nak jumpa la, kakak angkat cari la, bincang pasal studi la..macam macam..bukti dah ada, cakap apa pun dah tak guna dah..

gelanggang basketball


Tempat yang wajib aku pergi masa riadah petang. Melepaskan tensen stadi pada kawan kawan dan board basket. Gelanggang adalah penyumbang utama rosaknya spek spek aku. Sampai kena tukar tiap tiap taun. Ring basket tu jugak la tempat aku bergayut, bajet buat slam dunk, sampai kena marah dek Cikgu Asman sebab ring tu akhirnya bengkok. Memang teruk aku kena. Nasib baik tak kena penampar kapit. Biasanya padang dipenuhi dengan pelajar lelaki, dan pelajar aspuri biasanya duk lam dorm + stadi (ke stido?)... seruan al aklu salim fij jismi salim disambut dengan jayanya..

surau

Seperti mana yang diketahui umum, surau tempat kita menunaikan ibadah solat dan ibadah ibadah lain seperti membaca al quran, mengajar ilmu dan lain lain. Di surau sekolah, setiap tingkatan ada port masing masing. Tingkatan 5 berkumpul di sudut belah kiri surau, tingkatan 4 di sebelah kanan, tingkatan 3 di papan kenyataan bahagian belakang, tingkatan 2 biasanya berkumpul kat luar.. dan di saf hadapan belakang imam - newbies tingkatan 1. Kalau ustaz bagi tazkirah, atau cikgu bagi ceramah, pelajar pelajar yang bersemangat nak dengar akan duduk di bahagian depan, untuk kaver kawan kawan yang tido kat belakang. Tapi biasanya tabir akan dibukak semasa ceramah, jadi nak tidur pun segan sebab ramai mata memandang dari belakang..

bekalan air

Selalu je kat skolah dulu, bekalan air di asrama terputus. Kadang - kadang disebabkan kerja pembaikian, dan kadang kadang juga sebab bekalan air tak boleh nak kompensate dengan bilangan pelajar yang menggunakan tandas pada waktu itu - bayangkan, kalau semua pelajar lelaki turun riadah, kemudian semua balik pada masa yang sama untuk bersihkan diri, bersiap siap untuk solat maghrib, mesti la air tu tak cukup untuk semua...jadi tandas di bangunan sekolah menjadi mangsa.. ada yang nakal sikit, mandi kat kolam air pancut depan pejabat sekolah, abes keruh air tu..ntah apa yang diorang buat sampai jadi macam tu..


Bila terkenangkan suasana di sekolah dulu, rasa macam nak ulang balik apa yang telah aku lalui sebelum nih. Suka duka yang aku tak bleh cari ganti kat mana2 pun.



xbesdanxbes 13

exam itu (II)

entri semalam, setelah dibincangkan dengan sorang ahli beit, didapati amatlah tidak sesuai untuk tontonan umum. Walaupun ramai yang mengatakan "suka ati aku la, ni aku blog aku pnye.." tapi bagi penulis, komen dan pandangan sahabat sahabat sekalian amatlah penting. Jadi maaf dipinta sekiranya entri semalam ada menyentuh isu sensitiviti pembaca pembaca yang terlibat. Segala kesilapan amat dikesali.


yang benar,
ihsan hamdan

exam itu...

Ramai yang sekarang nih dalam fasa pecutan stadi. Maklum lah, kertas exam dah sampai baunya ke hidung, walaupun jasadnya masih lagi belum kita nampak. 10 hari - 18 hingga 28 haribulan januari. Masa ni la jugak aku sibuk nak update blog. Bukan ape, idea ni bukan boleh disekat, meleleh macam air paip. Di bawah ada la sikit gambar suasana di beit al raudah. kalau ada masa, sila lah tengok..

>

>

>
>

WARNING : Some pictures may show a few unpleasant situation of which you may find abusive. Viewers discretion and parental supervision is seriously needed. Ask a friend if parents are not around.

>


>


tekun stadi..sama macam sorang lagi ahli biliknyanya..asal malam je jadi burung hantu


>
>
>



bila ada laptop, satu keje pun tak jadi..masalah2..

>
>

>

al aklu salim fil jismi salim..sekadar gambar hiasan

TS bukan Transverse Section

Aku baru teringat, bila aku chat ngan Angah hari tu. Sebelum nih mak aku dah bagitau, masa aku balik cuti kat Malaysia, yang adik aku ada penyakit nih. Tu pun kebetulan terjumpa masa buat medical check up rasanya. Tulang belakang Angah bongkok, satu disease dinamakan thoracic scoliosis. Daripada yang aku dapat tau, penyakit tu takde la serius sangat, cuma kalau dah sampai tahap merbahaya, pembedahan ntuk betulkan tulang belakang tu adalah compulsory.



amanie : assalamualaikum

nu_napalm : waalaikummussalam

amanie : duk wat gapo?

nu_napalm : stadi

nu_napalm : xam dkt dh

amanie : owh, ari rabu ni angah ad appointment nge dr orthopedik


gapo : apa

*adik aku ambik nursing kat usm kubang kerian


nu_napalm : wak gapo maso appoiment tu?

nu_napalm : ado ngajar ko?

amanie : bkn lh, g check tlg blakang

nu_napalm : o

nu_napalm : raso sakit x?

nu_napalm : loni?


loni : skarang/pada waktu ini


amanie : kadang2 jew

amanie : raso lenguh

nu_napalm : o

nu_napalm : g sore ko ma ado skali?

amanie : g sore jew lh, ma kn ngajar

amanie : angah check kt spital usm ni jew

nu_napalm : o

nu_napalm : phni ad gapo2 ryk r ko abe


abe : abg

sore : sorang

ryk/royak : bagitau


amanie : ok, nt lepas check up 2 angah msg lh abe

amanie : ari 2 yo oyap thoracic scholiosis

nu_napalm : ngah ad rasa susah nk bnafas x?


oyap : bagitau

*seperti mana yang kita tau, kyposcoliosis menyebabkan decrease in vital capacity kot. Jadi pesakit slalu semput (masa blajar respiration taun lepas)


amanie : stkt ni xdop pom

nu_napalm : o

nu_napalm : insyaAllah x dok gapo2


gapo2 : apa - apa


amanie :tp kn dlm x-ray 2 postur bdn napok abnormal skit

amanie : senget

nu_napalm : dio bentuk s ko c?


bila aku search internet, thoracic scoliosis (TS) ad 2 jenis, tulang belakang jadi bengkok jadi bentuk 's' atau 'c'


amanie : c

nu_napalm : o

nu_napalm : doktor ad ryk x bkpo jd g2?


TS boleh terjadi disebabkan antaranya trauma dan genetically inherited


amanie : xdop plop

amanie : dio tnyo angah wat gapo jah sbelum2 ni

nu_napalm : o

nu_napalm : brapo kali dh jupo doktor?

amanie : bru skali, ari rabu ni msuk 2 kali

nu_napalm : o

nu_napalm : dio kno bdh x?

amanie : xtah lh, yo kato ari 2, angah muda lg

amanie : tp kalu teruk myb keno bedah kowt

amanie : betulkn balik postur tulang 2

nu_napalm : o

nu_napalm : dio ad ryk x treatment lain slain bedah?

amanie : yo x leh oyap sbb x pasti tahap keadaan tulang 2

amanie : sama ada bedah ato tidak

amanie : tp, cm bedah jew caro dio


caro : cara


nu_napalm : jd ai rabu ni bru yo nk cek?

amanie : ye lh, nk betulkn benda kn

nu_napalm : abe baco skni ado cara lain slain bedah

nu_napalm : yo ltk brace kat tekok

nu_napalm : x tau r gano

amanie : mesti penat keno pkai bendo 2

amanie : angah ad tgk gmbr hop keno bentuk 's'

amanie : yo wat surgeri

amanie : letok somthing nk straightkn tulang

nu_napalm : o

nu_napalm : ngh x takut ko bedoh?

amanie : kalu utk kebaikan, why not?

amanie : tkt ad effect kalu x bedoh

nu_napalm : o

nu_napalm : ikut ngah la

nu_napalm : tp x bhaya ko?

amanie : insyaAllah x bahaya

amanie : lgpn utk kebaikan kn


::p/s:.

nu_napalm : bukan bom, tapi penulis

amanie : adik penulis


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


lepas tu kitorang borak lagi pasal benda lain. Tadi aku baru dapat mesej. Doktor nak tunggu lagi 6 bulan, nak tengok progress tulang belakang macam mana. Jadi aku mintak pembaca doakan keselamatan orang orang islam di Palestine dan adik. Kat sebelah kanan bahagian atas blog ni ada sedikit laman web yang berkaitan dengan ngan isu Palestine. Sikit bukan jadi alasan ntuk korang tak klik. Walaupun sikit site yang aku letak tapi diorang setiap masa update. Jadi sila ambik tahu pasal saudara kita di sana. Entri ni bosan, sengaja aku tulis sebab nak update. Dah lama tak menulis. Bukan sebab malas, tapi sebab exam. Tapi dok rumah layan internet je kejenye.



xbesdanxbes 12

Fatrah Imtihan

Cam sakai je poster kat bawah. Saje release tensen stadi. Kepada yang kuat stadi, ingat, tubuh anda perlukan rehat. Stay up tapi stadi tak masuk, lebih baik kita tidur. Tapi kalu korang stay up dan dapat absorb 100% ape yang korang baca, maka teruskan. Tu lebih baik bagi korang.


>

>

selamat menghadapi xam!
::on hiatus till end of imtihan

 
©2009 Coll3ctor | your're reading musegalo.blogspot