Monday, March 16, 2009

jangan tiru macam saya

Hari ni merupakan hari yang panjang. Kelas bermula pukul 8, berakhir pada pukul 3 lebih. 3 jam kelas Anatomy, diikuti dengan kelas Physiology dan diakhiri dengan kelas Bahasa Arab.
>
>
Tak seperti hari sebelumnya, aku ke kelas awal. Sekurang - kurangnya lagi awal daripada Sopi. Kelas Anatomy hari ni berjalan selama 3 jam, dimulakan dengan subjek Abdomen. Disambung dengan subjek Neuroanatomy pada pukul 9 lebih. Aku cuba untuk tidak tidur, namun gagal. Ada la jugak 4, 5 kali terlelap.
>
>
Physiology bermula lewat hampir setengah jam hari ni. Subjeknya macam dua minggu lepas, Reproduction; diajar oleh Professor Hassan. Disebabkan waktunya petang, bilik kuliah pun bawah tanah, ditambah pulak dengan keadaan persekitaran yang agak panas dan kadar ventilasinya yang rendah, ramai yang gugur syahid. Kelopak mata ni, terasa terlalu berat untuk aku angkat.
>
>
Tiba-tiba, kelas jadi senyap. Aku terbangun sebab disiku Paan. "Weh dia dah mark orang,".
Aku tak paham pada mulanya. Lepas tu aku tengok sorang kawan , duduk tak jauh dari aku kemaskan buku, kemudian bangun menuju ke pintu. Cuak. Berdebar. Semua ada. Selepas dia keluar, professor tunjuk ke arah aku. "You, and you" katanya sambil menunjukkan jarinya kepada sorang lagi ikhwah yang duduk kat depan.
>
>
Lagi la rasa nak pengsan. Beberapa kali aku tunding jari ke muka aku sendiri, untuk memastikan aku kah lelaki malang yang dimaksudkan itu. Professor pulak angguk angguk je. Di belakang aku; Azizi. "Tak kan Azizi tido kot..aku la gamaknya...Kena keluar jugak ke aku ni??"
>
>
Aku bersedia untuk kemas buku dengan pasrah. Hampir - hampir aku bangun dari kerusi bila Paan pegang tangan aku, katanya, "Duduk, duduk..". Rupanya tu hanya sebagai amaran daripada professor. Sekali lagi aku kantoi - abes. Keluar la jawabnya. Tima kasih Paan!
>
>
Lepas tu, mata ni rasanya tak nak tertutup lagi. Nak pandang bawah pun tak berani, takut dicop tidur. Bila terpacul perkataan "Thank you" dari mulut professor, aku berkata dalam hati, "eh, dah abes kelas?"
>
>
pengajaran: Jangan la tido dalam kelas, buruk padahnya

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.