Tidur merupakan satu lumrah hidup manusia. Caranya mudah, cuma penatkan tubuh dan kemudiannya berbaring. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran. Tak perlu diajar pun sebenarnya, kerana ia ada adalah satu fitrah hidup manusia.
Intro yang agak skema. Kawan aku selalu tegur, bilamana kuliah kami dah abeh. " Tidur lagi.." caci mereka. . Maklumla, mata lebam macam orang baru bangkit dari tidur. Pahadal, sebelum kelas tu berakhir aku jaga je, khusyuk (kot) dengar ape yang lecturer ajar. SEBELUM kelas tu berakhir - Maksudnya, kuliah (bagi aku) terbahagi kepada dua. Separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Aku cuma terlelap masa separuh masa pertama, dan kembali segar tika separuh masa kedua. Ok, tidur la jugak, tapi tak de la sepanjang kuliah tu aku tidur ja. Ade jugak waktu jaganya. Cuma orang tak perasan. Bila diorang terpandang aku, kebetulan masa tu aku berada lam phase lelap.
Cerita ni berlaku masa aku tingkatan 5. Mungkin cikgu-cikgu lain pun perasan, tapi saje je wat tak tau. Penyakit tidur lam kelas kan pandemic kat SBP. Lumrah alam orang kata. Masa kelas X, cikgu Y menegur aku, sebab katanya aku tidur. Malu la jugak bila kena sound depan2. Aku ni kan penyegan orangnya. Padahal aku tak buat pun kerja terkutuk tu bila beliau mengajar kat depan. Mungkin sebab muka aku ni macam orang baru bangun tidur. Mata lebam dan sepet. oh, sepet tu orang lain. Bukan aku. Tapi dia.
Entri ni bukan pasal tidur, walaupun aku ade sebut banyak pasal tidur. Cerita sebenarnya adalah pasal muka. Wajah kata orang Arab. Face, kata orang puteh. Muko, kata orang Kelantan. Manusia bila jumpa manusia lain, anggota badan pertama yang dilihat tak lain tak bukan adalah muka. Dan dari muka saja kita sebenarnya mampu mengetahui fizikal dan batin seseorang. Ilmu i3rab kata orang sini. Aku tak nak cakap panjang pasal ilmu i3rab ni, sebab aku pun bukan tau sangat. Tapi biasanya ilmu ni digunakan oleh lelaki ke atas wanita atau sebaliknya. Bukan sihir atau santau maupun jampi, tapi cumalah ilmu mencari inferens berdasarkan pemerhatian. Kalau keningnya begini, maka rambutnya begitu. Kalau janggutnya begitu maka keningnya begini. Begitu la lebih kurang.
Aku ada seorang kawan. Nak kata sangat hensem, Tak la sangat tapi ok la. Tapi keseluruhan rupanya adalah begis. Pemarah. Macam samseng. Kami Berkenalan masa duk iNTEC. Tapi rapat masa taun 2. Pembinaan ukhwah yang mengambil masa yang agak lama. Di iNTEC, beliau serumah ngan Ustak Wea. Jadi disebabkan aku ni ade inferiority complex, maka agak susah untuk aku berkawan dengan orang lain. Maka Ustak Wea la orang yang aku cari bila aku yak de keje. Bila dia (si muka bengis@ F) ada kat rumah, aku jadi segan. Tak berani walaupun nak duduk walau satu sofa ngan beliau. Mana tau silap hari bulan dia belasah aku.
Tapi bila dah lama kenal, dia ni agak lucu orangnya. Selalu buat lawak walaupun akhirnya dia yang gelak sorang sorang. Baik dan prihatin serta berbudi bahasa. Jadi, jangan kata seseorang tu sombong, sebelum kita kenal dulu peribadinya macam mana. Kalau kita nak kata dia jahat, biarla kita taaruf dulu, sembang sembang untuk tahu macam mana dia sebenarnya. Jangan mudah untuk buat kesimpulan awal macam aku.
Entri yang panjang lagi bosan. Balas dendam sebab lama tak update. Sekian.
9 comments:
sape dak tu??
setahu ak dak tu seblk ngan ak mase taun satu..tul x??
muka bengis??haha...
tpu..ko tggl kat sblah imarah 9 n bkn kat abou rish..
aku rs aku dpt agak siapa budak yang dikatakan muka bengis tu
first impression org terhadap aku pon sama ngn org tu >> budak sombong
p.s: ala, ko tido dlm kelas pon ,result mantap ma
Mcm tau je sape sepet.. cite lame kelas 4sa1.
ihsan ke muka bengis?
nabil:
hahaha
tapi budak tu x skali ngan mu masa
taun satu dulu..
dia sebilik ngan hazu masa duk intec..
rokocoko:
ko la jangan tipu..
rumah aku bukan sebelah imarah 9..
jauh la jugak...
fathiyyah:
hahaha
budak kisas lagi mantap...
tak gi kelas pun bleh mumtaz gak...
kyuu:
hahaha
sepet itu hensem..
gkabkk:
.....
fahim aquilani la
hahaha
xsangke aku bace entry ni sebuter sebuter..
mcm mu aa
tgk muka nampok macam baek jer,innocent giler
rupenyer...
haishh
dop ahu nok royak gane..
aha~~ak p0n xsngke bce pa abeh..
tpi bnyk entri h0k ni g0p a nok k0men...
terkene diri..ak p0n org kte sumbunk g0p,,
nk wak gne..haih..
Post a Comment