Wednesday, July 27, 2011

lari jangan tak lari!

Alhamdulillah, dah selesai exam. Junior tahun 1 dah pun tahu keputusan exam derang.
Lama bebeno blog ni tak dikunjung manusia.
Aku tau korang tak baca pendahuluan kat atas ni so watpe aku perlu tulis panjang2?
Doakan kami berjaya dalam exam!


Ni adalah cerita pasal marathon. Sila baca sampai habis ya~




dalam satu pertandingan, ada 2 orang peserta,




Peserta A,
Seorang yang tinggi staminanya dan bersiap sedia terlebih dahulu sebelum marathon.

Dia tahu kat mana check points, berapa kilometer larian, jumlah peserta sampaikan nama pencatat masa kat garisan penamat pun berada dalam ilmunya..







Peserta B,
Menyertai marathon sebab abah dia pun masuk marathon jugak.

Tak tahu kenapa perlu marathon dan sapa yang anjurkan.
Dia cuma tahu laluan yang perlu dilalui untuk ke garisan penamat.

Tapi, stamina dan kemampuannya sama dengan peserta pertama tadi...







Sepanjang perjalanan, peserta A berjaya mendapatkan semua kupon di setiap check points.

Dan disebabkan dia juga tahu nama budak milo yang jaga air, dia berjaya mendapat air lebih berbanding peserta lain..








Peserta B pulak, dalam palotaknya cuma ingin menghabiskan larian marathon tersebut untuk menjadi Pemenang.

Dia tak amek langsung sebarang kupon sebab dia tak tahu pun bahawa kupon tu lah sebenarnya bukti dia melalui setiap check points...




1 kilometer menuju garisan penamat..











500 meter lagi nak abeh....










sikit je, lagi 250 meter..












dan









akhirnya,

Berentaplah kedua-dua peserta ni untuk ke garisan penamat.
Lari punya lari, maka sampailah peserta B dulu ke garisan penamat,
kerana
dia berjaya memintas peserta A yang leka senyum pada pencatat masa yang berdiri di tepi jalan...







Agak-agaknya, sapa yang akan menang?








Adakah Peserta A yang kenal semua termasuk lah penjaga trofi,
atau
Peserta B yang sampai dulu ke garisan penamat?



















Semestinya peserta A, sebab dia berjaya tamatkan larian dan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
Dia memanglah kenal semua orang, tapi taklah sampai nak bribe pengadil pulak ya.

Peserta B, hanya dapat penat berlari. Memanglah menyihatkan badan,
tapi, RUGI la, kan?




Ibadah puasa pun, ramai orang cuma dapat
lapar dan dahaga.



Tak ramai manusia yang buat persediaan dulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Tipikalnya, bila sebut puasa, dalam kepala terbayang raya. Tak salah kita beraya, tapi jangan sampai kita lupa fadhilat bulan Ramadhan.

Kita diberi tempoh setahun untuk bersedia menghadapi Ramadhan, dan rugilah kalau puasa taun ni lebih kurang sama je dengan tahun lepas.

Jadi, sama-samalah kita tingkatkan ibadah, dan semoga puasa kali ni lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya!

InsyaAllah,


Allahumma ballighna Ramadhan!





No comments:

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.