Ada satu teka teki, yang diteka tekikan oleh sorang penteka teki yang aku hormati, ustaz Sabri semasa aku masih belajar di sekolah rendah. Teka tekinya berbunyi begini ; Apakah benda paling mahal dalam dunia ni?
Aku tak ingat berapa ramai yang jawab, tapi semuanya salah. Jawapannya bukan kereta Ferrari, bukan intan berlian, bukan kapal selam maupun Menara Berkembar Petronas. Jawab ustaz Sabri, benda paling mahal adalah air mata lelaki. Kenapa? masa tu ustaz bagi satu je contoh ; Bilamana ada ahli keluarga menyahut panggilan Ilahi, lelaki hanya akan diam. Kalau menangis pun tak de la sampai meraung raung. Menangis dalam diam. Kesat mata bila ada setitik dua yang keluar.
both sexes cry roughly the same amount during childhood, men cry less often than women and are less likely to have flowing tears when they do.
- wikipedia -
Kalau baca blog, memang kita dapat lihat, perempuan mudah menangis. Hati mereka mudah tersentuh walaupun dalam hal - hal yang bagi lelaki tak begitu besar. Contohnya, bila kena marah dek lecturer. Kita biasa dengar, perempuan ada 1 logik dan 9 emosi. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai 9 logik dan 1 emosi.
Jadi kalau seorang perempuan yang baharu saja kematian kucing ditanya kenapa mereka menangis, mereka akan jawab
"Lepas ni, aku dah tak boleh dengar lagi dah suara manja Si Toman, dah tak boleh main dengan dia lagi.."
Kalau ditanya lelaki yang berada disituasi yang sama, ditanyakan soalan yang juga sama, kenapa mereka tidak menangis, mereka akan jawab,
"Aku sedih la jugak si Toman tu mati, tapi kalau nangis pun, bukan boleh hidup balik pun kucing tu.."

Logik mengatasi emosi
Tapi itulah keistimewaan kaum Hawa, yang Allah kurniakan kepada mereka. Satu kelebihan sebenarnya, berbanding kaum Adam. Walau sekuat mana pun lelaki, takkan tahan melihat seorang perempuan menangis, lebih - lebih lagi kalau menangisnya perempuan itu kerana salahnya.
Masa yang sesuai untuk menangis adalah semasa kita berdoa. Kata Ustazah Nik, kalau nak doa kita dimakbulkan, berdoalah seperti kita sesat di tengah - tengah laut, memohon doa untuk diselamatkan. InsyaAllah masa tu doa kita akan dimakbulkan.
Tapi lelaki paling mudah menangis ketika mereka gembira. Contohnya masa Barcelona menang melawan Man U hari tu. Ramai peminat susah mati Barcelona menangis sebab team favourite mereka menang.
Tapi lelaki paling mudah menangis ketika mereka gembira. Contohnya masa Barcelona menang melawan Man U hari tu. Ramai peminat susah mati Barcelona menangis sebab team favourite mereka menang.
Al Fatihah buat saudara Ammar bin Zulkifli, yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Doakan beliau sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya.
Al - Fatihah..
Al - Fatihah..