>
Thursday, June 4, 2009
beit al a3la
Tuesday, April 7, 2009
hari selasa
>
>
Sejak dua menjak ni, time Zohor je aku akan pergi ke masjid berdekatan ngan bangunan tibb asnan. Agak jauh dari kelas, tapi berbaloi sebab tak perlu beratur panjang untuk berwudhuk. Tempat solat pulak luas dan agak selesa.
>
<
Nak dijadikan cerita, hari ni macam biasa aku pergi solat kat sana. Alhamdulillah, sumanya ok sampai la masa aku nak ke kelas. Tengok tengok, kasut aku dah hilang. Nak kata panik, panik la jugak sikit - sikit. Mungkin ada orang alih sebab nak solat tadi, aku pujuk hati. Bila nampak stokin aku ada tersangkut kat bakul sampah dekat ngan pintu keluar ke tempat wudhuk, aku dah stat pikir menda lain.
>
>
Kene curi kot kasut aku. Pastu kawan kawan yang jugak baru lepas solat, tolong jugak la cari. Memandangkan pencarian tak berhasil, dan satu satunya benda yang aku jumpa adalah stokin (sebelah plak tu), maka hipotesis sebelum ni diterima 100 peratus. Kasut aku kena curi.
>
<
Aku bukan nak cerita sangat pasal kasut tu, cuma mesej yang tersirat disebalik perkara yang berlaku. Disebabkan takde alas kaki untuk ke kelas seterusnya (praktikal anatomy), Moji dan Salman serta Din berpecah untuk beli selipar untuk aku. Medad ngan Saif pulak teman aku kat masjid. Sebenarnya boleh je kalau nak pau selipar jamban masjid tu. Bukan pau, pinjam. Tapi keadaan tak de la mendesak sangat sampai memaksa aku buat macam tu.
>
<
Tima kasih korang, sebab tolong aku. Bahagia la sape sape buleh korang seksok. Medad disebabkan terlalu lama tunggu ngan aku kat masjid tu, sampai terponteng kelas Anat tadi. Begitu jugak Saif dan Moji. Pasal kasut tu pulak, ada hikmah disebalik setiap perkara yang terjadi. Hanya Allah yang tahu. Mungkin dia lebih memerlukan kasut tu daripada aku.
>
>
"Korang pergi la dulu kelas, aku tunggu sorang sorang pun takpe", mulut aku kata macam tu walaupun hati aku kata sebaliknya.
>
"Takpe takpe, kitorang tunggu same ngan kao", saje je ko Medad, alasan nak ponteng kelas. aku gurau je medad.
>
>
p/s : promo blog bang bil
Friday, April 3, 2009
dilema
>
Bila aku telepon famili hari tu, mak macam nak aku balik beraya kat kampung tahun ni. Masa tu aku belum bagitau tentang keputusan untuk tak balik. Bila aku khabor ke mak aku, dia tak kisah, sukati aku nak balik ke tak. Mak slalu macam tu, bagi aku kebebasan lam memilih keputusan. Asalkan aku bahagia.
>
>
Nak dijadikan citer, hati aku ni rasa rindu plak ngan famili sejak dua tiga hari yang lepas. Aku dah biasa duk jauh. Skolah dulu pun duk asrama, jadi tak de la kisah sangat kalau tak balik 2, 3 minggu. Lagipun famil boleh lawat aku tiap2 minggu kat skolah dulu. Susah sangat fly je naik bas balik rumah, aku bukannya tinggal jauh pun dari skolah. Tapi aku tak pernah buat r, budak skema katakan. Cuma skarang lain sikit. Tak bleh nak jumpa face to face, cuma bleh dengar suara je bila tepon.
>
>
Kalau aku balik taun depan, Pak Su Man (adik yang last) rasanya dah masuk Taski. Masa aku tinggal dia dulu, cakap pun pelat lagi. Masa balik tahun lepas jugak, dia mulanya malu - malu ngan aku, sebab lama tak jumpa jadi dah tak cam aku gamaknya. Ambik masa 2, 3 hari jugak untuk dia sesuaikan diri. Kalau aku tak balik tahun ni, lagi la tak kenal..
>
>
Ayah Mat, ayah saudara aku suruh aku balik. Tahun lepas, aku tak dapat jawab ape ntah soklan yang dia tanya. Masa tu, dia suruh aku urut kakinya yang sakit. Sengal sendi kalau tak silap Dia tanya, apekes kakinya jadi sakit macam tu? ade kene mengena ngan urat ke? (btw urat tu ape? vessels ke nerve fiber?). Disebabkan kecetekan ilmu dan kegopohan aku belajar masa tu hanya untuk lulus exam, maka agak sukar untuk aku jawab soalannya. Padahal boleh je goreng, nak tunjuk konon2 kita ni blaja medik. Tapi aku tak suke la pulak nak menipu, lebih - lebih lagi famili. Mungkin dia saje je bergurau, sebab nampak aku ni pendiam sangat. Jadi dia tanya soalan untuk galakkan aku bercakap. Maka dia suruh aku balik tahun ni, sebab dia nak tanya lagi. Kali ni mungkin soalan yang lebih advance dan mencabar otak aku.
>
>
Salah sorang ustaz kat ARMA tahun ni, yang jugak cikgu kelas kitab Subyan bebudak kat Fustat dulu dengar katanya nak kawin kat kampung. Rugi kalau aku tak balik tengok dia kawin. Maklumla, seumur hidup sekali. Ustaz tu pulak macho, jadi kalau aku dedah sape gerangan ustaz tu, maunya kecewa akhawat yang membaca entri kali ni. Sori ustaz, ana gurau je.
>
>
Jadi ada la sedikit sebanyak sebab aku perlu balik. Cuma nak tahu keputusan je. Balik ke tak?
> >
Wednesday, December 17, 2008
physics and biology
Wednesday, December 3, 2008
7th post
Monday, December 1, 2008
moneywise and spendthrift
>
>
Tapi idup aku sekarang benar - benar berbeza dengan idup yang aku masa duduk fustat dulu. Maklumlah, kat fustat, sewa rumah sebulan 75 dolar ( lebih kurang 375+ gen), 2 kali ganda daripada sewa sebulan rumah mini yang aku duduk sekarang. Lagipun, sekarang transport ke universiti bukan lagi tremko dan bas, tapi hanya perlu jalan kaki untuk pergi belajar hari - hari. Biasiswa pulak baru je dinaikkan akir bulan 7 tahun ni. Banyak sangat elaun yang kita dapat sampai ada sahabat yang pulang ke Malaysia setelah datang balik ke sini.
>
Aku ad dengar, kawan2 bercerita pasal planning diorang pada tahun. Ada yang nak pergi Jordan, Turki dan Syria bila cuti mid sem nih. Yang nak melancong ke Europe pn ada. Ada yang bercadang nak kumpul duit pergi umrah sebelum balik ke kampung. Ada jugak yang beli motor, dan ada jugak bercadang nak beli i phone, yang harganya kat sini sama mahal dengan harga tiket pergi dan balik ke Malaysia. Kalau ada yang baca lepas ni kata, "sukati diorang r nak buat apa pn, tu bukan duit mung," maka terus terang aku cuma tulis apa yang aku dengar untuk kita kongsi bersama.
>
Sebenarnya betul ke cara aku guna duit yang setiap 3 bulan diberikan secara pukal? kalau pikir balik, kat mana aku buang duit tu? nak kata beli barang takde pun pertambahan barang dalam rumah ni yang sejajar dengan duit yang aku belanjakan. Sebabnya duit banyak aku keluarkan untuk beli makanan. Takde hilang ke mana makanan tu melainkan dalam tandas.
Kesimpulannya, terpulang atas korang nak buat apa dengan duit tu, tapi kita mesti ingat bahawa duit tu duit rakyat, dan setiap kirsh dan gen akan ditanya balik untuk apa kegunaannya. Ni adalah nasihat untuk diri aku sendiri dan untuk pembaca skalian. Daripada beli barang yang tak berfaedah, baik kita simpan. Kalau lelaki sekarang dah boleh menabung untuk masa depan. Balik nanti selain ilmu, bawak la pulang teman sekali. Kalau lalu lorong2 masa nak pergi U setiap hari, hadiahkan lah sedikit dari duit kita kat mak cik - pak cik yang jual tisu tu. Tak akan terjejas hidup kita dengan bagi sekurang - kurangnya 25 qirsh setiap hari kat diorang. Ingatlah bahawa setiap satu bahagian yang kita sedekahkan, Allah akan bagi balik 20 bahagian balik kat kita.
>
>
>
>
Monday, November 24, 2008
Annual Mushkilah
>
Dia macam biasa mintak 2 salinan bagi setiap pasport dan visa serta syahadah. Tapi bila nak kepilkan semua salinan tu, dia perasan ada sesuatu yang tak kena pada syahadah aku. Rupa rupanya syahadah aku pn di'reject', dan alasannya adalah pihak U tak cop pada bahagian atas belah kiri syahadah yang tertulis' biduuni surah' (tanpa gambar).
>
Sebelum nih aku dah baiki syahadah tu kat Syuun Tullab, dan dah mintak dah pak cik tukang cop kertas tu untuk cop skali pada bahagian berkenaan, tapi dia tak cop jgk..alasannya syahadah aku takde gambar. Tapi kata fais el rais, gambar tidak diperlukan untuk buat syahadah untuk pelajar tahun 2, dan bebudak lain yang buat visa sbelum nih pun tak kepilkan skali gambar diorang kat syahadah tu (kalau tak paham rujuk gambar).

Tensen toksah cakap la..datang awal pagi tapi syahadah kena reject..mak cik tu cakap boleh kalau nak buat jugak visa, tapi aku kena balik U mintak cop dengan pihak Syuun Tullab. Kalau U Cairo tu sebelah pejabat imegresen takpe la jugak kalau nak buat lawak macam tu, tapi masalahnya U terletak kira - kira 2 km dari pejabat imegresen.
>
Kalau datang balik pun kompem pasni penuh dengan orang lain yang datangnya sama tujuan dengan kami -- untuk buat visa jgk. Kalau ramai yang datang kemungkinan untuk perkataan 'Bukrah' keluar dari mulut pegawai bertugas adalah tinggi skali.
>
>
>
Kemudiannya, masa aku dan Nasya nak keluar dari bangunan tu, kelihatan pelajar tahun satu naik ke pejabat imegresen. Kemudiannya setelah kami sampai kat U, dengarnya bebudak taun 1 kena halau dari pejabat sebab terjadi sedikit salah faham (sebenarnya bukan halau, tapi istilah ammiah melayu 'prambat' digunakan oleh sahabat yang menyampaikan berita tersebut. 'Halau' merupakan perkataan yang sama maksud dengan 'prambat')
>
>
Menurut Amir Firdaus, alhamdulillah walaupun jadi macam tu, namun ade jugak plajar tahun 1 yang sempat buat visa diorang taun nih.
>
>
'Baik sikit dari takde langsung,' ujar Amir.
>
Dan aku pulak bercadang untuk pergi sekali lagi hari Rabu nih..sesiapa yang berhajat nak buat skali, datanglah awal - awal sebab kalau pagi insyaAllah memang tak ramai orang. Takpe la, dok mesir ni memang macam tu. Mim Saad Ra=musibah, sabar, redha..
>
>
>
xbesdanxbes iv
24 nov
Saturday, November 22, 2008
overcoming laziness

Laziness is a global sickness which majority of the population suffers. Though it is not as lethal as AIDS, yet we human needs to realize that being lazy is nothing but plain stupid and useless as it will take us nowhere near the completion of a task. So here is some tips that might help:
1- Do something that motivates you. All too often, laziness stems from boredom or a complete disinterest in your daily tasks. If you don't feel that your work is rewarding, consider changing careers. Likewise, if your child isn't inherently motivated to do schoolwork, set up a reward system that gives him or her something to work toward. Also, if a particular task seems overwhelming to you or your child (and therefore causes you to not do it), take small steps to make the task more manageable.
2- Exercise.The more time that passes without taking action, the easier it is to fall into the laziness trap. Exercise is an excellent way to boost your energy levels and put you in a better mood -- so you're ready to face a new day head-on.
3- Rule out illness. If you lack the desire to do anything, you may be suffering from an illness such as depression or the newly defined motivational deficiency disorder. When laziness becomes chronic or overwhelming, you should talk to your health care provider.
4- Make a change in your life. Sometimes, just the routine of daily life can lead to laziness. If you feel your daily routine is turning into monotony, sign up for a class at your local community college, volunteer at your town's animal shelter or call up a friend to play basketball.
5- Surround yourself with supportive people. When laziness begins to set in, one of the worst things you can do is surround yourself with other lazy people. Instead, actively seek out people -- in both professional and personal settings -- who will support your ideas, encourage your success and embrace you as a person.
tips taken from sixwise.com
Tuesday, November 18, 2008
misr : musibah, sabar, redha
stuck between the 2 options
xbesnxbes iii
18 nov
Wednesday, November 5, 2008
enduring anatomy
1) You must have some passion towards it. And that is easier to type than actually doing it. But it is the first step, so once you did it, InsyaAllah the next one will not be very hard to do.
2) Make sure there's anatomy every time you revise your study. Don't have to be long, but enough for +10 minutes. And that is for starters. Add more time if 10 is not enough. My teacher told me to do the same for add math, and it's enough for me to get an a in it.
3) If you have free time, make notes for the previous chapters you learned in the class. Draw the figures-nerve, vessels, bone and etc to make it easier for you to understand.
4) Always remember the reason why you study anatomy in the first place-tajdid niat everytime before the revising starts. Works like magic.
5) To make anatomy more interesting, make sure you have something that can be used to assist your study other than the 2 coloured text books-bones, cavader, etc. Of course that is if you are brave enough to keep a body under the bed.
Tuesday, October 28, 2008
overcoming internet addiction
1) Recognize the problem: do you check email instantly when it is not entirely necessary? do you go back to the same websites over and over again? how many hours do you spend a day surfing the internet?
2) Recognize the reason: The Internet is always available, and legal unlike drug addiction. And it offers escape just like drugs and smoking. Once you realize these reasons, you can pinpoint Internet addiction as a real problem and not something to be scoffed at as not being a “real” addiction.
3) Cut down on Internet use. This is, of course, easier said than done. You can’t stop checking email any more than you can stop checking the mail box. You can, however, stop checking it with the same frequency. Set the maximum amount you use the computer a day. This applies to chat rooms, games, social networking sites (Friendster), and other sites that take up your time.
4) Take walks, go out to eat, leave your office or home—i.e. get away from the computer. Breaking away for a few hours can help clear the head. If you have wifi, don’t take the computer with you
5) Start a new hobby, read a book, play games with a friend, play sports—try to find offline activities that fill up your time..
tips taken from ehow.com

Wednesday, October 22, 2008
physiology 1200
Bercakap pasl kelas nih, sebenarnye ade beberapa pendapat mengenai pengasingan kelas antara student laki2 ngan student wanita nih..ada yang bersetuju dan ade yang tidak..dan ade yang ok je kalau gabung ke tidak..x kesah..
Yang bersetuju kata, "kelas tak gabung r best, sebab tak serabut kepala berasak-asak dalam kelas kecik..nk belajar pn susah..macam dok dalam tin sardin je.."
Tapi ade gak pelajar yang kata, "weh, kalau kelas tak gabung ni, senang ngantuk..sebab kalau kelas tak gabung nih pelajar sama jantina je..jadi nak tido pn takyah kaver...malu r kalau tido awek tengok..!"
Dan ade yang kata "Kalau kelas x campur, susah nk kenal sesama sendiri..sbb aku ada kawan(brader H) yang abang ipar dia punya adik(Si W) blajar kat 413x..kawan aku nih nk kirim barang kat Si W(abang ipar dia suruh kot)..jadi Si W suruh la brader H kirim barang tu kat sorg kawannya yang blajar kat universiti yang sama ngan brader H..dan kawan si W nih sorg pmpuan..brader H pulak tak kenal kawan si W nih..jadi nk antar barang pn jadi agak susah.."
Disebabkan ade perbezaan pendapat mengenai kelas campo/tak campo nih, meh kite renungkan apa sebab kita datang sini..kalau kite betulkan niat, x de masalah nye pasal kelas campo ke x campo nih..jadi kesimpulannye kelas campo ngan kelas x campo sumenye ade kebaikan masing2..tpulang pada diri nk pikir macam mana..
xbesdanxbes
oct2208
Penukis
- musegalo
- the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.
