Showing posts with label aktiviti tahunan. Show all posts
Showing posts with label aktiviti tahunan. Show all posts

Friday, May 13, 2011

tidur sebentar

Shock exam dah abeh. Takyah citer kot, boleh terjah mana-mana blog ikhwah akhawat taun 4 Cairo contohnya macam yang ni [sila klik] kalau nak tahu keadaannya.

Satu entri khas mengenai exam, semoga bermanfaat.
Oh, hidup ni pun macam shock exam gak, cuma bezanya shock exam ni dengan shock exam forensik ialah bukannya kita tak tahu tarikh exam bila, tapi kita tak tahu masa berakhirnya exam kita ni. Gelabah tak bila disuruh berenti menulis sedangkan kita masa tu baru rangka pendahuluan untuk essay English 1119 kita?

Faham ke?










sehari sebelum peperiksaan...

















Hari peperiksaan...

































check jadual exam awal-awal sebelum hari peperiksaan. Tu je pengajarannya. faham ke?



Sunday, March 14, 2010

oh promo!

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tarikh pendaftaran ditutup. Setahun hanya sekali. Raya pun tak sebest macam ni. Jom!







Come and Join Us!
Hubungi Unit capub Pengiklanan dan Pendaftaran universiti masing2!

amaran : terbuka untuk pelajar kaherah sahaja.

Monday, February 15, 2010

cuti datang lagi 2

Cuti ada lagi 5 hari, dan minggu yang paling sibuk adalah minggu ni. Lusa seminar. Lepas seminar ada kelas. Bahan untuk kelas tu blom siap agi. Bagus la tu, buat kerja las minit. Pasni kelam kabut baru padan muka.
>
>

.....Oke...disebabkan dah lama aku tak menaip, jadi bila nak buat entri baru ni rasa kekok plak. Apa tujuannya aku berbelog? Kata ustaz Gi, kalau enta buat komik (dalam erti kata lainnya blogging) tu, biarlah ada manfaatnya kepada pembaca. Kalau aku cerita pasal diri sendiri, memang takde manfaat la kepada anda semua, kerana hidup saya penuh dengan peristiwa-peristiwa bosan yang mungkin anda semua pun lalui tiap2 hari.
>
>

"Dia umpama, tongkat si buta, bila tiada satu kehilangan..."

Lebih kurang macam tu la lirik lagu yang aku dengar tadi. Terngiang2 sampai skarang. Rasa tak senang dan gundah gulana bila terngiangkan lirik lagu tu. Tak tahu kenapa. Anyway, mabruk kepada akhi Isa dan ustaz Muhammad. Semoga berbahagia selalu.
>
>
>
Tau tak lirik penuh lagu kat atas?
>
>
>
Bila bercerita tentang kawin ni, mesti ramai yang terasa terutamanya kaum hawa yang belum kawin. Ada yang rasa lega, dan ada yang rasa tak lega. Yang tak rasa apa-apa pun ada jugak. Seorang sahabat aku pernah mengemukakan satu fakta, kenapa ikhwah Gen 07 tak selaku ikhwah Gen 06; sebabnya adalah budak2 ikhwah batch ni adalah budak2. Tak matang maksud aku. Jadi, sama-samalah kita mematangkan diri untuk kesejahteraan kita semua.
>
>
Yang tengah membaca mungkin akan terpikir; entri publisiti lagi. Saje je mamat ni. Ini bukan entri publisiti, tapi entri desperet nak update. Ada perbezaannya di situ. Oke la tu, daripada entri galakkan manusia berkapel.
>
>
Ini adalah satu entri tak bermanfaat. Minta maaf kerana bazirkan masa anda semua. Nikmati musim sejuk yang nampaknya semakin panas!
>
>

Wednesday, June 10, 2009

tersaiko

Psychology - paper written terakhir. Esok mula ujian oral, yang didahului dengan subjek anatomy.
>
>

putera putera lilin
>
>
>
penyeting kamera
>
>
>
kome yang hepi sebab dapat jawab ngan cemerlang
>
>
>
sape suruh bincang..kan dah cuak..
>
>
>
selesai berjemur
>
.
>

batch taun 2 '09
>
>

Selamat menempuhi ujian oral. Ada satu cadangan, dari taun lepas lagi aku dengar. Kalau nak ambik gambar batch, ambik masa winter. Tak payah tunggu tengah panas masa nak ambik gambar. Kalau insan yang bagi cadangan tu ingat, InsyaAllah taun depan khaborkan la awal - awal.

Saturday, April 18, 2009

pengalaman

Post kali ni tiada kaitan dengan peperiksaan. Cuma nak bagitau satu cerita yang berlaku tahun lepas, semasa aku balik bercuti di kampung.
>
>
Semasa di surau kat kampung, ada la skali sorang pak cik ni tanya aku satu soalan yang aku kalau boleh tak nak jawab. Mungkin sebab tak pernah nampak aku hadir jemaah sebelum ni, jadi dia mungkin saspek aku ni jarang ada kat kampung. Lagipun tak ramai remaja zaman sekarang datang solat jemaah kat surau. Kebanyakannya golongan emas dan kaum bapa.
>
>
Masa tu aku tengah wudhuk. Lebih kurang macam ni la dialognya.
>
>
" Blajo mane? " Dia memulakan perbualan. Aku sengih sengih je.
" Mesir, " Aku jawab perlahan. Macam kentut dalam selimut.
" Ambik nape? Syariah ke? " Aku geleng kepala tanda salah. Masih lagi tersengih. Dia soal lagi.
" Tib? " Rupanya pak cik ni bukan uncle yang biasa, tau jugak istilah - istilah arab ni. Aku angguk perlahan.
>
>

Aku tak tau sampai mana kami berbual. Selesai wudhuk, aku masuk. Selepas muazzin iqamah, semua jemaah berdiri untuk bersolat. Salah seorang pak cik suruh uncle tadi yang berbual ngan aku jadi imam.
>
>
Imam. Rupanya dia imam. Kebetulan masa tu aku berdiri sebelah dia, terus je letak tangan kanannya kat belakang aku. "Ni ada budak Mesir ni," katanya.
>
>

Berderu darah naik kepala aku. Aku bukan tak leh jadi imam, tapi rasanya ada orang yang lebih layak untuk berdiri di depan, mengepalai jemaah. Alhamdulillah, rasanya macam tak de orang dengar. Hari tu orang lain yang jadi imam, dan bukan uncle tadi.
>
>

Moral ceritanya, kita duk sini mestilah lengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya. Selain ilmu perubatan, kalau boleh dada kita ni isilah sedikit sebanyak dengan ilmu lain yang sewaktu dengannya. Ilmu agama maksud aku.
>
>
Sekurang - kurangnya kita tak la cuak sangat kalau ade orang suruh jadi imam semayang raya ke, baca khutbah ke, baca doa qunut ke, tahlil arwah ke, ape ke. Kalau tak leh nak hadiri kelas - kelas mingguan, isilah waktu terluang tu dengan mendengar ceramah, yang berlambak kat internet ni. Tak pun tengok balik video yang di' upload' masa ceramah Ustaz Fawwaz dan Ustaz Kadir.
>
>

Saje je, aku nak nasihat diri sendiri. Sama - sama kita ambik iktibar.
>
>
>
>
di mejid kristal. Kalau perasan ada budak kelantan tu, maknanya diorang datang sebab nak tengok abang Kadir kawin.

Wednesday, March 25, 2009

arab way

Sambungan Cultural Day Cairo Univ, 20 haribulan Mac 2009. Semua negara Arab ada tarian masing - masing. Bagi aku, tarian diorang hampir sama walaupun dipertunjukkan oleh negara yang berbeza. Ada penari, dan penepuk tangan. Kalau kat Malaysia, setiap tarian memang jelas nampak perbezaannya. Dikir Barat dan Zapin, langsung tiada persamaan antara kedua duanya. Tarian Naga lagi la. Tak tau nak tulis apa, jadi tengok je la gambar kat bawah.
>
>
>

Yaman, negara kedua Moji
>
>
>
Palestine tercinta
>
>
>

Jordan itu Urdun
>
>
>
Sudan - gaya tersendiri
>
>
>
Mesir
>
>
>
i believe - Syria
>
>
>
Syria lagi..tua dan muda, budak dan ayah budak, semuanya berdansa
>
>
>

Monday, March 23, 2009

indian booth

Tahun ni, khabarnya lima orang pelajar India datang belajar kat Cairo Univ ni. Masa persembahan dalam dewan semalam, Malaysia bukan lagi negara tunggal yang present dalam bahasa inggeris. Ramai pelajar Melayu tak lepaskan kesempatan bergambar dengan diorang. Ada yang menyesal sebab tak sempat lawat booth diorang. Maklumla, Bollywood.
>
>

negara Salim dan Jamal
>
>

Tong, Rokocoko dan Baem - korang bleh r men benda2 ni..
>
>

gitar antik
>
>

lagi alat muzik..
>
>

Karom
>
>

visit india
>
>
>
Kat booth india, diorang pasang cerita hindustan dan pameran alat - alat muzik serta permainan. Studen Melayu menunjukkan ke"terer"an bermain Karom. Orang Arab plak hanya memerhati dengan rasa takjub.

Sunday, March 22, 2009

malaysian booth

jalur gemilang
>
>
Satu sudut di booth pelajar Malaysia
>
>
takraw
>
>
Pak Andam mendandan pengantin
>
>
Jom duduk jap..pasni sambung balik

Saturday, March 7, 2009

hari sukan 09

"mana tandas?"
soalan pertama yang keluar dari mulut selepas turun daripada bas
>
>
pasukan tarik tali kaherah.
>
>

Tenis. Servis Syakirul tajam, sukar dibalas pihak lawan.
>
>

Baling selipar. kaherah diasak pasukan lawan, mansura
>
>

penyokong setia di gelanggang bola keranjang
>
>

dr khaliq beraksi
>
>
Apes menaiki pentas sebagai wakil futsal. Kaherah menang johan dan naib johan.
>
>
dua exco mantap Perubatan. Dari kiri : Imdad dan Baem
>
>
gaya bersahaja Al
>
>
pulang ke kaherah



Wednesday, February 4, 2009

Man dan Maarad

Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk mengunjungi Maarad Kutub (lebih kurang macam book fair r) pada tahun ni. Kartun kat bawah adalah realiti yang berlaku pada diri penulis sendiri. Sama sama kita ambil pengajarannya.









moral : berbelanja biarlah berpada..jangan sampai membazir..kerana orang yang suka membazir tu adalah sedara setang..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.