Monday, January 19, 2009

batu yang tidak tenggelam

Aku dapat idea ni setelah membaca blog Ratatouille del Rodent. Jadi kalau terjumpa fakta yang sama dengan apa yang dia tulis, maka ketahuilah bahawa aku dan dia dulu bersekolah di sekolah yang sama. Unsur - unsur peniruan tidak berlaku kerana semuanya adalah pengalaman individu masing masing. harap maklum.



bilik dobi


amatlah sesuai untuk pelajar pelajar yang malas nak membasuh pakaian. Sentiasa dipenuhi pelajar selepas waktu sekolah - sebelum prep petang bermula. Dobi di sekolah aku, tiap tiap hari pun pelajar boleh hantar pakaian untuk dibasuh. Tak kira banyak mana pun, insyaAllah mak cik dobi tu akan cuci. Uniform sekolah free, dan pakaian biasa 20 sen. Ada yang nakal sikit hantar pakaian yang tak patut untuk mak cik tu basuh. Paham paham la.

prep malam dan 5s3

ade cerita disebalik prep malam ni. Dulu kat sekolah, aku diamanahkan untuk menjadi pengawas, dan setiap pengawas antara kerjanya adalah menjaga kelas pada waktu prep malam. Aku ditugaskan untuk menjaga kelas 5 Sains 3 (5s3). 5 Sains 3 adalah kelas ketiga daripada 3 kelas sains tulen kat sekolah aku. Tugas aku senang, cuma penuhkan kolum kehadiran pelajar ke kelas prep dan pastikan mereka tak merayau rayau semasa kelas prep berjalan (tujuan utama pengawas prep malam diwujudkan). Biasanya kelas tu jarang penuh, sebab ade je 2 3 orang yang ponteng duk kat dorm. Mulanya rasa tensen, sebab kelas tu agak bising, aku ni macam tak wujud pun. Aku nak sergah dan nasihat diorang pun segan, sebab aku ni memang penyegan orangnya. Tapi lama lama, jadi lali dan boleh la sesuaikan diri. Sampai la satu hari semua pengawas tingkatan 5 tidak lagi diwajibkan untuk jaga kelas masing - masing. Tapi aku sorang je yang terus buat kerja tu. Sampai naik heran ahli kelas aku. Sebab apa? Ade la..


hari khamis

Hari yang dinanti nantikan dalam lima hari persekolahan di sekolah Batu Rakit. Hari tu, mak cik dewan makan masak spesel skit. Kalau bukan nasik ayam, nasik minyak. Mungkin biasa je kamu semua, tapi bagi budak asrama macam aku nih, menda tu la yang menjadi satu perkara yang membuatkan tinggal di asrama ni jadi seronok. Hari Khamis jugak, kelas prep tak diwajibkan. Jadi, enjoy la malam tu. Bilik tv menjadi tempat utama budak budak lepak. Kalau tidak, meraya rayau di kawasan sekolah. Kalau rasa rajin sikit, selesaikan kerja yang patut diselesaikan.. masa ni jugak lah, pasangan kapel akan turun padang, buat date kat kelas. Pernah sekali, aku ikut senior aku buat aktiviti serbu buayafriend dan gelifriend yang berkapel ni kat kelas. Berbekalkan videocam di tangan kanan, dalam satu serbuan tu diorang berjaya mengantoikan budak budak yang sedang bertiga tigaan dalam kelas (sorang laki, 2 perempuan).. lepas tu macam macam alasan diorang - adik angkat nak jumpa la, kakak angkat cari la, bincang pasal studi la..macam macam..bukti dah ada, cakap apa pun dah tak guna dah..

gelanggang basketball


Tempat yang wajib aku pergi masa riadah petang. Melepaskan tensen stadi pada kawan kawan dan board basket. Gelanggang adalah penyumbang utama rosaknya spek spek aku. Sampai kena tukar tiap tiap taun. Ring basket tu jugak la tempat aku bergayut, bajet buat slam dunk, sampai kena marah dek Cikgu Asman sebab ring tu akhirnya bengkok. Memang teruk aku kena. Nasib baik tak kena penampar kapit. Biasanya padang dipenuhi dengan pelajar lelaki, dan pelajar aspuri biasanya duk lam dorm + stadi (ke stido?)... seruan al aklu salim fij jismi salim disambut dengan jayanya..

surau

Seperti mana yang diketahui umum, surau tempat kita menunaikan ibadah solat dan ibadah ibadah lain seperti membaca al quran, mengajar ilmu dan lain lain. Di surau sekolah, setiap tingkatan ada port masing masing. Tingkatan 5 berkumpul di sudut belah kiri surau, tingkatan 4 di sebelah kanan, tingkatan 3 di papan kenyataan bahagian belakang, tingkatan 2 biasanya berkumpul kat luar.. dan di saf hadapan belakang imam - newbies tingkatan 1. Kalau ustaz bagi tazkirah, atau cikgu bagi ceramah, pelajar pelajar yang bersemangat nak dengar akan duduk di bahagian depan, untuk kaver kawan kawan yang tido kat belakang. Tapi biasanya tabir akan dibukak semasa ceramah, jadi nak tidur pun segan sebab ramai mata memandang dari belakang..

bekalan air

Selalu je kat skolah dulu, bekalan air di asrama terputus. Kadang - kadang disebabkan kerja pembaikian, dan kadang kadang juga sebab bekalan air tak boleh nak kompensate dengan bilangan pelajar yang menggunakan tandas pada waktu itu - bayangkan, kalau semua pelajar lelaki turun riadah, kemudian semua balik pada masa yang sama untuk bersihkan diri, bersiap siap untuk solat maghrib, mesti la air tu tak cukup untuk semua...jadi tandas di bangunan sekolah menjadi mangsa.. ada yang nakal sikit, mandi kat kolam air pancut depan pejabat sekolah, abes keruh air tu..ntah apa yang diorang buat sampai jadi macam tu..


Bila terkenangkan suasana di sekolah dulu, rasa macam nak ulang balik apa yang telah aku lalui sebelum nih. Suka duka yang aku tak bleh cari ganti kat mana2 pun.



xbesdanxbes 13

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.