>
>
Semasa di surau kat kampung, ada la skali sorang pak cik ni tanya aku satu soalan yang aku kalau boleh tak nak jawab. Mungkin sebab tak pernah nampak aku hadir jemaah sebelum ni, jadi dia mungkin saspek aku ni jarang ada kat kampung. Lagipun tak ramai remaja zaman sekarang datang solat jemaah kat surau. Kebanyakannya golongan emas dan kaum bapa.
>
>
Masa tu aku tengah wudhuk. Lebih kurang macam ni la dialognya.
>
>
" Blajo mane? " Dia memulakan perbualan. Aku sengih sengih je.
" Mesir, " Aku jawab perlahan. Macam kentut dalam selimut.
" Ambik nape? Syariah ke? " Aku geleng kepala tanda salah. Masih lagi tersengih. Dia soal lagi.
" Tib? " Rupanya pak cik ni bukan uncle yang biasa, tau jugak istilah - istilah arab ni. Aku angguk perlahan.
>
>
Aku tak tau sampai mana kami berbual. Selesai wudhuk, aku masuk. Selepas muazzin iqamah, semua jemaah berdiri untuk bersolat. Salah seorang pak cik suruh uncle tadi yang berbual ngan aku jadi imam.
>
>
Imam. Rupanya dia imam. Kebetulan masa tu aku berdiri sebelah dia, terus je letak tangan kanannya kat belakang aku. "Ni ada budak Mesir ni," katanya.
>
>
Berderu darah naik kepala aku. Aku bukan tak leh jadi imam, tapi rasanya ada orang yang lebih layak untuk berdiri di depan, mengepalai jemaah. Alhamdulillah, rasanya macam tak de orang dengar. Hari tu orang lain yang jadi imam, dan bukan uncle tadi.
>
>
Moral ceritanya, kita duk sini mestilah lengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya. Selain ilmu perubatan, kalau boleh dada kita ni isilah sedikit sebanyak dengan ilmu lain yang sewaktu dengannya. Ilmu agama maksud aku.
>
>
Sekurang - kurangnya kita tak la cuak sangat kalau ade orang suruh jadi imam semayang raya ke, baca khutbah ke, baca doa qunut ke, tahlil arwah ke, ape ke. Kalau tak leh nak hadiri kelas - kelas mingguan, isilah waktu terluang tu dengan mendengar ceramah, yang berlambak kat internet ni. Tak pun tengok balik video yang di' upload' masa ceramah Ustaz Fawwaz dan Ustaz Kadir.
>
>
Saje je, aku nak nasihat diri sendiri. Sama - sama kita ambik iktibar.