Tuesday, August 18, 2009

berkawan itu best


aktiviti riadah atas tangki..memang cari nahas..
>
>

Pengepow makanan dewan makan..
>
>

Masa aku darjah enam, ustaz aku yang bernama Ustaz Sabri ada bagitau satu fakta yang rasanya beliau dapat melalui pemerhatian dan pengalaman beliau sendiri. Katanya, satu hari nanti kita akan jadi renggang dengan kawan lama kita dan kita akan lebih rapat dengan kawan yang baru. Dengar je Ustaz cakap macam tu, aku pasang hajat, bahawa aku akan buktikan kata - kata ustaz tu salah.
>
<
Nampaknya, terbukti kata - kata ustaz tu hampir benar. Lama dah aku tak kontek kawan - kawan lama aku. Kalau jumpa pun, sekadar senyum dan bertanya khabar. Kalau bercakap pun, tak banyak sangat. Melainkan kawan - kawan yang benar benar rapat ngan aku. Kepet, Pesal dan Keio Apis contohnya.
>
>
Cakap pasal kawan ni, aku ada satu kisah, yang diceritakan oleh seorang sahabat aku, Penghuni Giza. Katanya, dulu kat skolah dia ni ada 2 orang sahabat baik. Satu budak ensem, satu lagi budak tak berapa ensem. Rapat macam gigi dan gusi. Rasa sakit kalau nak berpisah. Kawan yang ensem ni, ada ramai secret admirer. Terbalik dengan kawan yang tak ensem ni yang tak de orang suka. Nak dijadikan kisah, satu hari ni, diorang bergaduh. Gaduh bukan sebab apa, sebab seorang perempuan.
>
>
Katanya Penghuni Giza, "Patutnya budak yang ensem tu bagi je la kat kawan dia tu, aku dengar pompuan tu bukan lawa sangat, pecah je pon.." lebih kurang macam tu la dialognye.
>
<
Kalau la anda berada di tempat budak ensem tu, apa reaksi anda?
sanggupkah anda mengorbankan seorang wife/husband to be untuk kawan anda?
>
>
Kata rokocoko, "Ko dah kenal aku dah 2 tahun dah..kau kenal dia tak sampai pun sebulan..sanggup ko khianati persahabatan kita demi sorang pompuan yang baru ko kenal??"
>
>
Kenapa kita mudah rapat dengan insan yang kita baru kenal? Mungkin sahabat lama kita lebih memahami kita dan lebih tahu akan kelemahan kita. Kawan baru pulak, senang untuk kita mesra dan rapat sebab diorang tak begitu kenal dengan kita lagi. Jadi mudah untuk kita berpura - pura depan mereka (hipokrit la tu)
>
>
Entri ini saje aku tulis, memandangkan dah ramai kawan balik sebab cuti. Macam - macam sebab cutinya. Paling femes cuti H1N1. Semoga kita dapat mengekalkan persahabatan kita hingga ke akhir hayat. Amin. Uhibbukum Fillah.



dari kanan : Oma (UPNM), Kepet (UTP), Sapik (UTP), Pesa (UTP),
Saer (Medic Indon), Juwe (Cairo U), Penulis

>
>


Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.