Istiqamah lebih baik dari seribu karamah.
Susah rupanya nak istiqamah atau konsisten dalam buat kerja ni rupanya. Alhamdulillah, exam Otorhinolaryngology (oto-rhino-laryngo-logy) dah abeh. Menipu la kalau kata senang, kan? yang penting istiqamah stadi lepas ni.
Entri ni cuma analog, jangan terlebih tafsir pulak. Maklumlah, bila cakap pasal kawen semua muda mudi seronok, kan?
Tiap - tiap tahun update resume Bait Muslim...
tak cukup dengan yang PERUBATAN punye,
yang BKAN skali dia isi...
Tapi diri tu masih macam dulu..Bilik bersepah tak reti kemas..
tu belum tengok jambannya lagi..
Makan pandai, basuh pinggan buat - buat lupa pulak...
Masak pun malas,
Memang macam tanggung biawak hidup...
Surau kat Mesir ni bukan saja banyak, bahkan dekat dengan rumah..kadang-kadang sebelah pintu je...tu pun malas lagi nak pegi solat jemaah...
Pengajaran utama yang boleh diambil daripada rantaian lukisan di atas adalah:
BER. TANGGUNG. JAWAB
Kalau kita tak berubah sekarang, bila lagi? Nak bentuk sifat mahmudah ni makan masa, bukan boleh berubah mendadak secara radikal ; hari ni jahat esok baik terus. Kalau ada pun tak ramai, dan kebanyakannya hangat - hangat kuah kari. Sekejap je jadi suam.
Bagi yang suka memboros, berjimatlah
Bagi yang malas stadi, rajinkanlah diri
Bagi yang suka bertangguh, maka kau pikirlah sendiri
PERUBATAN : Persatuan Pelajar - Pelajar Perubatan Malaysia Mesir
BKAN : Badan Kebajikan Anak Negeri
UBM : Unit Bait Muslim
No comments:
Post a Comment