Friday, March 12, 2010

H.K

Dia hanya tahu mengerang. Mengerang bila lapar. Laparkan nasi dan dahagakan air. Badannya kurus- triceps, biceps dan gastronemiusnye dah lama teratrophied.
>
>
Jari jemarinya halus dan panjang. Rambutnya kerinting dan pipinya cengkung. Badannya agak besar, namun disebabkan dia selalu merengkot, dia kelihatan kecik.
>
>
Biliknya busuk berbau najis, kerana dia tak tahu cara defecate dengan betul. Lantai kayu rumahnya terpaksa dilubangkan untuk memudahkannya melepas dengan lebih baik. Sekurang kurangnya, lubang itu menyenangkan orang lain untuk menyucikan biliknya setelah dia menyelesaikan hajatnya.
>
>
Dia terencat akal. Dan dia bapa saudaraku.
>
>
Teriakannya bukanah satu bebanan. Sekurang kurangnya, aku tak pernah menganggapnya begitu. Apabila dia lapar, nenek akan menyuapkannya dengan nasi. Setelah dia menyelesaikan hajatnya, adik beradiknya lah yang akan membersihkannya. Dan biliknya sekali. Dia disayangi oleh semua.
>
>
Dia meninggal dunia pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Ajaibnya, ramai orang yang datang ketika arwah meninggal dunia. "Oghe tok tahu maghi mano," kata ibuku. Sehinggakan siapa tetamu yang datang pada hari dia meninggal dunia, ibuku pun tak tahu. Orang yang tak dikenali.
>
>
Semua orang nak husnul khatimah. Jadi, sama samalah kita menuju ke arahnya. Al fatihah kepada semua umat Islam yang telah meninggal dunia pada hari ini, semalam dan hari hari sebelumnya.
>
>
Al fatihah.
>
>

No comments:

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.