Sam dan Atuk

Selamat Hari Kebangsaan ke 52. Sebuah entri ringkas, sama - sama kita ambil iktibar.
>




>
>
Kalau rasa macam pernah baca kartun ni, ketahuilah bahawa aku pun rasa macam tu...

Ramadhan Kareem


Sahur dan berbuka - dua situasi yang sinonim dengan ibadah puasa. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, berbuka adalah saat yang paling dinanti - nantikan kedatangannya. Waktu untuk balas dendam sebab dah 12 jam lebih ikat perut tahan lapar. Melantak sampai tak ingat dunia.

>
Masa ini lah kita boleh jumpa kuih - muih zaman silam yang kita sangkakan sudah pupus ditelan zaman. Bermacam macam jenis rupanya kuih yang telah nenek moyang kita reka. Tak campur lagi kuih - muih versi futuristik abad 21.
>
Kalu rukuk tu, sapa tubik cendol 2, 3 ekor- banyok dooh makang dekpong..

>
Jadi, peringatan untuk diri sendiri dan anda semua, bijaklah apabila berbelanja. Berbuka sebagai ibadah, bukan mudharat. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah - ibadah yang sewaktu dengannya.
>
> tadarus Quran amalan yang dituntut bukan saja di bulan posa,
malah pada bulan2 lain juga..


Ramadhan Kareem!

berkawan itu best


aktiviti riadah atas tangki..memang cari nahas..
>
>

Pengepow makanan dewan makan..
>
>

Masa aku darjah enam, ustaz aku yang bernama Ustaz Sabri ada bagitau satu fakta yang rasanya beliau dapat melalui pemerhatian dan pengalaman beliau sendiri. Katanya, satu hari nanti kita akan jadi renggang dengan kawan lama kita dan kita akan lebih rapat dengan kawan yang baru. Dengar je Ustaz cakap macam tu, aku pasang hajat, bahawa aku akan buktikan kata - kata ustaz tu salah.
>
<
Nampaknya, terbukti kata - kata ustaz tu hampir benar. Lama dah aku tak kontek kawan - kawan lama aku. Kalau jumpa pun, sekadar senyum dan bertanya khabar. Kalau bercakap pun, tak banyak sangat. Melainkan kawan - kawan yang benar benar rapat ngan aku. Kepet, Pesal dan Keio Apis contohnya.
>
>
Cakap pasal kawan ni, aku ada satu kisah, yang diceritakan oleh seorang sahabat aku, Penghuni Giza. Katanya, dulu kat skolah dia ni ada 2 orang sahabat baik. Satu budak ensem, satu lagi budak tak berapa ensem. Rapat macam gigi dan gusi. Rasa sakit kalau nak berpisah. Kawan yang ensem ni, ada ramai secret admirer. Terbalik dengan kawan yang tak ensem ni yang tak de orang suka. Nak dijadikan kisah, satu hari ni, diorang bergaduh. Gaduh bukan sebab apa, sebab seorang perempuan.
>
>
Katanya Penghuni Giza, "Patutnya budak yang ensem tu bagi je la kat kawan dia tu, aku dengar pompuan tu bukan lawa sangat, pecah je pon.." lebih kurang macam tu la dialognye.
>
<
Kalau la anda berada di tempat budak ensem tu, apa reaksi anda?
sanggupkah anda mengorbankan seorang wife/husband to be untuk kawan anda?
>
>
Kata rokocoko, "Ko dah kenal aku dah 2 tahun dah..kau kenal dia tak sampai pun sebulan..sanggup ko khianati persahabatan kita demi sorang pompuan yang baru ko kenal??"
>
>
Kenapa kita mudah rapat dengan insan yang kita baru kenal? Mungkin sahabat lama kita lebih memahami kita dan lebih tahu akan kelemahan kita. Kawan baru pulak, senang untuk kita mesra dan rapat sebab diorang tak begitu kenal dengan kita lagi. Jadi mudah untuk kita berpura - pura depan mereka (hipokrit la tu)
>
>
Entri ini saje aku tulis, memandangkan dah ramai kawan balik sebab cuti. Macam - macam sebab cutinya. Paling femes cuti H1N1. Semoga kita dapat mengekalkan persahabatan kita hingga ke akhir hayat. Amin. Uhibbukum Fillah.



dari kanan : Oma (UPNM), Kepet (UTP), Sapik (UTP), Pesa (UTP),
Saer (Medic Indon), Juwe (Cairo U), Penulis

>
>


Amin dan Fais

Hm..lama dah tak update. Kali ni, katunnye agak bosan. Teruskan pembacaan kalau anda dah takde benda yang berfaedah untuk korang dilakukan. Sama - sama kita ambil iktibar.
<
\







>
>
p/s : jagalah hubungan kite sesama rakan, jangan sakiti hati mereka..

p/s :: selamat pengantin baru kepada senior2 yang dah kawin, semoga dirahmati selalu..Amin..

 
©2009 Coll3ctor | your're reading musegalo.blogspot