Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Kenapa STRONGyloides namanya begitu?

Sebuah kartun khas untuk kawan2 aku yang sedang exam.
Semoga selamat semuanya InsyaAllah.


Amaran : oh, cacing di bawah bukan macam cacing yang anda selalu nampak. Sekian
p/s : Strongyloides stercoralis adalah sejenis cacing.








>
>
>
Autoinfection : Cacing tu bleh sebabkan infection secara terus kepada manusia tanpa perlu masuk dalam tanah balik
>
Parasitic female: Cacing betina je yang memainkan peranan penting dalam merosakkan badan manusia kerana cacing betina ni tak perlukan cacing jantan untuk beranak (parthenogenic reproduction)
>
?

selamat berpekser kepada anda semua!
>

Tuesday, December 8, 2009

kedekut dan kedekut

Kedekut. Ramai akan terpikir, sifat kedekut ni akan berkaitan ngan duit. Memang la, lepas aku sebut ni baru la korang akan terpikir kedekut benda lain plak. Tak dak la, gurau je. Entri yang diharapkan akan memberi manfaat kepada pembaca semua.
>
>
:
Kedekut Ilmu
Mungkin anda pikir, anda bukanlah sorang pengkedekut ilmu. Tapi itu kata kita. Mungkin ada skali sekala kita terlokek ilmu tanpa sedar.
>
>
>
>
>
Kedekut Kepakaran
Manusia ni diciptakan berbeza-beza. Ade benda yang kita boleh buat, dan ada benda yang kita tak leh buat. Sebab tu la tak semua orang boleh jadi Perdana Menteri, dan tak semua jugak yang boleh jadi tukang kebun.
>
>
>
>
>
Kedekut Duit
Kalau lalu tepi jalan nak gi UKM [Universiti Kaherah Mesir], kita akan selalu nampak mak cik pak cik duk tepi jalan, tadah tangan untuk dihulurkan duit. Ape salah kita bagi segenih dua, duit banyak2 pun bukan nak buat belanja kawan makan..
>
>
>
>
>
Kedekut Untuk Beramal
Kita belajar banyak, tapi praktiknya mungkin tak sebanyak yang kita belajar. Benda paling mudah-SENYUM. Aku pun jarang buat benda ni, jadi sama-sama kita muhasabah diri.
>
>
>
>
Kedekut Kekuatan dan Masa
Aku tak tau nak bagi tajuk apa untuk kedekut yang last ni. Tibai je la. Ingatlah, bahawa setiap akhawat yang belajar ilmu perubatan kat Mesir ni, nilainya satu doktor. Kalau jadi apa-apa kat salah sorang akhawat kita, kan dah kurang 1 doktor.

Bukan aku nak kata kurang 1 doktor tu sebab akhawat kena bunuh atau cacat sebab tak guna mushrip, jangan salah paham plak. Cuma, ntuk bagi kesedaran kepada kita semua...ikhwah akhawat sekalian.

Gunalah mushrip sementara masih ada peluang.
>
>
>
>
>
"Hiduplah Untuk Memberi Sebanyak-Banyaknya,
Bukan Untuk Menerima Sebayak-Banyaknya"

-laskar pelangi-



p/s :
- BPP - Biro Penerbitan dan Penerangan kot
- Akhawat biasanya tak guna mushrip untuk gi City Star.

Tuesday, March 31, 2009

hari

formula hari ni direka khas oleh ariff aizzat, ahli beit aku. Sape2 yang berminat nak tahu hari bagi sesetengah tarikh, maka boleh a try apa yang tertera kat bawah. Berguna kalau nak tahu besday dan untuk planning kerja2 korang.

* klik pada gambar kalau nak baca ngan lebih jelas..
** pembetulan pada baris ke 10 di ruangan eg : Ghost = 7 . Nombor 6 dipotong.



Friday, March 13, 2009

lepas exam

Selepas exam mid year baru - baru ni, biro akademik tahun 2, yang dianggotai oleh pelajar - pelajar cemerlang tahun 2, bermuafakat dan telah memutuskan untuk membuat satu program jangka panjang, iaitu program mentor mentee melibatkan pelajar lelaki Cairo Univ.

Sorang mentor akan menjaga sorang mentee. Mentor akan mengawasi mentee supaya insyaAllah akhir tahun ni mereka akan turut mendapat keputusan yang cemerlang. Antara tugas mentor adalah, mengerah mentee yang jarang ke kelas, agar hadir ke kuliah harian. Juga, membantu mentee dalam setiap perkara berkaitan pelajaran. Selain itu, mentor juga perperanan menasihati atau memaksa mentee supaya meninggalkan perkara berunsurkan lagha, atau hedonisme kata Saufi.

Macam mana mentor ni dipilih? Semuanya berdasarkan keputusan peperiksaan baru - baru ni. Mentee pulak, bukan orang biasa sebenarnya, sebab diorang adalah pelajar yang terpilih untuk datang belajar di Mesir. Cuma mungkin disebabkan terlalu asyik dengan hidup di sini, diorang jadi leka seketika. Mentor, jangan pulak rasa tinggi diri kerana dipilih sebab walau tinggi mana pun korang, aku memang physically lagi tinggi dari korang semua, kecuali Amir Firdaus..

Ada juga cadangan, supaya sistem mentor mentee ni melibatkan akhawat. Maksudnya mentor adalah akhawat dan mentee adalah ikhwah. Sebabnya, supaya lebih rasa boost dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan akhir kerana tak mau kalah dengan mentor masing - masing. Jangan risau, ni semua sekadar perbincangan belakang tabir yang tiada kena mengena dengan pelaksanaan program ni. Berbincang pun dalam nada bergurau ketika kelas belum bermula. Akhir sekali, Imdad selaku exco kebajikan bersuara, "Maksiat semua tu.." sebagai tanda berakhirnya perbincangan mengarut pada petang tu.

Aku menyokong 100% sistem mentor mentee. Tahniah kepada ahli jawatankuasa biro akademik batch, kerana melaksanakan program ni.

Kita tak nak buleh mumtaz sensorang je, tapi kita nak semua satu batch berjaya. InsyaAllah.
- Baem ; exco BIKON, mumtaz-er -

Monday, February 16, 2009

spek itu, mata aku

Fotokromik. Tahun lepas aku ada baca pasal spek mata itam. Kebetulan jumpa fakta nih lam buku New Medical English Course (rugi la sape yang suka ponteng kelas english dulu). Terjemahannya lebih kurang macam nih - spek mata itam, kalau silap pilih boleh membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
>
>
Spek mata itam terbaik adalah yang boleh menapis sebanyak mungkin sinaran ultra ungu yang sebahagian besarnya berasal daripada cahaya matahari. Kalau spek mata hitam biasa yang tak berupaya menapis ultraviolet ray, kesannya dalam jangka masa panjang adalah merbahaya sekali. Bila pakai spek mata itam, ye lah, nak tengok jalan, bercakap ngan kawan dan beli belah memang senang di bawah sinaran matahari yang terik terutamanya di Cairo nih. Tapi perlu ingat eye pupil akan dilate bila keadaan sekelilingnya gelap. Maka kalau korang pakai spek mata itam yang peratus penapisan uv ray nya rendah, maka lebih banyak sinar uv akan masuk lam mata korang berbanding masa korang tak pakai spek. Bila banyak sinar uv masuk, teorinya akan terjadi lah macam macam penyakit pada mata, antaranya katarak dan kanser.
>
>
Bila balik Malaysia tahun lepas, aku terpaksa tukar spek fotokromik aku, sebab aku tak yakin ianya dapat melindungi mata aku daripada sinar uv. Mulanya bila tengok kawan2 pakai fotokrom, terus tergerak hati untuk buat jugak. Kool bila nampak Naqi pakai spek itam. Duane pun, bertambah macho bila beliau berbuat demikian. Irsyad lagi la. Kalau la Jaang buat jugak, maunya cair akhawat yang memandangnya. Tapi bila baca tentang fakta spek mata itam nih, rasa seram pun ada. Bila aku datang Cairo balik, nampak cam makin bertambah orang ramai yang buat spek fotokrom. Kalau spek korang berupaya tapis uv secukupnya, maka teruskan pemakaian spek tu. Kalau tidak, fikir2 kan sendiri..

Friday, January 2, 2009

Fatrah Imtihan

Cam sakai je poster kat bawah. Saje release tensen stadi. Kepada yang kuat stadi, ingat, tubuh anda perlukan rehat. Stay up tapi stadi tak masuk, lebih baik kita tidur. Tapi kalu korang stay up dan dapat absorb 100% ape yang korang baca, maka teruskan. Tu lebih baik bagi korang.


>

>

selamat menghadapi xam!
::on hiatus till end of imtihan

Friday, December 26, 2008

BesdayBoyz 10, 11, 12

Hari ni rumah Fummal Khalij menjadi hos bagi majlis sambutan hari lahir bagi ikhwah batch taun 2 yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember. Majlis diadakan lepas Isyak di rumah Amir Firdaus. Di bawah ade la sikit gambar yang sempat diambik..


Dimulakan dengan ucapan oleh wakil rumah, Tong atau nama sebenarnya Izuddin dan seterusnya diikuti oleh bacaan tahlil yang diketuai oleh Adzim. Lepas tu, ada tayangan video yang kalo tak silap dibuat oleh Medad. Lepas tayangan video, apa lagi -- makan la..

>
>

>



ucapan daripada wakil rumah, William John Eltong
>
>
>
>


bukan doa makan, tapi doa tahlil..
>
>
>


ucapan daripada el raes, Fais -- "sape2 nak gi Luxor - Aswan, boleh bagi nama.."

>
> >
>


kalo besday orang lain makan kek, kitorang makan nasik..lagi bes

>
>
>
>


timbang berat lepas makan..brape kilo naik Pesal?
>
>
>
>


abes makan, semua lari..
>>
>
>


wak serabut je Duane...
>
>
>
>



rilek sudah..

>

>

>

selamat hari lahir kepada sesiapa yang lahir pada bulan oct, nov dan dis. semoga umur yang panjang ini diberkati dan hidup akan sentiasa di dalam rahmat Allah.


Kullu sanah wa korang mumtaz!
>

>

>


xbesdanxbes 10


Monday, December 22, 2008

Jaulah ke Jauhilah?

Dua tiga hari ni, ramai aku tengok sahabat aku sibuk ngan perancangan cuti winter yang akan menjelma tak lama lagi. Cuti selama 2 minggu ni, adalah hadiah selepas peperiksaan mid year. Yang terbaru, petang tadi sebelum kelas Physiology bermula saudara kita Pudin selaku ketua mushrif ada buat pengumuman pasal mushrif bagi akhawat untuk ke Bahriya. Ape ke benda Bahriya tu aku pun tak tahu. Nama macam nasik beriani je. Katanya jaulah pakej dua dalam satu Luxor-Aswan tak jadi dilaksanakan. Adalah masalah sikit katanya. Oleh itu destinasi baru dipilih sebagai tempat yang bakal dijelajahi cuti nih. Bayaran 450 gen. Ada dua trip, jadi sape sape yang terlepas trip kedua insyaAllah tahun depan ada lagi peluang untuk ke sana. Kalau tak sabar sangat, boleh la pergi sendiri.
>

>
Ada jugak yang dengarnya nak gi shopping kat Abou Ela sebab nak cari pakaian tebal tebal skit, kerana planning cuti ni nak gi Turki. Ada salji katanya. Ada jugak sebelum ni aku dengar yang nak gi Jordan, dan macam - macam tempat lagi. Yang mintak mushrif gi Jerman pun ada. Maklumla biasiswa naik, nafsu jaulah membuak buak. Memang, tak dapat dinafikan bahawa, masa ni je kita berpeluang pegi jalan - jalan jelajah negara orang. Lepas nih balik ke tanah air memang kompem dah tak boleh gi jenjalan dah, sibuk dengan kerja masing masing. Internship 2 tahun. Nak balik kampung pun susah, ni kan pulak nk gi melancong. Lepas tu pulak, kalau ada yang berumah tangga lagi la susah nak pegi. Nak balik kampung pun kena ada giliran..susah2..
>

>
Perlu ingat bahawa sebelum winter holiday, semua akan menghadapi peperiksaan. Ni nasihat untuk diri penaip sendiri dan sahabat - sahabat sekalian. Jangan lah kuman seberang laut tu kita nampak, tapi kertas soalan atas meja dewan peperiksaan tu kita buat - buat tak nampak. Walaupun ada pepatah mengatakan, walaupun fail dalam mid year exam, tetapi jika kamu berusaha bersungguh - sungguh untuk peperiksaan akhir tahun nescaya kamu akan tergolong dalam golongan mumtaz, namun perlu diingatkan bahawa exam ni penting jugak sebenarnya. Jadikan peperiksaan yang akan datang sebagai batu loncatan untuk kita stadi, dan teruskan stadi jugak walaupun selepas exam. Oleh itu, selamat menduduki peperiksaan kepada semua. 3la kulli haal, bit taufiq wan najah.
>
> >

>
:: doakan mohd ihsan bin hamdan dan kawan - kawannya akan berjaya dalam peperiksaan dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, December 17, 2008

physics and biology

Once again today we were separated into smaller groups for Physiology and that is a good thing because it would be easier for me to concentrate on the lecture. And the lecturer for my group is Doctor Hani Gamal. A guy who knows how to keep the students stay awake during the class. Today also we enter a new topic : vision - of special senses. I learned a bunch of good things during the lecture, but what I want to share in this post got nothing to do with Physiology. Doctor Hani asked us whether we like physics or not, because he asked the same question to the egyptian students, and most of them HATES Physics. That is so wrong, because to him Physics is the second most important science after Mathematics (math is no.1 and physics is 2nd). And a guy who said ' i like biology, but hate math very much' is actually a schizophrenic!
>
>
So i used to be a schizophrenic before, for i don't really like math and physics very much, not as much as i like biology, chemis3 and basketball and weekends. To tell the truth, the reason i took medic is to avoid physics. It is not physics' fault, for it is all based on logics and calculation. Just that I'm not a good left brain user. I never even once got an A for physics, except during spm - an A2. I like math, although it was actually a little late. Among all the male students in 5 SA 1, i was the worst in math - add math. So in order not to lose to them, or being embarresed for having the lowest grade, i began studying math like there was no more tomorrow (niat salah), and it worked.
>
>
Talking about math, i remembered a scene from a korean drama i recently watch, Snow Queen. A guy asked a math genius, Han Tae Woong why he loved math so much, and that he answered (according to the script) ' The woman i love also asked me the same question. At that time i told her i liked math because math always had solutions...' To the readers who want to watch this drama, it is advised not to because it ends sad. But if you like sad ending stories, then go ahead and hit it. Before I end this nonsense post, Doctor Hani said, surprisingly, girlfriends are closely related to mathematics. It involved addition, multiplication, substraction and division. No offense but she adds problems, multiplies your enemy, substracts the money and divides your friends. This is not my saying -- I just took a piece of what my doctor said, so that we can all think about it. So think about it.
>

Wednesday, December 3, 2008

7th post

Yesterday's biochemis3 test taught me many things, and one of them is learning medic is a continuous process that needs determination and hard works. Although i had already read all the required 41 pages, yet it seemed so hard to revive all the answers back into paper sheet. Maybe because i took it lightly -- a ridiculous 2.5 marks -- but that is not an excuse for me to ignore its importance. A loss is still a loss. Anyone who read this, please, don't be like me. Have passion in everything you do. Hopefully this ultra short post can be a good lecture to anyone who, especially me, read it.

Monday, December 1, 2008

moneywise and spendthrift

Sejak datang ke mesir awal bulan 10 ni, aku baru perasan yang duit yang ada lam dompet ni mudah sangat untuk dikeluar dan dibelanjakan, macam air yang keluar dari paip air, yang tak ditutup pilinya. Mudah sangat, sampai kadang2 aku pn tak tau apa yang aku beli tapi tengok-tengok, duit dah takde. Memang satu keadaan yang sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan hidup aku tahun lepas, masa masih lagi menetap kat fustat. Kalau kat fustat, semua perbelanjaan harian dicatat, setiap kirsh yang digunakan aku fikir dulu sebelum guna. Kalau harga barang naik walaupun 25 kirsh ( 0.25 gen) aku memang akan mula boikot barang tersebut dan kalau beli pun kadang - kadang je.
>
>
Tapi idup aku sekarang benar - benar berbeza dengan idup yang aku masa duduk fustat dulu. Maklumlah, kat fustat, sewa rumah sebulan 75 dolar ( lebih kurang 375+ gen), 2 kali ganda daripada sewa sebulan rumah mini yang aku duduk sekarang. Lagipun, sekarang transport ke universiti bukan lagi tremko dan bas, tapi hanya perlu jalan kaki untuk pergi belajar hari - hari. Biasiswa pulak baru je dinaikkan akir bulan 7 tahun ni. Banyak sangat elaun yang kita dapat sampai ada sahabat yang pulang ke Malaysia setelah datang balik ke sini.
>
>
Aku ad dengar, kawan2 bercerita pasal planning diorang pada tahun. Ada yang nak pergi Jordan, Turki dan Syria bila cuti mid sem nih. Yang nak melancong ke Europe pn ada. Ada yang bercadang nak kumpul duit pergi umrah sebelum balik ke kampung. Ada jugak yang beli motor, dan ada jugak bercadang nak beli i phone, yang harganya kat sini sama mahal dengan harga tiket pergi dan balik ke Malaysia. Kalau ada yang baca lepas ni kata, "sukati diorang r nak buat apa pn, tu bukan duit mung," maka terus terang aku cuma tulis apa yang aku dengar untuk kita kongsi bersama.
>
>

Sebenarnya betul ke cara aku guna duit yang setiap 3 bulan diberikan secara pukal? kalau pikir balik, kat mana aku buang duit tu? nak kata beli barang takde pun pertambahan barang dalam rumah ni yang sejajar dengan duit yang aku belanjakan. Sebabnya duit banyak aku keluarkan untuk beli makanan. Takde hilang ke mana makanan tu melainkan dalam tandas.
>

>
Kesimpulannya, terpulang atas korang nak buat apa dengan duit tu, tapi kita mesti ingat bahawa duit tu duit rakyat, dan setiap kirsh dan gen akan ditanya balik untuk apa kegunaannya. Ni adalah nasihat untuk diri aku sendiri dan untuk pembaca skalian. Daripada beli barang yang tak berfaedah, baik kita simpan. Kalau lelaki sekarang dah boleh menabung untuk masa depan. Balik nanti selain ilmu, bawak la pulang teman sekali. Kalau lalu lorong2 masa nak pergi U setiap hari, hadiahkan lah sedikit dari duit kita kat mak cik - pak cik yang jual tisu tu. Tak akan terjejas hidup kita dengan bagi sekurang - kurangnya 25 qirsh setiap hari kat diorang. Ingatlah bahawa setiap satu bahagian yang kita sedekahkan, Allah akan bagi balik 20 bahagian balik kat kita.
>
>
>
>

>
xbesdanxbes vi,
1 dec 08


Sunday, November 23, 2008

PilihanRayaPerubatan 2008

21 SEPT, ARMA- Satu pilihanraya khas telah diadakan bagi memilih jawatan presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan) di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (ARMA). Antara jawatan lain yang dipertandingkan adalah Timbalan Presiden (akhawat) serta 18 jawatan exco (ikhwat dah akhawat) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi. Di bawah merupakan suasana yang berlaku di dalam dewan ARMA.



Tekun memilih calon yang sesuai seperti menjawab soalan SPM.


Bukan meniru, tetapi melihat gambar calon yang dipaparkan di skrin.


Meletakkan kertas yang ditanda ke dalam kotak yang disediakan.





Suasana di atas diambil setelah solat jumaat. Oleh itu, bilangan pengundi yang hadir pada masa tersebut tidaklah seramai calon yang mengundi pada sebelah paginya.

Saturday, November 22, 2008

overcoming laziness


Laziness is a global sickness which majority of the population suffers. Though it is not as lethal as AIDS, yet we human needs to realize that being lazy is nothing but plain stupid and useless as it will take us nowhere near the completion of a task. So here is some tips that might help:

1- Do something that motivates you. All too often, laziness stems from boredom or a complete disinterest in your daily tasks. If you don't feel that your work is rewarding, consider changing careers. Likewise, if your child isn't inherently motivated to do schoolwork, set up a reward system that gives him or her something to work toward. Also, if a particular task seems overwhelming to you or your child (and therefore causes you to not do it), take small steps to make the task more manageable.


2- Exercise.The more time that passes without taking action, the easier it is to fall into the laziness trap. Exercise is an excellent way to boost your energy levels and put you in a better mood -- so you're ready to face a new day head-on.

3- Rule out illness. If you lack the desire to do anything, you may be suffering from an illness such as depression or the newly defined motivational deficiency disorder. When laziness becomes chronic or overwhelming, you should talk to your health care provider.

4- Make a change in your life. Sometimes, just the routine of daily life can lead to laziness. If you feel your daily routine is turning into monotony, sign up for a class at your local community college, volunteer at your town's animal shelter or call up a friend to play basketball.

5- Surround yourself with supportive people. When laziness begins to set in, one of the worst things you can do is surround yourself with other lazy people. Instead, actively seek out people -- in both professional and personal settings -- who will support your ideas, encourage your success and embrace you as a person.






tips taken from sixwise.com

Tuesday, November 18, 2008

misr : musibah, sabar, redha

Bes ke duk mesir? Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, memang stakat ni duduk Malaysia lagi bes. Cuaca, kebersihan dan komunikasi jauh sedap dok Malaysia banding ngan Mesir. Jadi ape yang ade kat mesir nih? Sampai ade senior dan kawan-kawan kite tak balik rumah, rela habiskan cuti musim panas kat sini? Jawapannya tak lain tak bukan, kena rasa sendiri baru tahu mcm mana. Sebenarnya smalam bila aku tengok balik profile penster kawan2 yang duk malaysia, baru tahu yang aku memang sungguh bertuah dicampakkan kat sini.


Kalau kat Malaysia, ada kawan aku yang dengar katanya kena culture shock, sebab keadaan kat universiti berbeza kalau nak banding dengan masa kita skolah dulu, terutamanya yang skolah asrama. Kalau kat skolah, ada cikgu, warden ngan mentor serta pk hem untuk bimbing kita. Kat rumah plak ada mak ayah untuk nasihat kita kalau ada silap dan salah yang kita lakukan. Tapi kat U smua bebas. Ada jugak kawan aku yang dalam dilema ; konflik antara kawan ngan diri sendiri. Bila kawan ajak buat menda tak elok, kita tak tau nak pilih mana satu. Contoh macam ni; A berkawan ngan B. Satu malam A ajak B pergi jumpa sorang minah, si C. Atas sebab apa, tak tahu. B tak pasti nak ikut ke tak. Kalau tak pergi, takot si kawannya A nih merajuk kecik ati. Tu takpe ag, kecik ati je pon. Tapi kalau tak pergi jugak takut si A nih buat menda2 tak elok ngan si C. Kalau ikot skali plak takot silap2 kita pon turut skali buat dosa. Memang senang kalau mende ni kita taip, sebab tak tejadi kat diri kita sendiri.


Kalau kat u cairo, keadaan rasanya tak ubah macam kat skolah dulu. Pergaulan antara laki pompuan dijaga, tak terlalu bebas dan tak jugak ketat sangat. Tiap2 minggu ada kelas agama untuk bersihkan hati nih balik. Pastu ada jugak aktiviti mingguan (budak laki: men bola kat U) untuk rapatkan silaturrahim antara kengkawan. Semua nih bukan tak de kat Malaysia, cuma atas diri masing2 untuk cari dan turut serta. Dan kawan memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk diri kita. Ye la, mak ayah kat sini tak de, cikgu plak kalau tak pergi skolah bersua muka memang kompem tak jumpa dah. Tak pn lawat masa raya je, staun skali. Tengok2 bila kita balik taun depan cikgu dah tukar skolah. Smua cikgu baru. Jadi kesimpulannya peranan kawan memang terlalu amat sangat penting. Muhimmun ba' ah..

Wednesday, November 5, 2008

enduring anatomy

it is the most important subject that a medical student must master, yet personally for me it is one of the most boring subject that i had ever learn in my entire life, so far. It is not something that i can escape from-it's not spm, where you can drop EST or other subjects which gives you headache and intra abdominal pain- but something that i must face and learn it by heart and head, no matter how hard it is. It is so boring that I can hardly remember which lecture that i attended, passed without me sleeping during the learning process. So here's some tips from me to me myself and other guys who are in the same situation as mine, and hopefully the next time you're revising anatomy, it won't be as bad as it used to be:

1) You must have some passion towards it. And that is easier to type than actually doing it. But it is the first step, so once you did it, InsyaAllah the next one will not be very hard to do.

2) Make sure there's anatomy every time you revise your study. Don't have to be long, but enough for +10 minutes. And that is for starters. Add more time if 10 is not enough. My teacher told me to do the same for add math, and it's enough for me to get an a in it.

3) If you have free time, make notes for the previous chapters you learned in the class. Draw the figures-nerve, vessels, bone and etc to make it easier for you to understand.

4) Always remember the reason why you study anatomy in the first place-tajdid niat everytime before the revising starts. Works like magic.

5) To make anatomy more interesting, make sure you have something that can be used to assist your study other than the 2 coloured text books-bones, cavader, etc. Of course that is if you are brave enough to keep a body under the bed.




vampire king's skull

Monday, November 3, 2008

Port Said:the Crab, the Bundle and the Caterpillar

Minggu lepas satu jaulah ke Port Said diadakan dan seramai 40 lebih student lelaki yang bosan tak tau nak buat apa masa ujung minggu turut serta dalam jaulah tsebut..tujuan jaulah bukan apa, saja nak melawat tempat- tempat yang menarik kat Mesir nih, disamping mencari sedikit sebanyak bekalan untuk musim sejuk nanti..

Perjalanan bermula pada pukul 8.20 pagi waktu mesir..dan semua yang nak pergi berkumpul kat ARMA..sebuah bas disewa untuk mengangkut bebudak yang nak pergi..perjalanan ke Port Said mengambil masa lebih kurang 3 jam kalau jalan tak sesak dan jaraknya dari Kaherah adalah dalam 190 kilometer...dalam pukul 11 pagi lebih kami sampai di destinasi.

Port Said tempatnye lebih kurang macam kaherah..cuma bezanya kat sana bukan polis yang jaga lalu lintas, tapi lampu isyarat...selepas makan dan solat, pencarian bermula..beberapa kumpulan kecik dibahagikan dan semua merayau mencari barang untuk dibawa pulang..kat Port Said ada 2 souq; Souq Gadid dan Souq Adim..dua-dua souq nih penuh dengan kedai2 yang menjual pakaian bundle..pakaian baru pun ada, cuma kena pandai cari dan pastikan diri bermushrifkan brader yang berpengalaman.

Kitorang diberi masa dari lepas Zohor sampai pukul 5 untuk beli ape yang patut...souq kat sana lebih kurang sama dengan souq kat Abou Ela', cuma kat sana disamping pakaian, ada jugak pasar yang menjual ikan, ketam dan udang..maklum r dekat ngan laut..nak dijadikan cerita, ada lah sorang budak melayu nih, masuk lam kedai sorang pak cik arab..try jaket punya la lama..lepas baju tu, diambiknye pulak baju lain..ingatkan nak beli, rupanya nak mengetes je..apa lagi, mengamuk r pak cik arab tu!..try lama2 tak beli watpe?? lepas tu budak melayu lain di'haramkan' drp membeli pakaian dari kedai pak cik tsebut..disebabkan sorang brader nih, abes buruk nama baik budak melayu..kita maapkan je lah brader tu..nak buat canne, dia pn tak 3rif sangat dgn perangai arab nih..

Kat Port Said jugak ada port lain dinamakan Port Fuad..nak ke sana naik feri kalau tak silap..letaknya tak berapa jauh dari port said...adalah dalam 10 minit kalau jalan kaki..kalau drebar teksi tanya "idfak kam?" korang jawab "khamsah," memang dia bagi masuk tanpa banyak soal..ye la, tempatnye memang dekat dari Port Said..
kalau naik teksi sbenarnya adalah dalam 3 genih..tu pn boleh tawar lagi rasenye..jadi hati2 bila bertanya..silap aibulan kene smelih..

Dalam pukul 5 lebih, kitorang mengorak langkah pulang ke kaherah..ade yang bawak balik jaket, ade yang bawak balik seluar dan ade jugak yang bawak balik ketam..mug dan pengalaman pn ada..kitorang sampai di kaherah dalam pukul 10 malam lebih..dari ARMA naik bas balik ke munirah..penat memang penat, tapi berbaloi..ye r, bile ag nak gi jenjalan, masuk taun depan dah takde pluang nk gi jaulah skitar Mesir nih..sibuk ngan preparation untuk exam..skurang-kurangnye kalau ade yang tanye "ey ko penah pegi post Said tak?" bolehlah kita jawab "penah la skali..ko?"



singgah makan

xbesdanxbes ii
3 nov o8

Tuesday, October 28, 2008

overcoming internet addiction

it is not a laughable matter-for me myself am having it...so i surf the net and found something that might be useful for..here's the steps:


1) Recognize the problem: do you check email instantly when it is not entirely necessary? do you go back to the same websites over and over again? how many hours do you spend a day surfing the internet?


2) Recognize the reason: The Internet is always available, and legal unlike drug addiction. And it offers escape just like drugs and smoking. Once you realize these reasons, you can pinpoint Internet addiction as a real problem and not something to be scoffed at as not being a “real” addiction.


3) Cut down on Internet use. This is, of course, easier said than done. You can’t stop checking email any more than you can stop checking the mail box. You can, however, stop checking it with the same frequency. Set the maximum amount you use the computer a day. This applies to chat rooms, games, social networking sites (Friendster), and other sites that take up your time.


4) Take walks, go out to eat, leave your office or home—i.e. get away from the computer. Breaking away for a few hours can help clear the head. If you have wifi, don’t take the computer with you


5) Start a new hobby, read a book, play games with a friend, play sports—try to find offline activities that fill up your time..


tips taken from ehow.com





















Wednesday, October 22, 2008

4 Sebab Muzik Menjadi Haram

1. Melanggar tatasusila islam
2. Menyampaikn dalam bentuk syahwat dan b’lenggang lenggok
3. Nyanyian @ hiburan melalaikn sehingga meninggalkn tanggungjwb utama spt solat
4. Disertai oleh perkara haram seperti arak,pergaulan bebas lelaki perempuan bukan mahram

dari pesal

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.