Sunday, June 14, 2009

teka teki

Ada satu teka teki, yang diteka tekikan oleh sorang penteka teki yang aku hormati, ustaz Sabri semasa aku masih belajar di sekolah rendah. Teka tekinya berbunyi begini ; Apakah benda paling mahal dalam dunia ni?



Aku tak ingat berapa ramai yang jawab, tapi semuanya salah. Jawapannya bukan kereta Ferrari, bukan intan berlian, bukan kapal selam maupun Menara Berkembar Petronas. Jawab ustaz Sabri, benda paling mahal adalah air mata lelaki. Kenapa? masa tu ustaz bagi satu je contoh ; Bilamana ada ahli keluarga menyahut panggilan Ilahi, lelaki hanya akan diam. Kalau menangis pun tak de la sampai meraung raung. Menangis dalam diam. Kesat mata bila ada setitik dua yang keluar.


both sexes cry roughly the same amount during childhood, men cry less often than women and are less likely to have flowing tears when they do.

- wikipedia -



Kalau baca blog, memang kita dapat lihat, perempuan mudah menangis. Hati mereka mudah tersentuh walaupun dalam hal - hal yang bagi lelaki tak begitu besar. Contohnya, bila kena marah dek lecturer. Kita biasa dengar, perempuan ada 1 logik dan 9 emosi. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai 9 logik dan 1 emosi.

Jadi kalau seorang perempuan yang baharu saja kematian kucing ditanya kenapa mereka menangis, mereka akan jawab

"Lepas ni, aku dah tak boleh dengar lagi dah suara manja Si Toman, dah tak boleh main dengan dia lagi.."


Kalau ditanya lelaki yang berada disituasi yang sama, ditanyakan soalan yang juga sama, kenapa mereka tidak menangis, mereka akan jawab,

"Aku sedih la jugak si Toman tu mati, tapi kalau nangis pun, bukan boleh hidup balik pun kucing tu.."



Logik mengatasi emosi



Tapi itulah keistimewaan kaum Hawa, yang Allah kurniakan kepada mereka. Satu kelebihan sebenarnya, berbanding kaum Adam. Walau sekuat mana pun lelaki, takkan tahan melihat seorang perempuan menangis, lebih - lebih lagi kalau menangisnya perempuan itu kerana salahnya.



Masa yang sesuai untuk menangis adalah semasa kita berdoa. Kata Ustazah Nik, kalau nak doa kita dimakbulkan, berdoalah seperti kita sesat di tengah - tengah laut, memohon doa untuk diselamatkan. InsyaAllah masa tu doa kita akan dimakbulkan.



Tapi lelaki paling mudah menangis ketika mereka gembira. Contohnya masa Barcelona menang melawan Man U hari tu. Ramai peminat susah mati Barcelona menangis sebab team favourite mereka menang.



Al Fatihah buat saudara Ammar bin Zulkifli, yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Doakan beliau sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya.
Al - Fatihah..



18 comments:

rokocoko said...

yay!!dpt komen 1st haha..selalu msti bdk tu hehe..aku setuju la ngan ko san..1st time aku stuju ngan post ko.wat ta~

cairoboy said...

aku sokong ko san..
sokong giler2 nye laa..
dats y,allah jadikan pmpn yg mngandungkan anak...
sbb dlm tempoh 9 bulan tu laa,tahap kesabaran paling tinggi diperlukan,dan dgn emosi laa kita boleh tingkatkan tahap kesabaran kita,n org yg plg sesuai utk bnda ni ialah pmpn...

cba ko bygkan kalau naqi mngandung 9 bulan...die lelaki,1 je emosi bbndg pmpn..then ko rase die leh ke thn nk bwk baby berat2 cmtu..

pikir2kan..

*credit to naqi..ngeheheheh*

Kyu said...

aku rase entri ni jiwang.

musegalo said...

rokocoko:
hahaha..
akirnye berjaya jugak aku wat kau stuju ngan aku..

paan:
kalau aku pun, tak tahan jugak..
nak tanggung manusia 9 bulan..
memang respek kaum ibu sekalian..

qisti:
jiwang mende pulok..
weh bkpe aku x leh bukak blog mg?

Noor Asyila said...

kaum hawa ini walau benda remeh pun boleh gak mengalirkan air mata.

rapuhnya hati wanita..huuu~

klw dlm perkahwinan, lelaki n pompuan saling melengkapi
cuba bayangkan klw laki bini tu senang sgt nak nanges.banjir je umah tu nanti~haha

hmm..pemergian arwah masih lagi terasa..Al-Fatihah buat arwah..

Mukmin bin Mohd Khairi said...

salam..
hehe, kelakarla korg ni..
aku rs maybe because of hormone factor....
Ada tip dari Saidina Umar,. xboleh nangis.. buat2 nangis!! must be a hikmah=nangis!

[MH] said...

suka part peminat barcelona tu.

:D

itzz g0oddd!! said...

aku paling xtahan kalau tgk ibu2 menangis.even asalnya xdelah rase nak menangis tp klu tgk diorg ibu2 ni nangis mesti rase syahdu giler smpi kite xleh nak thn.tp kene control gak air mata tu jgn bagi jatuh.klu jatuh cepat2 lap!!

ibnusolleh said...

nk ikot tip yg mukmin anjurkn.

melatih diri menangis dgn buat2 mnangis.nnti lame2 makin lembut hati.dan xde masalh nak mengalirkn air mate especially mase air mate tu btul2 diperlukan.

hu~

krentz said...

air mato lelaki mmg tak dapek nifikan lg mmg mahal,lagi mahal dari ferrari,,tu jo den buleh cakap.... skali dio kluar mmg brmakno...

musegalo said...

asyila:
ade je laki yang mudah nangis,
sensitif mcm perempuan..
jadi kena interview dulu la sbelum kawin tu..
hm..al fatihah buat Ammar..

mukmin:
hm..betul2..
hormon pun memainkan peranan jugak..
memang menangis tu ada hikmahnya..
boleh melembutkan hati yang keras..

fathiyyah:
hahaha..
dah tukar team ke?
ai tu chelsea..

musegalo said...

idjut:
memang tak leh tahan..
sedih jot!
kalau jatuh tu len kali ko biar je la..
nampak macho skit..
hahaha

ibnu solleh:
ana sokong enta..
menangis pun boleh dijadikan senjata..

krentz:
memang mahal air mata kami ni..
kalau nak tengok laki nangis,
10 taun skali pun belum tentu lagi..

faisazli said...

ye....btol sme..
kekadang kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup bukan hanya untuk ketawa....tetapi kekadang kita juga perlu ketawa agar kita sedar betapa bernilainya air mata..

Kyu said...

sape qisti?

aku tutup. nk edit.

Noor Asyila said...

oo..mmg kne interview ek b4 kawen.uji sama ada dia senang nak nanges ke tk ek?

klw yg senang nak nanges,kena reject ke?hua3..

musegalo said...

fais:
el raes leni buleh jadi ahli falsafah..hebat2..

kyuu:
qisti tu kawan aku duk kat kg mc cik cili nape tau..

asyila:
kalau dah berkenan, watpe nak reject..
terima la seadanya,,

fhar said...

'air mata itu senjata wanita'
igt lg kate2 seorg shbt ni mase sekolah dulu.gara2 air mata,cg membatalkn denda die pd hr tu.he3..lwk bila igt balik kisah tue...

[amiza malik] said...

haha.ihsan,nice post.sori lambat sggh, as i dun really read dak cairo nye blog.

basically, i do think laki yg nanges itu sexy. =D

tapi kalau asek nanges je, pondan pe!

i like the part how both man n woman react on one same situation. kontra kan?tp comel.haha.

slamat habeskan imtihan...

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.