Wednesday, December 24, 2008

muamalat dalam bas

Seperti biasa, entry kali ni tak lebih daripada sekadar karutan yang membosankan. Satu benda yang aku dah lama perhatikan berlaku dalam bas dan metro kat Mesir ni. Bagi sesiapa yang tak pernah naik bas, bolehlah lepas ni cuba cuba naik bas kalau nak tahu kesahihan cerita nih. Ceritanya adalah pasal penjual yang menjual bukan kat kedai, tapi dalam bas. Daripada barang yang boleh kita jumpa kat dapur, sampai lah barang yang kita gunakan bila nak stadi. Macam - macam ada..
>
>

Antara barang yang boleh korang beli daripada penjual dalam bas ni adalah gula gula, buku, pen, alat tulis, jarum peniti dan benang. Plastik aluminium pun ada. Tapi dalam satu satu masa penjual hanya akan jual sejenis barang je. Bukan skali naik bawak semua barang yang aku senaraikan kat atas. Jadi kalau berhajat nak beli buku, jangan mintak dengan orang yang jual jarum, kang tak pasal pasal kena akupuntur mulut tu. Yang uniknya, bila menjual barang, sambil - sambil kempen pasal barang diorang tu, ada yang akan cakap 'solla 3la nabi' (berselawatlah ke atas nabi) -- satu situasi yang jarang kita nampak, dan susah nak jumpa kat dalam bas di Malaysia. Sambil jual barang, secara tidak langsung boleh jugak buat pahala dengan menyeru orang lain berselawat ke atas nabi kita, nabi Muhammad (s.a.w).
>
>

Penjual, contohnya penjual gula - gula akan bagi barang - barang yang ndak dijual kepada penumpang yang duduk. Bukan yang berdiri tak boleh beli, cuma priority diberikan kepada mereka yang duduk. Kalau tak de orang yang nak beli, dia akan ambil balik barang yang dijual. Harga barang agak berpatutan tapi kualiti barangan dijual tak dijamin. Ada sorang sahabat kepada kawan aku pernah sekali beli pen. Tiga batang satu Gen (kalau tak silap). Tapi bila guna untuk tulis dua tiga patah perkataan, dakwat abis. Jadi kalau ada yang nak beli barang lepas ni, pilih la elok - elok, jangan main ambik je.
>
>

Bila aku perhatikan, aku jadi kagum kat diorang nih, sebab diorang hidup atas muka bumi ni betul2 untuk hidup mencari rezeki. Macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau nak dibandingkan dengan masyarakat kita, khususnya remaja , hidup kebanyakannya hanya untuk suka2. Aku sendiri pun, sambil sambil belajar ada lagi buat benda2 lagho dan sia - sia. Layan drama, surf benda2 tak berfaedah dan buang masa menjadi rutin harian.
>
>
Sambung balik; biasanya penjual terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak - kanak. Setakat yang aku jumpa, semuanya lelaki. Pernah sekali aku naik bas, masa tu on the way balik rumah dari ARMA. Ada sorang penjual ni (kalau tak silap) jual gula - gula. Lepas jual gula - gula tu, dia turun dari bas. Disebabkan kesesakan lalu lintas, bas gerak lambat - lambat. Kemudiannya datang la sorang budak, jual benda sama dengan brader tadi. Dah jual benda sama, dan penumpang yang ada pun masih lagi penumpang yang sama, of kos tak de yang nak beli. Tak sampai 15 minit lepas budak tu turun, datang lagi sorang penjual, juga sorang budak. Disebabkan dia jual gula - gula jugak, tak sempat nak edar orang dah suruh turun. Aku tengok kesian pun ada.
>
>

Penjual barang ni, biasanya kalau diorang naik bas, diorang tak akan bayar tambang. Naik kejap, lepas jual barang terus turun bila bas brenti. Pemandu pun tak marah kat diorang. Seganas - ganas orang arab, sebenarnya baik jugak diorang nih. Entry ni tak lebih dari sekadar satu luahan pengalaman penaip. Mane tau esok esok bile bace balik, sekurang kurangnya ada bukti yang aku pernah sampai kat Mesir. Kalau dipanjangkan umur, harap ianya akan menjadi satu daripada kenangan aku masa menetap kat sini, yang bila aku baca balik, aku sekurang kurangnya tau, aku pernah melalui semua ni. Bak kata orang kampung wakaf tengah; hopefully this post will be something for me to laugh about when i read it again next time. Sekian.
>
>
>
>

xbesdanxbes 10

5 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

salam..
nice entry..pernah gak terfikir nak tulis pasal nie..
kdg2 rasa kagum sgt dgn bdk2 kecil yg tabah turun naik bas jual mcm2..
padahal diorg tu kecik je pun...
diorang xde rase malu pun..
kalau kat msia...mmg x nmpk suasana cam nie...diorang bpenat lelah cr rezeki sejak kecik, yg kat msia plak berpenat lelah improve skill main PS, main itu n ini..huhu..

musegalo said...

ak stuju 120%..
memang beza ngan budak kat mesya..

p/s: sori r curi idea..x sengaja

Kyu said...

1st time aku jupe org2 ni mase dlm bas gk. tibe2 ade org bagi kacang. aku ingtkn mmg bagi free. pstu tibe2 plk mntk 20 qirsh. aku tgh blur mse tu jd aku ltk blk kacang dlm bakul die. rase kedekut sapa leni.

haha rg wakaf tgh. hebat gile. ingtkn ade kdai abim je.

musegalo said...

kedai abim.
bile mase mu sapa k ak?
eh, mu skoloh kat batu rakit..
mknenye penah r outing kat bndaraya wakaf tgh..

:: x abihnye duit kalu mu wi ke awk ye..

:: awk mu gne qirsh gk k?

Kyu said...

aku tgh blur mse tu jd aku ltk blk kacang dlm bakul die. rase kedekut sapa leni.

ye joden gune qirsh. 100 fils=10qirsh. 100qirsh=1dinar. 1dinar=5ringgit.

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.