Saturday, September 12, 2009

Aku, kau berbeza

"Aku suka tengok pelajar - pelajar malizi, semuanya bertudung elok (maksudnya tudung yang menutup aurat sepenuhnya). Malaysia memang negara Islam yang bagus,"
Kata sorang pelajar arab kepada sorang budak melayu. Lebih tepat lagi, pelajar Univ Cairo, Mesir.


"Aiwah, aiwah..."
jawab pelajar Melayu tadi disertai dengan anggukan yang sederhana kadar hanggukannya. Dia tersengih seperti kerang, dan matanya cuba lari dari pandangan tulus ikhlas lelaki arab yang berada di hadapannya.


Dalam hatinya berkata,


"Memang la ko rasa baik...Abeh tu yang datang sini semuanya ustazah...kalau budak medic pun, dari sekolah aliran agama...sape - sape tengok pun rasa diorang tu baik.."


Disebabkan dia masih menyayangi negaranya Malaysia, dia tak sanggup menceritakan perkara sebenar kepada rakannya itu. Tambahan lagi, masalah komunikasi mencacatkan hasrat murninya untuk berterus terang.


Perenggan seterusnya tiada kaitan dengan isu di atas.


Ramai orang Mesir menganggap, orang Melayu yang datang belajar kat Mesir ni orang yang mundur negaranya berbanding negara mereka. Aku pernah diwarning semasa di INTEC, kalau datang Mesir ni, expect for the worst. Bila sampai, keadaan sebenarnya tak de la seteruk yang aku sangkakan. Maksudnya, Mesir tidak mencapai tahap worst yang aku expectkan.


Aku pernah berjumpa sorang ustaz, yang tinggal di kawasan pedalaman mesir. Dia pernah ditanya banyak soalan bangang yang kebanyakannya keluar dari mulut bebudak. Maklum la, orang mesir ni rata - ratanya peramah. Jadi kadang - kadang terjeluak la jugak soalan tak logik disebabkan abih modal nak beramah mesra.


Dia pernah ditanya, kamu datang Mesir ni naik apa?


Ustaz tu jawab, mula - mula dia duk atas bukit tunggu kapal terbang. Pastu bila kapal terbang lalu atas kepala dia, dia akan berpaut kat seutas tali yang diikat kat kapal terbang tu, dan duk diam - diam sampai la kapal terbang tu tiba di mesir.


Budak - budak Mesir percaya mendengar jawapannya. Aku cuma gelak ikhlas mendengar cerita beliau.


Namun, tak semua orang Mesir macam tu. Ada yang respek budak - budak melayu. Ahsan Naas (sebaik-baik manusia) kata mereka. Ada diantaranya yang jadi peminat Tun Mahathir, disebabkan beliau pernah mengutuk tindakan Israel yang menceroboh bumi suci Palestine dikala pemimpin - pemimpin Arab timur tengah berdiam diri. Tu baru kutuk. Kalau la Malaysia hantar askar pegi serang Israel, maunya diarak budak- budak Melayu satu Kaherah. Asal jumpa budak Melayu je, diorang belanja makan.


Entri ni ditulis bukannya sebab aku rindu kat Mesir, tapi sebab terbaca satu kisah yang ditulis oleh kawan aku yang sekarang ni belajar kat US. Linknya ada kat sebelah tu. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.


Kesimpulannya, kita duk di negara orang ni bukan saja kita kena pandai bawa diri, tapi juga kena pandai bawa imej negara. Kita mencerminkan negara kita. Buruk mekap yang dibubuh, buruk jugak la rupa yang ditayangkan kat cermin. Walaupun semua dah tahu, tapi aku nak bagitau jugak.


Ramadhan Kareem!

6 comments:

Puteri said...

mesir2. sgat best! boleh jd sgt xbest!..rindu mesir. manipulate the life to be urlife!

krentz said...

jikalau tiada bangse mesir make jgn haraplah islam dinikmati mcm sekarang.. mereka menjadi asbab penyebaran islam ke sepelosok dunia bukan kite yg trpelih.

musegalo said...

Puteri:
hmm...memang hidup ni ada suka duka..dah tak leh nak lari..

krentz:
tujuan aku tulis entri kali ni bukan untuk memperkecilkan orang mesir..memang betol apa yang ko kate..kalau takde bangsa arab mesir ni, memang kita takkan dapat rasai islam seperti skarang..cuma aku nak bagitau, pandangan bangsa lain terhadap kita..ada macam macam..kalau ko brase ati, aku mintak maap bebanyak kat orang mesir..memang bila aku baca balik, rasa semacam aku memperkecilkan mereka..

farhana roslee said...

papepon MALAYSIA jugak TERBAEEKK~

geliketiakakubacakomenko said...

ko xpe san..terer ckp arab

musegalo said...

papoki:
.......

geliketiakakubacakomenko:
.........................

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.