Monday, January 19, 2009

batu yang tidak tenggelam

Aku dapat idea ni setelah membaca blog Ratatouille del Rodent. Jadi kalau terjumpa fakta yang sama dengan apa yang dia tulis, maka ketahuilah bahawa aku dan dia dulu bersekolah di sekolah yang sama. Unsur - unsur peniruan tidak berlaku kerana semuanya adalah pengalaman individu masing masing. harap maklum.



bilik dobi


amatlah sesuai untuk pelajar pelajar yang malas nak membasuh pakaian. Sentiasa dipenuhi pelajar selepas waktu sekolah - sebelum prep petang bermula. Dobi di sekolah aku, tiap tiap hari pun pelajar boleh hantar pakaian untuk dibasuh. Tak kira banyak mana pun, insyaAllah mak cik dobi tu akan cuci. Uniform sekolah free, dan pakaian biasa 20 sen. Ada yang nakal sikit hantar pakaian yang tak patut untuk mak cik tu basuh. Paham paham la.

prep malam dan 5s3

ade cerita disebalik prep malam ni. Dulu kat sekolah, aku diamanahkan untuk menjadi pengawas, dan setiap pengawas antara kerjanya adalah menjaga kelas pada waktu prep malam. Aku ditugaskan untuk menjaga kelas 5 Sains 3 (5s3). 5 Sains 3 adalah kelas ketiga daripada 3 kelas sains tulen kat sekolah aku. Tugas aku senang, cuma penuhkan kolum kehadiran pelajar ke kelas prep dan pastikan mereka tak merayau rayau semasa kelas prep berjalan (tujuan utama pengawas prep malam diwujudkan). Biasanya kelas tu jarang penuh, sebab ade je 2 3 orang yang ponteng duk kat dorm. Mulanya rasa tensen, sebab kelas tu agak bising, aku ni macam tak wujud pun. Aku nak sergah dan nasihat diorang pun segan, sebab aku ni memang penyegan orangnya. Tapi lama lama, jadi lali dan boleh la sesuaikan diri. Sampai la satu hari semua pengawas tingkatan 5 tidak lagi diwajibkan untuk jaga kelas masing - masing. Tapi aku sorang je yang terus buat kerja tu. Sampai naik heran ahli kelas aku. Sebab apa? Ade la..


hari khamis

Hari yang dinanti nantikan dalam lima hari persekolahan di sekolah Batu Rakit. Hari tu, mak cik dewan makan masak spesel skit. Kalau bukan nasik ayam, nasik minyak. Mungkin biasa je kamu semua, tapi bagi budak asrama macam aku nih, menda tu la yang menjadi satu perkara yang membuatkan tinggal di asrama ni jadi seronok. Hari Khamis jugak, kelas prep tak diwajibkan. Jadi, enjoy la malam tu. Bilik tv menjadi tempat utama budak budak lepak. Kalau tidak, meraya rayau di kawasan sekolah. Kalau rasa rajin sikit, selesaikan kerja yang patut diselesaikan.. masa ni jugak lah, pasangan kapel akan turun padang, buat date kat kelas. Pernah sekali, aku ikut senior aku buat aktiviti serbu buayafriend dan gelifriend yang berkapel ni kat kelas. Berbekalkan videocam di tangan kanan, dalam satu serbuan tu diorang berjaya mengantoikan budak budak yang sedang bertiga tigaan dalam kelas (sorang laki, 2 perempuan).. lepas tu macam macam alasan diorang - adik angkat nak jumpa la, kakak angkat cari la, bincang pasal studi la..macam macam..bukti dah ada, cakap apa pun dah tak guna dah..

gelanggang basketball


Tempat yang wajib aku pergi masa riadah petang. Melepaskan tensen stadi pada kawan kawan dan board basket. Gelanggang adalah penyumbang utama rosaknya spek spek aku. Sampai kena tukar tiap tiap taun. Ring basket tu jugak la tempat aku bergayut, bajet buat slam dunk, sampai kena marah dek Cikgu Asman sebab ring tu akhirnya bengkok. Memang teruk aku kena. Nasib baik tak kena penampar kapit. Biasanya padang dipenuhi dengan pelajar lelaki, dan pelajar aspuri biasanya duk lam dorm + stadi (ke stido?)... seruan al aklu salim fij jismi salim disambut dengan jayanya..

surau

Seperti mana yang diketahui umum, surau tempat kita menunaikan ibadah solat dan ibadah ibadah lain seperti membaca al quran, mengajar ilmu dan lain lain. Di surau sekolah, setiap tingkatan ada port masing masing. Tingkatan 5 berkumpul di sudut belah kiri surau, tingkatan 4 di sebelah kanan, tingkatan 3 di papan kenyataan bahagian belakang, tingkatan 2 biasanya berkumpul kat luar.. dan di saf hadapan belakang imam - newbies tingkatan 1. Kalau ustaz bagi tazkirah, atau cikgu bagi ceramah, pelajar pelajar yang bersemangat nak dengar akan duduk di bahagian depan, untuk kaver kawan kawan yang tido kat belakang. Tapi biasanya tabir akan dibukak semasa ceramah, jadi nak tidur pun segan sebab ramai mata memandang dari belakang..

bekalan air

Selalu je kat skolah dulu, bekalan air di asrama terputus. Kadang - kadang disebabkan kerja pembaikian, dan kadang kadang juga sebab bekalan air tak boleh nak kompensate dengan bilangan pelajar yang menggunakan tandas pada waktu itu - bayangkan, kalau semua pelajar lelaki turun riadah, kemudian semua balik pada masa yang sama untuk bersihkan diri, bersiap siap untuk solat maghrib, mesti la air tu tak cukup untuk semua...jadi tandas di bangunan sekolah menjadi mangsa.. ada yang nakal sikit, mandi kat kolam air pancut depan pejabat sekolah, abes keruh air tu..ntah apa yang diorang buat sampai jadi macam tu..


Bila terkenangkan suasana di sekolah dulu, rasa macam nak ulang balik apa yang telah aku lalui sebelum nih. Suka duka yang aku tak bleh cari ganti kat mana2 pun.



xbesdanxbes 13

22 comments:

Kyu said...

1. mkcik dobi kite same ke?
2. sbb tu r mg kne cop pengawas skema. ade gosip ok bkpe mg xmsk kls. pdn muke
3. ari kamis kalo aku blk naik bas skmo xdan mkn. sedih la
4. aku pnh g jalan2 kt sklh pd pkul 2 pg phtu jmpe bdk laki. ade videocam aku x? hahaha
5. pelajar aspuri main bola beracun.
6. ramai mata memandang dari belakang.. perasan gile.

pjg ngt komen, sori. excited. kalo bleh ulang, aku suggest mg jgn jd pngwas.

musegalo said...

1 x pasti r..x kot..
2 gosip pekebende..
3 ehem..PADAN MUKE..hahaha..mmg time balik je, dewan makan tu kosong..sme pakat brebut nak balik..
4 hmm..x ingat dh..mu wak nde mase tu?cari hantu?
5 macam kanak kanak skyjuice
6 bukan perasan, tapi sungguh..

tkpe, aku jawab ni pun dengan xcited jgk..
p/s : bkpe aku x yh pengawas?

Sharifah Syahirah TSM said...

knape tajuk die batu yg x tenggelam??
batu rakit ekk mksudnye??

ni kes rindu skolah la nie..
bestnye skolah kan...

Amanina ST said...

Bes2..
Memang realiti asrama cmtu..ha3

musegalo said...

chep:
haah..mmg batu x tenggelam mksudnya batu rakit..kat sana mmg ada batu yang tak tenggelam, kalau tak caye pg r tgk..sies x tipu

emhoho:
memang bes duk asrama..x tau canne bdk pompuan bleh homesick..asal ujung minggu je cari warden mintak kebenaran balik..ha2

Kyu said...

3. mg ingt aku rela ke tggl nsk aym smate2 sbb bas? haha. junior pnye psl skmo book bas awl..
4. bdk bilik aku tggu hujan tp xujan pn. sbb bosan g r jalan. pok titik ade gk.
5. xsopan main ngn laki kt pdg.

spy bleh kne denda mcm bdk bese mcm aku. pgwas puan mcm raja je cg layan. sme betol. laki xtau r..

aku pnh mtk blk nge cg razi. ye siap tpn ayh aku ag. kate aku tipu. ayh aku mane tau aku sakit. bkn homesick, bukan...

musegalo said...

mu x dok keje ke tunggu ujan? macam la kat mesya tu x penah ujan..ni mesti nk bg alasan demam mandi air ujan nih..x dok keje lain..

aku, walaupun pengawas,dengan selambanya mengaku bahawa pengawas x lari daripada hukuman cikgu..aku pernah kena tampar dek cikgu asman, sbb dorm PENGAWAS x bersih(wahahahaha padan muka)

Kyu said...

aku mandi r ujan 5jam pon, xdemam nye. main badminton dlm hujan. pstu tcr rosnorul sound. bes tau dok.

hahaha rugi aku xg masuk aspura mse lawatan dlu owh. kalo x bleh tgk bilik PENGAWAS mg. cg tmpr manje ke tmpr sekuat ati?? aku xmboh cite kne denda mnde. byk ngt ekpn.

musegalo said...

oo..kre imum r ke ujan eh..hebat2..ni msti sbb makan makanan dewan makan eh..

aku masuk dh aspuri ai tu, masa awok mu pindah gi tingkat bawah..bila budak laki masuk aspuri, macam2 awok ye jupe..aku dengo je, sbb aku x join skali ikut awk ye xplore aspuri..hahaha

Amanina ST said...

Ye r..mane dorg xhomesick(ak x =D)
warden pmpn kn besenye strict gle..
Aspura cm bebas sket..(x adil btol)
Peh sambest..sgt strict..
tp xley bkk cte..ha3..dh jnji ngn teacher norkiah..
Hal aspuri hnye aspuri yg tw.. +_+

musegalo said...

emhoho:
patut r dak2 pmpuan cakap ko macho..tapi ai tu masa aku bace plurk, ade org tu kate rindu nak balik mesya, tapi tiket dah tempah gi ireland..sape la yang homesick tu..

memang aspura bebas sikit kalau nak dibandingkan dengan aspuri..kesian tgk dak2 aspuri, idup macam robot..semua berjadual..(kitorang berjadual gak tapi cam bebas skit)

memang hal aspuri x elok diceritakan umum..korang cerita sesame korang dah la..hahaha

[MH] said...

"Tapi lama lama, jadi lali dan boleh la sesuaikan diri. Sampai la satu hari semua pengawas tingkatan 5 tidak lagi diwajibkan untuk jaga kelas masing - masing. Tapi aku sorang je yang terus buat kerja tu. Sampai naik heran ahli kelas aku. Sebab apa? Ade la.."

haaa..sebab apa tuuu?

yang tak tahan,pasal kamu serbu pasangan buayafriend dan gelifriend. good Job! *Thumbs Up*

ni nak tanya..apa beza ayu chan ngn Fathiyyah san? apa beza chan dan san?
sy budak br belaja :)

musegalo said...

fathiyyah:
err..ade la sebabnya..rahsia kerajaan..tak leh bagitau..hahaha

masa tu sy ikut je senior, bukan sy sndiri yg tangkap..kelakar pun ada bila pikir balik..

emm..macam ni, berdasarkan pemerhatian thadap drama2 jepun yang telah sy kaji selama ni, 'chan' digunakan ntuk orang yang rapat ngan kita, biasanya pmpuan.'san' plak dgunakan ntuk umum baik laki2 atau perempuan.. tapi nama ayu jd 'ayu chan' tu sbb ayu yg suruh sy letak, sbb tu r dia sorg je ada 'chan'..hahaha

Amanina ST said...

=.=
homesick seminggu sekali ok pe..lg2 time exm..

wa..rahsia kerajaan..menarik2~
=O

musegalo said...

emhoho:
ko dah dok asrama mase skolah, x kan homesick ag kot..

x de pape yg menarik pasal rahsia kerajaan aku..biasa je..hahaha

[MH] said...

maknanya kamu ihsan san rapat ngn ayu chan la yaa??
waaah,mmg besar sungguh rahsia kerajaan niiii

:)))

musegalo said...

x de r rapat sgt..tak rapat pun sbenarnye..hahaha

silap plak tulis pasal rahasia kerajaan nih..kang dah jadi besar isunye..ish..

Amanina ST said...

rahsia kerajaan-kantoi2~
ak homesick org xpasan..=D

Sharifah Syahirah TSM said...

korg ni jeles plak ihsan baik ngan ayu.
ape ade pd name?? chan ke san ke..
hahaha~

musegalo said...

chep:
sokong 211%!

emhoho:
mane ko tau x de org perasan..

[MH] said...

ahaaa.tak kire!! tak puas hati!

apa pasal ayu chan tapi chep-san?

jawab chep jawab! hihi

saje~

musegalo said...

kan dah bitau, ayu yang mintak namanya diletakkan 'chan' instead of 'san'..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.