Friday, November 20, 2009

doa seorang pengawas

tak de gambar lain ke?
>

>
Dulu masa aku kecik - kecik, aku ada sorang kawan. Orangnya bijak, dan umurnya lebih kurang 3 tahun lagi tua daripada aku. Aku amat mengagumi beliau -- bukan sebab kebijaksanaannya atau ketererannya bermain bola, tetapi kerana beliau sorang pengawas.
> >

Makhluk bergelar pengawas ini berbaju biru muda berlengan panjang berseluar biru gelap. Bagi aku, pengawas adalah seorang manusia yang amat tinggi darjatnya, hanya satu pangkat bawah daripada cikgu. Bila dia duk lam kelas, semua orang jadi takut. Nak pergi tandas pun kena mintak izin pengawas. Kalau dia tak bagi, tahan la sampai pengawas tu keluar kelas.
> >

"Kau jangan kutuk muka dia macam Mr Bean, kang dia tulis nama susah pulak," Lebih kurang macam tu la pesan kawan aku pada suatu hari. Budak Mr Bean tu bukannya pengawas pun, tapi disebabkan dia berkawan dengan pengawas, maka murid lain jadi takut. Begitu la besarnya kuasa pengawas sampai boleh mempengaruhi rakan-rakan sekeliling.
> >

Maka, pada suatu hari, aku berdoa, supaya aku pun dapat jadi pengawas jugak. Ye la, nampak kool semacam je bila jadi pengawas. Kalau tak silap masa tu aku darjah dua. Tapi, aku hanya layak untuk dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Ok la tu, pengawas jugak. Cuma kuasa aku hanya terhad dalam perpustakaan. Suruh orang senyap dan simpan buku di rak yang betul. Dan dapat duduk di kerusi yang khas disediakan untuk pengawas perpustakaan di kaunter pemulangan/pinjaman buku.
> >

Tapi itu dulu. Zaman itu, pengawas dijunjung dan dihormati. Masuk pulak sekolah menengah, aku hanya jadi pelajar biasa. Tapi hanya untuk 2 tahun lebih, sebelum aku dilantik menjadi pengawas. Kali ni memang pengawas sekolah betul - Makhluk baju biru lengan panjang berseluar biru tua.
? ?

Di sekolah aku, jadi pengawas tak la teruk sangat. Cuma aku tak dapat merasa banyak kenangan manis sebagai budak sekolah biasa. Kalau aku tak jadi pengawas, mungkin aku akan tau, macam mana budak-budak ni seludup barang2 haram ke sekolah, dan mungkin jugak cara2 yang betul bila nak keluar fly malam2 pegi pantai. Mana taknya, hampir semua kawan aku budak - budak yang tak berapa berdisiplin. Lepas jadi pengawas je jadi tak rapat sangat, sebab pindah ke dorm yang lain.
> >

Kesimpulannya di sini, doa yang diminta, pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Cuma waktu doa itu benar benar makbul, yang kita tak tahu. Aku berdoa nak jadi pengawas masa berumur 8 tahun, dan hanya 7 tahun lepas tu doa itu benar-benar menjadi kenyataan. Pendek kata, berdoa la banyak-banyak. Doa kan senjata kita, yang menjadi pembantu ketika waktu susah dan senang.
>

' wa qaala Rabbukum; Uduuni, Astajiblakum '

> >

6 comments:

aimi athirah said...

salaam...memang menarik entry nih..mempraktikkan apa yg ustaz nazrul ajar..

sememangnya dulu makhluk berbaju biru digeruni..kena jd skematic la sbb memakai baju biru..

berdoalah sebanyak2nya kerana Allah menyukai makhlukNya yang meminta-minta kepadaNya..

sifat rahmah,rahman dan rahim Allah sentiasa bersamaNya..tidak akan luput walau pun seketika~

ws

musegalo said...

setuju2..

menarik ke entri ni?
macam bosan je..

farhana roslee said...

sangat mendalam isi entry ni..
at least sbgai peringatan kpd aku yang tgh exam ni...

so,byk2kanlah doa untuk aku..
aku x mao jadik pengawas
aku nk jadi bijok macam mu..
boleh ek?

DOA TAU!!

musegalo said...

papoki:
gile ah,
xam pun dang agi blogging..
hebak2..
aku x bijok ane pun,
biase2 je..
mu budok utp, lagi bijok..

farhana roslee said...

bosan idop studi jer..
ni care aku lepas tension aa..
ptg ni last paper aku..
doakan tuk aku ek
kul 530 kang ak merdeka..
nk tdo lu jap...

geliketiakakubacakomenko said...

hensem gler ihsan..tu je aku mmpu komen

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.