formula hari ni direka khas oleh ariff aizzat, ahli beit aku. Sape2 yang berminat nak tahu hari bagi sesetengah tarikh, maka boleh a try apa yang tertera kat bawah. Berguna kalau nak tahu besday dan untuk planning kerja2 korang.
* klik pada gambar kalau nak baca ngan lebih jelas..
** pembetulan pada baris ke 10 di ruangan eg : Ghost = 7 . Nombor 6 dipotong.

hari
Kome FC
Kome FC, pasukan belasahan yang memggegarkan dunia bola PERUBATAN. Dianggotai 15 ahli, pasukan ini berjaya seri apabila berentap dengan pasukan favourite PERUBATAN, Lanun FC.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Len kali kalo dah tau diri tu rabun, pakai la kontek lens masa main..
>
>
arab way
Sambungan Cultural Day Cairo Univ, 20 haribulan Mac 2009. Semua negara Arab ada tarian masing - masing. Bagi aku, tarian diorang hampir sama walaupun dipertunjukkan oleh negara yang berbeza. Ada penari, dan penepuk tangan. Kalau kat Malaysia, setiap tarian memang jelas nampak perbezaannya. Dikir Barat dan Zapin, langsung tiada persamaan antara kedua duanya. Tarian Naga lagi la. Tak tau nak tulis apa, jadi tengok je la gambar kat bawah.
>
>
>
tag dari topsiter
FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
>
1. Sang - dipanggil oleh kawan - kawan aku kat kampung halaman
2. ise -Dipanggil oleh kawan kawan kelantan
3. Op - Naqi panggil, sebab slalu je kalimah ni kuar dari mulut aku bila cakap ngan dak2 ganu
4. Abe - kuarga panggil
>
FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
>
11 febuari
Cuti musim panas dan musim sejuk
Bulan Ramadhan
Besday insan2 tersayang
>
FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
>
1- tidur
2- bersihkan diri
3- membace
4- usya blog
>
FOUR WAYS TO BE HAPPY:
>
1. ingat Dia
2. ingat makan (slalunya masa kelas)
3 ingat cuti
FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
>
1. kamera DSLR - modelnye aku pilih sendiri
2. tiket balik Malaysia - open ticket
3. motorbike - Honda CBR 600RR
4. ketenangan hidup
>
FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
>
1. mengunyah
2. surfing
3. mengura
4. baca manga
>
FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
>
1. Makkah
2. rumah aku kat terengganu
3. gelanggang basketball
4. around the world
>
FAVORITE DRINKS:
>
1. sweet black coffee
2. air masak
3. farawlah bil laban (stoberi bersusu)
4. jus epal
>
FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
>
1. buku medik yang blajar hari tu
2. pen
3. tisu
4. kopiah
>
FOUR FAVORITE COLORS:
>
1. hitam
2. merah
3. putih dan semi putih
4. kaler gelap
>
TOP FOUR HANGOUTS:
>
1. rumah Fais el raes
2. city star?
3. arma
4. depan laptop
>
TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
>
1. keluarga
2. kengkawan
3. orang yang sayang aku
4. orang yang aku sayang
>
TOP FOUR THINGS SPECIAL TO YOU:
>
1. kamera aku - sony DSC - W150
2. wallet aku - ada duit dan barang penting
3. xternal hard disc aku - ada banyak kenangan - gambar terutamanya
4. laptop aku - sebab ada internet
>
TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
>
1 - 4. tak de sape2 kot..sape nak buat, maka silakan..
>
TOP REASON WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
>
hmm...sebagai memenuhi permintaan seorang kawan di donia blog ni, fathiyyah.
indian booth
Tahun ni, khabarnya lima orang pelajar India datang belajar kat Cairo Univ ni. Masa persembahan dalam dewan semalam, Malaysia bukan lagi negara tunggal yang present dalam bahasa inggeris. Ramai pelajar Melayu tak lepaskan kesempatan bergambar dengan diorang. Ada yang menyesal sebab tak sempat lawat booth diorang. Maklumla, Bollywood.
>
>
>
Kat booth india, diorang pasang cerita hindustan dan pameran alat - alat muzik serta permainan. Studen Melayu menunjukkan ke"terer"an bermain Karom. Orang Arab plak hanya memerhati dengan rasa takjub.
Dol dan Junior
Mengumpat; bes ke? Kalau korang tengah bukak blog ni, ajak la ahli beit ke, kawan ke, bawwab ke, suruh dia baca skali. Walaupun korang dah boleh agak macam mana cerita ni abis, aku harap korang bace la jugak sampe kolum ke lima. Skali - skala guna pen, rasanya guna paint lagi ok kot..
>
>
>>
>
Pengajaran : Mengumpat memang bes, sebab setan dah bubuh ajinamoto dalam setiap perbuatan dosa yang dilakukan manusia. Tapi azabnya, hanya Allah yang tahu..
tag
>
Tag dari IzzahFaqihah a.k.a pembekal sos. Tima kasih sebab sanggup bawak sos ke kelas semata mata untuk bagi kat kitorang. Tima kasih kepada suma ahli beit kamu yang terlibat!
>
yang ikhlas,
beit raudhah,
pencinta sos.
>
okheh, jom stat.
>
1) Dulu aku tak suka bergambar, sebab ada inferiority complex. Tapi lepas di"sound" oleh adik aku, barulah aku berubah.
2) Kalau tak silap, setiap kali majlis ke, pertandingan ke, perhimpunan ke, ape ke, aku tak pernah dapat hadiah cabutan bertuah. Jadi setiap kali ada cabutan bertuah, aku tak akan berharap untuk menang.
3) Suka baca manga, walaupun umur dan masuk dua dekad. Bila la aku nak berubah ( tengah wat tag ni pun sempat lagi bukak onemanga )
4) Tak suka kalah. Tapi tu dulu r masa aku kecik kecik dulu. Skarang cam tak kisah sangat.
5) Dulu bercita - cita nak jadi askar. Masa skolah menengah, aku jadi blur, tak tau nak jadi apa bila besar nanti. Masa cuti lepas SPM, aku tengok House. Terpengaruh ngan cerita tu adalah antara faktor aku datang sini.
6) Kalau aku cam tak begitu bagi perhatian atau wat deeek je bila aku bercakap ngan korang, maka ketahuilah aku memang begitu. Jadi la tok sah kecik ati.
7) Tak suka tido lepas subuh, sebab badan akan jadi lemah dan letih. Tapi kadang kadang tido gak.
8) Walaupun aku makan banyak, tapi berat badan aku tak jugak naik - naik.
9) Aku ni pendiam la jugak, untalkative. Tapi bila dah rapat, baru korang tahu aku ni macam mana. Kalau korang jumpa ngan dak2 skolah aku, dan bagitau diorang bahawa aku ni pendiam, maka diorang akan gelak je kat muka korang. Jadi toksah try la.
10) Tak suka benda benda yang susah dan complicated. Senang kan bes..
11) Suka cuti. Dalam seminggu tu, hari Jumaat ngan Sabtu la yang slalu aku tunggu ( Kat pantai timur, cutinya hari Jumaat dan Sabtu. Kat sini pun same je)
12) Mudah rapat ngan dak2 yang yoyayoya berbanding dak2 skema.
13) Lebih suka jadi orang yang mencipta berbanding orang yang mengikut. Jadi aku sukakan kelainan berbanding benda yang sama je.
14) Mudah berasa bosan kalau buat benda yang sama. Kata cikgu aku, orang yang mudah berasa bosan ni slalunya mudah berubah hati. Betul ke?
15) Suka naik moto berbanding kereta. Sebabnya, aku pernah eksiden bila aku bawak kereta dulu. Abes kemik pintu keta, side miror patah. Fobia.
16) Tak suka makan hati dan organ dalaman sejak dari kecik lagi. Bila makan tu, rasa pelik, tak se'best' daging biasa. Aku lebih rela makan sayur daripada makan hati.
aku tag..
>
1) Paan
2) Nabil
3) Sopi
4) Hazu
5) Rodent
6) Fais Raes
7) Idjut
8 - 16) sape sape yang nak buat, maka silakan
cerita hikayat
>
>
"Rugi la jadi kao lembu. Badan kao kecik, daging kao sikit. Bakti kao kepada penternak sikit sekali," Ujar Unta dengan penuh yakin.
>
>
"Tak, kao silap cik Unta. Kalau kao nak cakap pasal daging, maka kambing lah binatang yang lebih rugi," Balas Lembu dengan bibirnya menjuih ke arah Kambing.
>
>
"Loh, korang ni buta ke? Ayam tu lagi kecik dari aku. Dah la daging sikit, pagi - pagi buat bising plak," Tengking Kambing dengan nada tak puas hati.
>
>
"Ape plak, aku bising sebab nak kejutkan manusia..tu pun salah ke? Sekurang - kurangnya daging aku, orang boleh makan, tapi tengok kucing tu, daging tak leh dibuat lauk, tiap - tiap hari menempel dan memperabiskan lauk ade la," Ayam berkata sambil matanya tepat memandang kucing yang sedang menjilat - jilat bulunya.
>
>
"Wei ayam, memang keje aku perabiskan lauk untuk tuan aku. Tapi tu untuk elakkan pembaziran. Kan orang yang suke membazir tu saudara setan. Aku, kalau orang pegang, kurang - kurangnya tak perlu basuh tanan tu. Tapi si Anjing, kalau tersentuh, ha..kena samak la jawabnya," Jawab Kucing dengan tenang.
>
>
"Aku, mewakili anjing - anjing yang lain, memang mengaku, ko Kucing, tak salah. Betul - sebetul betulnya. Namun, khidmat aku pada manusia pun ada. Baru - baru ni kaum anjing ada terima anugerah "Man's Best Friend", korang pernah dapat? Ini semua kerana kami membantu manusia menjaga rumah dan menghiburkan mereka. Cik Bibi lah yang paling rugi sebenarnya," Kenyataan itu membuatkan semua binatang di seluruh alam rimba menoleh ke arah Khinzir yang sedang berkubang dalam lopak lumpur tak jauh dari tempat mesyuarat tersebut.
>
>
"Kalau aku korang kata rugi, ada yang lagi rugi daripada aku.. al least kalau aku mati, aku tak kena HISAB, macam MANUSIA," dengan selamba Khinzir menjawab dan menyambung hobinya itu.
>
>
Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, Kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.p/s : cerita ini bukan untuk menghina umat manusia, tapi sekadar ingin memberi nasihat kepada diri penulis dan pembaca sekalian. SekianSurah Al A'sr - ayat 1 hingga 3
>
jangan tiru macam saya
>
>
Tak seperti hari sebelumnya, aku ke kelas awal. Sekurang - kurangnya lagi awal daripada Sopi. Kelas Anatomy hari ni berjalan selama 3 jam, dimulakan dengan subjek Abdomen. Disambung dengan subjek Neuroanatomy pada pukul 9 lebih. Aku cuba untuk tidak tidur, namun gagal. Ada la jugak 4, 5 kali terlelap.
>
>
Physiology bermula lewat hampir setengah jam hari ni. Subjeknya macam dua minggu lepas, Reproduction; diajar oleh Professor Hassan. Disebabkan waktunya petang, bilik kuliah pun bawah tanah, ditambah pulak dengan keadaan persekitaran yang agak panas dan kadar ventilasinya yang rendah, ramai yang gugur syahid. Kelopak mata ni, terasa terlalu berat untuk aku angkat.
>
>
Tiba-tiba, kelas jadi senyap. Aku terbangun sebab disiku Paan. "Weh dia dah mark orang,".
Aku tak paham pada mulanya. Lepas tu aku tengok sorang kawan , duduk tak jauh dari aku kemaskan buku, kemudian bangun menuju ke pintu. Cuak. Berdebar. Semua ada. Selepas dia keluar, professor tunjuk ke arah aku. "You, and you" katanya sambil menunjukkan jarinya kepada sorang lagi ikhwah yang duduk kat depan.
>
>
Lagi la rasa nak pengsan. Beberapa kali aku tunding jari ke muka aku sendiri, untuk memastikan aku kah lelaki malang yang dimaksudkan itu. Professor pulak angguk angguk je. Di belakang aku; Azizi. "Tak kan Azizi tido kot..aku la gamaknya...Kena keluar jugak ke aku ni??"
>
>
Aku bersedia untuk kemas buku dengan pasrah. Hampir - hampir aku bangun dari kerusi bila Paan pegang tangan aku, katanya, "Duduk, duduk..". Rupanya tu hanya sebagai amaran daripada professor. Sekali lagi aku kantoi - abes. Keluar la jawabnya. Tima kasih Paan!
>
>
Lepas tu, mata ni rasanya tak nak tertutup lagi. Nak pandang bawah pun tak berani, takut dicop tidur. Bila terpacul perkataan "Thank you" dari mulut professor, aku berkata dalam hati, "eh, dah abes kelas?"
>
>
pengajaran: Jangan la tido dalam kelas, buruk padahnya
lepas exam
Sorang mentor akan menjaga sorang mentee. Mentor akan mengawasi mentee supaya insyaAllah akhir tahun ni mereka akan turut mendapat keputusan yang cemerlang. Antara tugas mentor adalah, mengerah mentee yang jarang ke kelas, agar hadir ke kuliah harian. Juga, membantu mentee dalam setiap perkara berkaitan pelajaran. Selain itu, mentor juga perperanan menasihati atau memaksa mentee supaya meninggalkan perkara berunsurkan lagha, atau hedonisme kata Saufi.
Macam mana mentor ni dipilih? Semuanya berdasarkan keputusan peperiksaan baru - baru ni. Mentee pulak, bukan orang biasa sebenarnya, sebab diorang adalah pelajar yang terpilih untuk datang belajar di Mesir. Cuma mungkin disebabkan terlalu asyik dengan hidup di sini, diorang jadi leka seketika. Mentor, jangan pulak rasa tinggi diri kerana dipilih sebab walau tinggi mana pun korang, aku memang physically lagi tinggi dari korang semua, kecuali Amir Firdaus..
Ada juga cadangan, supaya sistem mentor mentee ni melibatkan akhawat. Maksudnya mentor adalah akhawat dan mentee adalah ikhwah. Sebabnya, supaya lebih rasa boost dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan akhir kerana tak mau kalah dengan mentor masing - masing. Jangan risau, ni semua sekadar perbincangan belakang tabir yang tiada kena mengena dengan pelaksanaan program ni. Berbincang pun dalam nada bergurau ketika kelas belum bermula. Akhir sekali, Imdad selaku exco kebajikan bersuara, "Maksiat semua tu.." sebagai tanda berakhirnya perbincangan mengarut pada petang tu.
Aku menyokong 100% sistem mentor mentee. Tahniah kepada ahli jawatankuasa biro akademik batch, kerana melaksanakan program ni.
Kita tak nak buleh mumtaz sensorang je, tapi kita nak semua satu batch berjaya. InsyaAllah.
hari sukan 09
>
>
>
>
>
>
>
>
>
mengenai khairul farhan
1.where you and i met?
hmm....kat cairo university la..mana lagi
2.how long have you known me??
baru staun lebih kot
3.the last time we saw each other??
pagi tadi..naik muak aku tengok muka ko hari hari..hahaha gurau je paan..
4.you're 1st impression on me upon meeting/seeing me??
cam gangster je brader nih..takut nak tegur aku memang takut nak tegur sape2 pun
5.am i funny??
depends on your joke
6.whats my favorite music??
aku rasa lagu jiwang..betul tak?
7.choose 5 words to describe me the most
berani, berterus terang, mudah mesra, pandai bergaul, basketballer maniac. Al faiz tulis ko desperate..betul ke? skali lagi, gurauan semata mata
8.have you hugged me??
aku lebih rela peluk tiang..kang ape kate orang kalo tengok kita berpeluk..hmphnt!
9.if there was one good nicname for me,what it would be?
Pa' ang
10.tell me 1 of my weaknesses??
terlalu mempercayai orang kot
11.where do you think i will be in 25 years?
kat taman jalan - jalan ngan ______ sambil dukung anak. Isi tempat kosong dengan insan yang anda fikir sesuai.
12.what is the most memorable event that spent with me,you can never forget??
hmm...tak de agi kot, walaupun medad slalu je kata "Let's make our unforgettable memory together!" - Masa tu ko ada skali kan?
13.will you re-post this so i can fill this out for you??
kalo ko buat, jangan kutuk aku lbey2 ok? hahaha
14.people i tag tag tag
tag 1 : hazu
tag 2 : song phil (walaupun ko tak suka buat tag)
tag 3 : fais
skali lagi, tag ni optional...jadi sape sape nak buat, maka buat la...tak nak buat pun takpe..aku tak kesah.
psycho
physio
histo
Kebosanan dalam kelas. Di bawah adalah gambar yang diambil semasa kelas histo. Ada yang diambil semasa lecturer bagi take 10, dan ada semasa beliau tengah mengajar.





