kecik

Masa kecik kecik dulu, aku selalu kena tipu. Banyak urban legend aku dengar dan aku percaya -- budak - budak biasa la kena tipu, ye tak? Cerita - cerita ni kebanyakannya aku dengar daripada kawan - kawan, yang biasanya lebih tua daripada aku. Tak pasti sama ada diorang yang reka cerita tu, atau mereka sebenarnya menyampaikan penipuan tersebut tanpa sedar mereka sebenarnya sedang ditipu. Namun, ada sesetengahnya relevan dan masuk akal la jugak.
>
>
Terhantuk kepala, tukar darah
>
Antara kepercayaan femes dalam kalangan budak budak di kampung aku. Bila seseorang terhantuk kepalanya dengan rakannya yang lain, maka secara magiknya darah miliknya akan ter'trasnfer' kepada kawan yang sorang lagi. Contoh : A terhantuk ngan B, maka darah A akan tertukar ke B dan sebaliknya. Sebagaimana kita tahu, kalau darah donor ngan recipient tak compatible, maka banyak masalah akan berlaku. Jadi macam mana masalah ni diselesaikan? Hantukkan kepala skali lagi! Bijak bijak...
>
>
Makan tembikai/limau, tumbuh dalam perut
>
Rasanya semua tahu pasal mitos pokok tumbuh ni. Bila makan buah buah yang berbiji, maka bijinya akan tumbuh dari dalam perut. Dulu dalam komik KAWAN (Kami Anak - Anak WawasaN) pun ada. Memang terkenal dari pantai timur sampai ke pantai barat. Bagus jugak bila korang makan biji buahnya korang buang, sebabnya boleh elakkan apendiks (adakah ini jugak satu mitos? aku tak tau).
>
>
Bengkok 2 kaki, mati mak
>
Antara yang terkejam pernah aku dengar. Bagaimana ciri - ciri kaki bengkok ni? kaki kiri dan kanan dibengkokkan semasa berbaring dengan muka menghadap lantai (posisi biasa bila baca novel atau bila abang suruh pijak belakang badan). Apa yang sebenarnya pereka mitos ni nak buktikan, aku pun tak tahu.
>

>
Bila kacau sarang tebuan, batukan diri

Ini mungkin aku sorang je yang pernah dengar dan ianya lebih kepada pengalaman. Aku dulu bolehlah dikategorikan sebagai budak yang agak nakal. Keluar pagi, balik petang. Memang tensen mak ayah aku, hinggakan bila pindah rumah, rumah baru aku tu betul - betul dalam hutan - rumah terdekat ada dalam sebatang rokok perjalanan merokok haram dan tiada faedah langsung dan aku tak isap ok. Pernah sekali aku dan kawan aku kacau sarang tebuan atas pokok gajus. Kami panjat pokok tu, dan untuk mengelakkan diri dari diserang, kawan aku suruh duk diam - diam, kononnya nak bersatu ngan pokok, biar tebuan ingat kita ni pun pokok jugak. Tapi nampaknya penyamaran aku tu tak jadi sebab akirnya kepala aku kena sengat jugak. Padan muko.

>

Baju terbalik, boleh balik sekolah awal
>
Ni aku dapat hasil perbincangan dengan ahli beit. Katanya dia dapat daripada kawannya. Bila pakai baju terbalik ke sekolah, maka kita akan dapat balik awal dari sekolah. Sape yang suka balik awal, boleh la buat..rasanya balik awal sebab tak tahan kawan - kawan gelakkan diri.
>
>
Apabila tidur kaki jangan menghadap pintu
>

Ini lebih kepada pesanan orang tua tua. Kenapa? Kononnya ada hantu yang melalui pintu - pintu ni, jadi takut tersepak kaki kita. Sebenarnya moral daripada pesanan ni adalah bila kita tidur dengan kaki menghadap ke pintu, mungkin orang yang nak masuk akan tersepak kaki kita (jangan samakan orang tu dengan hantu plak)
>
>
sebenarnya, ada banyak lagi, tapi kebanyakannya pesanan orang orang tua yang kita dah biasa dengar.
>
sekian

tag dari El Raes

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk dimasukkan ke dalam satu lobang khas yang mana apabila dipulas maka terbukalah pintu yang sebelum ini tertutup. Ajaib bukan?
Kegunaan sampingan - Boleh digunakan untuk menggores kad topap etisalat yang dibeli.

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - nama pun penutup pen, mestilah untuk menutup pen. Takkan nak tutup botol air plak..fungsinya untuk mengelakkan pen yang terdedah daripada digunakan untuk menyonteng sesuka hati (conteng buku, dinding, muka kawan dan laptop)
Kegunaan sampingan - digunakan sebagai alat alternatif untuk menggaru sekiranya malas menggunakan tangan.

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - untuk diisiakan dengan air/water/ma'/mizu/buul - tak kira air paip ke, sirap ke, asab ke..suma boleh..kecuali air indah water.
Kegunaan sampingan - ambik dua botol bersaiz besar, pegang pada bahagian muncungnya dan depakan tangan. Lepas tu ketuk sekuat hati. Boleh digunakan sebagai alat untuk menyorak team bola/basket/ragbi/badminton/congkak/konda kondi sekolah apabila perlawanan sedang berlangsung. Berkesan untuk melemahkan semangat juang pihak lawan. Tapi kalau korang cheer untuk diorang lain pulak ceritanya..

4) Paper lama
Kegunaan asal - untuk dibaca. Berita lama ni boleh dijadikan sumber rujukan untuk soalan - soalan sejarah yang tak de dalam buku teks.
kegunaan sampingan - buat lapik wardrobe masa skolah dulu..tak pun digunakan untuk membersihkan tingkap nako kelas..

5) Seluar lama
Kegunaan asal - Lama ke, baru ke, kegunaan seluar hanya satu - untuk dipakai..
Kegunaan sampingan - boleh dijadikan kain basahan apabila berada dalam bilik termenung.

6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk cili, bawang besaq dan kecik serta halia dan lain lain sehingga lumat. Merupakan salah satu rahsia untuk menyedapkan masakan. Lagi lama lesung, lagi sedap. Kalau tak reti masak, guna lesung zaman jepun pun, tak akan jadi sedap jugak. -rekaan semata mata-
Kegunaan sampingan - Bagi kat ammu yang jual sayur, suruh dia timbang sayur pakai lesung plak. Pasni kompem berkilo-kilo sayur korang boleh beli dengan harga yang berpatutan.

7) Langsir
Kegunaan asal - Menceriakan rumah dengan warna warna yang menyejukkan mata dan hati serta perasaan.
Kegunaan sampingan - Langsir yang lawa sikit boleh djadikan baju raya - baju melayu, baju kurung, kebaya nyonya dan batik sekiranya tak sempat nak beli. Khusyuk sangat puasa sampai tak ingat nak tengok pengumunan raya.

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - Untuk melaksanakan kerja - kerja yang disuruh oleh bos untuk kebaikan syarikat.
Kegunaan sampingan - Keyboard boleh dihempuk dan skrin boleh ditumbuk sebagai tempat untuk mlepaskan nafsu amarah setelah dimarahi bos. Kalau keyboard rosak atau skrin pecah, komputer kawan sepejabat boleh digunakan untuk menaip surat berhenti kerja.

9) Duit syiling
Kegunaan asal - boleh disedekahkan kepada ammu yang duduk tepi dinding..kesian diorang
Kegunaan sampingan - sekiranya terasa diri diancam, boleh dibaling sekuat hati kepada pengancam (pencuri, binatang liar dan kawan yang gerak kita dari tidur - bukan tido subuh ok)

10) Laman Blog
Kegunaan asal - untuk menulis perkara yang berfaedah, semi berfaedah dan tak berfaedah langsung. Juga tempat untuk meluahkan perasaan hati dan jiwa.
Kegunaan sampingan - membaca blog blog mereka yang rajin update..lepas tu guna nama samaran untuk mengomen atau mengutuk artikel yang dipost. Aku tak pernah buat rasanya..guna samaran untuk bagi komen ada, tapi kutuk tak pernah kot..


seterusnya, aku ingin tag

> rodenticide
> song phil (double tag)
> emhoho
> alfa san
> sapik lemi
> nabil al hanis

dan sesiapa sahaja yang ingin buat tag. Tag adalah pilihan penulis masing - masing, tiada paksaan.

sekian.

sakit..

Musim sejuk ni, kita dapat lihat ramai orang sakit. Paling biasa kita jumpa, selesema dan batuk. Ada yang ekstrim sikit sampai kena hypotension, rubella dan di Alex, kawan kita ada yang kena TB (rujuk tibbians; lensa d mesir bukan promo ok..). Sakit - sape nak sakit? Semua manusia yang sihat akal fikirannya mahukan kesihatan. Kita belajar medik ni pun, sebab nak merawat orang sakit supaya insyaAllah dengan izinNya penyakit tu sembuh.
>
>
Ramai yang merasai manisnya sesuatu nikmat apabila nikmat itu hilang. Contohnya, muda. Warga emas dan insan veteranlah yang paling 3rif akan nikmatnya masa muda. Time muda nilah masa yang seronoknya kalau nak enjoy, gi dangdut, lepak dan lain - lain. Dan masa muda jugak adalah masa terbaik untuk kita banyakkan amal ibadah, sedekah jariah dan belajar ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan di hari pembalasan kelak.
>
>
Sejauh mana kita menghargai kesihatan yang dikurniakan? Adakah keadaannya sekecoh ketika mana kita sakit? Pernah tak kita telefon kawan, atau keluarga pada pukul 9 malam waktu Mesir ( kat Malaysia pukul 3 pagi ) semata mata untuk bagitau diorang

" Mak, hari ni dah masuk 3 bulan kita sihat," -aku tak pernah buat-

Kalau keluarga, jawapannya mungkin

" Alhamdullillah..bagus la tu," -keluarga yang memahami-

Kalau kawan lelaki mungkin

" Tak, ko sakit ni..esok gi jumpa psikiatrist," -kawan lelaki yang suka cakap berlapik-

Kalau kawan perempuan mungkin
" Ko ni tak de keje ke! aku nak TIDO!!" -kawan perempuan yang straight to the point

>>

Kalau ditakdirkan 3 minggu kita demam, ingatlah dah 2 tahun Allah bagi sihat. Sakit tu terlalu sekejap tempohnya kalau nak dibandingkan dengan nikmat sihat yang selama ini Allah kurniakan kepada kita. Lagipun, penyakit adalah kafarah untuk dosa - dosa yang telah kita lakukan sebelum ni.

>

Aku nak tulis post ni pun sebenarnya rasa macam tak layak, sebab ada ramai lagi yang lebih hebat daripada aku. Namun, tak de sehina - hina manusia yang tak boleh bagi peringatan dan tak de semulia - mulia manusia yang tak boleh menerima nasihat. Diharapkan peringatan yang sedikit ni (khasnya untuk aku sendiri) boleh sekurang - kurangnya buat korang berfikir sikit pasal nikmat yang sering kita lupakan ini.

Luxor

Aku tak sedar bila coaster tu masuk pekan Luxor. Sedar2 je dah dekat ngan hotel. Malam tu, seperti di Aswan kami menjelajah Luxor. Disebabkan pihak hotel tidak menyediakan makan malam (alasan sebenarnya, makan malam ada tapi 60 gen satu kepala) kami keluar mencari nasik. Lepas makan, ada yang balik ke hotel dan ada jugak yang pergi merayau.
>
Esoknya seawal pukul 8 pagi, kami memulakan jaulah disekitar Luxor. Jaulah dibahagikan mengikut tempat - hari pertama West Bank dan hari kedua, East Bank.

>
>
>
Valley of the Kings
>
Tempat di mana raja - raja firaun di tempatkan selepas kematian diorang. Dalam kubur tak dibenarkan untuk pelancong ambik gambar, jadi kalu nak tau macam mana keadaan kubur firaun, kena la pergi sendiri. Mumia tak ditempatkan di sini. Ada kat muzium Tahrir kalau nak tengok.
>
>
>
terdapat kira kira 62 kubur di kawasan ni
>
>

di kubur Firaun Ramses IV
>
>

depan kuboq..
>
>

pelan dalam kubur firaun
>
>

ke luar
>
>
>

Hatshepsout Temple
>
Sebagaimana yang tertulis dalam buku sejarah tingkatan 4, Hatshepsout merupakan firaun wanita yang memerintah Mesir satu masa dahulu. Hatshepsout berkahwin dengan Thutmoses II, iaitu saudara kandungnya sendiri. Memegang tampuk pemerintahan setelah kematian Thutmoses II dan pemerintahannya diteruskan oleh Thutmoses III.
>
>
>
berjalan ke kuil
>
>

Hatshepsout digambarkan sebagai firaun lelaki, sebab rakyat tak memperakui wanita sebagai pemerintah
>
>

salah satu bilik yang tak dibenarkan masuk...tensen2..abes tu mengapa kami kena bayar lebih?
>
>

bukan vandalisme secara terbuka tetapi kerja baik pulih sedang dijalankan
>
>

masa nak balik..ada lagi 2 patung saiz mega
>
>
>
Alabaster
>
tak de menarik pun tempat ni. Kitorang pergi pun sebab free. Kalau berbayar, tobat tak pergi. Kat sini la tempatnya cenderamata dihasilkan. Katanya incik Hamid, cenderamata kat cairo nu semuanya ambik dari tempat ni. Ada banyak kedai kat sini, tapi kami cuma melawat satu je..Alabaster, cam pernah dengar namanya..one piece?
>
>
>
antara barang yang ada lam kedai tu..
>
>

pekerja sibuk bekerja
>
>
mendengar penerangan daripada tuan kedai
>
>
hang ambik gambar sapa tu Fatah?
>
>
>
Incik Hamid, pemandu pelancong kami menawarkan banyak lagi tempat untuk dlawati tapi semuanya ditolak. Alasan, malas nak gi. Ada satu lagi tempat yang sepatutnya dilawati iaitu Valley of the Queens. Tapi rasanya sama je ngan Valley of the Kings, masuk berbayar tapi gambar tak leh nak ambik jugak.
>
Malamnya, kami ke kedai yang lain. Pelancong yang makan kat sana dikenakan harga 'istimewa', tak sama ngan penduduk tempatan. Tapi ok la, tak kesah sangat.
>
>
>
Luxor Temple
>
Terdapat 3 fasa pemerintahan di mesir. Pertama, Fasa Firaun, diikuti dengan Greco-Roman dan seterusnya pemerintaan Islam. Di kuil ni terdapat ketiga - tiga kesan tamadun yang pernah memerintah Mesir.
>
>

>
masjid yang dibina kira2 1000 taun yang lalu. Berdekatan dengan kuil.
>
>

besau jugak...
>
>

terdapat kesan lukisan oleh penganut kristian (zaman Greco-Roman) pada dinding berinskripsikan tulisan hieroglif.
>
>

5 model tiang - korang memang pandai posing..
>
>
dulu ada 2 obelisk (obelisk = tiang sebelah kiri) tapi obelisk di sebelah kanan diberikan kepada Perancis sebagai hadiah
>
>
>
Karnak Temple
>
kuil terbesar. Masih dalam pemulihan.
>
>
obelisk
>
>

kalendar dahulu kala...yang berbentuk l adalah satu. Yang berbentuk n adalah 10
n n n n l l l = 43
>
>

tinggi jugak tiangnya
>
>
di pintu masuk
>
>
kenangan bersama tourist guide, incik Hamid
>
>
>
Sekarang ni dah tak de dah org gi sembah berhala nih. Kebanyakan penduduk di Luxor beragama Islam dan Kristian. Semua patung di sana hanya dijadikan perhiasan untuk tatapan pelancong. Tapi ada jugak pelancong asing yang percaya ngan sesetengah kepercayaan tahyul ni. Contohnya masa di Karnak Temple, kononya sape2 yang tawaf satu patung nih, nasibnya akan jadi baik..tawaf 3 kali dapat kawen dan tawaf 7 kali dapat menda tu menda ni...yang sedihnya ada jugak akak yang bertudung ikut sama tiru perbuatan pelancong omputeh tu..mungkin diorang buat untuk suka suka tapi, yang melihat dari jauh, tak tau niat mereka..sama sama kita pikirkan..

spek itu, mata aku

Fotokromik. Tahun lepas aku ada baca pasal spek mata itam. Kebetulan jumpa fakta nih lam buku New Medical English Course (rugi la sape yang suka ponteng kelas english dulu). Terjemahannya lebih kurang macam nih - spek mata itam, kalau silap pilih boleh membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
>
>
Spek mata itam terbaik adalah yang boleh menapis sebanyak mungkin sinaran ultra ungu yang sebahagian besarnya berasal daripada cahaya matahari. Kalau spek mata hitam biasa yang tak berupaya menapis ultraviolet ray, kesannya dalam jangka masa panjang adalah merbahaya sekali. Bila pakai spek mata itam, ye lah, nak tengok jalan, bercakap ngan kawan dan beli belah memang senang di bawah sinaran matahari yang terik terutamanya di Cairo nih. Tapi perlu ingat eye pupil akan dilate bila keadaan sekelilingnya gelap. Maka kalau korang pakai spek mata itam yang peratus penapisan uv ray nya rendah, maka lebih banyak sinar uv akan masuk lam mata korang berbanding masa korang tak pakai spek. Bila banyak sinar uv masuk, teorinya akan terjadi lah macam macam penyakit pada mata, antaranya katarak dan kanser.
>
>
Bila balik Malaysia tahun lepas, aku terpaksa tukar spek fotokromik aku, sebab aku tak yakin ianya dapat melindungi mata aku daripada sinar uv. Mulanya bila tengok kawan2 pakai fotokrom, terus tergerak hati untuk buat jugak. Kool bila nampak Naqi pakai spek itam. Duane pun, bertambah macho bila beliau berbuat demikian. Irsyad lagi la. Kalau la Jaang buat jugak, maunya cair akhawat yang memandangnya. Tapi bila baca tentang fakta spek mata itam nih, rasa seram pun ada. Bila aku datang Cairo balik, nampak cam makin bertambah orang ramai yang buat spek fotokrom. Kalau spek korang berupaya tapis uv secukupnya, maka teruskan pemakaian spek tu. Kalau tidak, fikir2 kan sendiri..

Aswan

Bertolak dari Cairo lebih kurang pukul 2 pagi lebih. Awal perancangannya nak naik ketapi, tapi ditukar pada saat akhir kepada coaster. Bila aku tengok keretapi mesir, baru aku rasa bersyukur perjalanan kami ke L-A adalah dengan coaster. Alhamdulillah. Kembara ke Aswan memakan masa lebih kurang 16 jam. Sampai di Aswan sedikit lewat daripada jadual asal. Biasanya perjalanan dengan kereta api mengambil masa 12 jam. Naqi sebagai ketua rombongan diam pabila anak anak buah menyuarakan rasa tidak puas dari belakang. Biasanya dialah supplier cereka lawak setiap kali kami berjaulah..
>
>
"mana hotel ni, tak nampak tamadun pun.."
>
"aku tak nampak lagi orang puteh berdansa"
>
>
begitulah kata kata yang kedengaran dari belakang apabila bosan disebabkan terlalu lama duk lam bas.
>
sampai di hotel, kami menjamu selera dan selepas solat, kami terus berkumpul untuk melawat sekitar bandar Aswan..
>
keesokannya, kami memulakan jaulah sekitar Aswan...
>
>
>
High Dam
>
Dibina oleh Jamal Abdul Nasir, presiden Mesir yang pertama. Mendapat tajaan daripada Soviet untuk pembinaan empangan ini kerana Amerika tak mau tolong. Mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan. Kata Incik Ibrahim (tourist guide kami di Aswan), empangan ni boleh salurkan letrik sampai itali. Wallahua3lam
>

>
>

empangan yang besau..
>
>

sejauh mata memandang
>
>

kami yang gi jaulah
>
>

cross section of the dam
>
>
>

Philae Temple
>
Perlu naik bot untuk ke sana. Harganya 2 genih kalau tak silap. Satu kuil yang dibina untuk Goddess Isis. Lokasinya adalah di atas pulau. Kuil ini dipindahkan daripada lokasi asal kerana dikhuatiri tenggelam disebabkan pembinaan High Dam. Pembiayaan pemindahan kuil ditaja kali ini oleh UNESCO.
>
>
>
pabila dinding bercerita..
>
>

kan dah cakap atas pulau..tak caye..
>
>

Incik Ibrahim memberi penerangan mengenai inskripsi yang terdapat pada dinding
>
>
setiap tiang punya kisah sendiri....bak kata Fatah, tiap2 minggu ada satu tiang baru, diorang update macam cerita Naruto
>
>

satu ruang kat luar
>
>

>
Unfinished Obelisk
>
Obelisk yang tak dapat dinaikkan sebab berat sangat. Patah kalau tak silap. Aku nampak orang arab selambe je masuk free. Cara pembinaan tiang batu ini agak unik. Dibina daripada batu granit hitam.
>
>
>
15 gen for an unfinished, ancient block of granite
>
>

dari sudut sisi
>
>
>
Menyusuri Sungai Nil
>
Naik bot, walaupun plan asal nak naik felucca (macam ni r kot ejanya, kalau silap sila bitau) namun keadaan cuaca tak mengizinkan. Lepas naik motobot, kitorang terus bergerak ke Luxor. Tak pernah lagi aku tengok budak budak Malaysia begitu gembira bila nampak Fatah, Imdad dan Khaliq balik dari kedai bawak to'miyah yang dipesan (to'miyah sana murah, lam nus sbijik). Lapar, nak buat macam mana. Kedai lain mahal. Semua harga barang dinaikkan sekurang kurangnya 2 kali ganda. Jimat duit.
>
>
>
ada satu batu macam ni kat kampung batu rakit..tapi kecik sikit..kalau tak percaya cuti summer ni jom explore Terengganu..
>
>

felucca - guna angin ntuk digerakkan
>
>

atas motobot
>
>
>
Kom - Ombo Temple
>
Memang kacau bila ada orang kejut dari tidur. Dah sampai rupanya. Mulanya nak sambung tidur balik, tapi memandangkan dah sampai, terpaksa gagahkan mata untuk turut serta. Bangunan yang dibina untuk God Sobek, tuhan diorang yang mempunyai rupa boya (semua ni karut marut ntah pape, jadi jangan percaya). Bangunan ni adalah gabungan daripada 2 kuil - satu untuk Sobek dan satu untuk Horus ( juga salah satu tuhan mengikut mitos orang mesir dahulu kala ).
>
>
>
Kat tiang tu la Sobek kalau nak kenal..tapi bukan yang pakai topi berbaju putih tu..jangan salah paham
>
>
gaya tersendiri
>
>
buaya yang dimumiakan - kalau la diorang buat beg kulit, ade gak pekdahnya
>
>

bentuk sebenar kuil dari sisi
>

>
kalau air lam telaga ni tinggi, maka tinggi la cukai pada masa tu...
>

>
>
Edfu Temple
>
Tempat terakhir yang dilawati sebelum kami sampai di Aswan. Harga tiket sering menjadi isu kontroversi kerana setiap tempat yang kami pergi semuanya memerlukan duit. Seringkali Tong dan Fahim menisbahkan harga tiket dengan nasik yaman. Kalau harga tiket = 25 gen, maka nasik yaman firah (ayam) yang boleh dimakan adalah satu 2 per 3 pinggan dengan nilai yang sama.
>
>
>
patung Horus
>
>

tiang berbentuk pokok papyrus
>
>

kapal yang diusung berisi offerings kalau tak silap la..
>
>

Satu sudut lam kuil..seram gak kalau duk lam ni malam malam..
>
>

barisan tiang lama
>
>
>
keseluruhannya, sape - sape yang nak gi Luxor Aswan mestilah betul betul minat sejarah tamadun peradaban mesir. Kalau tak, korang macam pergi tengok batu bata je la. Lebih baik gi Hurghada atau Sharm el Sheikh. Walau sehebat mana pun tamadun Mesir dahulu kala, namun masih tak dapat mengubah keadaan Mesir pada masa sekarang. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.
>
>
>
bersambung dalam Luxor

Jom Jaulah Cuci Mata (II.III)

Hari Ketiga - Bahriya --> Cairo
>
>

suasana di pagi hari..

>
>

bajet tak abeh2..
>
>

tapak perkemahan..
>
>

kecik je..

>
>

Orang Kuat dan marshmellow hangusnya..
>
>

bersarapan ngan makanan arab..

>
>

cam muka beruk..
>
>

kalau la sesat kat sini...
>
>
ke tempat kediaman musang...
>
>
bukan salji, tapi batu..
>
>
Basketballer N..posing maut!
>
>
bleh wat kaver album nih..
>
>

trima kasih atas layanan yang diberikan..

>

Jom jaulah cuci mata - bersambung dalam ekspedisi ke Luxor Aswan

Jom Jaulah Cuci Mata (II.II)

siang
>
>
aktiviti lompat melompat - photo taken by Photograbber Iban
>
>
di sand dunes
>
>

lotih...
>
>
kat mesir pun ada gunung berapi...kadang2 kuar asap..
>
>
solat tiang agama..dimana jua anda berada..
>
>
berendam sebentar bersama kawan2..
>
>
"dan Kami ciptakan daripada air setiap benda yang hidup.."

p/s betulkan kalo silap
>
>
menkmati syai badwi!
>
>
di white desert
>
>di Akabat -katanya incik Ahmad, macam kat bulan..
>
>

dah nak maghrib dah...gi smayang nuh!
>
>

>
malam
>
>memasang khemah
>
>
hidangan makan malam...alhamdulillah
>
>
Amir memberi tazkirah
>
>
x de keje...
>
>

disaat hilangnya thiqah...semua mushrif berdansa

Jom Jaulah Cuci Mata (II.I)

Tempat : Bahriyya
Peserta : Orang Kuat, 3mmar, Basketballer N, Pisangbest, Photograbber Iban, Abe Wea
Peranan : Musyrif sepanjang masa
Masa : 3 hari 2 malam - Hari Pertama
Kenderaaan : bas, 4wd dan kaki


dah nak sampai dah..
>
>

sebelum bertolak...
>
>

laluan di celah2 rumah
>
>
Bahriyya Explorer!!
>
>
di Temple of Alexander - penat musyrif kumpul duit, last2 tak jadi masuk
>
>

tasik di tengah padang pasiaq
>
>
bila jumpa jip...
>
>

ke bukit..
>
>
naik..jangan tak naik..
>
>
TOLONG!!!
>
>
Pemandu jip 6 - wudhuk untuk solat asar...
>
>
3mmar layan blues..
>
>
bila matahari terbenam...MasyaAllah lawa..
>
>

lepak jamaie
>
>
>
end of Day 1
>
p/s : akan bersambung InsyaAllah - Hari Kedua




Man dan Maarad

Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk mengunjungi Maarad Kutub (lebih kurang macam book fair r) pada tahun ni. Kartun kat bawah adalah realiti yang berlaku pada diri penulis sendiri. Sama sama kita ambil pengajarannya.










moral : berbelanja biarlah berpada..jangan sampai membazir..kerana orang yang suka membazir tu adalah sedara setang..

Jom Jaulah Cuci Mata (I)

Jaulah siri pertama :
Tempat : Piramid di Giza.
Peserta : Mr Muscle, Night Owl, Pisangbest

Bayaran : 30 gen satu kepala
Masa : 1120 hingga 1445
Kenderaaan : bas, tremko dan kaki

>
>
>

vandalisme yang dikagumi
>

>
besar jugak pramid nih..

>

ish3..buat ape ntah budak dua orang nih..
>
>
unta ntuk dinaiki...40 gen - tak tau mana logiknya harga ni...unta bukan pakai minyak pun..
>
>
dua piramid - tengok dan ambil pengajarannya
>
>

.................
>
>

sape lagi tinggi?
>
>
di pintu masuk..
>
>

tinggal 3 je..
>
>
penat berjalan..rehat kejap
>
>

lama dah tak lawat u, rindu rasanya...
>
>
>
p/s : 3 februari jugak merupakan besday Sopi. Patut la bersungguh - sunguh ajak orang pegi pramid, rupanya ada sebab...


MySpaceMySpaceMySpace


 
©2009 Coll3ctor | your're reading musegalo.blogspot