Friday, January 30, 2009

Annual Maarad el Kutub

Sudah 2 kali aku pegi maarad, tapi masih nak pergi jugak, sekurang - kurangnya skali lagi. Tensen bila dapat tau ada satu buku yang aku beli tu bersekuel. Silap jugak aku tak cari awal - awal. Padahal tadi buku tu ada depan mata je, tapi apakan daya, hati tak tergerak untuk beli. Harap - harap tak abes lagi la bila aku pergi pulak pasni. Kalau bukan esok, lusa.
>
>
Hari pertama aku pergi, sempat la round2-pusing2-rayau2 kat 2 3 gerai, dan memang berbaloi walaupun penat - lama tak bersukan, sebab aku bukan Saufi aka mr muscle. Rasa macam nak tercabut lutut dan kepala otak nih, maklumla mesir nih memang kaya dengan asap, sampai ada sorang brader nih terpaksa kensel datenya dengan drama bersiri Bloody Monday disebabkan pening dan rasa nak muntah. Semalam aku cuma beli buku motivasi dengan harapan diri ini akan termotivasi dengan pembacaan buku - buku sedemikian..
>
>
Hari kedua iaitu hari ni, seramai 4 orang termasuk aku pergi sekali lagi ke maarad. Bertolak pagi lebih kurang pukul 10 lebih, dan sampai saja kat sana, kitorang tetapkan masa untuk berenti selepas Zohor sebab hari tu jugak, ada 2 lagi tempat yang wajib kitorang lawat. Aku terjumpa buku yang bersequel tu kat kedai pertama. Buku yang direkemenkan oleh kawan aku, yang nampaknya tersangat addict sampai menjerit - jerit. Excited kata orang Terengganu. Aku beli beberapa buah novel, yang tulisannya kalau orang rabun jauh tengok tanpa pakai spek boleh tersilap dengan kamus Oxford Fajar Bakti.
>
>
Kemudian, selepas solat Zohor, kami bertolak ke ct star. Ramai la jugak pemandu yang diinterview sebelum berjumpa calon yang berkenan di hati dan menepati syarat yang ditetapkan. Dengan harga tambang 7 gen, kami sampai dengan jayanya kira - kira 15 minit kemudian. Pemandu tu sengaja ikut jalan yang jauh sikit, katanya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Arip dengan charger baterinya, Migho dan Saufi dengan stationerynya, dan aku, dengan barang - barang yang aku nak beli. Keadaan kat sana memang sesak, ditambah dengan manusia berpakaian pelik - pelik.
>
>
Kami sampai di rumah hampir pukul 5 petang, dengan menaiki cab zebra Mesir bertambang 15 gen. Tak tau la sama ada kami kena tipu, atau itu memang harga dari Awwal Makram sampai spital Kasr El Einiy. Selepas solat Maghrib, kitorang bertolak pulak ke Fummal Khalig, rumah Umar untuk program sc gabungan. Bermula selepas Isyak sampai pukul 9 lebih, dan diisi dengan satu slot ceramah bertajuk "Apa Erti Aku Menganut Islam", disampaikan oleh Ustaz Syauqi dari the government of ARMA. Kebetulan jugak masa tu ada 4 orang pelajar Jordan yang datang ke Mesir untuk melancong dan ziarah sahabat. Masa kat rumah Umar jugak la aku dapat tau bahawa buku yang aku beli tu sebenarnya bersambung...ada lagi 4 siri...

6 comments:

Kyu said...

apela malang nsb mg beli buku sekuel je..
buku mnde mg beli? jeles ah aku. tmpt aku skmo xdk jual buku bes. dlu kemaman, ni irbid. tensen.

manusia berpakaian pelik-pelik? aku byg mcm maskot je..

Amanina ST said...

btol rasenye 15gen tuh..standed

musegalo said...

rodent:
buku twilight..stephenie mayer nyer buku..insyaAllah esok aku beli hak lain..doa r ade a..haha

emhoho:
alhamdulillah..kalo dah betol bagus la..pandai arip tawar menawar..

Kyu said...

aku ade sme twilight 1-4. soft copy. nok?

Anonymous said...

hihohiho...
cam kenal jer brader yg pening tu..
anyway..kdang2 kiter kna kejam sket ngan orang arab ni..

musegalo said...

rodent:
bleh je..tapi aku nak hk new moon ngan breaking dawn, sbab twilight ngan eclipse ada dah..online cepat!

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.