Showing posts with label chronicles. Show all posts
Showing posts with label chronicles. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

saah kam?

Satu kisah mengenai jam.
Amaran : Entri ini AMAT membosankan.





>
>
?
>
>
Kalau sorang dua yang tanya takpe gak..







tapi kalau dah ramai...
>
,.
.
.
;







Saah kam dilwakt : pukul berapa skarang ni

Khamsa ila rubu' : 4.45
Sittah Hedasyar daqiqah : 6.11 minit
Leih : Apsal/kenapa


orang dah ramai balik. Cairo makin sunyi. Rumah makin kosong. Aduh, ni yang rasa nak balik jugak ni..sabar2..sila tahan


Saturday, July 3, 2010

alkisah lagi

Baru hari ketiga cuti tapi rasa macam dah seminggu. Tak tau la sebab barakah waktu cuti atau sebab bosan sangat sampai dah tak tau nak buat apa. Apa-apa pun, selamat menjalani hidup dengan tabah. Cerita di bawah bersambung dengan cerita sebelum ni, jadi kalau tak paham aku mintak maaf banyak2 la ya.
>
>>
>
.

Hari ini, aku tidak menerima sebarang panggilan..
>
.
.
>
Kebetulan pula, barang keperluan di rumah sudah habis..
dan aku dengan rela hati keluar membeli apa yang sepatutnya..
dan dalam perjalanan pulang -- .
.
.
.
Aku ternampak sorang akhawat dikacau oleh
2 orang budak arab..
.
>
>
>
Walaupun aku bertugas sebagai mushrif pada hari Selasa, aku--oh..
>.
.
>
>
Lantak ko la mak cik, hari ni bukan aku yang bertugas..
kau kena kacau ke ape ke, aku peduli hape!

>

>
Cuti, cuti jugak..stadi jangan lupe! Kerja dan ibadah bukan bermusim ye!

Friday, April 30, 2010

T.B

Ini adalah entri terakhir untuk musim ni. Bukan musim panas maupun musim bunga, tapi musim stadi. Sebabnya dah nak masuk musim exam dan aku ada banyak lagi penyakit yang nak kena paham, ubat yang nak kena hafal dan ciri-ciri tentang serangga, cacing dan bakteria serta virus yang nak kena kenal. Terlalu banyak. Doakan aku tak kena dur. Amin.
>
>
Bersihkan tangan anda daripada kuman - kuman internet!
[ni nasihat untuk diri sendiri. Mereka yang sudah cemerlang jangan perasan]



p/s T.B = bukan Tuberculosis, tapi Tawaquf Blogging.


[Kempen Aib kalau Tak Stadi iii]

Friday, March 12, 2010

H.K

Dia hanya tahu mengerang. Mengerang bila lapar. Laparkan nasi dan dahagakan air. Badannya kurus- triceps, biceps dan gastronemiusnye dah lama teratrophied.
>
>
Jari jemarinya halus dan panjang. Rambutnya kerinting dan pipinya cengkung. Badannya agak besar, namun disebabkan dia selalu merengkot, dia kelihatan kecik.
>
>
Biliknya busuk berbau najis, kerana dia tak tahu cara defecate dengan betul. Lantai kayu rumahnya terpaksa dilubangkan untuk memudahkannya melepas dengan lebih baik. Sekurang kurangnya, lubang itu menyenangkan orang lain untuk menyucikan biliknya setelah dia menyelesaikan hajatnya.
>
>
Dia terencat akal. Dan dia bapa saudaraku.
>
>
Teriakannya bukanah satu bebanan. Sekurang kurangnya, aku tak pernah menganggapnya begitu. Apabila dia lapar, nenek akan menyuapkannya dengan nasi. Setelah dia menyelesaikan hajatnya, adik beradiknya lah yang akan membersihkannya. Dan biliknya sekali. Dia disayangi oleh semua.
>
>
Dia meninggal dunia pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Ajaibnya, ramai orang yang datang ketika arwah meninggal dunia. "Oghe tok tahu maghi mano," kata ibuku. Sehinggakan siapa tetamu yang datang pada hari dia meninggal dunia, ibuku pun tak tahu. Orang yang tak dikenali.
>
>
Semua orang nak husnul khatimah. Jadi, sama samalah kita menuju ke arahnya. Al fatihah kepada semua umat Islam yang telah meninggal dunia pada hari ini, semalam dan hari hari sebelumnya.
>
>
Al fatihah.
>
>

Friday, March 5, 2010

tempoh

" Aku rasa jeles bila tengok senior grad, adeila..lambatnya nak abis blajar medic.."
Aku rasa, mesti ramai yang rasa macam tu masa MAG (Majlis Apresiasi Graduasi) hari tu, kan?


Sape yang tak hepi, bila dah tamat belajar dan dapat pulang ke tanah air. Ditambah pulak dengan negara yang kau belajar tu adalah Mesir, negara yang sememangnya sinonim dengan musykilah. Mana - mana pun ada masalah, daripada sebelum kau keluar rumah sampai la kau masuk rumah balik.


Sedar tak sedar, dah nak dekat tiga tahun aku duk kat sini , dan lagi tiga tahun lebih nak habis (baca dengan nada sayu). Semakin lama duk Mesir ni, jadi semakin sayang pulak. Patut la Abang Senu cakap, bila dengar orang kutuk mesir, dia rasa marah. Baru aku paham.


Tempoh masa 6 tahun setengah kita dicampakkan kat sini adalah sangat singkat. Belajarlah untuk mencintai Mesir, dan hidup akan jadi lebih mudah.


Kita tak akan mudah marah bila diejek hungga bungga, ataupun dibaling batu, ataupun ditipu oleh Arab Mesir. Tak kenal maka tak cinta kan?


Macam Prof Hatta sebut, carilah permata disebalik debu - debu Mesir ni. Beliau dah jumpa permata tu. Bagi mereka yang dah jumpa, tahniah. Aku masih mencari. Dan terserahlah kepada kita sama ada nak biarkan permata tu terus terkambus, atau stat korek dari sekarang. Rugi la, kalau balik tapi kita hanya dapat ilmu perubatan je, kan?



Saturday, February 20, 2010

slo-mo

"The paramedics said i was technically dead for 97 seconds.."
"It was, the best 97 seconds of my life"


Sebahagian skrip yang aku ingat dalam citer House, season 4. Masa tu Dr. House berdepan ngan sorang patient yang cuba untuk membunuh dinding dengan menikam plag soket hospital. Namun malangnya, tindakan beliau tak berjaya.


Kita biasa dengar, yang sebelum mati, manusia akan merasakan masa akan menjadi lambat. Everything was like a slow motion. Dan kita akan mengingat kembali, atau flash back hidup kita sebelum menghemboskan napas yang terakhir. Aku tak tau sejauh mana kebenaran citer2 ni, tapi pasal slow motion tu ade la kot kebenarannya.


Kalau kat Mesir ni senang sangat kalau nak eksiden. Near death experience every two weeks. Aku ada skali eksiden masa darjah 5. Berlaku depan sekolah masa aku nak lintas jalan. Semangat nak beli buku amali sains punya pasal.


Aku rasa cam dah takde kenderaan kat kiri dan kanan aku, jadi dengan semangatnya aku berlari untuk lintas jalan. Tak aku sedar, rupanya ada motosikal sedang merempit dari arah kiri aku. Aku dilanggar dan dengan relanya terpelanting beberapa meter ke depan.


Aku merasakan masa menjadi lambat. Boleh lagi masa tu aku berfikir dan mentafsirkan kejadian yang berlaku. Badan aku berpusing dan bergeser ngan jalan tar. Sedar2 je, aku dah berjalan terhuyung hayang sebelum sorang pak cik suruh aku naik keter dia ntuk ke klinik. Klinik Ihsan.


Alhamdulillah, kemalangan tu tak menyebabkan aku patah apa2 tulang. Mungkin brader yang langgar aku tu sempat brek sebelum rempuh aku. Mungkin impak pelanggaran je yang menyebabkan aku terpelanting, ditambah ngan saiz badan aku yang kecik dan kurus.


Mati merupakan satu perkara yang pasti. Jadi, bertaubatlah setiap kali sebelum kita tidur dan bersyukurlah jika masih diberi peluang untuk hidup keesokannya.

Tuesday, February 9, 2010

cuti datang lagi

La Kalam Qabla Salam, Assalamualaikum,
>
>
Entri bertaip pertama dalam tahun ni. Asik2 kartun je, bosan jugak. Maklum la, malas punye pasal. Upload gambar je, senang takyah taip panjang - panjang.
>
A
Aku masih lagi blur, tak tahu nak isi dengan apa cuti winter selama 2 minggu ni. Ramai orang pegi oversea - Turki dan UK nampaknya menjadi destinasi pelancongan pilihan kebanyakan pelajar. Tak lupa juga Malaysa, negara tercinta.
>
>
Ada manusia yang suka bercuti - melihat dan memerhatikan keindahan alam. Dan ada manusia yang lebih suka duk rumah. Dua2 jenis manusia ni menghabiskan duit elaun dengan cara yang tersendiri - yang suka melancong, habisnya pada tiket dan souvenir, dan yang suka duk rumah pulak duitnya habis dengan membeli belah di shopping complex dan maarad kutub. Sekarang kan tengah sale winter.
>
>
Tak kesah la manusia jenis apa pun anda semua, aku cuma nak pesan, berhati - hati bila kuar rumah. Manfaatkan musim cuti ni sepenuhnya. Selamat bercuti!
>
>

Wednesday, December 2, 2009

cuti aidiladha

Cuti selama seminggu tak memberi aku tiket untuk bercuti sepuas - puasnya. Ikuti karangan panjang lagi membosankan di bawah. Kalau malas sangat, skip je ke perenggan akhir.
>
?
Kisah 1
>
Aku diberi tugas mudah oleh sorang kawan. Disebabkan sikap aku yang suka bertangguh, tutorial photoshop yang sepatutnya aku hadiri terpaksa aku tinggalkan. Rasa rugi yang teramat sangat. Padahal sebelum ni aku la manusia yang bersungguh sungguh promote suruh orang pegi.
>
>
Keje tu pulak, walaupun siap tapi tetap tak sempurna. Aku tak puas hati dengan mutu hasilnya. Penat aku buat dari malam semalam sampai la asar hari ni, tapi hasil macam orang buat keje separuh jalan.
>
>
Rasa marah, bengang dan bangang dengan diri sendiri. Ditambah pulak dengan setan yang tak abeh2 mencurahkan petrol nafsu amarah kat hati aku yang tengah membakar. Laptop pulak masalah. Lembabnya, MasyaAllah - membuatkan aku rasa nak hempuk je skrin tu. Tapi apakan daya, laptop orang.
>
>
Kisah 2
>
Abeh keje, aku berjalan pulang ke rumah. Teringat pulak hari ni aku masak. Abeh satu keje, ade pulak keje lain. Microb belum stadi lagi. Exam dah dekat. Cuti dah nak abeh. Bertambah darab la masalah aku.
>
>
"Siini...Siiini!" Kata sorang budak arab yang lalu tepi aku. Siini - maksudnya orang cina. Tu la panggilan arab yang tak tau beza Melayu ngan Cina kepada kami budak Melayu kat sini. Rasa macam nak terajang je budak tu. Padahal tak de ape2 pun dengan panggilan tu. Tapi tensen yang meluap2 membuatkan semua benda betul depan mata aku jadi salah.
>
>
Tapi bahagianya rasa jadi budak tu. Tak perlu pikir banyak masalah macam aku. Tu baru sikit masalah. Jadi doktor pasni lagi la teruk. Keje 27 jam - bukan stakat masalah kita, masalah patient skali kita kena pikirkan.
>
>
Kisah 3
>
Disebabkan takde duit, terpaksa la aku belanja kawan - kawan makan telur. Bukan pokai sebenarnya, cuma duit Dollar blom ditukar kepada matawang yang sepatutnya. Baru nak masak, Imdad telepon.
>
>
"weh Ihsan! pasni ajak budak2 rumah ko datang rumah aku, ada makan2 skit," lebih kurang macam tu la pesan beliau. Alhamdulillah, satu masalah selesai. Rasa semangat skit nak teruskan idup. Pastu pulak, aku pegi kedai kayu untuk potong papan alas katil. Papan alas sengaja dibiarkan panjang sedikit daripada lebar katil, jadi terpaksa la pembeli potong sendiri papan tu. Bijak kan?
>
>
Pak arab tu mintak aku tunggu kejap, sebab urusan potong memotong kayu ni sekejap je prosesnya. Dia ajak aku berbual, dan aku pun layan la. Dari sebesar besar isu kepada seremeh remeh perkara. Selang 10 minit, kayu pun siap dipotong. Aku tanya berapa genih, dia geleng kepala. Aku tanya lagi, dia geleng jugak. Paham la aku, bahawa tak de caj dikenakan. Dengan kata lainnya, free. Alhamdulillah, masalah kedua selesai. Cuma pesan pak cik tu, bagi la salam lain kali kalau lalu depan kedai dia.
>
>
kesimpulan
>
Setiap masalah dan ujian yang Allah berikan, mesti akan disusuli dengan kesenangan. Dan ingatlah bahawa Allah tak akan membebankan hambaNya. Kalau rasa masalah kita tu berat, maka ketahuilah masalah tu tak sampai 1% pun keberatan masalah para Anbiya. Dan ingatlah jugak walau betapa berat pun masalah yang kita hadapi, akhirnya akan berakhir jugak. Maka senyum senyum la selalu, dan selamat menyelesaikan masalah!
>
>
>

Wednesday, November 25, 2009

annual mushkilah II

Hari yang penat lagi melucukan. Pukul 2.28 petang tadi secara rasminya berakhirlah kelas Patho pada minggu sebelum cuti raya korban ni.
>
>
Pagi tadi, aku pegi mugamma' untuk wat extension visa. Maklumla, tempoh mastautin dah nak abeh -- 30 hb 11. Hampir semua dak batch medicairo 07 dah membebel pasal masalah visa. Dan aku salah sorang manusia yang nak membuka lembaran cerita lapuk yang diharapkan dapat menjadi pengajaran bagi insan - insan bertuah yang belum pegi mugamma' lagi.
>
>
Siap beli setem dan tampal serta isi borang, aku ke kaunter untuk proses visa. Rasa tak sedap hati, jantung berdebar walaupun aku tak minum kopi ataupun berlari lari masa nak antar borang tu. Mak cik kaunter mintak borang, aku bagi. Borang permohonan, salinan visa, dan akhir skali syahadah. Dia pegang kertas syahadah, dan bincang ngan kawan sebelah pasal perkataan yang tertulis kat bahagian atas belah kiri syahadah aku. Biduuni surah, yang bermaksud tanpa gambar. Disertakan cop skali.
>
>
Mak cik tu pun dengan selambanya komen, "Ni tak bleh ni, kena ada gambar jugak." Dalam bahasa arab la, aku terjemah lebih kurang je. Dah agak dah. Mesti ade masalah. Baru nak komen, mak cik tu buat buat tak dengar. Jadi dengan hati riang berbunga bunga, aku blah. Padahal sebelum ni orang lain wat ok je. Takpe la, sistem baru kot.
>
>
Maka berjogging kesenyuman la aku balik ke universiti. Asalnya nak tahan bas, tapi bila aku brenti jogging, rupanya dah nak sampai kat u dah. Bagus jugak wat visa ni, bersenam secara tak sengaja. Indah sungguh hari ni!
>
>
Dipendekkan cerita, aku pun pergi la skali lagi. Bagi salam dulu, senyum2 kambing sekor dua sebelum serahkan borang extension visa. Alhamdulillah, lulus. Dia pesan kat aku suh bagitau budak2 lain yang blom buat, supaya kat syahadah tu letak gambar jugak. Dari nada suara dan riak rupanya, nampak macam orang bersalah. Tapi mungkin tu cuma perasaan aku je.
>
>
Pengajarannya, bila nak wat visa pasni, sila pastikan ada gambar skali. Biduuni surah, maka bukrah la jawabnya. Tapi kalau korang pandai ejas lain cerita. Hulur duit (rasuah hukumnya haram) ke, tikam lidah ke jampi (sihir pun haram) ke ape ke. Kedua, Sabar. Tak dipanggil Mesir la bumi ni kalau hidup kita kat sini tak disertakan dengan musibah, yang seterusnya mengajar kita supaya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah.
>
>
" Kullu sanah wa entu tayyibin, " aku ucap sebelum balik. Semoga makcik mugamma' gembira selalu. Amin.
>
>
Selamat Hari Raya EidulAdha!


mugamma' - pejabat imigresen
bukrah - besok
syahadah - surat pengesahan (lbeh kurang la)

Monday, November 23, 2009

lata

Pangkor II - sambungan dari entri dutch ford. Sebelum balik, Alfa bawak budak-budak ni gi lata. Kata Alfa, Lata Kijang. Mengambil masa 1 jam lebih dari Pangkor. Awalnya sesat, tapi alhamdulillah, sampai jugak.
>
>
Duit yang begitu banyak aku bawak, akhirnya tinggal beberapa ringgit je. Seb bek cukup ntuk beli tiket bas balik rumah. Kesimpulannya, sayangilah ilmu, sebab dia boleh jaga kita pasni. Tapi jangan benci duit plak, kang susah kalau takleh bayar sewa rumah.
>
Daripada reunion ni, benda yang paling berharga aku dapat adalah ukhwah.
>
Kawan yang selama ni aku tak berapa kenal, tiba2 dengan magiknya jadi rapat. Setelah kita mengenali sesorang dengan lebih dekat, baru la kita tau, rupanya banyak persamaan yang kita kongsi bersama. Sesuatu yang kita takkan dapat dengan hanya melihat seorang manusia superficially. Oleh itu, sayangi rakan anda. Kenali mereka sebelum terlambat.
>
>
Mencari port yang sesuai. Paan masih fobia ngan air.
>
:
>
Dah jumpa, ape lagi - belasah la..
>
>
>
Muka terpaksa bergambar.
"Takde keje lain, ni mesti nak wat masuk lam blog ni.."
>
>
>
Mencuci cara tradisi. Masih dikekalkan hingga kini.
.
.
.
Lain kali bleh buat lagi.
Baem ngan Medad, pastikan korang menghadirkan diri.
>
>
>
Pangkor II - cuti musim panas Malaysia 09.


Friday, November 20, 2009

doa seorang pengawas

tak de gambar lain ke?
>

>
Dulu masa aku kecik - kecik, aku ada sorang kawan. Orangnya bijak, dan umurnya lebih kurang 3 tahun lagi tua daripada aku. Aku amat mengagumi beliau -- bukan sebab kebijaksanaannya atau ketererannya bermain bola, tetapi kerana beliau sorang pengawas.
> >

Makhluk bergelar pengawas ini berbaju biru muda berlengan panjang berseluar biru gelap. Bagi aku, pengawas adalah seorang manusia yang amat tinggi darjatnya, hanya satu pangkat bawah daripada cikgu. Bila dia duk lam kelas, semua orang jadi takut. Nak pergi tandas pun kena mintak izin pengawas. Kalau dia tak bagi, tahan la sampai pengawas tu keluar kelas.
> >

"Kau jangan kutuk muka dia macam Mr Bean, kang dia tulis nama susah pulak," Lebih kurang macam tu la pesan kawan aku pada suatu hari. Budak Mr Bean tu bukannya pengawas pun, tapi disebabkan dia berkawan dengan pengawas, maka murid lain jadi takut. Begitu la besarnya kuasa pengawas sampai boleh mempengaruhi rakan-rakan sekeliling.
> >

Maka, pada suatu hari, aku berdoa, supaya aku pun dapat jadi pengawas jugak. Ye la, nampak kool semacam je bila jadi pengawas. Kalau tak silap masa tu aku darjah dua. Tapi, aku hanya layak untuk dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Ok la tu, pengawas jugak. Cuma kuasa aku hanya terhad dalam perpustakaan. Suruh orang senyap dan simpan buku di rak yang betul. Dan dapat duduk di kerusi yang khas disediakan untuk pengawas perpustakaan di kaunter pemulangan/pinjaman buku.
> >

Tapi itu dulu. Zaman itu, pengawas dijunjung dan dihormati. Masuk pulak sekolah menengah, aku hanya jadi pelajar biasa. Tapi hanya untuk 2 tahun lebih, sebelum aku dilantik menjadi pengawas. Kali ni memang pengawas sekolah betul - Makhluk baju biru lengan panjang berseluar biru tua.
? ?

Di sekolah aku, jadi pengawas tak la teruk sangat. Cuma aku tak dapat merasa banyak kenangan manis sebagai budak sekolah biasa. Kalau aku tak jadi pengawas, mungkin aku akan tau, macam mana budak-budak ni seludup barang2 haram ke sekolah, dan mungkin jugak cara2 yang betul bila nak keluar fly malam2 pegi pantai. Mana taknya, hampir semua kawan aku budak - budak yang tak berapa berdisiplin. Lepas jadi pengawas je jadi tak rapat sangat, sebab pindah ke dorm yang lain.
> >

Kesimpulannya di sini, doa yang diminta, pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Cuma waktu doa itu benar benar makbul, yang kita tak tahu. Aku berdoa nak jadi pengawas masa berumur 8 tahun, dan hanya 7 tahun lepas tu doa itu benar-benar menjadi kenyataan. Pendek kata, berdoa la banyak-banyak. Doa kan senjata kita, yang menjadi pembantu ketika waktu susah dan senang.
>

' wa qaala Rabbukum; Uduuni, Astajiblakum '

> >

Tuesday, October 13, 2009

Fustat - Munirah - Abou Reish

Selama 3 tahun keberadaan aku di Mesir ni, bermakna dah 3 kali jugak aku pindah rumah. Dari Fustat, aku beralih ke Munirah dan sekarang, terdampar kat Abou Reish. Makin jauh dari universiti. Kalau rumah kat Munirah pun kelas aku datang lambat, rumah jauh ni apatah lagi. Biasala tu, manusia. Tak pernah ada yang sempurna di matanya. Tak pernah puas hati.
>
>
Kalau kita tengok, bahagian luar kebanyakan rumah kat Mesir ni semuanya buruk. Buat sambil lewa je. Macam bangunan tak siap. Buruk, terlalu amat buruk. Hudoh benge. Rumah baru aku ni pun, bahagian luarnya tak bersimen. Aku tak kisah kalau diorang tak cat, tapi kalau macam ni la rupe rumahnya, memang dah melampau. Boleh nampak batu bata dinding rumah kalau tengok dari luar.
>
>
Tapi, tahukah anda bahawa semua keburukan dan kehodohan rumah itu hanyalah ilusi optik semata mata?
<
>
Walaupun buruk di luar, bahagian dalamnya berlainan sekali. Cantiknya boleh tahan la jugak. Perabot dan deko serta hiasan rumah bekas air tangan arkitek Mesir pasti menarik minat mata yang melihat. Tak puas dengan hanya sekali pandang. Jubin dan tona warna tandasnya yang menyejukkan mata memandang pasti mengundang sesiapa saja untuk melawatnya tak kira di masa emergency maupun tika tak de keje. Kesimpulannya, Macam tak percaya, bangunan buruk nak runtuh macam ni boleh ada ruang seindah itu. Aku ni lebih lebih la pulak.
>
>
Macam tu la jugak MANUSIA.
>
>
Ramai manusia yang rupanya tak hensem, tapi hatinya baik dan suci. Lagi suci dari Safi. Dan ramai jugak manusia yang rupa lawa tahap model antarabangsa tapi hati lagi busuk dari mayat rendaman formalin. Depan orang pura - pura baik, tapi belakang orang kutuk maki caci hina macam - macam.
>
>
Oleh itu, hati hati la bila pilih kawan. Aku tak tau ape motif aku tulis entri kali ni, tapi tu je yang aku nak sebut. Never judge a kuih raya by its look. Taste first, comment later. Akhir kalam, selamat berposa 6 bagi sesiapa yang blom abih lagi!



Kau nak baju lawa tapi kalau pakai, tak selesa,
atau
baju tak berapa lawa tapi bila pakai, selesa?

- Ustak Wea, SBPIBR SPM 2006-


Sunday, October 11, 2009

Fustat dalam kenangan..

Lepas saje jamuan raya semalam, hampir semua budak Cairo Univ tahun 3 turun padang ke tempat paling bersejarah di Mesir bagi aku la, Mesekin Fustat. Tempat yang menyimpan seribu satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan - kenangan sama yang bakal dirasai junior - junior tahun 1.
>
>
Majlis abes dalam pukul 8 lebih (malam). Dengan tambang teksi berjumlah 10 Genih (dulu 5 Genih je dari Fustat gi Univ), kami sampai ke tempat bersejarah tu kira - kira lagi 40 minit nak pukul 10. Ingatkan sikit je, rupanya dah ramai yang sampai. Dari budak Giza sampai la ke budak Abou Reish. Semua ada.
>
>
Fustat 97% masih lagi macam dulu. Dalam perjalanan ke imarah, kitorang jumpa ngan bawwab rumah Alfa. Rumah Ayah Laila, bagi sesiapa yang tak kenal sape bawwab rumah Alfa. Salam salam sikit, maklumla, lama tak jumpa. Sampaikan sorang tu dengan tangan bini bawwab dia salam sekali. Tak tersengaja kot. Mungkin excited punya pasal. Tapi yang haram tetap haram, jadi lain kali jaga sikit.
>
>
Ada sedikit kejelesan di hati aku bila tengok rumah adik-adik kita. Rumah punya la besar, dan sewa pulak boleh tahan la berpatutan. Puas hati. Maka, sepatutnya kalian bersyukur dapat rumah macam tu.
>
>
Malam tu, kitorang cuma perlu bawak naik katil ke 5 buah rumah yang semuanya kat Mugawarah Ula. Jam dah pukul 10 lebih, tunggu punya tunggu pa ceroh lori tak datang. Aku ingatkan Pak Arab tu dah kenselkan dah trip penghantaran malam tu. Akhirnya sampai jugak walaupun agak lewat. Janji Arab.
>
>
Aku tak kesah sangat kalau katil yang kitorang kena bawak naik tu banyak, sebab aku pun tak angkat sangat part2 yang berat. Biasa aku rembat bahagian yang ringan2 je. Tangga katil ke, papan ke ape ke. Pemalas betol.
>
>
Rupanya ada trip kedua menggunakan lori yang sama. Ammu tu balik semula untuk ambik lagi katil dari Asyir. Jam dah pukul 11 lebih. Subuh lebih kurang pukul 4.25 pagi. Esoknya kelas mula pukul 8 pagi. Nak tunggu Ammu tu ade la dalam sejam lebih. Nak balik Munirah, teksi ntah ade ke tidak. Kalau ade, kompem cekik darah kaw kaw punya.
>
>
Akhirnya, semua selesai. Sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Kelas pagi tadi, lecturer mengajar tak sampai sejam, dah mintak rest 5 minit. 20 minit kemudian, mintak lagi rehat. Jadi junior - junior tahun satu sekalian, hormati dan sayangilah senior korang. Dan senior - senior yang jadi junior kepada senior - senior lama pun, begitu jugak.



Ammu : Pak cik
Imarah : Bangunan
Bawwab : Penjaga bangunan

Wednesday, October 7, 2009

minggu 1

Esok genaplah seminggu hidup aku sebagai pelajar medik tahun 3. Tahun yang lebih mencabar dengan subjek - subjek baru yang payah dan banyak sampai tak masuk akal. Bagi lembu la tak masuk akal. Kita manusia ni, punya kehebatan sendiri yang lebih daripada makhluk lain, jadi insyaAllah tak de masalah belajar ilmu perubatan ni. Alhamdulillah aku manusia.
>
>
Kelas pertama minggu ni, Pharmacology. Ilmu yang membincangkan pasal ma'jun. Ubat - ubatan maksud aku. Seterusnya, Pathology yang mengajar kita pasal penyakit. Parasitology masih lagi belum mula, disebabkan semalam cuti Sittah Oktober. Microbiology pulak mula esok.
>
>
Subjek baru, kelas pun baru. Bukan kelas yang baru, tapi tempat je yang lain. Area yang selama ni aku tak pernah teroka. Hari pertama Pathology, aku terlambat. Disebabkan aku terlambat, maka sesatlah aku dalam usaha mencari kelas Patho. Jam dah nak dekat pukul 2 - kelasnya mula dah lama, dari pukul satu setengah lagi.
>
>
"Aku tok tau gano nak royak, aku tok ingat jale nok maghi kelas ni. Mu tera tanyo pok cik arab," kata kawan aku, si A.

"Dari Biokem (kelas biochemistry) ko jalan terus je, sampai nampak orang mengaji," Kata si B pula.

Walaupun direction macam tak logik, tapi aku ikut jugak. Mulanya tersalah, tapi setelah beberapa kali tanya pakcik2 dan makcik arab, akhirnya jumpa jugak. Tima kasih kepada semua. Masuk je, kelas dah penuh dan lecturer dah ada kat depan. Explain pasal intro to Patho. Sape suruh lambat. Padan muka.
>
>
Ada kelas yang tempohnya 4 jam stret. Ada yang 3 jam. Paling cepat pun 2 jam. Head Of Department Patho sendiri kata jadual kite super packed. Macam sardin. Sama sardin dengan kelasnya. Ada orang suruh komplen, ubah sikit jadual kasi longgar. Tapi kata Fais El Raes, takyah la komplen. Sebabnya, tak nak orang anggap kita ni mengada - ngada. Batch sebelum ni jadual pun same jugak, tapi takde komplen apa - apa pon. Kalau komplen result boleh jadi lagi mantap, takpe la jugak.
>
>
Bagi aku, kelas setakat ni tak begitu berjaya membuatkan aku mengantuk. Tak macam Anatomy dan Histology dulu. Tapi, bila lecturer mengajar kat depan, aku jadi hilang fokus. Ntah ape yang beliau terangkan kat depan, aku pun tak tahu. Oleh itu, akhir kalamnya, doakan aku dan rakan - rakan berjaya menempuhi tahun ni. Amin.
>
>
>

Wednesday, September 30, 2009

chapter 3

Esok aku dan family akan bertolak ke Kuala Lumpur, memandangkan 3 haribulan Oktober ni aku akan meninggalkan bumi Malaysia. Alhamdulillah, masalah tiket dah selesai. Senang je rupenye. Ini adalah satu pengajaran buat aku supaya lain kali berhati hati bila simpan barang. Kalau dah tau diri tu pelupa tahap tok ki, rajin - rajin kan diri wat catatan.
>
>
Minggu depan bermula la sesi pembelajaran tahun 3 aku di alam medic ni. Orang kata susah. Tapi biasala, tak de benda senang lam dunia ni. Nak bernafas pun, ada banyak pathways dan organ serta muscle yang terlibat. Bukan sesenang 'tarik napas, hemboosss' macam Cikgu PJK ajar aku zaman budak skolah rendah dulu.

Jadi, doakan aku serta rakan - rakan agar terus berjaya dalam dunia medic ni, dan juga berjaya di akhirat sana. Amin
>
>
Gambar tika pertama kali datang ke Mesir. Dah lama sekkung lam laptop.
>
>
>

KLiA 31 ogos '07
dari kiri - Pok Su, Angah, Mak dan abang Juwe.
depan - Ammar

>
>

acu cuba test try cari Payid
flight charter.
Dah tak de dah skang sebab wat rugi je charter flight ni
.
>
>

layan diri
cuba cari Tong, Imdad, Hazu ngan Duane
>

>
1st time gi Cairo Univ
jaulah ni disertai skali sahabat kite yang skang ni duk Alex.
>
>

Fustat terchenta
banyak kenangan duk sini.
Sheikh Redha! lama tak jumpa enta!

>
>

Hidup ni macam tayar beskal. Ada kalanya terpijak taik ayam, dan ada ketikanya terpijak bangkai kucing. Walau sebusuk mana pun najis yang dipijak, ingatlah bahawa tayar itu akan dibasuh dan bersih semula.
>
>
>

Sunday, September 27, 2009

manusia itu lupa

Manusia dan Insan - kata akarnya diambil daripada perkataan yang arab - nuun siin yaa - yang bermaksud lupa. Semua manusia tak leh lari dari sikap pelupa ni. Namun setiap manusia memiliki tahap pelupaan yang berbeza - beza. Ada yang kuat ingatannya yakni payah nak lupa dan ada yang penyakit lupanya tahap kronik. Dan aku salah seorang pelupa yang tahapnya agak kronik.
>
>
Dalam tempoh dua bulan lebih aku balik ke kampung, dah tiga charger enset baru yang terpaksa aku beli. Aku satu satunya pengguna enset SE lam rumah jadi takde charger gantian untuk aku gunakan.

Pertama, sebab aku lupa nak bawak balik dari Mesir. Pengecas telefon mudah alih yang kedua, hilang masa aku gi Pangkor dan yang ketiga, tertinggal masa aku balik beraya kat kampung. Nasib baik la charger tu harganya tak mahal sangat. Rasanya akak yang jual charger pun dah kenal aku. Kerap sangat dekpong beli charger. Kau makan ke charger tu dik?
>
>
Aku jugak tidak lupa untuk lupa bawak balik kabel kamera, yang kini berada di Beit Al - A3laa, port lepakku sepanjang musim exam baru - baru ni. Sampaikan gambar penuh berlonggok dalam kad memori kamera. Mujurlah kapasiti memory card agak besar dan aku pun kurang mengambik gambar melainkan ada peristiwa yang menarik saja.
>
>
Ada satu kes yang berlaku tahun lepas, masa aku balik kampung. Mak dah suruh packing awal - awal barang untuk dibawak balik ke kampung. Tapi aku buat tak tau je. Packing diakhir waktu jugak. Masa tengah drive balik ke Kelantan, otakku menegur, baju raya tadi dah masukkan lam beg ke belum?
>
>
Tahun tu, aku terpaksa beraya dengan baju adik aku. Nasib bek saiz badan kami hampir sama, cuma dia rendah beberapa cm daripada aku. Tu la padahnya bila kita tak ikut cakap orang tua. Tahun ni, aku dah siap awal - awal. Beg aku cek skali lagi, pastikan semua barang penting dibawa pulang skali.
>
>
Terbaru, aku terlupa kat mana aku letakkan tiket kapal terbang untuk balik ber'raya' kat Mesir. Rasa macam letak lam beg, tapi bila aku cari, tak jumpa. Macam orang gila aku cari tiket tu. Sampai kawan ajak pergi beraya pun tak de mood. InsyaAllah, walaubagaimanapun, korang akan tetap jumpa aku kat Mesir insyaAllah isnin depan. Doakan aku, Kome, Hazu dan Fais selamat sampai.
>
>
>raya perubatan o8
>

Tuesday, September 15, 2009

baju dan bazar

Bazar Ramadhan - tempat yang sinonim dengan bulan puasa bagi masyarakat Melayu. Ada satu bazar tak jauh dari rumah aku. Kalau jalan kaki, ada la dalam 5 minit perjalanan. Sepanjang bulan puasa ni, aku hanya ke sana dalam 2 kali je.


Pertama, sebab mak aku suruh beli barang keperluan dapur. Dan kali kedua, aku volunteer ganti adik aku beli kuih. Bazar bukan isu utama yang aku nak ketengahkan dalam entri kali ni. Ia cuma latar tempat untuk satu peritiwa yang bakal menyusul.


Tugas aku mudah, hanya untuk mencari sejenis kuih. Lebih spesifik lagi, Murtabak. Kuih tipikal yang tak payah tunggu bulan puasa pun boleh dapat. Aku sebenarnya tak tau murtabak ni sejenis kuih atau roti. Jadi aku bubuh je mana family yang aku rasa berkenan di hati.


Dalam banyak - banyak gerai yang aku teroka, hanya ada satu je yang jual murtabak. Dalam usaha mencari, aku terjumpa seorang kawan - senior yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi. Aku yang mula - mula menegur beliau, sebab aku ni memang mudah cam muka manusia. Berubah la banyak mana pun - letak mekap, suntik bendaharamjadahtu, botakkan ramput, pakai gigi palsu, bedah plastik - aku tetap tahu itu kamu.


"Bakpe zuhud ngak ( kenapa zuhud sangat) ?" beliau menyoalku.

Rasa nak tergelak pun ada. Aku cuma segih. Aku tahu, aku cuma pakai seluar trek dan berbaju t-shirt merah yang dah lusuh. Tahap lap lantai je. Ditambah pulak ngan spek old skool yang bingkai tebal dan cuma berselipar Jepun. Rambut pulak semi botak. Aku rasa macam dah hensem dah masa keluar rumah tadi, tapi rupa - rupanya masih lagi buruk. Tak fashion conscious langsung.


Tu bukan kali pertama aku ditegur kerana etika pemakaian aku yang teruk. Pernah sekali mak menyaun (me-sound) aku , bandingkan aku ngan puteranya yang sorang lagi.

"Kalau yang ni (adik aku) baju mesti kemas, bergosok semua..tapi kalau yang sorang lagi (aku) tu pakai baju berkedut pun takpe,"


Hidup di Mesir membuatkan aku tak kisah apa pandangan orang terhadap aku. Suka ati la orang nak kata apa. Asalkan pakaian aku boleh dibuat solat dan menutup aurat. Aku bersyukur sebab aku ni lelaki - litupan aurat yang wajib dilindingi hanyalah separuh daripada aurat perempuan.


Kalaula aku pergi bazar bawak pahala 100, balik rumah boleh jadi tinggal 12.4 je. Kata sorang ustaz di surau tempat aku solat terawih, orang pompuan yang pakai baju adik pun puasa jugak. Bila dah nak dekat berbuka, mereka pun pegi bazar jugak. Dan orang - orang macam tu la yang berlambak kat sana. Tambah lagi, jalan kat bazar tu sempit, nak tak nak terpaksa la berasak - asak tak kira laki perempuan.


Kalau pakai tudung pun sekadar tutup rambut, cukupkan syarat. Tak menutup bahagian dada dan tengkuk. Tak tahukah mereka, mata lelaki lebih cepat merayap ke situ berbanding mahkota yang diorang cuba sembunyikan? Kalau tak tahu, ni aku bagitau. Pasni dah la, jangan buat lagi. Pedih mata melihat.


Moralnya kat sini, kurangkan aktiviti memborong di bazar. Jimatkan duit, untuk diberi kepada anak - anak buah masa raya nanti. Dan pakailah pakaian yang menutup aurat sebab orang pun naik menyampah tengok kita bajet lawa dengan pakai baju-seluar tak senonoh tu.

Tuesday, July 21, 2009

mesir hari hari

Dah lama aku tak menulis. Dah bersawang dah pun laman blog ni. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan dah keluar. Kepada yang dapat mumtaz, tahniah diucapkan. Makin ramai yang dapat mumtaz. Yang nak dekat mumtaz pun ramai. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Alhamdulillah, aku berjaya lulus dalam exam taun ni. Sekurang - kurangnya tiket Emirates tak perlu ditunda tarikh flightnya. InsyaAllah kalau takde aral melintang 29 atau 30 ni sampai la ke tanah air. Rasanya Physio hari tu, sepatutnya melayakkan aku untuk dur. Tapi berkat doa mak ayah, kawan - kawan dan diri sendiri, dengan ajaibnya aku lepas.

Hari hari kat Mesir masih macam biasa. Bila ada orang pindah rumah, kami pergi tolong. Bila ada orang nak gi bazar, kami tolong tempahkan. Bila ada orang anjurkan ceramah, kami pergi tadah telinga - dengar apa yang baik dan tinggal apa yang ditegah dan bila ada orang kawin, kami tolong meriahkan. Tahniah kepada senior - senior yang baru kawin. Semoga perkahwinan entum semua akan sentiasa berada di dalam rahmatNya. Amin.

Rakan- rakan yang dur, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. InsyaAllah kita semua akan dapat naik tahun sama - sama.

Sunday, June 21, 2009

penghujung peperiksaan

Alhamdulillah, tinggal satu lagi ujian oral yang terpaksa ditempuhi. Tiga ujian sebelum ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku stadi last minute. Pagi tadi baru habis baca CNS. Tu pun sebab aku ada skip beberapa tajuk besar.


Soalan ditanya berdasarkan kad soalan yang dipilih dan alhamdulillah, tiada satu kad pun yang aku pilih ada bab yang aku tak baca. Doktor yang menyoal pulak, alhamdulillah baik orangnya. Walaupun jawapan aku ada yang salah, tak pulak beliau menunjukkan sebarang reaksi yang tak menyenangkan. Yang penting jawab dengan yakin. Salah betul cerita nombor dua.


Ramai yang sudah bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman. Ada yang sedang packing dan ada yang awal - awal lagi dah siap semuanya. Hadiah dan barang yang keluarga serta kawan - kawan kirim suruh beli, semua disetelkan masa musim exam oral ni. Aku yang balik lewat ni hanya boleh mendoakan kawan - kawan yang balik awal. Semoga selamat sampai hendaknya.


Tahun ni ramai yang bercadang nak buat attachment. Nak merasa pengalaman kerja kat hospital. Ahli beit aku adalah antara salah seorang insan yang disebutkan di atas. Mulanya beliau kata tak nak balik, nak buat umrah masa cuti. Alih - alih dia yang tempah tiket paling awal. Tarikhnya hampir sebulan awal daripada aku. Bagi yang tak pulang ke kampung, bolehlah apply untuk buat attachment kat Hospital Kasr El Ainiy. Sekurang - kurangnya tak terlepas peluang untuk merasa pengalaman jadi doktor.


Sekarang ni jugak adalah musim perpindahan budak melayu. Bagi yang dah abis akad, terpaksa cari rumah baru. Ada yang bernasib baik dapat kekalkan akad untuk tempoh lagi setahun. Tapi kebiasanannya pengekalan akad akan disertai dengan kenaikan harga rumah. Jadi tak berbaloi untuk dikekalkan. Ikhwah - ikhwah yang selama ni berlatih angkat dumb bell dan siang malam bergayut kat hanging bar bolehlah menyalurkan kekuatan anda di tempat yang sepatutnya.


Peperiksaan terakhir adalah oral physiology. Subjek paling mencabar kalau nak dibandingkan dengan subjek subjek sebelumnya. Jadi selamat stadi. Semoga berkalan lancar semuanya insyaAllah.

Thursday, June 18, 2009

lagi 2..

Peperiksaan akhir tahun bagi pelajar 2nd year Univ Cairo hampir tiba ke penghujung. Ada lagi 2 exam oral yang ditempuhi sebelum cuti musim panas. Tapi skarang pun dah rasa macam cuti. Stadi pun last minute jugak. Oral je pon, kata sesetengah pelajar. Tak kira la oral ke, written ke ape ke, exam tetap exam. Semua penting. Di bawah ada sikit senario yang berlaku semasa fatrah imtihan. Ada yang betul - betul berlaku, dan ada yang lebong..sama - sama kita ambil iktibar..











.:: Kerneh = Kad Pelajar/ ID
..:: Fatrah = Musim/ masa
...:: Imtihan = Peperiksaan
....:: Lebong = Tipu/ tidak benar
.....::PESELAM = Persatuan Pelajar Study Last Minute



Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.