Friday, March 13, 2009

lepas exam

Selepas exam mid year baru - baru ni, biro akademik tahun 2, yang dianggotai oleh pelajar - pelajar cemerlang tahun 2, bermuafakat dan telah memutuskan untuk membuat satu program jangka panjang, iaitu program mentor mentee melibatkan pelajar lelaki Cairo Univ.

Sorang mentor akan menjaga sorang mentee. Mentor akan mengawasi mentee supaya insyaAllah akhir tahun ni mereka akan turut mendapat keputusan yang cemerlang. Antara tugas mentor adalah, mengerah mentee yang jarang ke kelas, agar hadir ke kuliah harian. Juga, membantu mentee dalam setiap perkara berkaitan pelajaran. Selain itu, mentor juga perperanan menasihati atau memaksa mentee supaya meninggalkan perkara berunsurkan lagha, atau hedonisme kata Saufi.

Macam mana mentor ni dipilih? Semuanya berdasarkan keputusan peperiksaan baru - baru ni. Mentee pulak, bukan orang biasa sebenarnya, sebab diorang adalah pelajar yang terpilih untuk datang belajar di Mesir. Cuma mungkin disebabkan terlalu asyik dengan hidup di sini, diorang jadi leka seketika. Mentor, jangan pulak rasa tinggi diri kerana dipilih sebab walau tinggi mana pun korang, aku memang physically lagi tinggi dari korang semua, kecuali Amir Firdaus..

Ada juga cadangan, supaya sistem mentor mentee ni melibatkan akhawat. Maksudnya mentor adalah akhawat dan mentee adalah ikhwah. Sebabnya, supaya lebih rasa boost dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan akhir kerana tak mau kalah dengan mentor masing - masing. Jangan risau, ni semua sekadar perbincangan belakang tabir yang tiada kena mengena dengan pelaksanaan program ni. Berbincang pun dalam nada bergurau ketika kelas belum bermula. Akhir sekali, Imdad selaku exco kebajikan bersuara, "Maksiat semua tu.." sebagai tanda berakhirnya perbincangan mengarut pada petang tu.

Aku menyokong 100% sistem mentor mentee. Tahniah kepada ahli jawatankuasa biro akademik batch, kerana melaksanakan program ni.

Kita tak nak buleh mumtaz sensorang je, tapi kita nak semua satu batch berjaya. InsyaAllah.
- Baem ; exco BIKON, mumtaz-er -

7 comments:

[MH] said...

mesti tuan 'musegalo' ni jadik mentor kan kan?

siapa la yang 'betuah' dapat jadi mentee dia..

Bagos2..teruskan usaha demi memantapkan perubatan
Ameen

Bersama melahirkan Doktor Mukmin

Erkk ada budak btch kita nama Mukmin kan? Pinjam nama dia sekejap

:)

nabil alhanis said...

mantee jangan rase inferior ..
program ni untuk kebaikan bersama..
beruntunglah sape yg jadi mentee ihsang..(sujud syukur).

cairoboy said...

wah2...
hebakmu sung...
respek2...
boleh gak pmpn jd mentor laki jd mentee..kalau cmtu,aku tau sape mentor ko sung...lalalalalala...

musegalo said...

....
rasanya memang korang silap letak nama aku..patut tukar balik..aku tak reti sangat jadi mentor ni..mentor tunjuk ajarku sifu boleh la..haha

Amanina ST said...

wah,mg reti ke nk nyanyi?

musegalo said...
This comment has been removed by the author.
musegalo said...

x r sedap sangat...biase je..
haha

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.