Sunday, September 27, 2009

manusia itu lupa

Manusia dan Insan - kata akarnya diambil daripada perkataan yang arab - nuun siin yaa - yang bermaksud lupa. Semua manusia tak leh lari dari sikap pelupa ni. Namun setiap manusia memiliki tahap pelupaan yang berbeza - beza. Ada yang kuat ingatannya yakni payah nak lupa dan ada yang penyakit lupanya tahap kronik. Dan aku salah seorang pelupa yang tahapnya agak kronik.
>
>
Dalam tempoh dua bulan lebih aku balik ke kampung, dah tiga charger enset baru yang terpaksa aku beli. Aku satu satunya pengguna enset SE lam rumah jadi takde charger gantian untuk aku gunakan.

Pertama, sebab aku lupa nak bawak balik dari Mesir. Pengecas telefon mudah alih yang kedua, hilang masa aku gi Pangkor dan yang ketiga, tertinggal masa aku balik beraya kat kampung. Nasib baik la charger tu harganya tak mahal sangat. Rasanya akak yang jual charger pun dah kenal aku. Kerap sangat dekpong beli charger. Kau makan ke charger tu dik?
>
>
Aku jugak tidak lupa untuk lupa bawak balik kabel kamera, yang kini berada di Beit Al - A3laa, port lepakku sepanjang musim exam baru - baru ni. Sampaikan gambar penuh berlonggok dalam kad memori kamera. Mujurlah kapasiti memory card agak besar dan aku pun kurang mengambik gambar melainkan ada peristiwa yang menarik saja.
>
>
Ada satu kes yang berlaku tahun lepas, masa aku balik kampung. Mak dah suruh packing awal - awal barang untuk dibawak balik ke kampung. Tapi aku buat tak tau je. Packing diakhir waktu jugak. Masa tengah drive balik ke Kelantan, otakku menegur, baju raya tadi dah masukkan lam beg ke belum?
>
>
Tahun tu, aku terpaksa beraya dengan baju adik aku. Nasib bek saiz badan kami hampir sama, cuma dia rendah beberapa cm daripada aku. Tu la padahnya bila kita tak ikut cakap orang tua. Tahun ni, aku dah siap awal - awal. Beg aku cek skali lagi, pastikan semua barang penting dibawa pulang skali.
>
>
Terbaru, aku terlupa kat mana aku letakkan tiket kapal terbang untuk balik ber'raya' kat Mesir. Rasa macam letak lam beg, tapi bila aku cari, tak jumpa. Macam orang gila aku cari tiket tu. Sampai kawan ajak pergi beraya pun tak de mood. InsyaAllah, walaubagaimanapun, korang akan tetap jumpa aku kat Mesir insyaAllah isnin depan. Doakan aku, Kome, Hazu dan Fais selamat sampai.
>
>
>raya perubatan o8
>

5 comments:

mohd hazwan bin mohd salleh said...

hoho..
bila mula sekola..dia pun mulalah.(ikot iklan maggi).malas balek skola ke..

xpa2..mudah2an ko ngn kwn2 ko tu selamat smpai.

Kyu said...

KRONIK!

Ni bkn alasan xmo blk mesir op?

musegalo said...

hazu:
insyaAllah slamat sampai semuanya..
book tremko cepat2, sampai2 je dah ade kenderaan nak balik..
haha

kyuu:
bukan..rilek je..aku kan sempoi jah..mende2 gini jadi lumrah idop la..

ehem..ni bukan alasan x mboh balik la...
memang ilang sungguh..

farhana roslee said...

alasan xboh balik mesir.

giler parok tahap pelupe mung
sapa 3 kali tukor charger.
kaloh toki aku.

musegalo said...

papoki:
bukan alasan la..
buleh dh salinan tiket tu..

aku ni jenis dok kesoh ngat ngan barang2 aku, jadi kalu ilang pun aku wak derk je..
sbb tu mudoh ilang..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.