Monday, April 26, 2010

bahan bacaan tika exam

Buku ada macam-macam jenis. Namun, pembacaannya mestilah mengikut kesesuaian. Jadi, ape buku yang sesuai untuk dibaca ketika musim peperiksaan? Semua dah tau, tapi saje aku nak bagitau. Okeh, sama2 kita amik pengajaran..
>
>
Buku Teks
sememangnya, soklan yang kuar exam adalah maklumat yang tekandung dalam buku teks. Jadi, ni lah buku yang pertama skali dalam list untuk dibaca bila tiba musim exam. Yang rajin skit, baca nota tambahan dan buku rujukan medic antarabangsa seperti Robbins; Basic Pathology, Robbins and cotran, Atlas of Pathology dan lain lain.

p/s pergh, buku Robbins jadi rujukan tambahan je...

>
>
Manga dan Buku Cerita
tak diaplikasikan oleh semua pelajar sebab tak semua suka baca manga. Mungkin bagi sesetengah orang, membaca komik ni adalah satu bentuk pembaziran masa dan menunjukkan meter kematangan korang masih belum sampai ke tahap yang sepatutnya. Tak kesah la, jangan stadi sampai jadi gila sdah..

p/s kalau internet lembap, satu page sampai 15 minit nak upload baik takyah baca langsung manga tu.

>
>
Buku Motivasi
menaikkan semangat korang sekiranya down lepas kantoi paper. Jangan putus asa, kerana selagi belum kuar result, selagi tu lah kita masih sempat untuk berusaha. Doa tu penting.

p/s sepatutnya korang baca buku ni sebelum exam...biar semangat tu terbakar berapi api dari awal lagi..masa exam baru nak baca..apeda..

>
>
Alquran
Kitab yang kalau takde exam pun, kene baca jugak. Lebih baik kalau ditambah waktu pembacaannya dimusim peperiksaan dan diteruskan selepas exam. Ibadah, jangan bermusim pulak..

p/s Al -Quran itu, cahaya. Ilmu pun cahaya. Baca dua-dua ni, makin bercahaya la pembacanya..InsyaAllah...
>
>


[tekan untuk paparan lebih jelas supaya korang paham mesej yang nak disampaikan]..
>

stadi, stadi jugak, jangan sampai buno diri sudah..


[Kempen Aib kalau Tak Stadi]


No comments:

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.