Monday, December 1, 2008

moneywise and spendthrift

Sejak datang ke mesir awal bulan 10 ni, aku baru perasan yang duit yang ada lam dompet ni mudah sangat untuk dikeluar dan dibelanjakan, macam air yang keluar dari paip air, yang tak ditutup pilinya. Mudah sangat, sampai kadang2 aku pn tak tau apa yang aku beli tapi tengok-tengok, duit dah takde. Memang satu keadaan yang sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan hidup aku tahun lepas, masa masih lagi menetap kat fustat. Kalau kat fustat, semua perbelanjaan harian dicatat, setiap kirsh yang digunakan aku fikir dulu sebelum guna. Kalau harga barang naik walaupun 25 kirsh ( 0.25 gen) aku memang akan mula boikot barang tersebut dan kalau beli pun kadang - kadang je.
>
>
Tapi idup aku sekarang benar - benar berbeza dengan idup yang aku masa duduk fustat dulu. Maklumlah, kat fustat, sewa rumah sebulan 75 dolar ( lebih kurang 375+ gen), 2 kali ganda daripada sewa sebulan rumah mini yang aku duduk sekarang. Lagipun, sekarang transport ke universiti bukan lagi tremko dan bas, tapi hanya perlu jalan kaki untuk pergi belajar hari - hari. Biasiswa pulak baru je dinaikkan akir bulan 7 tahun ni. Banyak sangat elaun yang kita dapat sampai ada sahabat yang pulang ke Malaysia setelah datang balik ke sini.
>
>
Aku ad dengar, kawan2 bercerita pasal planning diorang pada tahun. Ada yang nak pergi Jordan, Turki dan Syria bila cuti mid sem nih. Yang nak melancong ke Europe pn ada. Ada yang bercadang nak kumpul duit pergi umrah sebelum balik ke kampung. Ada jugak yang beli motor, dan ada jugak bercadang nak beli i phone, yang harganya kat sini sama mahal dengan harga tiket pergi dan balik ke Malaysia. Kalau ada yang baca lepas ni kata, "sukati diorang r nak buat apa pn, tu bukan duit mung," maka terus terang aku cuma tulis apa yang aku dengar untuk kita kongsi bersama.
>
>

Sebenarnya betul ke cara aku guna duit yang setiap 3 bulan diberikan secara pukal? kalau pikir balik, kat mana aku buang duit tu? nak kata beli barang takde pun pertambahan barang dalam rumah ni yang sejajar dengan duit yang aku belanjakan. Sebabnya duit banyak aku keluarkan untuk beli makanan. Takde hilang ke mana makanan tu melainkan dalam tandas.
>

>
Kesimpulannya, terpulang atas korang nak buat apa dengan duit tu, tapi kita mesti ingat bahawa duit tu duit rakyat, dan setiap kirsh dan gen akan ditanya balik untuk apa kegunaannya. Ni adalah nasihat untuk diri aku sendiri dan untuk pembaca skalian. Daripada beli barang yang tak berfaedah, baik kita simpan. Kalau lelaki sekarang dah boleh menabung untuk masa depan. Balik nanti selain ilmu, bawak la pulang teman sekali. Kalau lalu lorong2 masa nak pergi U setiap hari, hadiahkan lah sedikit dari duit kita kat mak cik - pak cik yang jual tisu tu. Tak akan terjejas hidup kita dengan bagi sekurang - kurangnya 25 qirsh setiap hari kat diorang. Ingatlah bahawa setiap satu bahagian yang kita sedekahkan, Allah akan bagi balik 20 bahagian balik kat kita.
>
>
>
>

>
xbesdanxbes vi,
1 dec 08


4 comments:

[MH] said...

bawak teman pulang sekali? jgn kata balik berdua,ntah2 bertigaa!!!

kidin
;)

musegalo said...

sukati r nak bawak balik berapa org pn..asalkan jangan balik sensorang.

hahaha

Kyu said...

Makanan tu bknnye gi tandas saje. Asimilasi agi, masuk badan mg gk.

murohnye sewa rumoh..!

aku doakan mg blk berteman ah ekg. teman yg dewasa dan kanak2. meced dh mg eh..

musegalo said...

aku makan banyak mane pn badan tetap maintain slim gini..
nak kata hyperthyroid x brape mnasabah plok sbb x menepati diagnosis..

human grows up reaching maturity..

mane ade..
aku saje tulis ntuk timbulkan kontroversi..
hahaha

murah? mahal r tu..
duit dulu x cam leni..
leni memang r naik skit..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.