Showing posts with label i3tibar. Show all posts
Showing posts with label i3tibar. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Post exam

(Dekat 9 bulan tak update, mintak maaf kepada mereka yang penat follow)

Post post-exam, enjoy.

Selamat menjalani ibadah puasa ya semua~












Saturday, August 13, 2011

Malam [bhg.1]

Selamat berpuasa semua!

Satu entri keinsafan bersiri untuk tatapan pembaca-pembaca budiman sekalian.

Kalau tak paham perkataan tu, ada glosari kat bawah.

selamat membaca!




































dan BEBAS!




Malam,
Bahagian I,
END.



*Taal hena= ta3aal hena= ke sini mari
*ya=wahai
*Malizi=orang malaysia


Entri ni pasal mende sebenarnya? Nak tahu, kena tunggu minggu depan. InsyaAllah.



p/s: lemah gila narration sampai kena baca dua tiga kali baru paham. Sori la ya.



Saturday, December 4, 2010

kekangan masa menyebabkan pelajar hilang arah dan tumpuan dalam kelas?

Amaran:
Sila baca dulu karangan yang aku tulis ni, sebelum korang dengan gelojohnya scroll ke bawah.


Alhamdulillah, masih lagi istiqamah untuk update. Semoga apa yang aku lukiskan ni memberi manfaat kepada manusia yang membacanya.


Round Ophtalmoloeji merupakan round yang agak rilek. Kalau dulu kelas 5, 6 jam sampai pukul 3 pun boleh tahan, skang belum pukul 1 lagi dah berbuih telinga menandakan ilmu yang masuk ke otak dah overload. Tak tahan katanya. Nak balik cepat. Adohla manusia.


Oh, entri ni tiada kaitan dengan tajuk di atas. Harap maklum..



d
dd
d

d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d
d



"perasaan cinta itu adalah normal dan bercinta itu adalah fitrah.
Tapi, bagaimana CARA kita bercinta itulah yang menentukan kualiti cinta kita di sisi Allah..."



Hiduplah untuk buat apa yang Allah suka,
bukan
apa yang kita suka
.




waw, warna warni

Tuesday, September 7, 2010

apa kaitan mangga dan wanita?

Alhamdulillah, terupdate juga blog ni. Asalnya nak update seminggu skali ala2 WSJ (Weekly Shounen Jump), tapi tak tercapai jugak. InsyaAllah aku akan cuba konsisten dalam usaha menyampaikan kartun2 yang harapnya memberi ilmu kepada pembaca.


Bulan Ramadhan Al-Mubarak hampir tiba ke penghujung...ntah bleh jumpa ke tak kita taun depan..Semoga ramadhan ni bukan yang terakhir..


Entri khas buat muda-mudi zaman sekarang...semoga korang faham apa yang aku cuba sampaikan.















Dikesempatan ni, aku nak mintak maaf kalau ada pernah buat salah silap, termengumpat, terbuat korang tersinggung perasaan dan hati, termembebel tak tentu pasal, termarah dan macam2 ter lagi..

Harap dimaafkan...

Wednesday, July 21, 2010

makanan kawan

Ada dua jenis kawan. Pertama, kawan yang makan kawan, ie: Backstabber / Musuh dalam Selimut/ Pagar makan Padi/ Bapak Haruan. Manusia jenis ni la yang aku tahu hampir semua manusia benci. Jenis kedua, kawan yang makan makanan. Mereka ni pun dibenci jugak kalau makan makanan kita tapi tak mintak atau bila dah abes makan buat-buat tak reti basuh pinggan.



Pesan Alqamah lagi;
*entri ni berkait dengan entri sebelumnya
jadi kalau tak paham maka paham2 la
apa yang perlu korang buat supaya paham.
harap maklum
.
>
>
:
>
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,
>
>
>
>
maka...
>
<>
>
>
dia akan menutupnya.



Alhamdulillah, result tahun 3 dah keluar. Tahniah kepada semua kerana berjaya mengharungi tahun ni dengan cemerlang. Usahanya sudah. Tawakkalnya pun sudah. Oleh itu Redhalah dengan apa yang kita peroleh. Kepada mereka yang lebih disayangi Allah, maka aku doakan supaya selamat berjaya. Semoga kita akan sama-sama naik taun 4 bulan 9 ni. InsyaAllah...

>
>

Sunday, December 6, 2009

hikayat tempoyak

tempoyak
>
Ini bukan cerita rekaan, dan bukan jugak cerita yang seratus peratus benar. Sebabnya peristiwa ni dah lama berlaku, jadi mungkin ada sedikit tokok tambah dan unsur-unsur israiliat yang termasuk dalam kisah ni. Hayati dan ambil pengajaran.
>
>
Alkisahnya berlaku pada pak sedara aku. Masa tu beliau belum kawin lagi. Skang dah kawin, dan ada dua cahaya mata yang amat comel. Tiap kali aku balik kampung, pipi anak dia la jadi mangsa penderaan fizikal secara paksarela. Tak abeh cubit, dicium pulak. Macam-macam.
>
>
Macam yang aku tulis tadi, kisahnya berlaku masa beliau belum kawin. Kat atas tu intro je. Abaikan. Latar tempatnya adalah rumah nenek aku. Pada satu malam, pak sedara aku ni berasa lapar. Nak suruh bini masak, tak leh sebab tak kawin lagi. Lalu, beliau pun berjalan ke dapur untuk mencari makanan. Dengan kata lainnya, nasik barang sepinggan dua. Makanan ruji masyarakat Melayu semenanjung.
>
>
Malam tu, letrik takde. Suis lampu dipasang, tapi lampu tak menyala. Maka, makan la pak sedara aku sorang-sorang dalam gelap. Oh, ni bukan cerita hantu. Jadi kepada yang penakut tu, toksah la bukak page lain pulak. Baca dulu sampai habis. InsyaAllah bermanfaat.
>
>
Beliau ambik pinggan, bubuh nasik dan menuju ke peti ais. Peti ais ni sebenarnya dah lama berkhidmat untuk keluarga nenek aku. Dan adat barang lama, kadang-kadang idup, kadang-kadang mampus. Biasa la tu.
>
>
Pak sedara aku bukak peti ais, dan ambik satu juadah, yang sape tak kenal pasni toksah mengaku Melayu la. Tempoyak. Dibuat daripada durian dan boleh disimpan untuk jangka masa yang agak lama. Biasanya disediakan bersama budu. Letak cili skali kalau nak lagi umph.
>
>
Maka, makan la pak sedara aku dengan lahapnya. Tambah lagi, rasa tempoyak dan nasik tu sungguh istimewa, lebih sedap daripada biasa. Bak hidangan diraja. Makan dan makan serta makan. Macam orang bujang disorongkan bini la gamaknya. Maka dengan tiba-tiba, lampu yang tadinya mampus, menyala dengan galaknya.
>
>
Terkejut manusia pak sedara aku. Tahu lah beliau apesal nasik cicah tempoyaknya sedap kemain malam tu. Rupanya ada ulat menari-nari lam pinggan berisi tempoyaknya. Makluk gedik yang menjijikkan, habitatnya di tong sampah dan tempat-tempat kotor. Bila digigit pecah, keluar isi perut kaler kuning yang pekat lagi meleleh. Slurp. Nak tau lebih lanjut, tengok sendiri gambar kat bawah.
>
>

ulat-ulatan
>
Nan
Nak buat macam mana, nasi berlaukkan tempoyak ulat dah masuk dalam perut. Dah nak abeh sepinggan dah tempoyak tu beliau makan. Tak sengaja. Mana la nak nampak lam gelap. Kalau guna lilin kang, silap2 terbakar rumah pusaka nenek aku tu.
>
>
Macam tu la jugak DUNIA. Rasa dengan lidah, sedap. Tengok dengan mata, cantik. Hidu dengan hidung, wangi. Tapi hakikatnya, lebih buruk dari nenek kebayan. Malah, lebih buruk daripada tu. Jadi, jangan la kita tertipu dengan dunia. Letak dunia tu kat tangan, bukan di hati, supaya kita boleh campak bila-bila masa kita nak. Pikirkanlah.
>

p/s : aku tak makan tempoyak.

>

Sunday, September 27, 2009

manusia itu lupa

Manusia dan Insan - kata akarnya diambil daripada perkataan yang arab - nuun siin yaa - yang bermaksud lupa. Semua manusia tak leh lari dari sikap pelupa ni. Namun setiap manusia memiliki tahap pelupaan yang berbeza - beza. Ada yang kuat ingatannya yakni payah nak lupa dan ada yang penyakit lupanya tahap kronik. Dan aku salah seorang pelupa yang tahapnya agak kronik.
>
>
Dalam tempoh dua bulan lebih aku balik ke kampung, dah tiga charger enset baru yang terpaksa aku beli. Aku satu satunya pengguna enset SE lam rumah jadi takde charger gantian untuk aku gunakan.

Pertama, sebab aku lupa nak bawak balik dari Mesir. Pengecas telefon mudah alih yang kedua, hilang masa aku gi Pangkor dan yang ketiga, tertinggal masa aku balik beraya kat kampung. Nasib baik la charger tu harganya tak mahal sangat. Rasanya akak yang jual charger pun dah kenal aku. Kerap sangat dekpong beli charger. Kau makan ke charger tu dik?
>
>
Aku jugak tidak lupa untuk lupa bawak balik kabel kamera, yang kini berada di Beit Al - A3laa, port lepakku sepanjang musim exam baru - baru ni. Sampaikan gambar penuh berlonggok dalam kad memori kamera. Mujurlah kapasiti memory card agak besar dan aku pun kurang mengambik gambar melainkan ada peristiwa yang menarik saja.
>
>
Ada satu kes yang berlaku tahun lepas, masa aku balik kampung. Mak dah suruh packing awal - awal barang untuk dibawak balik ke kampung. Tapi aku buat tak tau je. Packing diakhir waktu jugak. Masa tengah drive balik ke Kelantan, otakku menegur, baju raya tadi dah masukkan lam beg ke belum?
>
>
Tahun tu, aku terpaksa beraya dengan baju adik aku. Nasib bek saiz badan kami hampir sama, cuma dia rendah beberapa cm daripada aku. Tu la padahnya bila kita tak ikut cakap orang tua. Tahun ni, aku dah siap awal - awal. Beg aku cek skali lagi, pastikan semua barang penting dibawa pulang skali.
>
>
Terbaru, aku terlupa kat mana aku letakkan tiket kapal terbang untuk balik ber'raya' kat Mesir. Rasa macam letak lam beg, tapi bila aku cari, tak jumpa. Macam orang gila aku cari tiket tu. Sampai kawan ajak pergi beraya pun tak de mood. InsyaAllah, walaubagaimanapun, korang akan tetap jumpa aku kat Mesir insyaAllah isnin depan. Doakan aku, Kome, Hazu dan Fais selamat sampai.
>
>
>raya perubatan o8
>

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem


Sahur dan berbuka - dua situasi yang sinonim dengan ibadah puasa. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, berbuka adalah saat yang paling dinanti - nantikan kedatangannya. Waktu untuk balas dendam sebab dah 12 jam lebih ikat perut tahan lapar. Melantak sampai tak ingat dunia.

>
Masa ini lah kita boleh jumpa kuih - muih zaman silam yang kita sangkakan sudah pupus ditelan zaman. Bermacam macam jenis rupanya kuih yang telah nenek moyang kita reka. Tak campur lagi kuih - muih versi futuristik abad 21.
>
Kalu rukuk tu, sapa tubik cendol 2, 3 ekor- banyok dooh makang dekpong..

>
Jadi, peringatan untuk diri sendiri dan anda semua, bijaklah apabila berbelanja. Berbuka sebagai ibadah, bukan mudharat. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah - ibadah yang sewaktu dengannya.
>
> tadarus Quran amalan yang dituntut bukan saja di bulan posa,
malah pada bulan2 lain juga..


Ramadhan Kareem!

Wednesday, March 11, 2009

aku ke tu?

Barakah ilmu - menyebutnya mudah, namun untuk mendapatkannya amat susah. Adakah kita termasuk dalam golongan di bawah? Sama- sama kita renungkan. Rasanya aku memang masuk pun, terutamanya golongan kedua..








Friday, January 2, 2009

Fatrah Imtihan

Cam sakai je poster kat bawah. Saje release tensen stadi. Kepada yang kuat stadi, ingat, tubuh anda perlukan rehat. Stay up tapi stadi tak masuk, lebih baik kita tidur. Tapi kalu korang stay up dan dapat absorb 100% ape yang korang baca, maka teruskan. Tu lebih baik bagi korang.


>

>

selamat menghadapi xam!
::on hiatus till end of imtihan

Wednesday, December 24, 2008

muamalat dalam bas

Seperti biasa, entry kali ni tak lebih daripada sekadar karutan yang membosankan. Satu benda yang aku dah lama perhatikan berlaku dalam bas dan metro kat Mesir ni. Bagi sesiapa yang tak pernah naik bas, bolehlah lepas ni cuba cuba naik bas kalau nak tahu kesahihan cerita nih. Ceritanya adalah pasal penjual yang menjual bukan kat kedai, tapi dalam bas. Daripada barang yang boleh kita jumpa kat dapur, sampai lah barang yang kita gunakan bila nak stadi. Macam - macam ada..
>
>

Antara barang yang boleh korang beli daripada penjual dalam bas ni adalah gula gula, buku, pen, alat tulis, jarum peniti dan benang. Plastik aluminium pun ada. Tapi dalam satu satu masa penjual hanya akan jual sejenis barang je. Bukan skali naik bawak semua barang yang aku senaraikan kat atas. Jadi kalau berhajat nak beli buku, jangan mintak dengan orang yang jual jarum, kang tak pasal pasal kena akupuntur mulut tu. Yang uniknya, bila menjual barang, sambil - sambil kempen pasal barang diorang tu, ada yang akan cakap 'solla 3la nabi' (berselawatlah ke atas nabi) -- satu situasi yang jarang kita nampak, dan susah nak jumpa kat dalam bas di Malaysia. Sambil jual barang, secara tidak langsung boleh jugak buat pahala dengan menyeru orang lain berselawat ke atas nabi kita, nabi Muhammad (s.a.w).
>
>

Penjual, contohnya penjual gula - gula akan bagi barang - barang yang ndak dijual kepada penumpang yang duduk. Bukan yang berdiri tak boleh beli, cuma priority diberikan kepada mereka yang duduk. Kalau tak de orang yang nak beli, dia akan ambil balik barang yang dijual. Harga barang agak berpatutan tapi kualiti barangan dijual tak dijamin. Ada sorang sahabat kepada kawan aku pernah sekali beli pen. Tiga batang satu Gen (kalau tak silap). Tapi bila guna untuk tulis dua tiga patah perkataan, dakwat abis. Jadi kalau ada yang nak beli barang lepas ni, pilih la elok - elok, jangan main ambik je.
>
>

Bila aku perhatikan, aku jadi kagum kat diorang nih, sebab diorang hidup atas muka bumi ni betul2 untuk hidup mencari rezeki. Macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau nak dibandingkan dengan masyarakat kita, khususnya remaja , hidup kebanyakannya hanya untuk suka2. Aku sendiri pun, sambil sambil belajar ada lagi buat benda2 lagho dan sia - sia. Layan drama, surf benda2 tak berfaedah dan buang masa menjadi rutin harian.
>
>
Sambung balik; biasanya penjual terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak - kanak. Setakat yang aku jumpa, semuanya lelaki. Pernah sekali aku naik bas, masa tu on the way balik rumah dari ARMA. Ada sorang penjual ni (kalau tak silap) jual gula - gula. Lepas jual gula - gula tu, dia turun dari bas. Disebabkan kesesakan lalu lintas, bas gerak lambat - lambat. Kemudiannya datang la sorang budak, jual benda sama dengan brader tadi. Dah jual benda sama, dan penumpang yang ada pun masih lagi penumpang yang sama, of kos tak de yang nak beli. Tak sampai 15 minit lepas budak tu turun, datang lagi sorang penjual, juga sorang budak. Disebabkan dia jual gula - gula jugak, tak sempat nak edar orang dah suruh turun. Aku tengok kesian pun ada.
>
>

Penjual barang ni, biasanya kalau diorang naik bas, diorang tak akan bayar tambang. Naik kejap, lepas jual barang terus turun bila bas brenti. Pemandu pun tak marah kat diorang. Seganas - ganas orang arab, sebenarnya baik jugak diorang nih. Entry ni tak lebih dari sekadar satu luahan pengalaman penaip. Mane tau esok esok bile bace balik, sekurang kurangnya ada bukti yang aku pernah sampai kat Mesir. Kalau dipanjangkan umur, harap ianya akan menjadi satu daripada kenangan aku masa menetap kat sini, yang bila aku baca balik, aku sekurang kurangnya tau, aku pernah melalui semua ni. Bak kata orang kampung wakaf tengah; hopefully this post will be something for me to laugh about when i read it again next time. Sekian.
>
>
>
>

xbesdanxbes 10

Wednesday, December 17, 2008

physics and biology

Once again today we were separated into smaller groups for Physiology and that is a good thing because it would be easier for me to concentrate on the lecture. And the lecturer for my group is Doctor Hani Gamal. A guy who knows how to keep the students stay awake during the class. Today also we enter a new topic : vision - of special senses. I learned a bunch of good things during the lecture, but what I want to share in this post got nothing to do with Physiology. Doctor Hani asked us whether we like physics or not, because he asked the same question to the egyptian students, and most of them HATES Physics. That is so wrong, because to him Physics is the second most important science after Mathematics (math is no.1 and physics is 2nd). And a guy who said ' i like biology, but hate math very much' is actually a schizophrenic!
>
>
So i used to be a schizophrenic before, for i don't really like math and physics very much, not as much as i like biology, chemis3 and basketball and weekends. To tell the truth, the reason i took medic is to avoid physics. It is not physics' fault, for it is all based on logics and calculation. Just that I'm not a good left brain user. I never even once got an A for physics, except during spm - an A2. I like math, although it was actually a little late. Among all the male students in 5 SA 1, i was the worst in math - add math. So in order not to lose to them, or being embarresed for having the lowest grade, i began studying math like there was no more tomorrow (niat salah), and it worked.
>
>
Talking about math, i remembered a scene from a korean drama i recently watch, Snow Queen. A guy asked a math genius, Han Tae Woong why he loved math so much, and that he answered (according to the script) ' The woman i love also asked me the same question. At that time i told her i liked math because math always had solutions...' To the readers who want to watch this drama, it is advised not to because it ends sad. But if you like sad ending stories, then go ahead and hit it. Before I end this nonsense post, Doctor Hani said, surprisingly, girlfriends are closely related to mathematics. It involved addition, multiplication, substraction and division. No offense but she adds problems, multiplies your enemy, substracts the money and divides your friends. This is not my saying -- I just took a piece of what my doctor said, so that we can all think about it. So think about it.
>

Monday, December 15, 2008

Sam dan Tirah

Assalamualaikum. Cerita ini tiada kaitan dengan insan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekadar luahan idea daripada pelukis. Lukisan yang buruk ini diharapkan dapat difahami oleh semua. Untuk tatapan umum, tanpa diskriminasi umur dan lapisan masyarakat.







pengajaran: Sesungguhnya wanita itu fitnah pertama bagi bani Israil. Jadi para ikhwah sekalian, janganlah kita bergelumang dengan fitnah tersebut dan untuk akhawat pula, janganlah anda yang menjadi fitnah bagi kaum adam. Wassalam.

Wednesday, December 3, 2008

7th post

Yesterday's biochemis3 test taught me many things, and one of them is learning medic is a continuous process that needs determination and hard works. Although i had already read all the required 41 pages, yet it seemed so hard to revive all the answers back into paper sheet. Maybe because i took it lightly -- a ridiculous 2.5 marks -- but that is not an excuse for me to ignore its importance. A loss is still a loss. Anyone who read this, please, don't be like me. Have passion in everything you do. Hopefully this ultra short post can be a good lecture to anyone who, especially me, read it.

Friday, November 28, 2008

Din dan Man

Assalamualaikum..entry kali ni adalah untuk pengajaran semua terutamanya diri pelukis sendiri.


pelukis : apt pupil
idea : sendiri





>
>
>>
>
moral : betulkan niat setiap kali kita buat sesuatu kerja.
>
>
p/s --
*istilah musculogenesis (musculo = muscle/otot, genesis=pembentukan) adalah rekaan semata mata. Kalau betul hanyalah sekadar kebetulan.
*akhawat = pelajar perempuan
*mushrif = pelajar lelaki yang tugasnya mengiringi pelajar perempuan ke sesuatu tempat untuk tujuan keselamatan


>


>


>

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.