Sunday, February 15, 2009

Aswan

Bertolak dari Cairo lebih kurang pukul 2 pagi lebih. Awal perancangannya nak naik ketapi, tapi ditukar pada saat akhir kepada coaster. Bila aku tengok keretapi mesir, baru aku rasa bersyukur perjalanan kami ke L-A adalah dengan coaster. Alhamdulillah. Kembara ke Aswan memakan masa lebih kurang 16 jam. Sampai di Aswan sedikit lewat daripada jadual asal. Biasanya perjalanan dengan kereta api mengambil masa 12 jam. Naqi sebagai ketua rombongan diam pabila anak anak buah menyuarakan rasa tidak puas dari belakang. Biasanya dialah supplier cereka lawak setiap kali kami berjaulah..
>
>
"mana hotel ni, tak nampak tamadun pun.."
>
"aku tak nampak lagi orang puteh berdansa"
>
>
begitulah kata kata yang kedengaran dari belakang apabila bosan disebabkan terlalu lama duk lam bas.
>
sampai di hotel, kami menjamu selera dan selepas solat, kami terus berkumpul untuk melawat sekitar bandar Aswan..
>
keesokannya, kami memulakan jaulah sekitar Aswan...
>
>
>
High Dam
>
Dibina oleh Jamal Abdul Nasir, presiden Mesir yang pertama. Mendapat tajaan daripada Soviet untuk pembinaan empangan ini kerana Amerika tak mau tolong. Mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan. Kata Incik Ibrahim (tourist guide kami di Aswan), empangan ni boleh salurkan letrik sampai itali. Wallahua3lam
>

>
>
empangan yang besau..
>
>

sejauh mata memandang
>
>

kami yang gi jaulah
>
>

cross section of the dam
>
>
>

Philae Temple
>
Perlu naik bot untuk ke sana. Harganya 2 genih kalau tak silap. Satu kuil yang dibina untuk Goddess Isis. Lokasinya adalah di atas pulau. Kuil ini dipindahkan daripada lokasi asal kerana dikhuatiri tenggelam disebabkan pembinaan High Dam. Pembiayaan pemindahan kuil ditaja kali ini oleh UNESCO.
>
>
>
pabila dinding bercerita..
>
>

kan dah cakap atas pulau..tak caye..
>
>

Incik Ibrahim memberi penerangan mengenai inskripsi yang terdapat pada dinding
>
>
setiap tiang punya kisah sendiri....bak kata Fatah, tiap2 minggu ada satu tiang baru, diorang update macam cerita Naruto
>
>

satu ruang kat luar
>
>

>
Unfinished Obelisk
>
Obelisk yang tak dapat dinaikkan sebab berat sangat. Patah kalau tak silap. Aku nampak orang arab selambe je masuk free. Cara pembinaan tiang batu ini agak unik. Dibina daripada batu granit hitam.
>
>
>
15 gen for an unfinished, ancient block of granite
>
>

dari sudut sisi
>
>
>
Menyusuri Sungai Nil
>
Naik bot, walaupun plan asal nak naik felucca (macam ni r kot ejanya, kalau silap sila bitau) namun keadaan cuaca tak mengizinkan. Lepas naik motobot, kitorang terus bergerak ke Luxor. Tak pernah lagi aku tengok budak budak Malaysia begitu gembira bila nampak Fatah, Imdad dan Khaliq balik dari kedai bawak to'miyah yang dipesan (to'miyah sana murah, lam nus sbijik). Lapar, nak buat macam mana. Kedai lain mahal. Semua harga barang dinaikkan sekurang kurangnya 2 kali ganda. Jimat duit.
>
>
>
ada satu batu macam ni kat kampung batu rakit..tapi kecik sikit..kalau tak percaya cuti summer ni jom explore Terengganu..
>
>

felucca - guna angin ntuk digerakkan
>
>

atas motobot
>
>
>
Kom - Ombo Temple
>
Memang kacau bila ada orang kejut dari tidur. Dah sampai rupanya. Mulanya nak sambung tidur balik, tapi memandangkan dah sampai, terpaksa gagahkan mata untuk turut serta. Bangunan yang dibina untuk God Sobek, tuhan diorang yang mempunyai rupa boya (semua ni karut marut ntah pape, jadi jangan percaya). Bangunan ni adalah gabungan daripada 2 kuil - satu untuk Sobek dan satu untuk Horus ( juga salah satu tuhan mengikut mitos orang mesir dahulu kala ).
>
>
>
Kat tiang tu la Sobek kalau nak kenal..tapi bukan yang pakai topi berbaju putih tu..jangan salah paham
>
>
gaya tersendiri
>
>
buaya yang dimumiakan - kalau la diorang buat beg kulit, ade gak pekdahnya
>
>

bentuk sebenar kuil dari sisi
>

>
kalau air lam telaga ni tinggi, maka tinggi la cukai pada masa tu...
>

>
>
Edfu Temple
>
Tempat terakhir yang dilawati sebelum kami sampai di Aswan. Harga tiket sering menjadi isu kontroversi kerana setiap tempat yang kami pergi semuanya memerlukan duit. Seringkali Tong dan Fahim menisbahkan harga tiket dengan nasik yaman. Kalau harga tiket = 25 gen, maka nasik yaman firah (ayam) yang boleh dimakan adalah satu 2 per 3 pinggan dengan nilai yang sama.
>
>
>
patung Horus
>
>

tiang berbentuk pokok papyrus
>
>

kapal yang diusung berisi offerings kalau tak silap la..
>
>

Satu sudut lam kuil..seram gak kalau duk lam ni malam malam..
>
>

barisan tiang lama
>
>
>
keseluruhannya, sape - sape yang nak gi Luxor Aswan mestilah betul betul minat sejarah tamadun peradaban mesir. Kalau tak, korang macam pergi tengok batu bata je la. Lebih baik gi Hurghada atau Sharm el Sheikh. Walau sehebat mana pun tamadun Mesir dahulu kala, namun masih tak dapat mengubah keadaan Mesir pada masa sekarang. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.
>
>
>
bersambung dalam Luxor

4 comments:

Anonymous said...

float car? bukan patutnya felucca? ;)

musegalo said...

tima kasih sbb betulkan..dah agak dah salah..

Amanina ST said...

peh..cantek gmbr2 dinding..pcahayaan bkesan
=o

musegalo said...

mkasih2..

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.