Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

betul2 bukan cobaan

Hari ni aku cuma nak kongsi satu video pasal exam.

Video ni agak menarik, jadi sila la buffer sampai habes ya.




editor video : unit video PERUBATAN


Blog ni akan tawaquf sepenuhnya sampai abeh exam.
Tak sempat kot nak melukis, banyak buku nak kena baca.

Doakan kami semua berjaya, insyaAllah.


Tuesday, June 14, 2011

tarbiah tension

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup atas muka bumi ni.

Musim exam, ramai orang berperangai macam perangai binatang. Ada yang jadi kera sumbang, ada yang mandi kerbau, ada yang tidur-tidur ayam; semuanya sebab nak kejar masa serta fokus dalam belajar.

Korang pernah tak alami salah satu situasi kat bawah? memang sakit hati jugak la kalau berlaku tika musim peperiksaan..






Time exam je, ramai orang akan jadi sibuk belajar. Jadi kalau masak pun, dia masak lebih kurang je. Tapi takpe la kan, asalkan ada lauk dan insyaAllah kenyang.

Bersyukur dengan apa yang ada...






Tu boleh tahan lagi.





Cara studi setiap manusia berbeza. Kalau serumah dengan member yang suka menghafal kuat-kuat,
memang azab sikit la kalau kita nak fokus dalam belajar.

Tension kan?






Musim exam punya pasal, dia buat mesin basuh tu macam dia yang punya.
Peram baju dalam washing machine tu punya la lama macam kita ni takde baju ntuk dibasuh.

Kalau turn kita basuh baju, pandai pulak suruh basuh cepat-cepat..
hadooh..hadooh...






Sabor je la ye. Kalau rasa kita tak leh handle tension/tekanan emosi dan perasaan masa exam, cuba bayangkan apa korang nak buat time kije nanti..

ni aku tolong gambarkan, korang cuma perlu scroll je bawah:














Pegi keje, kena marah maki hamun sumpah seranah bukan saja dengan MO dan nurses, tapi jugak dengan patients.

Waktu keje pulak panjang, dan keje pulak berlambak..tak tahu la macam mana nanti..






Balik rumah, ingatkan boleh la nak rehat ke ape...

Rupanya...






Haih..Bini kita pun sibuk jugak rupanya...

Kita balik keje, dia nak pegi keje.
Dia masak pun tak sempat, baju pun tak terbasuh, pempes anak pun tak tukar lagi..

abeh sape nak buat semua tu?

Kalau bukan bibik, kita la...




Itulah kawan-kawan. Pesanan aku , jadikan fatrah exam ni sebagai satu fatrah untuk kita melatih diri untuk lebih banyak bersabar. Tension tu, tension jugak, tapi kawal la ya.

Kalau kita tak leh kawal sekarang, dah kije pasni, macam mana?



p/s : ni bukan entri suruh korang tak kawen dengan dokte oke!



Friday, May 27, 2011

killing medical students

Assalamualaikum,

Amaran:
Anda insyaAllah tidak akan memahami post kali ni tanpa membaca pengajaran di bawah. Jadi, baca hingga habis dan jangan tertinggal satu huruf pun. Jangan su'uzhan dengan penukis (penulis+pelukis) ya.































Student A: killed.














Student B: Killed



















Student C: Killed.







Faham ke?

Tak faham sangat kan?

> Pengajaran 1:
Exam tu, exam jugak, tapi janganlah sampai kita melupakan rakan2 kita. Khusyuk sangat menelaah pelajaran sampai tak sedar orang bilik sebelah tu masih idup atau dah mati.

> Pengajaran 2:
Kita hidup, kena berjemaah. Jangan berpecah sesama sendiri. Kita berpecah, musuh untung dan kita kalah.

Oh aku tak reti buat karangan. Harap korang paham.


InsyaAllah blog ni akan tawaquf sempena exam (Tawaquf: daripada Waqafa bermaksud berhenti. Wakaf tau, wakaf?).

Pengeluaran entri akan berkurang daripada satu post seminggu menjadi 2 minggu satu post.
tadi kate tawaquf.

sekian.





Friday, May 13, 2011

tidur sebentar

Shock exam dah abeh. Takyah citer kot, boleh terjah mana-mana blog ikhwah akhawat taun 4 Cairo contohnya macam yang ni [sila klik] kalau nak tahu keadaannya.

Satu entri khas mengenai exam, semoga bermanfaat.
Oh, hidup ni pun macam shock exam gak, cuma bezanya shock exam ni dengan shock exam forensik ialah bukannya kita tak tahu tarikh exam bila, tapi kita tak tahu masa berakhirnya exam kita ni. Gelabah tak bila disuruh berenti menulis sedangkan kita masa tu baru rangka pendahuluan untuk essay English 1119 kita?

Faham ke?










sehari sebelum peperiksaan...

















Hari peperiksaan...

































check jadual exam awal-awal sebelum hari peperiksaan. Tu je pengajarannya. faham ke?



Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.