Showing posts with label jaulah. Show all posts
Showing posts with label jaulah. Show all posts

Monday, November 23, 2009

lata

Pangkor II - sambungan dari entri dutch ford. Sebelum balik, Alfa bawak budak-budak ni gi lata. Kata Alfa, Lata Kijang. Mengambil masa 1 jam lebih dari Pangkor. Awalnya sesat, tapi alhamdulillah, sampai jugak.
>
>
Duit yang begitu banyak aku bawak, akhirnya tinggal beberapa ringgit je. Seb bek cukup ntuk beli tiket bas balik rumah. Kesimpulannya, sayangilah ilmu, sebab dia boleh jaga kita pasni. Tapi jangan benci duit plak, kang susah kalau takleh bayar sewa rumah.
>
Daripada reunion ni, benda yang paling berharga aku dapat adalah ukhwah.
>
Kawan yang selama ni aku tak berapa kenal, tiba2 dengan magiknya jadi rapat. Setelah kita mengenali sesorang dengan lebih dekat, baru la kita tau, rupanya banyak persamaan yang kita kongsi bersama. Sesuatu yang kita takkan dapat dengan hanya melihat seorang manusia superficially. Oleh itu, sayangi rakan anda. Kenali mereka sebelum terlambat.
>
>
Mencari port yang sesuai. Paan masih fobia ngan air.
>
:
>
Dah jumpa, ape lagi - belasah la..
>
>
>
Muka terpaksa bergambar.
"Takde keje lain, ni mesti nak wat masuk lam blog ni.."
>
>
>
Mencuci cara tradisi. Masih dikekalkan hingga kini.
.
.
.
Lain kali bleh buat lagi.
Baem ngan Medad, pastikan korang menghadirkan diri.
>
>
>
Pangkor II - cuti musim panas Malaysia 09.


Sunday, October 11, 2009

Fustat dalam kenangan..

Lepas saje jamuan raya semalam, hampir semua budak Cairo Univ tahun 3 turun padang ke tempat paling bersejarah di Mesir bagi aku la, Mesekin Fustat. Tempat yang menyimpan seribu satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan - kenangan sama yang bakal dirasai junior - junior tahun 1.
>
>
Majlis abes dalam pukul 8 lebih (malam). Dengan tambang teksi berjumlah 10 Genih (dulu 5 Genih je dari Fustat gi Univ), kami sampai ke tempat bersejarah tu kira - kira lagi 40 minit nak pukul 10. Ingatkan sikit je, rupanya dah ramai yang sampai. Dari budak Giza sampai la ke budak Abou Reish. Semua ada.
>
>
Fustat 97% masih lagi macam dulu. Dalam perjalanan ke imarah, kitorang jumpa ngan bawwab rumah Alfa. Rumah Ayah Laila, bagi sesiapa yang tak kenal sape bawwab rumah Alfa. Salam salam sikit, maklumla, lama tak jumpa. Sampaikan sorang tu dengan tangan bini bawwab dia salam sekali. Tak tersengaja kot. Mungkin excited punya pasal. Tapi yang haram tetap haram, jadi lain kali jaga sikit.
>
>
Ada sedikit kejelesan di hati aku bila tengok rumah adik-adik kita. Rumah punya la besar, dan sewa pulak boleh tahan la berpatutan. Puas hati. Maka, sepatutnya kalian bersyukur dapat rumah macam tu.
>
>
Malam tu, kitorang cuma perlu bawak naik katil ke 5 buah rumah yang semuanya kat Mugawarah Ula. Jam dah pukul 10 lebih, tunggu punya tunggu pa ceroh lori tak datang. Aku ingatkan Pak Arab tu dah kenselkan dah trip penghantaran malam tu. Akhirnya sampai jugak walaupun agak lewat. Janji Arab.
>
>
Aku tak kesah sangat kalau katil yang kitorang kena bawak naik tu banyak, sebab aku pun tak angkat sangat part2 yang berat. Biasa aku rembat bahagian yang ringan2 je. Tangga katil ke, papan ke ape ke. Pemalas betol.
>
>
Rupanya ada trip kedua menggunakan lori yang sama. Ammu tu balik semula untuk ambik lagi katil dari Asyir. Jam dah pukul 11 lebih. Subuh lebih kurang pukul 4.25 pagi. Esoknya kelas mula pukul 8 pagi. Nak tunggu Ammu tu ade la dalam sejam lebih. Nak balik Munirah, teksi ntah ade ke tidak. Kalau ade, kompem cekik darah kaw kaw punya.
>
>
Akhirnya, semua selesai. Sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Kelas pagi tadi, lecturer mengajar tak sampai sejam, dah mintak rest 5 minit. 20 minit kemudian, mintak lagi rehat. Jadi junior - junior tahun satu sekalian, hormati dan sayangilah senior korang. Dan senior - senior yang jadi junior kepada senior - senior lama pun, begitu jugak.



Ammu : Pak cik
Imarah : Bangunan
Bawwab : Penjaga bangunan

Saturday, March 7, 2009

hari sukan 09

"mana tandas?"
soalan pertama yang keluar dari mulut selepas turun daripada bas
>
>
pasukan tarik tali kaherah.
>
>

Tenis. Servis Syakirul tajam, sukar dibalas pihak lawan.
>
>

Baling selipar. kaherah diasak pasukan lawan, mansura
>
>

penyokong setia di gelanggang bola keranjang
>
>

dr khaliq beraksi
>
>
Apes menaiki pentas sebagai wakil futsal. Kaherah menang johan dan naib johan.
>
>
dua exco mantap Perubatan. Dari kiri : Imdad dan Baem
>
>
gaya bersahaja Al
>
>
pulang ke kaherah



Friday, February 20, 2009

Luxor

Aku tak sedar bila coaster tu masuk pekan Luxor. Sedar2 je dah dekat ngan hotel. Malam tu, seperti di Aswan kami menjelajah Luxor. Disebabkan pihak hotel tidak menyediakan makan malam (alasan sebenarnya, makan malam ada tapi 60 gen satu kepala) kami keluar mencari nasik. Lepas makan, ada yang balik ke hotel dan ada jugak yang pergi merayau.
>
Esoknya seawal pukul 8 pagi, kami memulakan jaulah disekitar Luxor. Jaulah dibahagikan mengikut tempat - hari pertama West Bank dan hari kedua, East Bank.
>
>
>
Valley of the Kings
>
Tempat di mana raja - raja firaun di tempatkan selepas kematian diorang. Dalam kubur tak dibenarkan untuk pelancong ambik gambar, jadi kalu nak tau macam mana keadaan kubur firaun, kena la pergi sendiri. Mumia tak ditempatkan di sini. Ada kat muzium Tahrir kalau nak tengok.
>
>
>
terdapat kira kira 62 kubur di kawasan ni
>
>

di kubur Firaun Ramses IV
>
>

depan kuboq..
>
>

pelan dalam kubur firaun
>
>

ke luar
>
>
>

Hatshepsout Temple
>
Sebagaimana yang tertulis dalam buku sejarah tingkatan 4, Hatshepsout merupakan firaun wanita yang memerintah Mesir satu masa dahulu. Hatshepsout berkahwin dengan Thutmoses II, iaitu saudara kandungnya sendiri. Memegang tampuk pemerintahan setelah kematian Thutmoses II dan pemerintahannya diteruskan oleh Thutmoses III.
>
>
>
berjalan ke kuil
>
>

Hatshepsout digambarkan sebagai firaun lelaki, sebab rakyat tak memperakui wanita sebagai pemerintah
>
>

salah satu bilik yang tak dibenarkan masuk...tensen2..abes tu mengapa kami kena bayar lebih?
>
>

bukan vandalisme secara terbuka tetapi kerja baik pulih sedang dijalankan
>
>

masa nak balik..ada lagi 2 patung saiz mega
>
>
>
Alabaster
>
tak de menarik pun tempat ni. Kitorang pergi pun sebab free. Kalau berbayar, tobat tak pergi. Kat sini la tempatnya cenderamata dihasilkan. Katanya incik Hamid, cenderamata kat cairo nu semuanya ambik dari tempat ni. Ada banyak kedai kat sini, tapi kami cuma melawat satu je..Alabaster, cam pernah dengar namanya..one piece?
>
>
>
antara barang yang ada lam kedai tu..
>
>

pekerja sibuk bekerja
>
>
mendengar penerangan daripada tuan kedai
>
>
hang ambik gambar sapa tu Fatah?
>
>
>
Incik Hamid, pemandu pelancong kami menawarkan banyak lagi tempat untuk dlawati tapi semuanya ditolak. Alasan, malas nak gi. Ada satu lagi tempat yang sepatutnya dilawati iaitu Valley of the Queens. Tapi rasanya sama je ngan Valley of the Kings, masuk berbayar tapi gambar tak leh nak ambik jugak.
>
Malamnya, kami ke kedai yang lain. Pelancong yang makan kat sana dikenakan harga 'istimewa', tak sama ngan penduduk tempatan. Tapi ok la, tak kesah sangat.
>
>
>
Luxor Temple
>
Terdapat 3 fasa pemerintahan di mesir. Pertama, Fasa Firaun, diikuti dengan Greco-Roman dan seterusnya pemerintaan Islam. Di kuil ni terdapat ketiga - tiga kesan tamadun yang pernah memerintah Mesir.
>
>

>
masjid yang dibina kira2 1000 taun yang lalu. Berdekatan dengan kuil.
>
>

besau jugak...
>
>

terdapat kesan lukisan oleh penganut kristian (zaman Greco-Roman) pada dinding berinskripsikan tulisan hieroglif.
>
>

5 model tiang - korang memang pandai posing..
>
>
dulu ada 2 obelisk (obelisk = tiang sebelah kiri) tapi obelisk di sebelah kanan diberikan kepada Perancis sebagai hadiah
>
>
>
Karnak Temple
>
kuil terbesar. Masih dalam pemulihan.
>
>
obelisk
>
>

kalendar dahulu kala...yang berbentuk l adalah satu. Yang berbentuk n adalah 10
n n n n l l l = 43
>
>

tinggi jugak tiangnya
>
>
di pintu masuk
>
>
kenangan bersama tourist guide, incik Hamid
>
>
>
Sekarang ni dah tak de dah org gi sembah berhala nih. Kebanyakan penduduk di Luxor beragama Islam dan Kristian. Semua patung di sana hanya dijadikan perhiasan untuk tatapan pelancong. Tapi ada jugak pelancong asing yang percaya ngan sesetengah kepercayaan tahyul ni. Contohnya masa di Karnak Temple, kononya sape2 yang tawaf satu patung nih, nasibnya akan jadi baik..tawaf 3 kali dapat kawen dan tawaf 7 kali dapat menda tu menda ni...yang sedihnya ada jugak akak yang bertudung ikut sama tiru perbuatan pelancong omputeh tu..mungkin diorang buat untuk suka suka tapi, yang melihat dari jauh, tak tau niat mereka..sama sama kita pikirkan..

Sunday, February 15, 2009

Aswan

Bertolak dari Cairo lebih kurang pukul 2 pagi lebih. Awal perancangannya nak naik ketapi, tapi ditukar pada saat akhir kepada coaster. Bila aku tengok keretapi mesir, baru aku rasa bersyukur perjalanan kami ke L-A adalah dengan coaster. Alhamdulillah. Kembara ke Aswan memakan masa lebih kurang 16 jam. Sampai di Aswan sedikit lewat daripada jadual asal. Biasanya perjalanan dengan kereta api mengambil masa 12 jam. Naqi sebagai ketua rombongan diam pabila anak anak buah menyuarakan rasa tidak puas dari belakang. Biasanya dialah supplier cereka lawak setiap kali kami berjaulah..
>
>
"mana hotel ni, tak nampak tamadun pun.."
>
"aku tak nampak lagi orang puteh berdansa"
>
>
begitulah kata kata yang kedengaran dari belakang apabila bosan disebabkan terlalu lama duk lam bas.
>
sampai di hotel, kami menjamu selera dan selepas solat, kami terus berkumpul untuk melawat sekitar bandar Aswan..
>
keesokannya, kami memulakan jaulah sekitar Aswan...
>
>
>
High Dam
>
Dibina oleh Jamal Abdul Nasir, presiden Mesir yang pertama. Mendapat tajaan daripada Soviet untuk pembinaan empangan ini kerana Amerika tak mau tolong. Mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan. Kata Incik Ibrahim (tourist guide kami di Aswan), empangan ni boleh salurkan letrik sampai itali. Wallahua3lam
>

>
>
empangan yang besau..
>
>

sejauh mata memandang
>
>

kami yang gi jaulah
>
>

cross section of the dam
>
>
>

Philae Temple
>
Perlu naik bot untuk ke sana. Harganya 2 genih kalau tak silap. Satu kuil yang dibina untuk Goddess Isis. Lokasinya adalah di atas pulau. Kuil ini dipindahkan daripada lokasi asal kerana dikhuatiri tenggelam disebabkan pembinaan High Dam. Pembiayaan pemindahan kuil ditaja kali ini oleh UNESCO.
>
>
>
pabila dinding bercerita..
>
>

kan dah cakap atas pulau..tak caye..
>
>

Incik Ibrahim memberi penerangan mengenai inskripsi yang terdapat pada dinding
>
>
setiap tiang punya kisah sendiri....bak kata Fatah, tiap2 minggu ada satu tiang baru, diorang update macam cerita Naruto
>
>

satu ruang kat luar
>
>

>
Unfinished Obelisk
>
Obelisk yang tak dapat dinaikkan sebab berat sangat. Patah kalau tak silap. Aku nampak orang arab selambe je masuk free. Cara pembinaan tiang batu ini agak unik. Dibina daripada batu granit hitam.
>
>
>
15 gen for an unfinished, ancient block of granite
>
>

dari sudut sisi
>
>
>
Menyusuri Sungai Nil
>
Naik bot, walaupun plan asal nak naik felucca (macam ni r kot ejanya, kalau silap sila bitau) namun keadaan cuaca tak mengizinkan. Lepas naik motobot, kitorang terus bergerak ke Luxor. Tak pernah lagi aku tengok budak budak Malaysia begitu gembira bila nampak Fatah, Imdad dan Khaliq balik dari kedai bawak to'miyah yang dipesan (to'miyah sana murah, lam nus sbijik). Lapar, nak buat macam mana. Kedai lain mahal. Semua harga barang dinaikkan sekurang kurangnya 2 kali ganda. Jimat duit.
>
>
>
ada satu batu macam ni kat kampung batu rakit..tapi kecik sikit..kalau tak percaya cuti summer ni jom explore Terengganu..
>
>

felucca - guna angin ntuk digerakkan
>
>

atas motobot
>
>
>
Kom - Ombo Temple
>
Memang kacau bila ada orang kejut dari tidur. Dah sampai rupanya. Mulanya nak sambung tidur balik, tapi memandangkan dah sampai, terpaksa gagahkan mata untuk turut serta. Bangunan yang dibina untuk God Sobek, tuhan diorang yang mempunyai rupa boya (semua ni karut marut ntah pape, jadi jangan percaya). Bangunan ni adalah gabungan daripada 2 kuil - satu untuk Sobek dan satu untuk Horus ( juga salah satu tuhan mengikut mitos orang mesir dahulu kala ).
>
>
>
Kat tiang tu la Sobek kalau nak kenal..tapi bukan yang pakai topi berbaju putih tu..jangan salah paham
>
>
gaya tersendiri
>
>
buaya yang dimumiakan - kalau la diorang buat beg kulit, ade gak pekdahnya
>
>

bentuk sebenar kuil dari sisi
>

>
kalau air lam telaga ni tinggi, maka tinggi la cukai pada masa tu...
>

>
>
Edfu Temple
>
Tempat terakhir yang dilawati sebelum kami sampai di Aswan. Harga tiket sering menjadi isu kontroversi kerana setiap tempat yang kami pergi semuanya memerlukan duit. Seringkali Tong dan Fahim menisbahkan harga tiket dengan nasik yaman. Kalau harga tiket = 25 gen, maka nasik yaman firah (ayam) yang boleh dimakan adalah satu 2 per 3 pinggan dengan nilai yang sama.
>
>
>
patung Horus
>
>

tiang berbentuk pokok papyrus
>
>

kapal yang diusung berisi offerings kalau tak silap la..
>
>

Satu sudut lam kuil..seram gak kalau duk lam ni malam malam..
>
>

barisan tiang lama
>
>
>
keseluruhannya, sape - sape yang nak gi Luxor Aswan mestilah betul betul minat sejarah tamadun peradaban mesir. Kalau tak, korang macam pergi tengok batu bata je la. Lebih baik gi Hurghada atau Sharm el Sheikh. Walau sehebat mana pun tamadun Mesir dahulu kala, namun masih tak dapat mengubah keadaan Mesir pada masa sekarang. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.
>
>
>
bersambung dalam Luxor

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.