Showing posts with label physiology. Show all posts
Showing posts with label physiology. Show all posts

Monday, March 16, 2009

jangan tiru macam saya

Hari ni merupakan hari yang panjang. Kelas bermula pukul 8, berakhir pada pukul 3 lebih. 3 jam kelas Anatomy, diikuti dengan kelas Physiology dan diakhiri dengan kelas Bahasa Arab.
>
>
Tak seperti hari sebelumnya, aku ke kelas awal. Sekurang - kurangnya lagi awal daripada Sopi. Kelas Anatomy hari ni berjalan selama 3 jam, dimulakan dengan subjek Abdomen. Disambung dengan subjek Neuroanatomy pada pukul 9 lebih. Aku cuba untuk tidak tidur, namun gagal. Ada la jugak 4, 5 kali terlelap.
>
>
Physiology bermula lewat hampir setengah jam hari ni. Subjeknya macam dua minggu lepas, Reproduction; diajar oleh Professor Hassan. Disebabkan waktunya petang, bilik kuliah pun bawah tanah, ditambah pulak dengan keadaan persekitaran yang agak panas dan kadar ventilasinya yang rendah, ramai yang gugur syahid. Kelopak mata ni, terasa terlalu berat untuk aku angkat.
>
>
Tiba-tiba, kelas jadi senyap. Aku terbangun sebab disiku Paan. "Weh dia dah mark orang,".
Aku tak paham pada mulanya. Lepas tu aku tengok sorang kawan , duduk tak jauh dari aku kemaskan buku, kemudian bangun menuju ke pintu. Cuak. Berdebar. Semua ada. Selepas dia keluar, professor tunjuk ke arah aku. "You, and you" katanya sambil menunjukkan jarinya kepada sorang lagi ikhwah yang duduk kat depan.
>
>
Lagi la rasa nak pengsan. Beberapa kali aku tunding jari ke muka aku sendiri, untuk memastikan aku kah lelaki malang yang dimaksudkan itu. Professor pulak angguk angguk je. Di belakang aku; Azizi. "Tak kan Azizi tido kot..aku la gamaknya...Kena keluar jugak ke aku ni??"
>
>
Aku bersedia untuk kemas buku dengan pasrah. Hampir - hampir aku bangun dari kerusi bila Paan pegang tangan aku, katanya, "Duduk, duduk..". Rupanya tu hanya sebagai amaran daripada professor. Sekali lagi aku kantoi - abes. Keluar la jawabnya. Tima kasih Paan!
>
>
Lepas tu, mata ni rasanya tak nak tertutup lagi. Nak pandang bawah pun tak berani, takut dicop tidur. Bila terpacul perkataan "Thank you" dari mulut professor, aku berkata dalam hati, "eh, dah abes kelas?"
>
>
pengajaran: Jangan la tido dalam kelas, buruk padahnya

Monday, December 22, 2008

Jaulah ke Jauhilah?

Dua tiga hari ni, ramai aku tengok sahabat aku sibuk ngan perancangan cuti winter yang akan menjelma tak lama lagi. Cuti selama 2 minggu ni, adalah hadiah selepas peperiksaan mid year. Yang terbaru, petang tadi sebelum kelas Physiology bermula saudara kita Pudin selaku ketua mushrif ada buat pengumuman pasal mushrif bagi akhawat untuk ke Bahriya. Ape ke benda Bahriya tu aku pun tak tahu. Nama macam nasik beriani je. Katanya jaulah pakej dua dalam satu Luxor-Aswan tak jadi dilaksanakan. Adalah masalah sikit katanya. Oleh itu destinasi baru dipilih sebagai tempat yang bakal dijelajahi cuti nih. Bayaran 450 gen. Ada dua trip, jadi sape sape yang terlepas trip kedua insyaAllah tahun depan ada lagi peluang untuk ke sana. Kalau tak sabar sangat, boleh la pergi sendiri.
>

>
Ada jugak yang dengarnya nak gi shopping kat Abou Ela sebab nak cari pakaian tebal tebal skit, kerana planning cuti ni nak gi Turki. Ada salji katanya. Ada jugak sebelum ni aku dengar yang nak gi Jordan, dan macam - macam tempat lagi. Yang mintak mushrif gi Jerman pun ada. Maklumla biasiswa naik, nafsu jaulah membuak buak. Memang, tak dapat dinafikan bahawa, masa ni je kita berpeluang pegi jalan - jalan jelajah negara orang. Lepas nih balik ke tanah air memang kompem dah tak boleh gi jenjalan dah, sibuk dengan kerja masing masing. Internship 2 tahun. Nak balik kampung pun susah, ni kan pulak nk gi melancong. Lepas tu pulak, kalau ada yang berumah tangga lagi la susah nak pegi. Nak balik kampung pun kena ada giliran..susah2..
>

>
Perlu ingat bahawa sebelum winter holiday, semua akan menghadapi peperiksaan. Ni nasihat untuk diri penaip sendiri dan sahabat - sahabat sekalian. Jangan lah kuman seberang laut tu kita nampak, tapi kertas soalan atas meja dewan peperiksaan tu kita buat - buat tak nampak. Walaupun ada pepatah mengatakan, walaupun fail dalam mid year exam, tetapi jika kamu berusaha bersungguh - sungguh untuk peperiksaan akhir tahun nescaya kamu akan tergolong dalam golongan mumtaz, namun perlu diingatkan bahawa exam ni penting jugak sebenarnya. Jadikan peperiksaan yang akan datang sebagai batu loncatan untuk kita stadi, dan teruskan stadi jugak walaupun selepas exam. Oleh itu, selamat menduduki peperiksaan kepada semua. 3la kulli haal, bit taufiq wan najah.
>
> >

>
:: doakan mohd ihsan bin hamdan dan kawan - kawannya akan berjaya dalam peperiksaan dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, October 22, 2008

physiology 1200


Kelas hari nih stat pukul 12pm-subjek fisiologi..kelas fisio esok mngkin akan digabungkan jugak macam minggu lepas-laki campo pompuan lam satu kelas..bukan tak bes, cume susah nk tumpu perhatian kalau kelas digabungkan antara student lelaki ngan student perempuan..sebabnya tempat belajar tu dah la kecik, nk kompensate dengan bilangan pelajar, rase2 nye macam x padan je..lain lah kalau kelas fisiologi tu diorang alihkan ke dewan kuliah besar macam kelas behavioral science smalam..ok r sikit..



Bercakap pasl kelas nih, sebenarnye ade beberapa pendapat mengenai pengasingan kelas antara student laki2 ngan student wanita nih..ada yang bersetuju dan ade yang tidak..dan ade yang ok je kalau gabung ke tidak..x kesah..


Yang bersetuju kata, "kelas tak gabung r best, sebab tak serabut kepala berasak-asak dalam kelas kecik..nk belajar pn susah..macam dok dalam tin sardin je.."


Tapi ade gak pelajar yang kata, "weh, kalau kelas tak gabung ni, senang ngantuk..sebab kalau kelas tak gabung nih pelajar sama jantina je..jadi nak tido pn takyah kaver...malu r kalau tido awek tengok..!"


Dan ade yang kata "Kalau kelas x campur, susah nk kenal sesama sendiri..sbb aku ada kawan(brader H) yang abang ipar dia punya adik(Si W) blajar kat 413x..kawan aku nih nk kirim barang kat Si W(abang ipar dia suruh kot)..jadi Si W suruh la brader H kirim barang tu kat sorg kawannya yang blajar kat universiti yang sama ngan brader H..dan kawan si W nih sorg pmpuan..brader H pulak tak kenal kawan si W nih..jadi nk antar barang pn jadi agak susah.."


Disebabkan ade perbezaan pendapat mengenai kelas campo/tak campo nih, meh kite renungkan apa sebab kita datang sini..kalau kite betulkan niat, x de masalah nye pasal kelas campo ke x campo nih..jadi kesimpulannye kelas campo ngan kelas x campo sumenye ade kebaikan masing2..tpulang pada diri nk pikir macam mana..


xbesdanxbes
oct2208

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.