Exam makin hampir. Weh dunia aku ni bosan sangat ke asek cerita pasal exam je?
Kata orang "My Blog, My Rules"
Ada orang tulis blog dan suka tulis pasal diri sendiri sebab dia selebriti.
Ada orang tulis blog dan bagi tazkirah sebab itu cara dia berdakwah,
Ada orang tulis blog untuk burukkan orang sebab dia tak suka certain manusia tu,
so pendek kata macam-macam la sebab manusia ni tulis blog.
Yang penting bagi aku, buat sesuatu biarlah bermanfaat, semoga hidup kita ni
ada nilainya, InsyaAllah.
Separuhkan Masa Makan:
Masa makan yang biasanya 15 minit bolehlah dikurangkan
jadi 10 minit.
Tapi jangan makan cepat sangat, amalkan sunnah cara Nabi makan dah
elakkan daripada tercekik.
Separuhkan Masa Mandi:
Anda sebelum ni sukar berenggang dengan jamban?
Ketahuilah bahawa itu adalah lubuk syaitan,
jadi kurangkanlah masa anda berada di dalamnya.
Tapi mandi tu,
janganlah sampai mandi kerbau ya.
Separuhkan Masa Pulang:
Jalan jam? motor rosak? minyak mahal?
Penyelesaiannya senang kawan-kawan,
jom kita berlari pulang ke rumah!
Di samping dapat sampai awal, kita juga boleh beriadah sepanjang
perjalanan ke Bait tercinta.
Separuhkan Masa Tidur:
Kurangkan masa tidur untuk menelaah pelajaran,
Khususnya tidur lepas Subuh dan selepas Asar.
Tapi, tak perlu kot kita berlatih on call sekarang dengan tak tidur seharian,
sebab otak yang penat tak dapat berfungsi dengan baik.
DOUBLEKAN Masa Ibadah:
Yang ni, kita tak boleh separuhkan. Malah, kita kena tingkatkan.
Ibadah yang sikit, dibanyakkan dan istiqamah sampai bila-bila.
Bukan istiqamah sampai dapat natijah/keputusan peperiksaan saja ya.
Istiqamah itu lebih baik daripada seribu Karamah!
sekian.
3 comments:
again,nice work..keep it up bro
**him:
Thanks bro..
simple, yet soo nice.kipidap bro
my mword verification is ranco (saja nak bagitau sbb teringat rancho 3 idiots :p)
Post a Comment