Monday, December 22, 2008

Jaulah ke Jauhilah?

Dua tiga hari ni, ramai aku tengok sahabat aku sibuk ngan perancangan cuti winter yang akan menjelma tak lama lagi. Cuti selama 2 minggu ni, adalah hadiah selepas peperiksaan mid year. Yang terbaru, petang tadi sebelum kelas Physiology bermula saudara kita Pudin selaku ketua mushrif ada buat pengumuman pasal mushrif bagi akhawat untuk ke Bahriya. Ape ke benda Bahriya tu aku pun tak tahu. Nama macam nasik beriani je. Katanya jaulah pakej dua dalam satu Luxor-Aswan tak jadi dilaksanakan. Adalah masalah sikit katanya. Oleh itu destinasi baru dipilih sebagai tempat yang bakal dijelajahi cuti nih. Bayaran 450 gen. Ada dua trip, jadi sape sape yang terlepas trip kedua insyaAllah tahun depan ada lagi peluang untuk ke sana. Kalau tak sabar sangat, boleh la pergi sendiri.
>

>
Ada jugak yang dengarnya nak gi shopping kat Abou Ela sebab nak cari pakaian tebal tebal skit, kerana planning cuti ni nak gi Turki. Ada salji katanya. Ada jugak sebelum ni aku dengar yang nak gi Jordan, dan macam - macam tempat lagi. Yang mintak mushrif gi Jerman pun ada. Maklumla biasiswa naik, nafsu jaulah membuak buak. Memang, tak dapat dinafikan bahawa, masa ni je kita berpeluang pegi jalan - jalan jelajah negara orang. Lepas nih balik ke tanah air memang kompem dah tak boleh gi jenjalan dah, sibuk dengan kerja masing masing. Internship 2 tahun. Nak balik kampung pun susah, ni kan pulak nk gi melancong. Lepas tu pulak, kalau ada yang berumah tangga lagi la susah nak pegi. Nak balik kampung pun kena ada giliran..susah2..
>

>
Perlu ingat bahawa sebelum winter holiday, semua akan menghadapi peperiksaan. Ni nasihat untuk diri penaip sendiri dan sahabat - sahabat sekalian. Jangan lah kuman seberang laut tu kita nampak, tapi kertas soalan atas meja dewan peperiksaan tu kita buat - buat tak nampak. Walaupun ada pepatah mengatakan, walaupun fail dalam mid year exam, tetapi jika kamu berusaha bersungguh - sungguh untuk peperiksaan akhir tahun nescaya kamu akan tergolong dalam golongan mumtaz, namun perlu diingatkan bahawa exam ni penting jugak sebenarnya. Jadikan peperiksaan yang akan datang sebagai batu loncatan untuk kita stadi, dan teruskan stadi jugak walaupun selepas exam. Oleh itu, selamat menduduki peperiksaan kepada semua. 3la kulli haal, bit taufiq wan najah.
>
> >

>
:: doakan mohd ihsan bin hamdan dan kawan - kawannya akan berjaya dalam peperiksaan dunia dan akhirat. Amin.

3 comments:

cairoboy said...

cmon aa ballers!!
gud lark exam weih...

musegalo said...

mkasih2..
kalo ko nak main bitau r..
insyaAllah kalau x de pape aku join.

musegalo said...
This comment has been removed by the author.

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.