Thursday, March 19, 2009

tag

Attention!
i. Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you
ii. At de end, choose 16 people to be tagged
iii. You have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because i want to know more about you
>
Tag dari IzzahFaqihah a.k.a pembekal sos. Tima kasih sebab sanggup bawak sos ke kelas semata mata untuk bagi kat kitorang. Tima kasih kepada suma ahli beit kamu yang terlibat!
>
yang ikhlas,
beit raudhah,
pencinta sos.
>
okheh, jom stat.
>
1) Dulu aku tak suka bergambar, sebab ada inferiority complex. Tapi lepas di"sound" oleh adik aku, barulah aku berubah.


2) Kalau tak silap, setiap kali majlis ke, pertandingan ke, perhimpunan ke, ape ke, aku tak pernah dapat hadiah cabutan bertuah. Jadi setiap kali ada cabutan bertuah, aku tak akan berharap untuk menang.


3) Suka baca manga, walaupun umur dan masuk dua dekad. Bila la aku nak berubah ( tengah wat tag ni pun sempat lagi bukak onemanga )


4) Tak suka kalah. Tapi tu dulu r masa aku kecik kecik dulu. Skarang cam tak kisah sangat.


5) Dulu bercita - cita nak jadi askar. Masa skolah menengah, aku jadi blur, tak tau nak jadi apa bila besar nanti. Masa cuti lepas SPM, aku tengok House. Terpengaruh ngan cerita tu adalah antara faktor aku datang sini.


6) Kalau aku cam tak begitu bagi perhatian atau wat deeek je bila aku bercakap ngan korang, maka ketahuilah aku memang begitu. Jadi la tok sah kecik ati.


7) Tak suka tido lepas subuh, sebab badan akan jadi lemah dan letih. Tapi kadang kadang tido gak.


8) Walaupun aku makan banyak, tapi berat badan aku tak jugak naik - naik.


9) Aku ni pendiam la jugak, untalkative. Tapi bila dah rapat, baru korang tahu aku ni macam mana. Kalau korang jumpa ngan dak2 skolah aku, dan bagitau diorang bahawa aku ni pendiam, maka diorang akan gelak je kat muka korang. Jadi toksah try la.


10) Tak suka benda benda yang susah dan complicated. Senang kan bes..


11) Suka cuti. Dalam seminggu tu, hari Jumaat ngan Sabtu la yang slalu aku tunggu ( Kat pantai timur, cutinya hari Jumaat dan Sabtu. Kat sini pun same je)


12) Mudah rapat ngan dak2 yang yoyayoya berbanding dak2 skema.


13) Lebih suka jadi orang yang mencipta berbanding orang yang mengikut. Jadi aku sukakan kelainan berbanding benda yang sama je.


14) Mudah berasa bosan kalau buat benda yang sama. Kata cikgu aku, orang yang mudah berasa bosan ni slalunya mudah berubah hati. Betul ke?


15) Suka naik moto berbanding kereta. Sebabnya, aku pernah eksiden bila aku bawak kereta dulu. Abes kemik pintu keta, side miror patah. Fobia.


16) Tak suka makan hati dan organ dalaman sejak dari kecik lagi. Bila makan tu, rasa pelik, tak se'best' daging biasa. Aku lebih rela makan sayur daripada makan hati.


aku tag..
>
1) Paan
2) Nabil
3) Sopi
4) Hazu
5) Rodent
6) Fais Raes
7) Idjut
8 - 16) sape sape yang nak buat, maka silakan

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.