cuti 2

Program terakhir bagi tahun ni. - Jamuan batch gen 07. Cuti dah mula, dan masing - masing ada kerja sendiri. Semoga ukhwah kita berkekalan selama lamanya InsyaAllah.
>
>

khusyuk mendengar ucapan..
>
>

bukan baiki dinding
>
>
cebok kuoh
>
>

makan jamaie
>
>

semoga ukhwah kita terus berkekalan selamanya...
>
>
> >
mee kari moji al yamani..
>
>
>

penghujung peperiksaan

Alhamdulillah, tinggal satu lagi ujian oral yang terpaksa ditempuhi. Tiga ujian sebelum ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku stadi last minute. Pagi tadi baru habis baca CNS. Tu pun sebab aku ada skip beberapa tajuk besar.


Soalan ditanya berdasarkan kad soalan yang dipilih dan alhamdulillah, tiada satu kad pun yang aku pilih ada bab yang aku tak baca. Doktor yang menyoal pulak, alhamdulillah baik orangnya. Walaupun jawapan aku ada yang salah, tak pulak beliau menunjukkan sebarang reaksi yang tak menyenangkan. Yang penting jawab dengan yakin. Salah betul cerita nombor dua.


Ramai yang sudah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman. Ada yang sedang packing dan ada yang awal - awal lagi dah siap semuanya. Hadiah dan barang yang keluarga serta kawan - kawan kirim suruh beli, semua disetelkan masa musim exam oral ni. Aku yang balik lewat ni hanya boleh mendoakan kawan - kawan yang balik awal. Semoga selamat sampai hendaknya.


Tahun ni ramai yang bercadang nak buat attachment. Nak merasa pengalaman kerja kat hospital. Ahli beit aku adalah antara salah seorang insan yang disebutkan di atas. Mulanya beliau kata tak nak balik, nak buat umrah masa cuti. Alih - alih dia yang tempah tiket paling awal. Tarikhnya hampir sebulan awal daripada aku. Bagi yang tak pulang ke kampung, bolehlah apply untuk buat attachment kat Hospital Kasr El Ainiy. Sekurang - kurangnya tak terlepas peluang untuk merasa pengalaman jadi doktor.


Sekarang ni jugak adalah musim perpindahan budak melayu. Bagi yang dah abis akad, terpaksa cari rumah baru. Ada yang bernasib baik dapat kekalkan akad untuk tempoh lagi setahun. Tapi kebiasanannya pengekalan akad akan disertai dengan kenaikan harga rumah. Jadi tak berbaloi untuk dikekalkan. Ikhwah - ikhwah yang selama ni berlatih angkat dumb bell dan siang malam bergayut kat hanging bar bolehlah menyalurkan kekuatan anda di tempat yang sepatutnya.


Peperiksaan terakhir adalah oral physiology. Subjek paling mencabar kalau nak dibandingkan dengan subjek subjek sebelumnya. Jadi selamat stadi. Semoga berkalan lancar semuanya insyaAllah.

tag sementara masih panas

Tag daipada em. Terima kasih sebab bagi aku award.
>
>


Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini:


Wartawan Tibbians.
keturunan cina tapi mukanya macam melayu
pakai spek
balik awal ke malaysia
suka tukar template


10 fakta/hobi menarik berkenaan dgn diri blogger

hobi - suka main bball
fakta - skill masih di tahap beginner walaupun dah lama main
hobi - suka makan
fakta- tak gemuk2 walaupun makan banyak
hobi - membaca
fakta - tak berapa gemar membaca buku berbentuk fakta seperti buku teks. Lebih suka stimulus bergambar seperti majalah dan manga
hobi - sukakan cerita berunsurkan medic. House semestinya.
fakta - rasa nak pitam bila tengok video post mortem. Kena latih lagi ni.
hobi - melukis
fakta - lukisan aku tak lawa sangat. Tak sampai tahap sifu iz'an.


insan yang bakal ditag

fais raes
hazu
ju
kyuu
>

lagi 2..

Peperiksaan akhir tahun bagi pelajar 2nd year Univ Cairo hampir tiba ke penghujung. Ada lagi 2 exam oral yang ditempuhi sebelum cuti musim panas. Tapi skarang pun dah rasa macam cuti. Stadi pun last minute jugak. Oral je pon, kata sesetengah pelajar. Tak kira la oral ke, written ke ape ke, exam tetap exam. Semua penting. Di bawah ada sikit senario yang berlaku semasa fatrah imtihan. Ada yang betul - betul berlaku, dan ada yang lebong..sama - sama kita ambil iktibar..











.:: Kerneh = Kad Pelajar/ ID
..:: Fatrah = Musim/ masa
...:: Imtihan = Peperiksaan
....:: Lebong = Tipu/ tidak benar
.....::PESELAM = Persatuan Pelajar Study Last Minute



teka teki

Ada satu teka teki, yang diteka tekikan oleh sorang penteka teki yang aku hormati, ustaz Sabri semasa aku masih belajar di sekolah rendah. Teka tekinya berbunyi begini ; Apakah benda paling mahal dalam dunia ni?



Aku tak ingat berapa ramai yang jawab, tapi semuanya salah. Jawapannya bukan kereta Ferrari, bukan intan berlian, bukan kapal selam maupun Menara Berkembar Petronas. Jawab ustaz Sabri, benda paling mahal adalah air mata lelaki. Kenapa? masa tu ustaz bagi satu je contoh ; Bilamana ada ahli keluarga menyahut panggilan Ilahi, lelaki hanya akan diam. Kalau menangis pun tak de la sampai meraung raung. Menangis dalam diam. Kesat mata bila ada setitik dua yang keluar.


both sexes cry roughly the same amount during childhood, men cry less often than women and are less likely to have flowing tears when they do.

- wikipedia -



Kalau baca blog, memang kita dapat lihat, perempuan mudah menangis. Hati mereka mudah tersentuh walaupun dalam hal - hal yang bagi lelaki tak begitu besar. Contohnya, bila kena marah dek lecturer. Kita biasa dengar, perempuan ada 1 logik dan 9 emosi. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai 9 logik dan 1 emosi.

Jadi kalau seorang perempuan yang baharu saja kematian kucing ditanya kenapa mereka menangis, mereka akan jawab

"Lepas ni, aku dah tak boleh dengar lagi dah suara manja Si Toman, dah tak boleh main dengan dia lagi.."


Kalau ditanya lelaki yang berada disituasi yang sama, ditanyakan soalan yang juga sama, kenapa mereka tidak menangis, mereka akan jawab,

"Aku sedih la jugak si Toman tu mati, tapi kalau nangis pun, bukan boleh hidup balik pun kucing tu.."



Logik mengatasi emosi



Tapi itulah keistimewaan kaum Hawa, yang Allah kurniakan kepada mereka. Satu kelebihan sebenarnya, berbanding kaum Adam. Walau sekuat mana pun lelaki, takkan tahan melihat seorang perempuan menangis, lebih - lebih lagi kalau menangisnya perempuan itu kerana salahnya.



Masa yang sesuai untuk menangis adalah semasa kita berdoa. Kata Ustazah Nik, kalau nak doa kita dimakbulkan, berdoalah seperti kita sesat di tengah - tengah laut, memohon doa untuk diselamatkan. InsyaAllah masa tu doa kita akan dimakbulkan.



Tapi lelaki paling mudah menangis ketika mereka gembira. Contohnya masa Barcelona menang melawan Man U hari tu. Ramai peminat susah mati Barcelona menangis sebab team favourite mereka menang.



Al Fatihah buat saudara Ammar bin Zulkifli, yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Doakan beliau sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya.
Al - Fatihah..



tersaiko

Psychology - paper written terakhir. Esok mula ujian oral, yang didahului dengan subjek anatomy.
>
>

putera putera lilin
>
>
>
penyeting kamera
>
>
>
kome yang hepi sebab dapat jawab ngan cemerlang
>
>
>
sape suruh bincang..kan dah cuak..
>
>
>
selesai berjemur
>
.
>

batch taun 2 '09
>
>

Selamat menempuhi ujian oral. Ada satu cadangan, dari taun lepas lagi aku dengar. Kalau nak ambik gambar batch, ambik masa winter. Tak payah tunggu tengah panas masa nak ambik gambar. Kalau insan yang bagi cadangan tu ingat, InsyaAllah taun depan khaborkan la awal - awal.

beit al a3la

Duk kat rumah beit al a3la memang ada kelebihannya. Seperti namanya, perjalanan nak sampai rumah Fais Raes ni memang memedihkan. Tinggi. Hari ni Barack Obama gi Cairo Univ, bagi ucapan. Ni ade la sikit gambar yang sempat diambil.

>
>
>

>
>
>

>

>

>
>
>
>
>
>
>
>
Aku curi - curi ambik gambar, alhamdulillah takde shurtah yang perasan. Kalau perasan pun, rasanya tak sampai setengah jalan naik tangga polis tu turun balik. Tinggi sangat rumah mu paih.
>
>
.: shurtah= polis

not for all to read

'Kau tau apsal aku tak dipilih jadi mushrif?
kalau la mase aku jadi mushrif tu kitorang kena tangkap basah,
mesti nyesal pnye pompuan tu,
sebab kena kawin ngan aku..
aku dah la tak ensem…'

>
aku suka kat sorang budak cun ni,
tapi kalau la budak tu tu tau aku suka dia,
mesti dia bunuh diri pnye..
> >
>
inferiority complex
> >
>
I think most of us have already known what does it mean by these two words. I was one of the sufferers. By the way, the dialogue above was not from me, but from a friend of mine. It started when I was in my fourth form in the secondary school. The real reason why, maybe it’s best for me to keep it as a secret.
> > >
My condition was so severe that I don’t even have the gut to go to the canteen, for I was afraid to see people. Well actually it was the opposite. I was afraid that people would SEE me. I’d rather use the recess time to go someplace where there’s no one around.
> ? >
Being a social phobic for almost 2 years is not a pleasant experience for me to live through. I had difficult times mixing with people, cooperating especially with the opposite genders and presenting works in the class. Usually I prepare the stuffs and my friends present them in front.
> > >
Me as a kid was pretty naughty and stubborn. Going out early in the morning and came back home just few minutes before Maghrib. So the next time we moved out, my parents on purposely ( I think) chose a location far away from populations.
> > >
My house was surrounded by nothing but trees and lizards and swamp - no inhabitants in radius around 50 meters. It was only a few years after that when people started to build their houses and live not far from ours.
> > >
The ‘extracurricular activity’ that I usually did during the holidays before we moved out stop and I spent most of my time in the house in front of the tv. Not mixing with people retards the growth of my communication skills.
> > >
I would try to find as many excuses when my mother asked me to buy groceries. I was afraid to meet people and try my best to avoid them. I’d rather pick a route less travelled by than the one congested with cars and people.
> > >
Actually its normal for some teens to have this problem, and it will cease as they grow up. But if they cant shake it off as they get older, that’s when treatments are needed. I have a friend, who has this complex.
> >
>
Though not as complicated as mine, but it needs to be treated somehow. Changing people’s way of thinking is not as easy as typing this entry. He can work together normally with us but not with the females. Excessive shyness limits their involvement in many events. Eventually, these social phobics (not my friend) will develop double personality. And some even hate the girls. Or males.
> >
>
My social phobia and inferiority complex disappeared little by little, but I never completely healed.
>
>

exam

Hidup kita ni tak bleh lari daripada ujian. Mana - mana pun ada ujian. Dari skolah rendah sampai la masuk universiti. Hatta nak bawak keter pun kena lulus ujian JPJ dulu. Ujian atau exam boleh bertukar menjadi stress walaupun tujuan asalnya adalah untuk mengajar manusia menempuh dugaan dalam hidup. Macam mana kita uruskan stress ketika exam tu, terpulang pada diri masing masing.
>
>
mengempes di petang hari.

>
Bilamana dilanda stress, ada yang suka main game, ada yang gemar mendengar muzik dan ada yang suka memasak. Menurut Tibbians edisi keempat mukasurat ke 15, dalam ruangan Kata Mereka, didapati ramai pelajar mesir lebih suka menelefon keluarga semasa stress. Kredit kepada wartawan bertugas, Tong dan pemilik FTI. Terpulang pada diri masing- masing. Yang release tension dengan melalak dalam bilik air pun ada. Suka hati la, asalkan tak menyusahkan orang.
>

jogging la bila ada masa + rajin
>

Paling penting, kalau stress tu tak hilang - hilang jugak, mengadulah pada Dia, yang Maha Mengetahui segala rahasia mengenai stress ni dan cara menguruskannya dengan betul. Sepatutnya inilah perkara yang paling awal yang kita lakukan bila tertekan dengan peperiksaan. Banyakkkan berdoa dan doa dan doa lagi, kerana doa itu senjata kita.
>

nak makan pun bawak buku jugak..

>
>
Alhamdulillah, 3 paper written dah selesai. Ahad ni Anatomy, subjek 'peberet' aku. Doakan aku dan rakan2 cemerlang selalu hendaknya..Amin

 
©2009 Coll3ctor | your're reading musegalo.blogspot