Wednesday, November 25, 2009

annual mushkilah II

Hari yang penat lagi melucukan. Pukul 2.28 petang tadi secara rasminya berakhirlah kelas Patho pada minggu sebelum cuti raya korban ni.
>
>
Pagi tadi, aku pegi mugamma' untuk wat extension visa. Maklumla, tempoh mastautin dah nak abeh -- 30 hb 11. Hampir semua dak batch medicairo 07 dah membebel pasal masalah visa. Dan aku salah sorang manusia yang nak membuka lembaran cerita lapuk yang diharapkan dapat menjadi pengajaran bagi insan - insan bertuah yang belum pegi mugamma' lagi.
>
>
Siap beli setem dan tampal serta isi borang, aku ke kaunter untuk proses visa. Rasa tak sedap hati, jantung berdebar walaupun aku tak minum kopi ataupun berlari lari masa nak antar borang tu. Mak cik kaunter mintak borang, aku bagi. Borang permohonan, salinan visa, dan akhir skali syahadah. Dia pegang kertas syahadah, dan bincang ngan kawan sebelah pasal perkataan yang tertulis kat bahagian atas belah kiri syahadah aku. Biduuni surah, yang bermaksud tanpa gambar. Disertakan cop skali.
>
>
Mak cik tu pun dengan selambanya komen, "Ni tak bleh ni, kena ada gambar jugak." Dalam bahasa arab la, aku terjemah lebih kurang je. Dah agak dah. Mesti ade masalah. Baru nak komen, mak cik tu buat buat tak dengar. Jadi dengan hati riang berbunga bunga, aku blah. Padahal sebelum ni orang lain wat ok je. Takpe la, sistem baru kot.
>
>
Maka berjogging kesenyuman la aku balik ke universiti. Asalnya nak tahan bas, tapi bila aku brenti jogging, rupanya dah nak sampai kat u dah. Bagus jugak wat visa ni, bersenam secara tak sengaja. Indah sungguh hari ni!
>
>
Dipendekkan cerita, aku pun pergi la skali lagi. Bagi salam dulu, senyum2 kambing sekor dua sebelum serahkan borang extension visa. Alhamdulillah, lulus. Dia pesan kat aku suh bagitau budak2 lain yang blom buat, supaya kat syahadah tu letak gambar jugak. Dari nada suara dan riak rupanya, nampak macam orang bersalah. Tapi mungkin tu cuma perasaan aku je.
>
>
Pengajarannya, bila nak wat visa pasni, sila pastikan ada gambar skali. Biduuni surah, maka bukrah la jawabnya. Tapi kalau korang pandai ejas lain cerita. Hulur duit (rasuah hukumnya haram) ke, tikam lidah ke jampi (sihir pun haram) ke ape ke. Kedua, Sabar. Tak dipanggil Mesir la bumi ni kalau hidup kita kat sini tak disertakan dengan musibah, yang seterusnya mengajar kita supaya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah.
>
>
" Kullu sanah wa entu tayyibin, " aku ucap sebelum balik. Semoga makcik mugamma' gembira selalu. Amin.
>
>
Selamat Hari Raya EidulAdha!


mugamma' - pejabat imigresen
bukrah - besok
syahadah - surat pengesahan (lbeh kurang la)

3 comments:

Kyu said...

Oooo make visa tu ialah iqomah?

musegalo said...

ye kot..

farhana roslee said...

byk istilah arab aku blajo kali ni.
bagos2

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.