Showing posts with label modal update. Show all posts
Showing posts with label modal update. Show all posts

Monday, February 15, 2010

cuti datang lagi 2

Cuti ada lagi 5 hari, dan minggu yang paling sibuk adalah minggu ni. Lusa seminar. Lepas seminar ada kelas. Bahan untuk kelas tu blom siap agi. Bagus la tu, buat kerja las minit. Pasni kelam kabut baru padan muka.
>
>

.....Oke...disebabkan dah lama aku tak menaip, jadi bila nak buat entri baru ni rasa kekok plak. Apa tujuannya aku berbelog? Kata ustaz Gi, kalau enta buat komik (dalam erti kata lainnya blogging) tu, biarlah ada manfaatnya kepada pembaca. Kalau aku cerita pasal diri sendiri, memang takde manfaat la kepada anda semua, kerana hidup saya penuh dengan peristiwa-peristiwa bosan yang mungkin anda semua pun lalui tiap2 hari.
>
>

"Dia umpama, tongkat si buta, bila tiada satu kehilangan..."

Lebih kurang macam tu la lirik lagu yang aku dengar tadi. Terngiang2 sampai skarang. Rasa tak senang dan gundah gulana bila terngiangkan lirik lagu tu. Tak tahu kenapa. Anyway, mabruk kepada akhi Isa dan ustaz Muhammad. Semoga berbahagia selalu.
>
>
>
Tau tak lirik penuh lagu kat atas?
>
>
>
Bila bercerita tentang kawin ni, mesti ramai yang terasa terutamanya kaum hawa yang belum kawin. Ada yang rasa lega, dan ada yang rasa tak lega. Yang tak rasa apa-apa pun ada jugak. Seorang sahabat aku pernah mengemukakan satu fakta, kenapa ikhwah Gen 07 tak selaku ikhwah Gen 06; sebabnya adalah budak2 ikhwah batch ni adalah budak2. Tak matang maksud aku. Jadi, sama-samalah kita mematangkan diri untuk kesejahteraan kita semua.
>
>
Yang tengah membaca mungkin akan terpikir; entri publisiti lagi. Saje je mamat ni. Ini bukan entri publisiti, tapi entri desperet nak update. Ada perbezaannya di situ. Oke la tu, daripada entri galakkan manusia berkapel.
>
>
Ini adalah satu entri tak bermanfaat. Minta maaf kerana bazirkan masa anda semua. Nikmati musim sejuk yang nampaknya semakin panas!
>
>

Wednesday, November 25, 2009

annual mushkilah II

Hari yang penat lagi melucukan. Pukul 2.28 petang tadi secara rasminya berakhirlah kelas Patho pada minggu sebelum cuti raya korban ni.
>
>
Pagi tadi, aku pegi mugamma' untuk wat extension visa. Maklumla, tempoh mastautin dah nak abeh -- 30 hb 11. Hampir semua dak batch medicairo 07 dah membebel pasal masalah visa. Dan aku salah sorang manusia yang nak membuka lembaran cerita lapuk yang diharapkan dapat menjadi pengajaran bagi insan - insan bertuah yang belum pegi mugamma' lagi.
>
>
Siap beli setem dan tampal serta isi borang, aku ke kaunter untuk proses visa. Rasa tak sedap hati, jantung berdebar walaupun aku tak minum kopi ataupun berlari lari masa nak antar borang tu. Mak cik kaunter mintak borang, aku bagi. Borang permohonan, salinan visa, dan akhir skali syahadah. Dia pegang kertas syahadah, dan bincang ngan kawan sebelah pasal perkataan yang tertulis kat bahagian atas belah kiri syahadah aku. Biduuni surah, yang bermaksud tanpa gambar. Disertakan cop skali.
>
>
Mak cik tu pun dengan selambanya komen, "Ni tak bleh ni, kena ada gambar jugak." Dalam bahasa arab la, aku terjemah lebih kurang je. Dah agak dah. Mesti ade masalah. Baru nak komen, mak cik tu buat buat tak dengar. Jadi dengan hati riang berbunga bunga, aku blah. Padahal sebelum ni orang lain wat ok je. Takpe la, sistem baru kot.
>
>
Maka berjogging kesenyuman la aku balik ke universiti. Asalnya nak tahan bas, tapi bila aku brenti jogging, rupanya dah nak sampai kat u dah. Bagus jugak wat visa ni, bersenam secara tak sengaja. Indah sungguh hari ni!
>
>
Dipendekkan cerita, aku pun pergi la skali lagi. Bagi salam dulu, senyum2 kambing sekor dua sebelum serahkan borang extension visa. Alhamdulillah, lulus. Dia pesan kat aku suh bagitau budak2 lain yang blom buat, supaya kat syahadah tu letak gambar jugak. Dari nada suara dan riak rupanya, nampak macam orang bersalah. Tapi mungkin tu cuma perasaan aku je.
>
>
Pengajarannya, bila nak wat visa pasni, sila pastikan ada gambar skali. Biduuni surah, maka bukrah la jawabnya. Tapi kalau korang pandai ejas lain cerita. Hulur duit (rasuah hukumnya haram) ke, tikam lidah ke jampi (sihir pun haram) ke ape ke. Kedua, Sabar. Tak dipanggil Mesir la bumi ni kalau hidup kita kat sini tak disertakan dengan musibah, yang seterusnya mengajar kita supaya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah.
>
>
" Kullu sanah wa entu tayyibin, " aku ucap sebelum balik. Semoga makcik mugamma' gembira selalu. Amin.
>
>
Selamat Hari Raya EidulAdha!


mugamma' - pejabat imigresen
bukrah - besok
syahadah - surat pengesahan (lbeh kurang la)

Saturday, November 14, 2009

muka

Tidur merupakan satu lumrah hidup manusia. Caranya mudah, cuma penatkan tubuh dan kemudiannya berbaring. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran. Tak perlu diajar pun sebenarnya, kerana ia ada adalah satu fitrah hidup manusia.

Intro yang agak skema. Kawan aku selalu tegur, bilamana kuliah kami dah abeh. " Tidur lagi.." caci mereka. . Maklumla, mata lebam macam orang baru bangkit dari tidur. Pahadal, sebelum kelas tu berakhir aku jaga je, khusyuk (kot) dengar ape yang lecturer ajar. SEBELUM kelas tu berakhir - Maksudnya, kuliah (bagi aku) terbahagi kepada dua. Separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Aku cuma terlelap masa separuh masa pertama, dan kembali segar tika separuh masa kedua. Ok, tidur la jugak, tapi tak de la sepanjang kuliah tu aku tidur ja. Ade jugak waktu jaganya. Cuma orang tak perasan. Bila diorang terpandang aku, kebetulan masa tu aku berada lam phase lelap.

Cerita ni berlaku masa aku tingkatan 5. Mungkin cikgu-cikgu lain pun perasan, tapi saje je wat tak tau. Penyakit tidur lam kelas kan pandemic kat SBP. Lumrah alam orang kata. Masa kelas X, cikgu Y menegur aku, sebab katanya aku tidur. Malu la jugak bila kena sound depan2. Aku ni kan penyegan orangnya. Padahal aku tak buat pun kerja terkutuk tu bila beliau mengajar kat depan. Mungkin sebab muka aku ni macam orang baru bangun tidur. Mata lebam dan sepet. oh, sepet tu orang lain. Bukan aku. Tapi dia.

Entri ni bukan pasal tidur, walaupun aku ade sebut banyak pasal tidur. Cerita sebenarnya adalah pasal muka. Wajah kata orang Arab. Face, kata orang puteh. Muko, kata orang Kelantan. Manusia bila jumpa manusia lain, anggota badan pertama yang dilihat tak lain tak bukan adalah muka. Dan dari muka saja kita sebenarnya mampu mengetahui fizikal dan batin seseorang. Ilmu i3rab kata orang sini. Aku tak nak cakap panjang pasal ilmu i3rab ni, sebab aku pun bukan tau sangat. Tapi biasanya ilmu ni digunakan oleh lelaki ke atas wanita atau sebaliknya. Bukan sihir atau santau maupun jampi, tapi cumalah ilmu mencari inferens berdasarkan pemerhatian. Kalau keningnya begini, maka rambutnya begitu. Kalau janggutnya begitu maka keningnya begini. Begitu la lebih kurang.

Aku ada seorang kawan. Nak kata sangat hensem, Tak la sangat tapi ok la. Tapi keseluruhan rupanya adalah begis. Pemarah. Macam samseng. Kami Berkenalan masa duk iNTEC. Tapi rapat masa taun 2. Pembinaan ukhwah yang mengambil masa yang agak lama. Di iNTEC, beliau serumah ngan Ustak Wea. Jadi disebabkan aku ni ade inferiority complex, maka agak susah untuk aku berkawan dengan orang lain. Maka Ustak Wea la orang yang aku cari bila aku yak de keje. Bila dia (si muka bengis@ F) ada kat rumah, aku jadi segan. Tak berani walaupun nak duduk walau satu sofa ngan beliau. Mana tau silap hari bulan dia belasah aku.

Tapi bila dah lama kenal, dia ni agak lucu orangnya. Selalu buat lawak walaupun akhirnya dia yang gelak sorang sorang. Baik dan prihatin serta berbudi bahasa. Jadi, jangan kata seseorang tu sombong, sebelum kita kenal dulu peribadinya macam mana. Kalau kita nak kata dia jahat, biarla kita taaruf dulu, sembang sembang untuk tahu macam mana dia sebenarnya. Jangan mudah untuk buat kesimpulan awal macam aku.

Entri yang panjang lagi bosan. Balas dendam sebab lama tak update. Sekian.

Wednesday, September 30, 2009

chapter 3

Esok aku dan family akan bertolak ke Kuala Lumpur, memandangkan 3 haribulan Oktober ni aku akan meninggalkan bumi Malaysia. Alhamdulillah, masalah tiket dah selesai. Senang je rupenye. Ini adalah satu pengajaran buat aku supaya lain kali berhati hati bila simpan barang. Kalau dah tau diri tu pelupa tahap tok ki, rajin - rajin kan diri wat catatan.
>
>
Minggu depan bermula la sesi pembelajaran tahun 3 aku di alam medic ni. Orang kata susah. Tapi biasala, tak de benda senang lam dunia ni. Nak bernafas pun, ada banyak pathways dan organ serta muscle yang terlibat. Bukan sesenang 'tarik napas, hemboosss' macam Cikgu PJK ajar aku zaman budak skolah rendah dulu.

Jadi, doakan aku serta rakan - rakan agar terus berjaya dalam dunia medic ni, dan juga berjaya di akhirat sana. Amin
>
>
Gambar tika pertama kali datang ke Mesir. Dah lama sekkung lam laptop.
>
>
>

KLiA 31 ogos '07
dari kiri - Pok Su, Angah, Mak dan abang Juwe.
depan - Ammar

>
>

acu cuba test try cari Payid
flight charter.
Dah tak de dah skang sebab wat rugi je charter flight ni
.
>
>

layan diri
cuba cari Tong, Imdad, Hazu ngan Duane
>

>
1st time gi Cairo Univ
jaulah ni disertai skali sahabat kite yang skang ni duk Alex.
>
>

Fustat terchenta
banyak kenangan duk sini.
Sheikh Redha! lama tak jumpa enta!

>
>

Hidup ni macam tayar beskal. Ada kalanya terpijak taik ayam, dan ada ketikanya terpijak bangkai kucing. Walau sebusuk mana pun najis yang dipijak, ingatlah bahawa tayar itu akan dibasuh dan bersih semula.
>
>
>

Friday, July 31, 2009

red sea

Alhamdulillah, the journey home ran smoothly. Although we were stuck for 10 hours in Dubai, the joy when stepping the feet on this land wiped the tension out. 2 months worth of holidays. Many things needed to be done. Starts with re-learning how to hold the steering right, to doing chores that a son should do. Hopefully i can be of use bukannya wat prabis beras je..

>
>


>
>
bags
>
>
it keeps coming
> >
red sea, although the colour is as blue as sea
>
>shines like diamond
> >

>
i'm going to miss Egypt.

Tuesday, July 21, 2009

mesir hari hari

Dah lama aku tak menulis. Dah bersawang dah pun laman blog ni. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan dah keluar. Kepada yang dapat mumtaz, tahniah diucapkan. Makin ramai yang dapat mumtaz. Yang nak dekat mumtaz pun ramai. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Alhamdulillah, aku berjaya lulus dalam exam taun ni. Sekurang - kurangnya tiket Emirates tak perlu ditunda tarikh flightnya. InsyaAllah kalau takde aral melintang 29 atau 30 ni sampai la ke tanah air. Rasanya Physio hari tu, sepatutnya melayakkan aku untuk dur. Tapi berkat doa mak ayah, kawan - kawan dan diri sendiri, dengan ajaibnya aku lepas.

Hari hari kat Mesir masih macam biasa. Bila ada orang pindah rumah, kami pergi tolong. Bila ada orang nak gi bazar, kami tolong tempahkan. Bila ada orang anjurkan ceramah, kami pergi tadah telinga - dengar apa yang baik dan tinggal apa yang ditegah dan bila ada orang kawin, kami tolong meriahkan. Tahniah kepada senior - senior yang baru kawin. Semoga perkahwinan entum semua akan sentiasa berada di dalam rahmatNya. Amin.

Rakan- rakan yang dur, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. InsyaAllah kita semua akan dapat naik tahun sama - sama.

Sunday, June 14, 2009

teka teki

Ada satu teka teki, yang diteka tekikan oleh sorang penteka teki yang aku hormati, ustaz Sabri semasa aku masih belajar di sekolah rendah. Teka tekinya berbunyi begini ; Apakah benda paling mahal dalam dunia ni?



Aku tak ingat berapa ramai yang jawab, tapi semuanya salah. Jawapannya bukan kereta Ferrari, bukan intan berlian, bukan kapal selam maupun Menara Berkembar Petronas. Jawab ustaz Sabri, benda paling mahal adalah air mata lelaki. Kenapa? masa tu ustaz bagi satu je contoh ; Bilamana ada ahli keluarga menyahut panggilan Ilahi, lelaki hanya akan diam. Kalau menangis pun tak de la sampai meraung raung. Menangis dalam diam. Kesat mata bila ada setitik dua yang keluar.


both sexes cry roughly the same amount during childhood, men cry less often than women and are less likely to have flowing tears when they do.

- wikipedia -



Kalau baca blog, memang kita dapat lihat, perempuan mudah menangis. Hati mereka mudah tersentuh walaupun dalam hal - hal yang bagi lelaki tak begitu besar. Contohnya, bila kena marah dek lecturer. Kita biasa dengar, perempuan ada 1 logik dan 9 emosi. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai 9 logik dan 1 emosi.

Jadi kalau seorang perempuan yang baharu saja kematian kucing ditanya kenapa mereka menangis, mereka akan jawab

"Lepas ni, aku dah tak boleh dengar lagi dah suara manja Si Toman, dah tak boleh main dengan dia lagi.."


Kalau ditanya lelaki yang berada disituasi yang sama, ditanyakan soalan yang juga sama, kenapa mereka tidak menangis, mereka akan jawab,

"Aku sedih la jugak si Toman tu mati, tapi kalau nangis pun, bukan boleh hidup balik pun kucing tu.."



Logik mengatasi emosi



Tapi itulah keistimewaan kaum Hawa, yang Allah kurniakan kepada mereka. Satu kelebihan sebenarnya, berbanding kaum Adam. Walau sekuat mana pun lelaki, takkan tahan melihat seorang perempuan menangis, lebih - lebih lagi kalau menangisnya perempuan itu kerana salahnya.



Masa yang sesuai untuk menangis adalah semasa kita berdoa. Kata Ustazah Nik, kalau nak doa kita dimakbulkan, berdoalah seperti kita sesat di tengah - tengah laut, memohon doa untuk diselamatkan. InsyaAllah masa tu doa kita akan dimakbulkan.



Tapi lelaki paling mudah menangis ketika mereka gembira. Contohnya masa Barcelona menang melawan Man U hari tu. Ramai peminat susah mati Barcelona menangis sebab team favourite mereka menang.



Al Fatihah buat saudara Ammar bin Zulkifli, yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Doakan beliau sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya.
Al - Fatihah..



Monday, June 1, 2009

exam

Hidup kita ni tak bleh lari daripada ujian. Mana - mana pun ada ujian. Dari skolah rendah sampai la masuk universiti. Hatta nak bawak keter pun kena lulus ujian JPJ dulu. Ujian atau exam boleh bertukar menjadi stress walaupun tujuan asalnya adalah untuk mengajar manusia menempuh dugaan dalam hidup. Macam mana kita uruskan stress ketika exam tu, terpulang pada diri masing masing.
>
>
mengempes di petang hari.

>
Bilamana dilanda stress, ada yang suka main game, ada yang gemar mendengar muzik dan ada yang suka memasak. Menurut Tibbians edisi keempat mukasurat ke 15, dalam ruangan Kata Mereka, didapati ramai pelajar mesir lebih suka menelefon keluarga semasa stress. Kredit kepada wartawan bertugas, Tong dan pemilik FTI. Terpulang pada diri masing- masing. Yang release tension dengan melalak dalam bilik air pun ada. Suka hati la, asalkan tak menyusahkan orang.
>

jogging la bila ada masa + rajin
>

Paling penting, kalau stress tu tak hilang - hilang jugak, mengadulah pada Dia, yang Maha Mengetahui segala rahasia mengenai stress ni dan cara menguruskannya dengan betul. Sepatutnya inilah perkara yang paling awal yang kita lakukan bila tertekan dengan peperiksaan. Banyakkkan berdoa dan doa dan doa lagi, kerana doa itu senjata kita.
>

nak makan pun bawak buku jugak..

>
>
Alhamdulillah, 3 paper written dah selesai. Ahad ni Anatomy, subjek 'peberet' aku. Doakan aku dan rakan2 cemerlang selalu hendaknya..Amin

Saturday, April 18, 2009

pengalaman

Post kali ni tiada kaitan dengan peperiksaan. Cuma nak bagitau satu cerita yang berlaku tahun lepas, semasa aku balik bercuti di kampung.
>
>
Semasa di surau kat kampung, ada la skali sorang pak cik ni tanya aku satu soalan yang aku kalau boleh tak nak jawab. Mungkin sebab tak pernah nampak aku hadir jemaah sebelum ni, jadi dia mungkin saspek aku ni jarang ada kat kampung. Lagipun tak ramai remaja zaman sekarang datang solat jemaah kat surau. Kebanyakannya golongan emas dan kaum bapa.
>
>
Masa tu aku tengah wudhuk. Lebih kurang macam ni la dialognya.
>
>
" Blajo mane? " Dia memulakan perbualan. Aku sengih sengih je.
" Mesir, " Aku jawab perlahan. Macam kentut dalam selimut.
" Ambik nape? Syariah ke? " Aku geleng kepala tanda salah. Masih lagi tersengih. Dia soal lagi.
" Tib? " Rupanya pak cik ni bukan uncle yang biasa, tau jugak istilah - istilah arab ni. Aku angguk perlahan.
>
>

Aku tak tau sampai mana kami berbual. Selesai wudhuk, aku masuk. Selepas muazzin iqamah, semua jemaah berdiri untuk bersolat. Salah seorang pak cik suruh uncle tadi yang berbual ngan aku jadi imam.
>
>
Imam. Rupanya dia imam. Kebetulan masa tu aku berdiri sebelah dia, terus je letak tangan kanannya kat belakang aku. "Ni ada budak Mesir ni," katanya.
>
>

Berderu darah naik kepala aku. Aku bukan tak leh jadi imam, tapi rasanya ada orang yang lebih layak untuk berdiri di depan, mengepalai jemaah. Alhamdulillah, rasanya macam tak de orang dengar. Hari tu orang lain yang jadi imam, dan bukan uncle tadi.
>
>

Moral ceritanya, kita duk sini mestilah lengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya. Selain ilmu perubatan, kalau boleh dada kita ni isilah sedikit sebanyak dengan ilmu lain yang sewaktu dengannya. Ilmu agama maksud aku.
>
>
Sekurang - kurangnya kita tak la cuak sangat kalau ade orang suruh jadi imam semayang raya ke, baca khutbah ke, baca doa qunut ke, tahlil arwah ke, ape ke. Kalau tak leh nak hadiri kelas - kelas mingguan, isilah waktu terluang tu dengan mendengar ceramah, yang berlambak kat internet ni. Tak pun tengok balik video yang di' upload' masa ceramah Ustaz Fawwaz dan Ustaz Kadir.
>
>

Saje je, aku nak nasihat diri sendiri. Sama - sama kita ambik iktibar.
>
>
>
>
di mejid kristal. Kalau perasan ada budak kelantan tu, maknanya diorang datang sebab nak tengok abang Kadir kawin.

Thursday, April 16, 2009

exam

Exam histologi hari Sabtu ni. Pukul 10 pagi. Peperiksaan tahun 2 akan berlanjutan selama 2 bulan lebih, dan bulan ni je ada 3 praktikal - Biokem, Histo dan Physio.
>
>
Alhamdulillah, sejak akhir - akhir ni baru aku stat minat kat Anat, subjek kritikal yang paling susah ntuk aku kuasai. Mungkin sebab Anatomy adalah subjek yang 100% hafal, jadi aku tak tekankan sangat. Histo pun macam tu jugak. Bila doktor bagi lec, mata jadi lebih berat daripada batu bata.Tapi baru tadi doktor Mottasem bagitau, anat bukan sekadar hafalan semata mata. Kena pikir jugak. Contoh : daripada 3 artery yang supply rectum, apsal superior rectal je yang masuk portal circulation? Korang smua kompem buleh jawabnye..
>
>
Tahun ni, semangat nak balik agak kurang. Kalau tahun lepas, aku stadi bagai nak pecah ubun - ubun kepala sebab tak nak repeat. Dalam hidup aku, itula kali pertama aku rasa stress yang paling amat. Alhamdulillah, taun lepas aku lulus dengan jayanya.
>
>
Disebabkan semangat nak balik dah kurang, stadi pun ala kadar je. Jadi aku mintak jasa balik pembaca pembaca sekalian agar mendoakan aku agar aku rajin stadi. Amin.

Sunday, April 12, 2009

kome akhirnya...

Hari ini hari terakhir perlawanan bola Liga PERUBATAN Kaherah. Tak bagitau pun rasanya semua dah boleh agak. Lanun menjadi juara. Kome FC petang tadi menentang pasukan El Ain bagi merebut tempat kedua. Kesudahannya 1 - 0, Kome FC kalah tipis. Naqi, sememangnya hebat sebagai penjaga gol. Tabik Naqi. Liga kali ini, Kome FC berjaya mendapat tempat ketiga. Korang aku tengok memang hebat. Tempat ketiga tu ok la, team basketball hari tu pun dapat tempat kedua je.
>
>
>

Piala rebutan setiap pemain bola Liga PERUBATAN Kaherah
>
>
>
pertahanan utama Kome FC ; adik beradik Dabel A - Apis dan Amir
>
>
>
penyokong seberang sana
>
>
>
penyokong seberang sini
>
>
>
sampe ke petang..
>
>
>
kone kick
>
>
>
Baem rela tubuhnya diredas, menjadi benteng.
>
>
>
Puden di luar padang. Masuk main jugak las skali.
>
>
>
Alfa dan Meng
>
>
>
Capek jugek main bole ni
>
>
>
Salmantap!
>
>
>
kejo paih kejo!
>
>
>
Lanun FC - Juara Liga PERUBATAN Kaherah


>

Monday, April 6, 2009

sehat itu nikmat

Rasanya ramai dah baca kartun ni. Kalau tak baca pun, ternampak. Kesihatan tu penting, bak kata doktor Hassan; when we were young, we're healthy but we didn't have much money. But when we're getting older, we got money but we need to buy health. Sama - sama kita ambik iktibar.
>
>




>
>
moral : bersenamlah di mana jua anda berada..

Thursday, March 5, 2009

mengenai khairul farhan

1.where you and i met?
hmm....kat cairo university la..mana lagi

2.how long have you known me??
baru staun lebih kot

3.the last time we saw each other??
pagi tadi..naik muak aku tengok muka ko hari hari..hahaha gurau je paan..

4.you're 1st impression on me upon meeting/seeing me??
cam gangster je brader nih..takut nak tegur aku memang takut nak tegur sape2 pun

5.am i funny??
depends on your joke

6.whats my favorite music??
aku rasa lagu jiwang..betul tak?

7.choose 5 words to describe me the most
berani, berterus terang, mudah mesra, pandai bergaul, basketballer maniac. Al faiz tulis ko desperate..betul ke? skali lagi, gurauan semata mata

8.have you hugged me??
aku lebih rela peluk tiang..kang ape kate orang kalo tengok kita berpeluk..hmphnt!

9.if there was one good nicname for me,what it would be?
Pa' ang

10.tell me 1 of my weaknesses??
terlalu mempercayai orang kot

11.where do you think i will be in 25 years?
kat taman jalan - jalan ngan ______ sambil dukung anak. Isi tempat kosong dengan insan yang anda fikir sesuai.

12.what is the most memorable event that spent with me,you can never forget??
hmm...tak de agi kot, walaupun medad slalu je kata "Let's make our unforgettable memory together!" - Masa tu ko ada skali kan?

13.will you re-post this so i can fill this out for you??
kalo ko buat, jangan kutuk aku lbey2 ok? hahaha

14.people i tag tag tag
tag 1 : hazu
tag 2 : song phil (walaupun ko tak suka buat tag)
tag 3 : fais

skali lagi, tag ni optional...jadi sape sape nak buat, maka buat la...tak nak buat pun takpe..aku tak kesah.

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.