Wednesday, December 2, 2009

cuti aidiladha

Cuti selama seminggu tak memberi aku tiket untuk bercuti sepuas - puasnya. Ikuti karangan panjang lagi membosankan di bawah. Kalau malas sangat, skip je ke perenggan akhir.
>
?
Kisah 1
>
Aku diberi tugas mudah oleh sorang kawan. Disebabkan sikap aku yang suka bertangguh, tutorial photoshop yang sepatutnya aku hadiri terpaksa aku tinggalkan. Rasa rugi yang teramat sangat. Padahal sebelum ni aku la manusia yang bersungguh sungguh promote suruh orang pegi.
>
>
Keje tu pulak, walaupun siap tapi tetap tak sempurna. Aku tak puas hati dengan mutu hasilnya. Penat aku buat dari malam semalam sampai la asar hari ni, tapi hasil macam orang buat keje separuh jalan.
>
>
Rasa marah, bengang dan bangang dengan diri sendiri. Ditambah pulak dengan setan yang tak abeh2 mencurahkan petrol nafsu amarah kat hati aku yang tengah membakar. Laptop pulak masalah. Lembabnya, MasyaAllah - membuatkan aku rasa nak hempuk je skrin tu. Tapi apakan daya, laptop orang.
>
>
Kisah 2
>
Abeh keje, aku berjalan pulang ke rumah. Teringat pulak hari ni aku masak. Abeh satu keje, ade pulak keje lain. Microb belum stadi lagi. Exam dah dekat. Cuti dah nak abeh. Bertambah darab la masalah aku.
>
>
"Siini...Siiini!" Kata sorang budak arab yang lalu tepi aku. Siini - maksudnya orang cina. Tu la panggilan arab yang tak tau beza Melayu ngan Cina kepada kami budak Melayu kat sini. Rasa macam nak terajang je budak tu. Padahal tak de ape2 pun dengan panggilan tu. Tapi tensen yang meluap2 membuatkan semua benda betul depan mata aku jadi salah.
>
>
Tapi bahagianya rasa jadi budak tu. Tak perlu pikir banyak masalah macam aku. Tu baru sikit masalah. Jadi doktor pasni lagi la teruk. Keje 27 jam - bukan stakat masalah kita, masalah patient skali kita kena pikirkan.
>
>
Kisah 3
>
Disebabkan takde duit, terpaksa la aku belanja kawan - kawan makan telur. Bukan pokai sebenarnya, cuma duit Dollar blom ditukar kepada matawang yang sepatutnya. Baru nak masak, Imdad telepon.
>
>
"weh Ihsan! pasni ajak budak2 rumah ko datang rumah aku, ada makan2 skit," lebih kurang macam tu la pesan beliau. Alhamdulillah, satu masalah selesai. Rasa semangat skit nak teruskan idup. Pastu pulak, aku pegi kedai kayu untuk potong papan alas katil. Papan alas sengaja dibiarkan panjang sedikit daripada lebar katil, jadi terpaksa la pembeli potong sendiri papan tu. Bijak kan?
>
>
Pak arab tu mintak aku tunggu kejap, sebab urusan potong memotong kayu ni sekejap je prosesnya. Dia ajak aku berbual, dan aku pun layan la. Dari sebesar besar isu kepada seremeh remeh perkara. Selang 10 minit, kayu pun siap dipotong. Aku tanya berapa genih, dia geleng kepala. Aku tanya lagi, dia geleng jugak. Paham la aku, bahawa tak de caj dikenakan. Dengan kata lainnya, free. Alhamdulillah, masalah kedua selesai. Cuma pesan pak cik tu, bagi la salam lain kali kalau lalu depan kedai dia.
>
>
kesimpulan
>
Setiap masalah dan ujian yang Allah berikan, mesti akan disusuli dengan kesenangan. Dan ingatlah bahawa Allah tak akan membebankan hambaNya. Kalau rasa masalah kita tu berat, maka ketahuilah masalah tu tak sampai 1% pun keberatan masalah para Anbiya. Dan ingatlah jugak walau betapa berat pun masalah yang kita hadapi, akhirnya akan berakhir jugak. Maka senyum senyum la selalu, dan selamat menyelesaikan masalah!
>
>
>

7 comments:

Kyu Jyushiro said...

Hari tu aku ade blajo, ade hadis kate jgn kutuk syaitan. Sbb kalo dikutuk die akan jadi sebesor rumah. Maka lbh berbahagialah beliau.

Kalo tau doh xpe ah.

mohd hazwan salleh said...

hidup akan sentiasa dihiasi dgn masalah dan dugaan.

yg pastinya semua ni ujian dari Allah kan..

so,be strong.dan..hadapi dgn senyuman~

peace!

c's said...

bes!

papoki said...

hm betol

ihsan said...

kyuu:
o, aku baru tahu..
len kali aku x kutuk doh..

hazu:
yeah, peace!

c's:
biasa je!

papoki:
betul3

nabil said...

ihsan baik ko ckp..btol ke ko hmpok komputr aku??
patutlh smkin lmbab...
ko mesti brtanggungjawab..

ihsan said...

sori bang bil...mgkin sbab file tu, fle lama, sbb tu jadi lambat laptop tu..

aku x hempuk lagi la...
laptop hang baru lagi, x brani aku nak jentik..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.