Wednesday, October 7, 2009

minggu 1

Esok genaplah seminggu hidup aku sebagai pelajar medik tahun 3. Tahun yang lebih mencabar dengan subjek - subjek baru yang payah dan banyak sampai tak masuk akal. Bagi lembu la tak masuk akal. Kita manusia ni, punya kehebatan sendiri yang lebih daripada makhluk lain, jadi insyaAllah tak de masalah belajar ilmu perubatan ni. Alhamdulillah aku manusia.
>
>
Kelas pertama minggu ni, Pharmacology. Ilmu yang membincangkan pasal ma'jun. Ubat - ubatan maksud aku. Seterusnya, Pathology yang mengajar kita pasal penyakit. Parasitology masih lagi belum mula, disebabkan semalam cuti Sittah Oktober. Microbiology pulak mula esok.
>
>
Subjek baru, kelas pun baru. Bukan kelas yang baru, tapi tempat je yang lain. Area yang selama ni aku tak pernah teroka. Hari pertama Pathology, aku terlambat. Disebabkan aku terlambat, maka sesatlah aku dalam usaha mencari kelas Patho. Jam dah nak dekat pukul 2 - kelasnya mula dah lama, dari pukul satu setengah lagi.
>
>
"Aku tok tau gano nak royak, aku tok ingat jale nok maghi kelas ni. Mu tera tanyo pok cik arab," kata kawan aku, si A.

"Dari Biokem (kelas biochemistry) ko jalan terus je, sampai nampak orang mengaji," Kata si B pula.

Walaupun direction macam tak logik, tapi aku ikut jugak. Mulanya tersalah, tapi setelah beberapa kali tanya pakcik2 dan makcik arab, akhirnya jumpa jugak. Tima kasih kepada semua. Masuk je, kelas dah penuh dan lecturer dah ada kat depan. Explain pasal intro to Patho. Sape suruh lambat. Padan muka.
>
>
Ada kelas yang tempohnya 4 jam stret. Ada yang 3 jam. Paling cepat pun 2 jam. Head Of Department Patho sendiri kata jadual kite super packed. Macam sardin. Sama sardin dengan kelasnya. Ada orang suruh komplen, ubah sikit jadual kasi longgar. Tapi kata Fais El Raes, takyah la komplen. Sebabnya, tak nak orang anggap kita ni mengada - ngada. Batch sebelum ni jadual pun same jugak, tapi takde komplen apa - apa pon. Kalau komplen result boleh jadi lagi mantap, takpe la jugak.
>
>
Bagi aku, kelas setakat ni tak begitu berjaya membuatkan aku mengantuk. Tak macam Anatomy dan Histology dulu. Tapi, bila lecturer mengajar kat depan, aku jadi hilang fokus. Ntah ape yang beliau terangkan kat depan, aku pun tak tahu. Oleh itu, akhir kalamnya, doakan aku dan rakan - rakan berjaya menempuhi tahun ni. Amin.
>
>
>

7 comments:

Kyu said...

GILE KELAS 4 JAM STRET. GILE AH.

LEBAM AH ISCHIAL TUBEROSITY MG EKG.

musegalo said...

haha..
lebam la jgk..
gluteus maximus aku ni pon,
naik krem duduk lame2..
tapi kalu senior bleh wak,
x kan aku x leh..

Noor Asyila said...

haha..paham3!!

tahniah ihsan sbb dpt naek thn 3!
slmt belajar utk 3-4 jam stret..tahniah jugak!

musegalo said...

cik syila pun same la..
tahniah sbb dapat naik taun..

[MH] said...

aku pon nk ucap tahniah jugak. sebab tak tido time patho. Kita sama,tak ngantuk langsung time patho,tp kadang2 ada 'ter' melayang

Apa pun,bak kata ijud

"Hari ini lebih baik dari semalam
Esok lebih baik dari hari ini"

:)

All the best ya

musegalo said...

"Tahniah" terlebih dulu kpd ko...
walaupun agak terlambat..
hahaha..

semoga kita sama-sama berjaya..
InsyaAllah..

JaQ said...

salam.. aik? mg amik patho, microb and pharma masa 3rd year ke? huhu.. ak amik sem ni.. leh r tukar2 maklumat.. :P

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.