Assalamualaikum,
"Beza H.O Malaysia (medic Malaysia) dengan antum semua cuma 5 deliveries je," kata Abang Israk.
Lega sikit bila beliau pesan macam tu.
Exam makin dekat, stadinya masih sikit. Oh, stadi sebab examkah?
Betulkan niat, semoga istiqamah bila belajar.
Bagaimana cara uruskan duit? Ni ada satu cara boleh diamalkan kepada yang berminat.
Duit elaun/gaji/upah yang kita dapat, bahagikan pada 2 bahagian.
Simpanan dan joli.
bahagian 1; SIMPANAN
Simpanan untuk apa?
1) Simpanan BEKU:
Simpan beberapa peratus daripada duit anda setiap kali mendapat elaun.
Duit ini jangan dikacau sampailah anda habis belajar.
Tujuan duit ini disimpan? anda sendiri tentukan sebabnya;
Bayar pendahuluan kereta ke, hadiah kat mak ke, beli tanah ke..sukati.
2) Simpanan KECEMASAN:
Simpanan yang berguna dikala anda ketiadaan duit untuk
perkara yang tidak dijangka;
seperti
bil letrik melonjak naik selepas 2 bulan tak bayar sebab evakuasi,
kemalangan, kawan mintak berhutang dan banyak lagi.
Tak perlu banyak, cuma simpan LE 10 setiap bulan untuk tujuan ini.
3) Simpanan TIKET:
Jarak antara permulaan kuliah dan cuti musim panas adalah kira-kira 9 bulan.
Simpanlah duit secara istiqamah setiap bulan supaya anda cukup wang untuk beli tiket.
Bahagian 2: Joli
Joli untuk apa?
1)Joli KEPERLUAN ASAS:
seperti duit rumah, bil api dan air dan sewa.
Kalau ada hutang, dahulukan untuk bayar hutang.
2) Joli SEJOLI JOLINYA:
Ada orang suka beli jam, ada yang bibliophile,
ada yang shopaholic dan ada yang suka makan
makanan baru yang halal.
oh, manusia sungguh unik.
Jadi, peruntukan sejumlah daripada wang anda untuk tujuan ini.
InsyaAllah, anda tak perlu risau jika wang di akhir bulan
tak cukup sekiranya anda sudah membahagikan wang
seperti di atas.
Jadi, tak perlu takut untuk berbelanja!
"Berusaha mencari untuk memberi dengan lebih,"
Wang tak mampu menjaga kita. Sebab tu kita kena pandai uruskan duit. Tapi, janganlah risau kalau takde duit, sebab rezeki tu Allah yang punya. Dialah yang Maha Kaya yang punya segala.
Jadi, banyakkan sedakah dan bayarlah zakat bagi mereka yang wajib untuk membayarnya.
p/s:
Minggu depan shock exam, Doakan.
4 comments:
simple yet so beneficial.
aku rasa korang semua ada cara sendiri untuk uruskan wang dengan lebih elok lagi..
kan?
nice blog,mintak izin share
rokocokohim:
amek je la **h*m...
aku tak kesah...
Post a Comment