Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

benci kah?

Raya sudah, cuti pun sudah...esok skolah tapi revision nye tak abeh lagi..

Entri ni, tiada kaitan dengan sapa2. Cuma kalau ade yang terasa, maka aku minta maaf. Kata orang terengganu, mitok maah ddulu lagi lah kalu ade hok trase...

Oleh yang demikian, selamat belajar...







5 minutes







10 minutes













15 minutes later...
































25 minutes later...















Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian...
~Surah Al Asr~


Semua familiar kan ngan surah di atas? Setiap nanosaat yang dilalui takkan berulang balik. Jadi hargai lah masa kita sebagai sorang manusia yang masih muda ni.


Aku ada kabo dulu, ni katun bersiri. Kalau nak tau apa yang akan jadi, maka nantikan kesudahahnnya minggu depan! muntah



Saturday, February 20, 2010

slo-mo

"The paramedics said i was technically dead for 97 seconds.."
"It was, the best 97 seconds of my life"


Sebahagian skrip yang aku ingat dalam citer House, season 4. Masa tu Dr. House berdepan ngan sorang patient yang cuba untuk membunuh dinding dengan menikam plag soket hospital. Namun malangnya, tindakan beliau tak berjaya.


Kita biasa dengar, yang sebelum mati, manusia akan merasakan masa akan menjadi lambat. Everything was like a slow motion. Dan kita akan mengingat kembali, atau flash back hidup kita sebelum menghemboskan napas yang terakhir. Aku tak tau sejauh mana kebenaran citer2 ni, tapi pasal slow motion tu ade la kot kebenarannya.


Kalau kat Mesir ni senang sangat kalau nak eksiden. Near death experience every two weeks. Aku ada skali eksiden masa darjah 5. Berlaku depan sekolah masa aku nak lintas jalan. Semangat nak beli buku amali sains punya pasal.


Aku rasa cam dah takde kenderaan kat kiri dan kanan aku, jadi dengan semangatnya aku berlari untuk lintas jalan. Tak aku sedar, rupanya ada motosikal sedang merempit dari arah kiri aku. Aku dilanggar dan dengan relanya terpelanting beberapa meter ke depan.


Aku merasakan masa menjadi lambat. Boleh lagi masa tu aku berfikir dan mentafsirkan kejadian yang berlaku. Badan aku berpusing dan bergeser ngan jalan tar. Sedar2 je, aku dah berjalan terhuyung hayang sebelum sorang pak cik suruh aku naik keter dia ntuk ke klinik. Klinik Ihsan.


Alhamdulillah, kemalangan tu tak menyebabkan aku patah apa2 tulang. Mungkin brader yang langgar aku tu sempat brek sebelum rempuh aku. Mungkin impak pelanggaran je yang menyebabkan aku terpelanting, ditambah ngan saiz badan aku yang kecik dan kurus.


Mati merupakan satu perkara yang pasti. Jadi, bertaubatlah setiap kali sebelum kita tidur dan bersyukurlah jika masih diberi peluang untuk hidup keesokannya.

Tuesday, October 13, 2009

Fustat - Munirah - Abou Reish

Selama 3 tahun keberadaan aku di Mesir ni, bermakna dah 3 kali jugak aku pindah rumah. Dari Fustat, aku beralih ke Munirah dan sekarang, terdampar kat Abou Reish. Makin jauh dari universiti. Kalau rumah kat Munirah pun kelas aku datang lambat, rumah jauh ni apatah lagi. Biasala tu, manusia. Tak pernah ada yang sempurna di matanya. Tak pernah puas hati.
>
>
Kalau kita tengok, bahagian luar kebanyakan rumah kat Mesir ni semuanya buruk. Buat sambil lewa je. Macam bangunan tak siap. Buruk, terlalu amat buruk. Hudoh benge. Rumah baru aku ni pun, bahagian luarnya tak bersimen. Aku tak kisah kalau diorang tak cat, tapi kalau macam ni la rupe rumahnya, memang dah melampau. Boleh nampak batu bata dinding rumah kalau tengok dari luar.
>
>
Tapi, tahukah anda bahawa semua keburukan dan kehodohan rumah itu hanyalah ilusi optik semata mata?
<
>
Walaupun buruk di luar, bahagian dalamnya berlainan sekali. Cantiknya boleh tahan la jugak. Perabot dan deko serta hiasan rumah bekas air tangan arkitek Mesir pasti menarik minat mata yang melihat. Tak puas dengan hanya sekali pandang. Jubin dan tona warna tandasnya yang menyejukkan mata memandang pasti mengundang sesiapa saja untuk melawatnya tak kira di masa emergency maupun tika tak de keje. Kesimpulannya, Macam tak percaya, bangunan buruk nak runtuh macam ni boleh ada ruang seindah itu. Aku ni lebih lebih la pulak.
>
>
Macam tu la jugak MANUSIA.
>
>
Ramai manusia yang rupanya tak hensem, tapi hatinya baik dan suci. Lagi suci dari Safi. Dan ramai jugak manusia yang rupa lawa tahap model antarabangsa tapi hati lagi busuk dari mayat rendaman formalin. Depan orang pura - pura baik, tapi belakang orang kutuk maki caci hina macam - macam.
>
>
Oleh itu, hati hati la bila pilih kawan. Aku tak tau ape motif aku tulis entri kali ni, tapi tu je yang aku nak sebut. Never judge a kuih raya by its look. Taste first, comment later. Akhir kalam, selamat berposa 6 bagi sesiapa yang blom abih lagi!



Kau nak baju lawa tapi kalau pakai, tak selesa,
atau
baju tak berapa lawa tapi bila pakai, selesa?

- Ustak Wea, SBPIBR SPM 2006-


Thursday, September 17, 2009

buat dan lupa

Ada lagi tiga hari sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan yang teramat mulia ni. Lagu raya dah lama berkumandang kat radio, sejak 15 Ramadhan lagi. Masjid semakin berkurangan jemaahnya. Ada yang dah balik kampung, dan ada yang sibuk wat kuih. Semuanya ada agenda sendiri. Entri kali ni, mungkin yang terakhir aku terbitkan pada bulan puasa ni. Sama - sama kita ambik iktibar.

p/s - sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



PERKARA YANG SELALU
KITA/ORANG
BUAT MASA RAYA

>
>
>
Kahwin - Mengawin
Salah satu event yang mesti ada bila tiba bulan Syawal.
>
>
>
>
Eksiden
Khususnya kemalangan jalan raya. Mangsa mercun buatan sendiri, dan juga mercun import ramai berguling kat spital masa raya ni.
>
>
>
>
Open House dan House Opening
Open house - aktiviti popular yang kita selalu hadiri semasa bulan Syawal. House Opening merujuk kepada perbuatan pecah rumah disebabkan pemiliknya balik kampung lama sangat. Oleh itu, beringatlah ketika planning nak balik kampung.
>
>
>
>

PERKARA YANG TAK SELALU
KITA/ORANG

BUAT MASA RAYA

>
>
>
Solat Jemaah
Solat Isyak contohnya, kalau Ramadhan dulu boleh la dapat sampai 3, 4 saf..lepas bulan puasa, tinggal imam dan bilal je yang gi mesjid..
>
>
>
>
Ulangkaji Pelajaran
Khusus untuk Budak U dan PMR serta SPM. Syok raya sampai tak ingat diri tu ada exam lepas raya. Assignment menimbun yang ditinggalkan, sudah tentunya setia menanti anda ketika pulang ke kolej pasni...
>
>
>
>
Puasa Enam
Kalau kita boleh puasa sebulan, takkan puasa 6 hari masa bulan Syawal, kita tak leh buat?
Besar fadhilatnya Puasa 6 ni, dan aku yakin semua dah tau dah..
>
>
>

dikesempatan ini, aku ingin mintak maaf,

atas segala kesalahan aku yang tak sempurna ni..

termengumpat
termengata
terbenci
termeluat
terbuat korang meluat
terkasar bahasa
tersombong
terpukul

dan lain - lain kesalahan yang aku lakukan kepada anda semua..

Selamat Hari Raya Eidulfitri,
Maaf Zahir Batin!



[pembaca lelaki sekalian, diharapkan tidak menyampah kerana tulisan agak warna - warni]

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem


Sahur dan berbuka - dua situasi yang sinonim dengan ibadah puasa. Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, berbuka adalah saat yang paling dinanti - nantikan kedatangannya. Waktu untuk balas dendam sebab dah 12 jam lebih ikat perut tahan lapar. Melantak sampai tak ingat dunia.

>
Masa ini lah kita boleh jumpa kuih - muih zaman silam yang kita sangkakan sudah pupus ditelan zaman. Bermacam macam jenis rupanya kuih yang telah nenek moyang kita reka. Tak campur lagi kuih - muih versi futuristik abad 21.
>
Kalu rukuk tu, sapa tubik cendol 2, 3 ekor- banyok dooh makang dekpong..

>
Jadi, peringatan untuk diri sendiri dan anda semua, bijaklah apabila berbelanja. Berbuka sebagai ibadah, bukan mudharat. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah - ibadah yang sewaktu dengannya.
>
> tadarus Quran amalan yang dituntut bukan saja di bulan posa,
malah pada bulan2 lain juga..


Ramadhan Kareem!

Sunday, May 10, 2009

tib dan zim

Entri kali ni ditujukan khas kepada insan - insan yang tak baca Tibbians edisi ke 4 mukasurat paling akhir. Komen rokocoko, stail lukisan aku same je. Tambahnya lagi, katun kali ni endingnya mendadak sangat. Jadi cam tak bes seperti katun2 sebelum ni. Ada jugak yang bagitau, kolum akhir agak angker. Tima kasih bebanyak atas komen yang membina tu, insyaAllah lain kali aku cuba baiki.
>
>
>





> >
p/s:
Utamakan apa yang sepatutnya.
Perkara yang tak berapa penting, kita tangguh dulu.
Selamat stadi.

Monday, April 6, 2009

sehat itu nikmat

Rasanya ramai dah baca kartun ni. Kalau tak baca pun, ternampak. Kesihatan tu penting, bak kata doktor Hassan; when we were young, we're healthy but we didn't have much money. But when we're getting older, we got money but we need to buy health. Sama - sama kita ambik iktibar.
>
>




>
>
moral : bersenamlah di mana jua anda berada..

Tuesday, March 17, 2009

cerita hikayat

Alkisah dalam sebuah hutan, dibuat satu mesyuarat bulanan antara binatang - binatang liar dan ternakan, dihadiri haiwan dari sekecil kecil lipas hinggalah sebesar - besar ikan paus. Tajuk perbincangannya hangat sekali, dan topik kontroversi kali ini dicetuskan oleh seekor binatang bernama Unta.
>
>
"Rugi la jadi kao lembu. Badan kao kecik, daging kao sikit. Bakti kao kepada penternak sikit sekali," Ujar Unta dengan penuh yakin.
>
>
"Tak, kao silap cik Unta. Kalau kao nak cakap pasal daging, maka kambing lah binatang yang lebih rugi," Balas Lembu dengan bibirnya menjuih ke arah Kambing.
>
>
"Loh, korang ni buta ke? Ayam tu lagi kecik dari aku. Dah la daging sikit, pagi - pagi buat bising plak," Tengking Kambing dengan nada tak puas hati.
>
>
"Ape plak, aku bising sebab nak kejutkan manusia..tu pun salah ke? Sekurang - kurangnya daging aku, orang boleh makan, tapi tengok kucing tu, daging tak leh dibuat lauk, tiap - tiap hari menempel dan memperabiskan lauk ade la," Ayam berkata sambil matanya tepat memandang kucing yang sedang menjilat - jilat bulunya.
>
>
"Wei ayam, memang keje aku perabiskan lauk untuk tuan aku. Tapi tu untuk elakkan pembaziran. Kan orang yang suke membazir tu saudara setan. Aku, kalau orang pegang, kurang - kurangnya tak perlu basuh tanan tu. Tapi si Anjing, kalau tersentuh, ha..kena samak la jawabnya," Jawab Kucing dengan tenang.
>
>
"Aku, mewakili anjing - anjing yang lain, memang mengaku, ko Kucing, tak salah. Betul - sebetul betulnya. Namun, khidmat aku pada manusia pun ada. Baru - baru ni kaum anjing ada terima anugerah "Man's Best Friend", korang pernah dapat? Ini semua kerana kami membantu manusia menjaga rumah dan menghiburkan mereka. Cik Bibi lah yang paling rugi sebenarnya," Kenyataan itu membuatkan semua binatang di seluruh alam rimba menoleh ke arah Khinzir yang sedang berkubang dalam lopak lumpur tak jauh dari tempat mesyuarat tersebut.
>
>
"Kalau aku korang kata rugi, ada yang lagi rugi daripada aku.. al least kalau aku mati, aku tak kena HISAB, macam MANUSIA," dengan selamba Khinzir menjawab dan menyambung hobinya itu.
>
>
Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, Kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Surah Al A'sr - ayat 1 hingga 3

>
p/s : cerita ini bukan untuk menghina umat manusia, tapi sekadar ingin memberi nasihat kepada diri penulis dan pembaca sekalian. Sekian

Wednesday, March 11, 2009

aku ke tu?

Barakah ilmu - menyebutnya mudah, namun untuk mendapatkannya amat susah. Adakah kita termasuk dalam golongan di bawah? Sama- sama kita renungkan. Rasanya aku memang masuk pun, terutamanya golongan kedua..








Tuesday, March 3, 2009

psycho

infant : 0 - 2
preschool : 3- 5
school : 6 -12
adolescence : 13 - 19
adulthood : 20 - 60
senile : 61 and above
>
>
it sounds like bees hovering over a pool of honey at the back when our psychology professor showed this fact to us this morning. And about the number, I only remember 20 - the others (3, 5, 6, 12, 19...all other than 20) are just there to make it more interesting. Many had just realized, including the writer himself that 20 is actually the age of an adult. In our class today, it took some times before things got back to normal.
>
>
What does it mean by being an adult? From the dramas i watched (GTO and Nobuta wo Produce), a adult is a working person who leaves home early in the morning and come back home late at night. And he or she repeats the whole same routine till he or she dies, as if you dedicate your life only for works. Then when the time is right, adults get married and their children will have a happy life for a while before they too, become adults. Of course, it is wrong. I'm not retarded enough to belive such hoaxes.
>
>
Again, what does it mean by being an adult? Do we have to know its true meaning by experiencing it ourselves? Or are there some easy ways for us to know - a shortcut, for example a guide book that can tell us? like "Men from Mars and Women From Venus" which teaches us how to deal with the opposite gender?
>
>
Frankly from my opinion, being an adult is to stop doing unnecessary and stupid things that we usually do when we were still considered as teens. Behave like some old folks who do more toleration instead of using their vocal cords to solve problems. Thinking before leaping is a must in every human called adult. And the most important is, changing ourselves to become a better abid to Allah. Follow our role model, Rasulullah s.a.w. He's the right man for us to learn from if we are to be a good adult. Not only as adult, but he also taught us how to be a father, a grandfather, teacher, a leader of a country and a friend, for he's all of them. Peace be upon him.
>
>
However, 20 is only the beginning of this process. So forgive yourself if you still act like a kid.
>
>
sincerely,
only 4rm my point of view.

Sunday, February 22, 2009

sakit..

Musim sejuk ni, kita dapat lihat ramai orang sakit. Paling biasa kita jumpa, selesema dan batuk. Ada yang ekstrim sikit sampai kena hypotension, rubella dan di Alex, kawan kita ada yang kena TB (rujuk tibbians; lensa d mesir bukan promo ok..). Sakit - sape nak sakit? Semua manusia yang sihat akal fikirannya mahukan kesihatan. Kita belajar medik ni pun, sebab nak merawat orang sakit supaya insyaAllah dengan izinNya penyakit tu sembuh.
>
>
Ramai yang merasai manisnya sesuatu nikmat apabila nikmat itu hilang. Contohnya, muda. Warga emas dan insan veteranlah yang paling 3rif akan nikmatnya masa muda. Time muda nilah masa yang seronoknya kalau nak enjoy, gi dangdut, lepak dan lain - lain. Dan masa muda jugak adalah masa terbaik untuk kita banyakkan amal ibadah, sedekah jariah dan belajar ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan di hari pembalasan kelak.
>
>
Sejauh mana kita menghargai kesihatan yang dikurniakan? Adakah keadaannya sekecoh ketika mana kita sakit? Pernah tak kita telefon kawan, atau keluarga pada pukul 9 malam waktu Mesir ( kat Malaysia pukul 3 pagi ) semata mata untuk bagitau diorang

" Mak, hari ni dah masuk 3 bulan kita sihat," -aku tak pernah buat-

Kalau keluarga, jawapannya mungkin

" Alhamdullillah..bagus la tu," -keluarga yang memahami-

Kalau kawan lelaki mungkin

" Tak, ko sakit ni..esok gi jumpa psikiatrist," -kawan lelaki yang suka cakap berlapik-

Kalau kawan perempuan mungkin
" Ko ni tak de keje ke! aku nak TIDO!!" -kawan perempuan yang straight to the point

>>

Kalau ditakdirkan 3 minggu kita demam, ingatlah dah 2 tahun Allah bagi sihat. Sakit tu terlalu sekejap tempohnya kalau nak dibandingkan dengan nikmat sihat yang selama ini Allah kurniakan kepada kita. Lagipun, penyakit adalah kafarah untuk dosa - dosa yang telah kita lakukan sebelum ni.

>

Aku nak tulis post ni pun sebenarnya rasa macam tak layak, sebab ada ramai lagi yang lebih hebat daripada aku. Namun, tak de sehina - hina manusia yang tak boleh bagi peringatan dan tak de semulia - mulia manusia yang tak boleh menerima nasihat. Diharapkan peringatan yang sedikit ni (khasnya untuk aku sendiri) boleh sekurang - kurangnya buat korang berfikir sikit pasal nikmat yang sering kita lupakan ini.

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.