kedekut dan kedekut

Kedekut. Ramai akan terpikir, sifat kedekut ni akan berkaitan ngan duit. Memang la, lepas aku sebut ni baru la korang akan terpikir kedekut benda lain plak. Tak dak la, gurau je. Entri yang diharapkan akan memberi manfaat kepada pembaca semua.
>
>
:
Kedekut Ilmu
Mungkin anda pikir, anda bukanlah sorang pengkedekut ilmu. Tapi itu kata kita. Mungkin ada skali sekala kita terlokek ilmu tanpa sedar.
>
>
>
>
>
Kedekut Kepakaran
Manusia ni diciptakan berbeza-beza. Ade benda yang kita boleh buat, dan ada benda yang kita tak leh buat. Sebab tu la tak semua orang boleh jadi Perdana Menteri, dan tak semua jugak yang boleh jadi tukang kebun.
>
>
>
>
>
Kedekut Duit
Kalau lalu tepi jalan nak gi UKM [Universiti Kaherah Mesir], kita akan selalu nampak mak cik pak cik duk tepi jalan, tadah tangan untuk dihulurkan duit. Ape salah kita bagi segenih dua, duit banyak2 pun bukan nak buat belanja kawan makan..
>
>
>
>
>
Kedekut Untuk Beramal
Kita belajar banyak, tapi praktiknya mungkin tak sebanyak yang kita belajar. Benda paling mudah-SENYUM. Aku pun jarang buat benda ni, jadi sama-sama kita muhasabah diri.
>
>
>
>
Kedekut Kekuatan dan Masa
Aku tak tau nak bagi tajuk apa untuk kedekut yang last ni. Tibai je la. Ingatlah, bahawa setiap akhawat yang belajar ilmu perubatan kat Mesir ni, nilainya satu doktor. Kalau jadi apa-apa kat salah sorang akhawat kita, kan dah kurang 1 doktor.

Bukan aku nak kata kurang 1 doktor tu sebab akhawat kena bunuh atau cacat sebab tak guna mushrip, jangan salah paham plak. Cuma, ntuk bagi kesedaran kepada kita semua...ikhwah akhawat sekalian.

Gunalah mushrip sementara masih ada peluang.
>
>
>
>
>
"Hiduplah Untuk Memberi Sebanyak-Banyaknya,
Bukan Untuk Menerima Sebayak-Banyaknya"

-laskar pelangi-



p/s :
- BPP - Biro Penerbitan dan Penerangan kot
- Akhawat biasanya tak guna mushrip untuk gi City Star.

hikayat tempoyak

tempoyak
>
Ini bukan cerita rekaan, dan bukan jugak cerita yang seratus peratus benar. Sebabnya peristiwa ni dah lama berlaku, jadi mungkin ada sedikit tokok tambah dan unsur-unsur israiliat yang termasuk dalam kisah ni. Hayati dan ambil pengajaran.
>
>
Alkisahnya berlaku pada pak sedara aku. Masa tu beliau belum kawin lagi. Skang dah kawin, dan ada dua cahaya mata yang amat comel. Tiap kali aku balik kampung, pipi anak dia la jadi mangsa penderaan fizikal secara paksarela. Tak abeh cubit, dicium pulak. Macam-macam.
>
>
Macam yang aku tulis tadi, kisahnya berlaku masa beliau belum kawin. Kat atas tu intro je. Abaikan. Latar tempatnya adalah rumah nenek aku. Pada satu malam, pak sedara aku ni berasa lapar. Nak suruh bini masak, tak leh sebab tak kawin lagi. Lalu, beliau pun berjalan ke dapur untuk mencari makanan. Dengan kata lainnya, nasik barang sepinggan dua. Makanan ruji masyarakat Melayu semenanjung.
>
>
Malam tu, letrik takde. Suis lampu dipasang, tapi lampu tak menyala. Maka, makan la pak sedara aku sorang-sorang dalam gelap. Oh, ni bukan cerita hantu. Jadi kepada yang penakut tu, toksah la bukak page lain pulak. Baca dulu sampai habis. InsyaAllah bermanfaat.
>
>
Beliau ambik pinggan, bubuh nasik dan menuju ke peti ais. Peti ais ni sebenarnya dah lama berkhidmat untuk keluarga nenek aku. Dan adat barang lama, kadang-kadang idup, kadang-kadang mampus. Biasa la tu.
>
>
Pak sedara aku bukak peti ais, dan ambik satu juadah, yang sape tak kenal pasni toksah mengaku Melayu la. Tempoyak. Dibuat daripada durian dan boleh disimpan untuk jangka masa yang agak lama. Biasanya disediakan bersama budu. Letak cili skali kalau nak lagi umph.
>
>
Maka, makan la pak sedara aku dengan lahapnya. Tambah lagi, rasa tempoyak dan nasik tu sungguh istimewa, lebih sedap daripada biasa. Bak hidangan diraja. Makan dan makan serta makan. Macam orang bujang disorongkan bini la gamaknya. Maka dengan tiba-tiba, lampu yang tadinya mampus, menyala dengan galaknya.
>
>
Terkejut manusia pak sedara aku. Tahu lah beliau apesal nasik cicah tempoyaknya sedap kemain malam tu. Rupanya ada ulat menari-nari lam pinggan berisi tempoyaknya. Makluk gedik yang menjijikkan, habitatnya di tong sampah dan tempat-tempat kotor. Bila digigit pecah, keluar isi perut kaler kuning yang pekat lagi meleleh. Slurp. Nak tau lebih lanjut, tengok sendiri gambar kat bawah.
>
>

ulat-ulatan
>
Nan
Nak buat macam mana, nasi berlaukkan tempoyak ulat dah masuk dalam perut. Dah nak abeh sepinggan dah tempoyak tu beliau makan. Tak sengaja. Mana la nak nampak lam gelap. Kalau guna lilin kang, silap2 terbakar rumah pusaka nenek aku tu.
>
>
Macam tu la jugak DUNIA. Rasa dengan lidah, sedap. Tengok dengan mata, cantik. Hidu dengan hidung, wangi. Tapi hakikatnya, lebih buruk dari nenek kebayan. Malah, lebih buruk daripada tu. Jadi, jangan la kita tertipu dengan dunia. Letak dunia tu kat tangan, bukan di hati, supaya kita boleh campak bila-bila masa kita nak. Pikirkanlah.
>

p/s : aku tak makan tempoyak.

>

cuti aidiladha

Cuti selama seminggu tak memberi aku tiket untuk bercuti sepuas - puasnya. Ikuti karangan panjang lagi membosankan di bawah. Kalau malas sangat, skip je ke perenggan akhir.
>
?
Kisah 1
>
Aku diberi tugas mudah oleh sorang kawan. Disebabkan sikap aku yang suka bertangguh, tutorial photoshop yang sepatutnya aku hadiri terpaksa aku tinggalkan. Rasa rugi yang teramat sangat. Padahal sebelum ni aku la manusia yang bersungguh sungguh promote suruh orang pegi.
>
>
Keje tu pulak, walaupun siap tapi tetap tak sempurna. Aku tak puas hati dengan mutu hasilnya. Penat aku buat dari malam semalam sampai la asar hari ni, tapi hasil macam orang buat keje separuh jalan.
>
>
Rasa marah, bengang dan bangang dengan diri sendiri. Ditambah pulak dengan setan yang tak abeh2 mencurahkan petrol nafsu amarah kat hati aku yang tengah membakar. Laptop pulak masalah. Lembabnya, MasyaAllah - membuatkan aku rasa nak hempuk je skrin tu. Tapi apakan daya, laptop orang.
>
>
Kisah 2
>
Abeh keje, aku berjalan pulang ke rumah. Teringat pulak hari ni aku masak. Abeh satu keje, ade pulak keje lain. Microb belum stadi lagi. Exam dah dekat. Cuti dah nak abeh. Bertambah darab la masalah aku.
>
>
"Siini...Siiini!" Kata sorang budak arab yang lalu tepi aku. Siini - maksudnya orang cina. Tu la panggilan arab yang tak tau beza Melayu ngan Cina kepada kami budak Melayu kat sini. Rasa macam nak terajang je budak tu. Padahal tak de ape2 pun dengan panggilan tu. Tapi tensen yang meluap2 membuatkan semua benda betul depan mata aku jadi salah.
>
>
Tapi bahagianya rasa jadi budak tu. Tak perlu pikir banyak masalah macam aku. Tu baru sikit masalah. Jadi doktor pasni lagi la teruk. Keje 27 jam - bukan stakat masalah kita, masalah patient skali kita kena pikirkan.
>
>
Kisah 3
>
Disebabkan takde duit, terpaksa la aku belanja kawan - kawan makan telur. Bukan pokai sebenarnya, cuma duit Dollar blom ditukar kepada matawang yang sepatutnya. Baru nak masak, Imdad telepon.
>
>
"weh Ihsan! pasni ajak budak2 rumah ko datang rumah aku, ada makan2 skit," lebih kurang macam tu la pesan beliau. Alhamdulillah, satu masalah selesai. Rasa semangat skit nak teruskan idup. Pastu pulak, aku pegi kedai kayu untuk potong papan alas katil. Papan alas sengaja dibiarkan panjang sedikit daripada lebar katil, jadi terpaksa la pembeli potong sendiri papan tu. Bijak kan?
>
>
Pak arab tu mintak aku tunggu kejap, sebab urusan potong memotong kayu ni sekejap je prosesnya. Dia ajak aku berbual, dan aku pun layan la. Dari sebesar besar isu kepada seremeh remeh perkara. Selang 10 minit, kayu pun siap dipotong. Aku tanya berapa genih, dia geleng kepala. Aku tanya lagi, dia geleng jugak. Paham la aku, bahawa tak de caj dikenakan. Dengan kata lainnya, free. Alhamdulillah, masalah kedua selesai. Cuma pesan pak cik tu, bagi la salam lain kali kalau lalu depan kedai dia.
>
>
kesimpulan
>
Setiap masalah dan ujian yang Allah berikan, mesti akan disusuli dengan kesenangan. Dan ingatlah bahawa Allah tak akan membebankan hambaNya. Kalau rasa masalah kita tu berat, maka ketahuilah masalah tu tak sampai 1% pun keberatan masalah para Anbiya. Dan ingatlah jugak walau betapa berat pun masalah yang kita hadapi, akhirnya akan berakhir jugak. Maka senyum senyum la selalu, dan selamat menyelesaikan masalah!
>
>
>

annual mushkilah II

Hari yang penat lagi melucukan. Pukul 2.28 petang tadi secara rasminya berakhirlah kelas Patho pada minggu sebelum cuti raya korban ni.
>
>
Pagi tadi, aku pegi mugamma' untuk wat extension visa. Maklumla, tempoh mastautin dah nak abeh -- 30 hb 11. Hampir semua dak batch medicairo 07 dah membebel pasal masalah visa. Dan aku salah sorang manusia yang nak membuka lembaran cerita lapuk yang diharapkan dapat menjadi pengajaran bagi insan - insan bertuah yang belum pegi mugamma' lagi.
>
>
Siap beli setem dan tampal serta isi borang, aku ke kaunter untuk proses visa. Rasa tak sedap hati, jantung berdebar walaupun aku tak minum kopi ataupun berlari lari masa nak antar borang tu. Mak cik kaunter mintak borang, aku bagi. Borang permohonan, salinan visa, dan akhir skali syahadah. Dia pegang kertas syahadah, dan bincang ngan kawan sebelah pasal perkataan yang tertulis kat bahagian atas belah kiri syahadah aku. Biduuni surah, yang bermaksud tanpa gambar. Disertakan cop skali.
>
>
Mak cik tu pun dengan selambanya komen, "Ni tak bleh ni, kena ada gambar jugak." Dalam bahasa arab la, aku terjemah lebih kurang je. Dah agak dah. Mesti ade masalah. Baru nak komen, mak cik tu buat buat tak dengar. Jadi dengan hati riang berbunga bunga, aku blah. Padahal sebelum ni orang lain wat ok je. Takpe la, sistem baru kot.
>
>
Maka berjogging kesenyuman la aku balik ke universiti. Asalnya nak tahan bas, tapi bila aku brenti jogging, rupanya dah nak sampai kat u dah. Bagus jugak wat visa ni, bersenam secara tak sengaja. Indah sungguh hari ni!
>
>
Dipendekkan cerita, aku pun pergi la skali lagi. Bagi salam dulu, senyum2 kambing sekor dua sebelum serahkan borang extension visa. Alhamdulillah, lulus. Dia pesan kat aku suh bagitau budak2 lain yang blom buat, supaya kat syahadah tu letak gambar jugak. Dari nada suara dan riak rupanya, nampak macam orang bersalah. Tapi mungkin tu cuma perasaan aku je.
>
>
Pengajarannya, bila nak wat visa pasni, sila pastikan ada gambar skali. Biduuni surah, maka bukrah la jawabnya. Tapi kalau korang pandai ejas lain cerita. Hulur duit (rasuah hukumnya haram) ke, tikam lidah ke jampi (sihir pun haram) ke ape ke. Kedua, Sabar. Tak dipanggil Mesir la bumi ni kalau hidup kita kat sini tak disertakan dengan musibah, yang seterusnya mengajar kita supaya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah.
>
>
" Kullu sanah wa entu tayyibin, " aku ucap sebelum balik. Semoga makcik mugamma' gembira selalu. Amin.
>
>
Selamat Hari Raya EidulAdha!


mugamma' - pejabat imigresen
bukrah - besok
syahadah - surat pengesahan (lbeh kurang la)

lata

Pangkor II - sambungan dari entri dutch ford. Sebelum balik, Alfa bawak budak-budak ni gi lata. Kata Alfa, Lata Kijang. Mengambil masa 1 jam lebih dari Pangkor. Awalnya sesat, tapi alhamdulillah, sampai jugak.
>
>
Duit yang begitu banyak aku bawak, akhirnya tinggal beberapa ringgit je. Seb bek cukup ntuk beli tiket bas balik rumah. Kesimpulannya, sayangilah ilmu, sebab dia boleh jaga kita pasni. Tapi jangan benci duit plak, kang susah kalau takleh bayar sewa rumah.
>
Daripada reunion ni, benda yang paling berharga aku dapat adalah ukhwah.
>
Kawan yang selama ni aku tak berapa kenal, tiba2 dengan magiknya jadi rapat. Setelah kita mengenali sesorang dengan lebih dekat, baru la kita tau, rupanya banyak persamaan yang kita kongsi bersama. Sesuatu yang kita takkan dapat dengan hanya melihat seorang manusia superficially. Oleh itu, sayangi rakan anda. Kenali mereka sebelum terlambat.
>
>

Mencari port yang sesuai. Paan masih fobia ngan air.
>
:
>
Dah jumpa, ape lagi - belasah la..
>
>
>
Muka terpaksa bergambar.
"Takde keje lain, ni mesti nak wat masuk lam blog ni.."
>
>
>
Mencuci cara tradisi. Masih dikekalkan hingga kini.
.
.
.
Lain kali bleh buat lagi.
Baem ngan Medad, pastikan korang menghadirkan diri.
>
>
>
Pangkor II - cuti musim panas Malaysia 09.


doa seorang pengawas

tak de gambar lain ke?
>

>
Dulu masa aku kecik - kecik, aku ada sorang kawan. Orangnya bijak, dan umurnya lebih kurang 3 tahun lagi tua daripada aku. Aku amat mengagumi beliau -- bukan sebab kebijaksanaannya atau ketererannya bermain bola, tetapi kerana beliau sorang pengawas.
> >

Makhluk bergelar pengawas ini berbaju biru muda berlengan panjang berseluar biru gelap. Bagi aku, pengawas adalah seorang manusia yang amat tinggi darjatnya, hanya satu pangkat bawah daripada cikgu. Bila dia duk lam kelas, semua orang jadi takut. Nak pergi tandas pun kena mintak izin pengawas. Kalau dia tak bagi, tahan la sampai pengawas tu keluar kelas.
> >

"Kau jangan kutuk muka dia macam Mr Bean, kang dia tulis nama susah pulak," Lebih kurang macam tu la pesan kawan aku pada suatu hari. Budak Mr Bean tu bukannya pengawas pun, tapi disebabkan dia berkawan dengan pengawas, maka murid lain jadi takut. Begitu la besarnya kuasa pengawas sampai boleh mempengaruhi rakan-rakan sekeliling.
> >

Maka, pada suatu hari, aku berdoa, supaya aku pun dapat jadi pengawas jugak. Ye la, nampak kool semacam je bila jadi pengawas. Kalau tak silap masa tu aku darjah dua. Tapi, aku hanya layak untuk dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Ok la tu, pengawas jugak. Cuma kuasa aku hanya terhad dalam perpustakaan. Suruh orang senyap dan simpan buku di rak yang betul. Dan dapat duduk di kerusi yang khas disediakan untuk pengawas perpustakaan di kaunter pemulangan/pinjaman buku.
> >

Tapi itu dulu. Zaman itu, pengawas dijunjung dan dihormati. Masuk pulak sekolah menengah, aku hanya jadi pelajar biasa. Tapi hanya untuk 2 tahun lebih, sebelum aku dilantik menjadi pengawas. Kali ni memang pengawas sekolah betul - Makhluk baju biru lengan panjang berseluar biru tua.
? ?

Di sekolah aku, jadi pengawas tak la teruk sangat. Cuma aku tak dapat merasa banyak kenangan manis sebagai budak sekolah biasa. Kalau aku tak jadi pengawas, mungkin aku akan tau, macam mana budak-budak ni seludup barang2 haram ke sekolah, dan mungkin jugak cara2 yang betul bila nak keluar fly malam2 pegi pantai. Mana taknya, hampir semua kawan aku budak - budak yang tak berapa berdisiplin. Lepas jadi pengawas je jadi tak rapat sangat, sebab pindah ke dorm yang lain.
> >

Kesimpulannya di sini, doa yang diminta, pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Cuma waktu doa itu benar benar makbul, yang kita tak tahu. Aku berdoa nak jadi pengawas masa berumur 8 tahun, dan hanya 7 tahun lepas tu doa itu benar-benar menjadi kenyataan. Pendek kata, berdoa la banyak-banyak. Doa kan senjata kita, yang menjadi pembantu ketika waktu susah dan senang.
>

' wa qaala Rabbukum; Uduuni, Astajiblakum '

> >

budak smapk

Malam ini, beberapa ketika sebelum Isyak, aku terima satu panggilan telepon dari jauh. Satu panggilan yang aku langsung tak jangka.
>
"Biar betol budak nih.." Aku cuma tersenyum, sebelum menjawab panggilan tersebut.
.
Adik aku tepon dari Mesia.
.
>

Adik?
Maka ramai yang terfikir...
kot


a) Laa..adik je pon..
b) Bajet saspen..aku tak nak tau pun sape call kau..
c) Adik? Laki ke pompuan?
d) Disebabkan aku kesian, aku baca jugak entri ko ni sampai abeh..
e) Apsal ade survey ni? Mane citer pasal adik ko?

p/s : Astaghfirullah, tak baik aku suu'uzzan ngan orang.
.
.

Sambungan...
>
>
Budak tingkatan 5, brape la sangat elaun sebulan. Menepon dari Mesia ke Mesir, pastinya menggunakan kredit yang agak banyak. Nak tepon pun, kena sembunyi - sembunyi, takot warden rampas henset. Masa tingkatan 1 dulu, dia berguling - guling nak balik rumah. Mintak tukar skolah la ape la. Sekarang ni dia la yang paling jarang ada kat rumah.
>
>
Dia adik aku yang kedua. Kata cikgu aku, anak ketiga ni, orangnya kental, berani dan pandai berdikari. Macam tu la adik aku. Dia lebih matang daripada abangnya. Sampai orang ingatkan dia yang belajar medik kat Mesir ni, bukannya aku. "Ooh..ingatkan yang ni gi Mesir...rupanya yang tu.." Kalau sekali sekala tersilap tu takpe la jugak. Ni dah nak dekat selalu orang cakap macam tu, pelik pulak rasanya. Muda sangat ke rupa aku ni?
>
>
Esok bermula la exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi adik aku, Mohd Aiman bin Hamdan. Paper BM dan Sejarah kalau tak silap. Biasa aku tak suka sangat untuk menulis pasal urusan sulit hal peribadi aku, tapi kali ni aku cerita jugak sebab nak mintak pembaca semua, termasuk aku mendoakan adik aku dan adik Al Faiz serta rakan rakan mereka yang akan periksa esok. Semoga mereka dan keluarga mereka berjaya exam dunia dan lebih - lebih lagi exam akhirat. Amin.



 
©2009 Coll3ctor | your're reading musegalo.blogspot