Wednesday, February 25, 2009

kecik

Masa kecik kecik dulu, aku selalu kena tipu. Banyak urban legend aku dengar dan aku percaya -- budak - budak biasa la kena tipu, ye tak? Cerita - cerita ni kebanyakannya aku dengar daripada kawan - kawan, yang biasanya lebih tua daripada aku. Tak pasti sama ada diorang yang reka cerita tu, atau mereka sebenarnya menyampaikan penipuan tersebut tanpa sedar mereka sebenarnya sedang ditipu. Namun, ada sesetengahnya relevan dan masuk akal la jugak.
>
>
Terhantuk kepala, tukar darah
>
Antara kepercayaan femes dalam kalangan budak budak di kampung aku. Bila seseorang terhantuk kepalanya dengan rakannya yang lain, maka secara magiknya darah miliknya akan ter'trasnfer' kepada kawan yang sorang lagi. Contoh : A terhantuk ngan B, maka darah A akan tertukar ke B dan sebaliknya. Sebagaimana kita tahu, kalau darah donor ngan recipient tak compatible, maka banyak masalah akan berlaku. Jadi macam mana masalah ni diselesaikan? Hantukkan kepala skali lagi! Bijak bijak...
>
>
Makan tembikai/limau, tumbuh dalam perut
>
Rasanya semua tahu pasal mitos pokok tumbuh ni. Bila makan buah buah yang berbiji, maka bijinya akan tumbuh dari dalam perut. Dulu dalam komik KAWAN (Kami Anak - Anak WawasaN) pun ada. Memang terkenal dari pantai timur sampai ke pantai barat. Bagus jugak bila korang makan biji buahnya korang buang, sebabnya boleh elakkan apendiks (adakah ini jugak satu mitos? aku tak tau).
>
>
Bengkok 2 kaki, mati mak
>
Antara yang terkejam pernah aku dengar. Bagaimana ciri - ciri kaki bengkok ni? kaki kiri dan kanan dibengkokkan semasa berbaring dengan muka menghadap lantai (posisi biasa bila baca novel atau bila abang suruh pijak belakang badan). Apa yang sebenarnya pereka mitos ni nak buktikan, aku pun tak tahu.
>

>
Bila kacau sarang tebuan, batukan diri

Ini mungkin aku sorang je yang pernah dengar dan ianya lebih kepada pengalaman. Aku dulu bolehlah dikategorikan sebagai budak yang agak nakal. Keluar pagi, balik petang. Memang tensen mak ayah aku, hinggakan bila pindah rumah, rumah baru aku tu betul - betul dalam hutan - rumah terdekat ada dalam sebatang rokok perjalanan merokok haram dan tiada faedah langsung dan aku tak isap ok. Pernah sekali aku dan kawan aku kacau sarang tebuan atas pokok gajus. Kami panjat pokok tu, dan untuk mengelakkan diri dari diserang, kawan aku suruh duk diam - diam, kononnya nak bersatu ngan pokok, biar tebuan ingat kita ni pun pokok jugak. Tapi nampaknya penyamaran aku tu tak jadi sebab akirnya kepala aku kena sengat jugak. Padan muko.

>

Baju terbalik, boleh balik sekolah awal
>
Ni aku dapat hasil perbincangan dengan ahli beit. Katanya dia dapat daripada kawannya. Bila pakai baju terbalik ke sekolah, maka kita akan dapat balik awal dari sekolah. Sape yang suka balik awal, boleh la buat..rasanya balik awal sebab tak tahan kawan - kawan gelakkan diri.
>
>
Apabila tidur kaki jangan menghadap pintu
>

Ini lebih kepada pesanan orang tua tua. Kenapa? Kononnya ada hantu yang melalui pintu - pintu ni, jadi takut tersepak kaki kita. Sebenarnya moral daripada pesanan ni adalah bila kita tidur dengan kaki menghadap ke pintu, mungkin orang yang nak masuk akan tersepak kaki kita (jangan samakan orang tu dengan hantu plak)
>
>
sebenarnya, ada banyak lagi, tapi kebanyakannya pesanan orang orang tua yang kita dah biasa dengar.
>
sekian

7 comments:

[MH] said...

pernah dgr satu je..yang makan biji limau tumbuh pokok dlm perut.
Kak Long suka kenakan.

yang lain semua first time dgr.

musegalo said...

orang bandar, mane pernah dengar...
budak kampung, biasa la ngan menda ni..
haha

Anonymous said...

jgn makan epal depan cermin pd pkul 12tgh mlm.

urban legend. wlpn tipu, tp sapa zmn moden gini pn org tau lg. tgk supernatural lg ah..

psl tebuan tu, sori ah. aku terkate something r ke mg. hahahaa

Anonymous said...

mesti ko pernah kena tipu..
same nasib cam aku.
benda ni bagus untk ajar budak2 nakal..
ko penah dgr x kalo bdk2 suka jelir lidah..pastu org tua ckp'Ati2 nnti jatuh lidah'hahha
mgkin org tua zaman dulu x sempat nk belajar anat ataupon x suka g kelas anat..

musegalo said...

rodent:
jadi gane kalu makan epal depan cremin? transform jadi vampire?

aku maafkan smua orang yang ngumpat/kutuk/caci/hin aku..sape la aku ni untuk berdendam..

nabil:
hahaha...mmg mke ko muka slalu kne tipu..muka baik..haha

mohd hazwan bin mohd salleh said...

hm..

bese dgr pasal bjik tembikai ngn kaki bengkok ke atas tu..

senanye org2 tue ni tensen tgk bdk2 angkat2 kaki sambil baring..cam xhormat kat diorng..camtu r.

mybe keprcyaan2 n larangn2 ni khusus utk tmpat2 tertentu..sbb tu ade yg xprnah..kan3??

mohd hazwan bin mohd salleh said...

*ade yg xpenah dgr

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.