chapter 3

Esok aku dan family akan bertolak ke Kuala Lumpur, memandangkan 3 haribulan Oktober ni aku akan meninggalkan bumi Malaysia. Alhamdulillah, masalah tiket dah selesai. Senang je rupenye. Ini adalah satu pengajaran buat aku supaya lain kali berhati hati bila simpan barang. Kalau dah tau diri tu pelupa tahap tok ki, rajin - rajin kan diri wat catatan.
>
>
Minggu depan bermula la sesi pembelajaran tahun 3 aku di alam medic ni. Orang kata susah. Tapi biasala, tak de benda senang lam dunia ni. Nak bernafas pun, ada banyak pathways dan organ serta muscle yang terlibat. Bukan sesenang 'tarik napas, hemboosss' macam Cikgu PJK ajar aku zaman budak skolah rendah dulu.

Jadi, doakan aku serta rakan - rakan agar terus berjaya dalam dunia medic ni, dan juga berjaya di akhirat sana. Amin
>
>
Gambar tika pertama kali datang ke Mesir. Dah lama sekkung lam laptop.
>
>
>

KLiA 31 ogos '07
dari kiri - Pok Su, Angah, Mak dan abang Juwe.
depan - Ammar

>
>

acu cuba test try cari Payid
flight charter.
Dah tak de dah skang sebab wat rugi je charter flight ni
.
>
>

layan diri
cuba cari Tong, Imdad, Hazu ngan Duane
>

>
1st time gi Cairo Univ
jaulah ni disertai skali sahabat kite yang skang ni duk Alex.
>
>

Fustat terchenta
banyak kenangan duk sini.
Sheikh Redha! lama tak jumpa enta!

>
>

Hidup ni macam tayar beskal. Ada kalanya terpijak taik ayam, dan ada ketikanya terpijak bangkai kucing. Walau sebusuk mana pun najis yang dipijak, ingatlah bahawa tayar itu akan dibasuh dan bersih semula.
>
>
>

manusia itu lupa

Manusia dan Insan - kata akarnya diambil daripada perkataan yang arab - nuun siin yaa - yang bermaksud lupa. Semua manusia tak leh lari dari sikap pelupa ni. Namun setiap manusia memiliki tahap pelupaan yang berbeza - beza. Ada yang kuat ingatannya yakni payah nak lupa dan ada yang penyakit lupanya tahap kronik. Dan aku salah seorang pelupa yang tahapnya agak kronik.

>
>
Dalam tempoh dua bulan lebih aku balik ke kampung, dah tiga charger enset baru yang terpaksa aku beli. Aku satu satunya pengguna enset SE lam rumah jadi takde charger gantian untuk aku gunakan.

Pertama, sebab aku lupa nak bawak balik dari Mesir. Pengecas telefon mudah alih yang kedua, hilang masa aku gi Pangkor dan yang ketiga, tertinggal masa aku balik beraya kat kampung. Nasib baik la charger tu harganya tak mahal sangat. Rasanya akak yang jual charger pun dah kenal aku. Kerap sangat dekpong beli charger. Kau makan ke charger tu dik?
>
>
Aku jugak tidak lupa untuk lupa bawak balik kabel kamera, yang kini berada di Beit Al - A3laa, port lepakku sepanjang musim exam baru - baru ni. Sampaikan gambar penuh berlonggok dalam kad memori kamera. Mujurlah kapasiti memory card agak besar dan aku pun kurang mengambik gambar melainkan ada peristiwa yang menarik saja.
>
>
Ada satu kes yang berlaku tahun lepas, masa aku balik kampung. Mak dah suruh packing awal - awal barang untuk dibawak balik ke kampung. Tapi aku buat tak tau je. Packing diakhir waktu jugak. Masa tengah drive balik ke Kelantan, otakku menegur, baju raya tadi dah masukkan lam beg ke belum?
>
>
Tahun tu, aku terpaksa beraya dengan baju adik aku. Nasib bek saiz badan kami hampir sama, cuma dia rendah beberapa cm daripada aku. Tu la padahnya bila kita tak ikut cakap orang tua. Tahun ni, aku dah siap awal - awal. Beg aku cek skali lagi, pastikan semua barang penting dibawa pulang skali.
>
>
Terbaru, aku terlupa kat mana aku letakkan tiket kapal terbang untuk balik ber'raya' kat Mesir. Rasa macam letak lam beg, tapi bila aku cari, tak jumpa. Macam orang gila aku cari tiket tu. Sampai kawan ajak pergi beraya pun tak de mood. InsyaAllah, walaubagaimanapun, korang akan tetap jumpa aku kat Mesir insyaAllah isnin depan. Doakan aku, Kome, Hazu dan Fais selamat sampai.
>
>
>raya perubatan o8
>

buat dan lupa

Ada lagi tiga hari sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan yang teramat mulia ni. Lagu raya dah lama berkumandang kat radio, sejak 15 Ramadhan lagi. Masjid semakin berkurangan jemaahnya. Ada yang dah balik kampung, dan ada yang sibuk wat kuih. Semuanya ada agenda sendiri. Entri kali ni, mungkin yang terakhir aku terbitkan pada bulan puasa ni. Sama - sama kita ambik iktibar.

p/s - sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



PERKARA YANG SELALU
KITA/ORANG
BUAT MASA RAYA

>
>
>
Kahwin - Mengawin
Salah satu event yang mesti ada bila tiba bulan Syawal.
>
>
>
>
Eksiden
Khususnya kemalangan jalan raya. Mangsa mercun buatan sendiri, dan juga mercun import ramai berguling kat spital masa raya ni.
>
>
>
>
Open House dan House Opening
Open house - aktiviti popular yang kita selalu hadiri semasa bulan Syawal. House Opening merujuk kepada perbuatan pecah rumah disebabkan pemiliknya balik kampung lama sangat. Oleh itu, beringatlah ketika planning nak balik kampung.
>
>
>
>

PERKARA YANG TAK SELALU
KITA/ORANG

BUAT MASA RAYA

>
>
>
Solat Jemaah
Solat Isyak contohnya, kalau Ramadhan dulu boleh la dapat sampai 3, 4 saf..lepas bulan puasa, tinggal imam dan bilal je yang gi mesjid..
>
>
>
>
Ulangkaji Pelajaran
Khusus untuk Budak U dan PMR serta SPM. Syok raya sampai tak ingat diri tu ada exam lepas raya. Assignment menimbun yang ditinggalkan, sudah tentunya setia menanti anda ketika pulang ke kolej pasni...
>
>
>
>
Puasa Enam
Kalau kita boleh puasa sebulan, takkan puasa 6 hari masa bulan Syawal, kita tak leh buat?
Besar fadhilatnya Puasa 6 ni, dan aku yakin semua dah tau dah..
>
>
>

dikesempatan ini, aku ingin mintak maaf,

atas segala kesalahan aku yang tak sempurna ni..

termengumpat
termengata
terbenci
termeluat
terbuat korang meluat
terkasar bahasa
tersombong
terpukul

dan lain - lain kesalahan yang aku lakukan kepada anda semua..

Selamat Hari Raya Eidulfitri,
Maaf Zahir Batin!



[pembaca lelaki sekalian, diharapkan tidak menyampah kerana tulisan agak warna - warni]

baju dan bazar

Bazar Ramadhan - tempat yang sinonim dengan bulan puasa bagi masyarakat Melayu. Ada satu bazar tak jauh dari rumah aku. Kalau jalan kaki, ada la dalam 5 minit perjalanan. Sepanjang bulan puasa ni, aku hanya ke sana dalam 2 kali je.


Pertama, sebab mak aku suruh beli barang keperluan dapur. Dan kali kedua, aku volunteer ganti adik aku beli kuih. Bazar bukan isu utama yang aku nak ketengahkan dalam entri kali ni. Ia cuma latar tempat untuk satu peritiwa yang bakal menyusul.


Tugas aku mudah, hanya untuk mencari sejenis kuih. Lebih spesifik lagi, Murtabak. Kuih tipikal yang tak payah tunggu bulan puasa pun boleh dapat. Aku sebenarnya tak tau murtabak ni sejenis kuih atau roti. Jadi aku bubuh je mana family yang aku rasa berkenan di hati.


Dalam banyak - banyak gerai yang aku teroka, hanya ada satu je yang jual murtabak. Dalam usaha mencari, aku terjumpa seorang kawan - senior yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi. Aku yang mula - mula menegur beliau, sebab aku ni memang mudah cam muka manusia. Berubah la banyak mana pun - letak mekap, suntik bendaharamjadahtu, botakkan ramput, pakai gigi palsu, bedah plastik - aku tetap tahu itu kamu.


"Bakpe zuhud ngak ( kenapa zuhud sangat) ?" beliau menyoalku.

Rasa nak tergelak pun ada. Aku cuma segih. Aku tahu, aku cuma pakai seluar trek dan berbaju t-shirt merah yang dah lusuh. Tahap lap lantai je. Ditambah pulak ngan spek old skool yang bingkai tebal dan cuma berselipar Jepun. Rambut pulak semi botak. Aku rasa macam dah hensem dah masa keluar rumah tadi, tapi rupa - rupanya masih lagi buruk. Tak fashion conscious langsung.


Tu bukan kali pertama aku ditegur kerana etika pemakaian aku yang teruk. Pernah sekali mak menyaun (me-sound) aku , bandingkan aku ngan puteranya yang sorang lagi.

"Kalau yang ni (adik aku) baju mesti kemas, bergosok semua..tapi kalau yang sorang lagi (aku) tu pakai baju berkedut pun takpe,"


Hidup di Mesir membuatkan aku tak kisah apa pandangan orang terhadap aku. Suka ati la orang nak kata apa. Asalkan pakaian aku boleh dibuat solat dan menutup aurat. Aku bersyukur sebab aku ni lelaki - litupan aurat yang wajib dilindingi hanyalah separuh daripada aurat perempuan.


Kalaula aku pergi bazar bawak pahala 100, balik rumah boleh jadi tinggal 12.4 je. Kata sorang ustaz di surau tempat aku solat terawih, orang pompuan yang pakai baju adik pun puasa jugak. Bila dah nak dekat berbuka, mereka pun pegi bazar jugak. Dan orang - orang macam tu la yang berlambak kat sana. Tambah lagi, jalan kat bazar tu sempit, nak tak nak terpaksa la berasak - asak tak kira laki perempuan.


Kalau pakai tudung pun sekadar tutup rambut, cukupkan syarat. Tak menutup bahagian dada dan tengkuk. Tak tahukah mereka, mata lelaki lebih cepat merayap ke situ berbanding mahkota yang diorang cuba sembunyikan? Kalau tak tahu, ni aku bagitau. Pasni dah la, jangan buat lagi. Pedih mata melihat.


Moralnya kat sini, kurangkan aktiviti memborong di bazar. Jimatkan duit, untuk diberi kepada anak - anak buah masa raya nanti. Dan pakailah pakaian yang menutup aurat sebab orang pun naik menyampah tengok kita bajet lawa dengan pakai baju-seluar tak senonoh tu.

Ned dan Wan

Tinggal kira - kira lagi 6 hari sebelum setan - setan dibebaskan. Ramadhan Al Mubarak hampir tiba ke penghujungnya. Sama - sama kita banyakkan ibadah. Sebuah entri bajet klakar. Semoga terhibur.









Mungkin ramai akan mengatakan, aku masih terikut - ikut dengan budaya kita yang lebih meraikan Syawal berbanding Ramadhan. Tapi kalau aku tak publish mende ni skarang, takut jadi isu lapuk pulak pasni. Takpe, la, asalkan korang bahagia.

Ramadhan yang diberkati,
Syawal yang dinanti kalau boleh lambat lagi..

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin
.

Aku, kau berbeza

"Aku suka tengok pelajar - pelajar malizi, semuanya bertudung elok (maksudnya tudung yang menutup aurat sepenuhnya). Malaysia memang negara Islam yang bagus,"
Kata sorang pelajar arab kepada sorang budak melayu. Lebih tepat lagi, pelajar Univ Cairo, Mesir.


"Aiwah, aiwah..."
jawab pelajar Melayu tadi disertai dengan anggukan yang sederhana kadar hanggukannya. Dia tersengih seperti kerang, dan matanya cuba lari dari pandangan tulus ikhlas lelaki arab yang berada di hadapannya.


Dalam hatinya berkata,


"Memang la ko rasa baik...Abeh tu yang datang sini semuanya ustazah...kalau budak medic pun, dari sekolah aliran agama...sape - sape tengok pun rasa diorang tu baik.."


Disebabkan dia masih menyayangi negaranya Malaysia, dia tak sanggup menceritakan perkara sebenar kepada rakannya itu. Tambahan lagi, masalah komunikasi mencacatkan hasrat murninya untuk berterus terang.


Perenggan seterusnya tiada kaitan dengan isu di atas.


Ramai orang Mesir menganggap, orang Melayu yang datang belajar kat Mesir ni orang yang mundur negaranya berbanding negara mereka. Aku pernah diwarning semasa di INTEC, kalau datang Mesir ni, expect for the worst. Bila sampai, keadaan sebenarnya tak de la seteruk yang aku sangkakan. Maksudnya, Mesir tidak mencapai tahap worst yang aku expectkan.


Aku pernah berjumpa sorang ustaz, yang tinggal di kawasan pedalaman mesir. Dia pernah ditanya banyak soalan bangang yang kebanyakannya keluar dari mulut bebudak. Maklum la, orang mesir ni rata - ratanya peramah. Jadi kadang - kadang terjeluak la jugak soalan tak logik disebabkan abih modal nak beramah mesra.


Dia pernah ditanya, kamu datang Mesir ni naik apa?


Ustaz tu jawab, mula - mula dia duk atas bukit tunggu kapal terbang. Pastu bila kapal terbang lalu atas kepala dia, dia akan berpaut kat seutas tali yang diikat kat kapal terbang tu, dan duk diam - diam sampai la kapal terbang tu tiba di mesir.


Budak - budak Mesir percaya mendengar jawapannya. Aku cuma gelak ikhlas mendengar cerita beliau.


Namun, tak semua orang Mesir macam tu. Ada yang respek budak - budak melayu. Ahsan Naas (sebaik-baik manusia) kata mereka. Ada diantaranya yang jadi peminat Tun Mahathir, disebabkan beliau pernah mengutuk tindakan Israel yang menceroboh bumi suci Palestine dikala pemimpin - pemimpin Arab timur tengah berdiam diri. Tu baru kutuk. Kalau la Malaysia hantar askar pegi serang Israel, maunya diarak budak- budak Melayu satu Kaherah. Asal jumpa budak Melayu je, diorang belanja makan.


Entri ni ditulis bukannya sebab aku rindu kat Mesir, tapi sebab terbaca satu kisah yang ditulis oleh kawan aku yang sekarang ni belajar kat US. Linknya ada kat sebelah tu. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.


Kesimpulannya, kita duk di negara orang ni bukan saja kita kena pandai bawa diri, tapi juga kena pandai bawa imej negara. Kita mencerminkan negara kita. Buruk mekap yang dibubuh, buruk jugak la rupa yang ditayangkan kat cermin. Walaupun semua dah tahu, tapi aku nak bagitau jugak.


Ramadhan Kareem!

Wan dan Din

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Masjid semakin kosong, dan pasar raya semakin sesak dengan manusia. Maklum la, dah dekat satu syawal. Semua berlumba - lumba ke gedung pasar raya sebab nak cari baju raya. Antara banyak - banyak entri bosan aku, mungkin ni la yang paling tak de nilai pengajaran yang jelas. Jadi, pandai - pandai la cari konklusinya sendiri lepas layan cerita ni.

<









>

Marilah kita meriahkan 10 hari terakhir ni dengan ibadah, bukannya mercun. Kalau nak main sangat, main la sampai puas hati. Biar terputus abeh semua jari tu.

Kalau korang rasa lukisan kolum nombor 6 tu buruk, ketahuilah sebelum ni aku lukis lagi buruk daripada tu..

Kalau tak paham cerita ni, buat buat la paham..



ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN, WA BALLIGHNA LALILATUL QADR
(kalau salah, tolong bagitau..aku tak power sangat arab..)


 
©2009 Coll3ctor | your're reading musegalo.blogspot