Fotokromik. Tahun lepas aku ada baca pasal spek mata itam. Kebetulan jumpa fakta nih lam buku New Medical English Course (rugi la sape yang suka ponteng kelas english dulu). Terjemahannya lebih kurang macam nih - spek mata itam, kalau silap pilih boleh membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
>
>
Spek mata itam terbaik adalah yang boleh menapis sebanyak mungkin sinaran ultra ungu yang sebahagian besarnya berasal daripada cahaya matahari. Kalau spek mata hitam biasa yang tak berupaya menapis ultraviolet ray, kesannya dalam jangka masa panjang adalah merbahaya sekali. Bila pakai spek mata itam, ye lah, nak tengok jalan, bercakap ngan kawan dan beli belah memang senang di bawah sinaran matahari yang terik terutamanya di Cairo nih. Tapi perlu ingat eye pupil akan dilate bila keadaan sekelilingnya gelap. Maka kalau korang pakai spek mata itam yang peratus penapisan uv ray nya rendah, maka lebih banyak sinar uv akan masuk lam mata korang berbanding masa korang tak pakai spek. Bila banyak sinar uv masuk, teorinya akan terjadi lah macam macam penyakit pada mata, antaranya katarak dan kanser.
>
>
Bila balik Malaysia tahun lepas, aku terpaksa tukar spek fotokromik aku, sebab aku tak yakin ianya dapat melindungi mata aku daripada sinar uv. Mulanya bila tengok kawan2 pakai fotokrom, terus tergerak hati untuk buat jugak. Kool bila nampak Naqi pakai spek itam. Duane pun, bertambah macho bila beliau berbuat demikian. Irsyad lagi la. Kalau la Jaang buat jugak, maunya cair akhawat yang memandangnya. Tapi bila baca tentang fakta spek mata itam nih, rasa seram pun ada. Bila aku datang Cairo balik, nampak cam makin bertambah orang ramai yang buat spek fotokrom. Kalau spek korang berupaya tapis uv secukupnya, maka teruskan pemakaian spek tu. Kalau tidak, fikir2 kan sendiri..
