Friday, February 20, 2009

Luxor

Aku tak sedar bila coaster tu masuk pekan Luxor. Sedar2 je dah dekat ngan hotel. Malam tu, seperti di Aswan kami menjelajah Luxor. Disebabkan pihak hotel tidak menyediakan makan malam (alasan sebenarnya, makan malam ada tapi 60 gen satu kepala) kami keluar mencari nasik. Lepas makan, ada yang balik ke hotel dan ada jugak yang pergi merayau.
>
Esoknya seawal pukul 8 pagi, kami memulakan jaulah disekitar Luxor. Jaulah dibahagikan mengikut tempat - hari pertama West Bank dan hari kedua, East Bank.
>
>
>
Valley of the Kings
>
Tempat di mana raja - raja firaun di tempatkan selepas kematian diorang. Dalam kubur tak dibenarkan untuk pelancong ambik gambar, jadi kalu nak tau macam mana keadaan kubur firaun, kena la pergi sendiri. Mumia tak ditempatkan di sini. Ada kat muzium Tahrir kalau nak tengok.
>
>
>
terdapat kira kira 62 kubur di kawasan ni
>
>

di kubur Firaun Ramses IV
>
>

depan kuboq..
>
>

pelan dalam kubur firaun
>
>

ke luar
>
>
>

Hatshepsout Temple
>
Sebagaimana yang tertulis dalam buku sejarah tingkatan 4, Hatshepsout merupakan firaun wanita yang memerintah Mesir satu masa dahulu. Hatshepsout berkahwin dengan Thutmoses II, iaitu saudara kandungnya sendiri. Memegang tampuk pemerintahan setelah kematian Thutmoses II dan pemerintahannya diteruskan oleh Thutmoses III.
>
>
>
berjalan ke kuil
>
>

Hatshepsout digambarkan sebagai firaun lelaki, sebab rakyat tak memperakui wanita sebagai pemerintah
>
>

salah satu bilik yang tak dibenarkan masuk...tensen2..abes tu mengapa kami kena bayar lebih?
>
>

bukan vandalisme secara terbuka tetapi kerja baik pulih sedang dijalankan
>
>

masa nak balik..ada lagi 2 patung saiz mega
>
>
>
Alabaster
>
tak de menarik pun tempat ni. Kitorang pergi pun sebab free. Kalau berbayar, tobat tak pergi. Kat sini la tempatnya cenderamata dihasilkan. Katanya incik Hamid, cenderamata kat cairo nu semuanya ambik dari tempat ni. Ada banyak kedai kat sini, tapi kami cuma melawat satu je..Alabaster, cam pernah dengar namanya..one piece?
>
>
>
antara barang yang ada lam kedai tu..
>
>

pekerja sibuk bekerja
>
>
mendengar penerangan daripada tuan kedai
>
>
hang ambik gambar sapa tu Fatah?
>
>
>
Incik Hamid, pemandu pelancong kami menawarkan banyak lagi tempat untuk dlawati tapi semuanya ditolak. Alasan, malas nak gi. Ada satu lagi tempat yang sepatutnya dilawati iaitu Valley of the Queens. Tapi rasanya sama je ngan Valley of the Kings, masuk berbayar tapi gambar tak leh nak ambik jugak.
>
Malamnya, kami ke kedai yang lain. Pelancong yang makan kat sana dikenakan harga 'istimewa', tak sama ngan penduduk tempatan. Tapi ok la, tak kesah sangat.
>
>
>
Luxor Temple
>
Terdapat 3 fasa pemerintahan di mesir. Pertama, Fasa Firaun, diikuti dengan Greco-Roman dan seterusnya pemerintaan Islam. Di kuil ni terdapat ketiga - tiga kesan tamadun yang pernah memerintah Mesir.
>
>

>
masjid yang dibina kira2 1000 taun yang lalu. Berdekatan dengan kuil.
>
>

besau jugak...
>
>

terdapat kesan lukisan oleh penganut kristian (zaman Greco-Roman) pada dinding berinskripsikan tulisan hieroglif.
>
>

5 model tiang - korang memang pandai posing..
>
>
dulu ada 2 obelisk (obelisk = tiang sebelah kiri) tapi obelisk di sebelah kanan diberikan kepada Perancis sebagai hadiah
>
>
>
Karnak Temple
>
kuil terbesar. Masih dalam pemulihan.
>
>
obelisk
>
>

kalendar dahulu kala...yang berbentuk l adalah satu. Yang berbentuk n adalah 10
n n n n l l l = 43
>
>

tinggi jugak tiangnya
>
>
di pintu masuk
>
>
kenangan bersama tourist guide, incik Hamid
>
>
>
Sekarang ni dah tak de dah org gi sembah berhala nih. Kebanyakan penduduk di Luxor beragama Islam dan Kristian. Semua patung di sana hanya dijadikan perhiasan untuk tatapan pelancong. Tapi ada jugak pelancong asing yang percaya ngan sesetengah kepercayaan tahyul ni. Contohnya masa di Karnak Temple, kononya sape2 yang tawaf satu patung nih, nasibnya akan jadi baik..tawaf 3 kali dapat kawen dan tawaf 7 kali dapat menda tu menda ni...yang sedihnya ada jugak akak yang bertudung ikut sama tiru perbuatan pelancong omputeh tu..mungkin diorang buat untuk suka suka tapi, yang melihat dari jauh, tak tau niat mereka..sama sama kita pikirkan..

2 comments:

mohd hazwan bin mohd salleh said...

haha..
dlm byk2 gmba..gmba imdad yg paling xbole bla..

ihsang kung!!!

musegalo said...

hehehe..sape suh ko x ikut skali...

kalo ko ade lagi happening..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.