Sunday, December 7, 2008

Mansura : a day due eid

Aku memang dah lama bercadang nak pegi Mansura taun nih, dan sebab utama aku nak ke sana adalah untuk menunaikan amanah yang telah diletakkan atas bahu oleh keluarga aku kat Malaysia. Aku ditugaskan untuk menjadi posmen dan sebagai sorang posmen, tugasnya tak lain tak bukan adalah antar barang. Barang ape? bace dulu sampai habis..
>
>
>
Alhamdulillah peluang datang bila aku dengar Zubair ada cakap yang dia nak gi Mansura,untuk melawat kawan. Nak dipendekkan cerita, malam 9 zulhijjah bersamaan 6 disember kami bertolak dari Saidah Zainab ke Ramses naik metro. Adam dan Irshad dengan agenda tersendiri pun turut serta lam jaulah tersebut. Dari Ramses kami naik bas ekspres ke Mansura. Perjalanan mengambil masa 2 jam lbeh. Kami tiba lam pukul 9.30 malam. Hampir krem otot glutei aku disebabkan terlalu lama duduk dalam bas tu. Walaupun tiba dalam keadaan mamai dan keletihan namun Alhamdulillah akirnya kami sampai jugak dalam keadaan selamat.
>
>
>
Kemudiannya, lepas turun dari bas, kami tumpang sorang brader ni pegi Ishtat Gamaah, tempat bermukimnya kawan Zubir. Dan setelah sampai di sana kami berpecah -- Irshad dan Adam tido kat rumah kawan masing - masing manakala aku ngan Zubair plak tido kat rumah kawannya, Usamah. Sedara Usamah ni adalah kawan satu skolah dengan Zubair sebelum datang ke Mesir tahun ni.
>
>
>
Keesokan harinya, dalam pukul 8 lebih, Zubair dan Usamah bertolak ke Dirasaat untuk menemani aku menghantar barang yang dikirimkan. Barang tersebut adalah milik sepupu ayah aku, Hizwatuna atau nama panggilannya (aku + adik2 + sepupu2 aku panggil) Mokna yang datang belajar kat mesir ni dah lama dah. Tahun lepas dia telah berkahwin dan tahun ni, di samping hantar barang, aku jugak ke Mansura ngan tujuan untuk melawat baby yang baru sahaja dilahirkan. Alhamdulillah..killing two cicaks with one lastik bak kata orang kampung aku..
>
>
>
tengok sape tu..
>
>
>
Nama anaknya Rafiq Fitri, dilahirkan dalam bulan Ramadhan baru - baru ni masa aku duk bercuti kat rumah di Malaysia tercinta. Nama Fitri diambil sebab diorang ingat baby ni akan lahir masa raya, tapi nak buat macam mane..Allah sebaik - baik pengatur segala sesuatu. Walaupun tak dilahirkan pada 1 syawal, namun nama fitri tetap melekat dijadikan nama adik nih. Antara barang yang dikirimkan dari Malaysia adalah sebenarnya pakaian untuk Rafiq, tapi dua bulan dah pun berlalu sejak baju tu dikirimkan jadi, mungkin dah tak muat untuk dipakai..silap aku jugak..lambat hantar.
>
>
>
Perjalanan balik pulak tak lama sangat, dalam dua jam lebih je. Seperti hari sebelumnya, kitorang naik bas ekspress balik ke Cairo. Alhamdulillah, walaupun esok cuti (10 zulhijjah) namun bas untuk balik ke Cairo masih lagi ada malam tu. Kalau takde bas maknanya tak dapat la aku melapah unta esok. Sampai di Ramses, kami naik metro pulang ke rumah masing - masing. Dan sebaik saje aku sampai kat rumah, terus aku ngadap laptop ahli beit dan menaip..
>
>
>

tidur dalam iman


xbesdanxbesviii
7 dec o8


takziah buat pasangan suami isteri sahabat kita di mansura. Semoga Allah menguatkan hati mereka menghadapi ujian tersebut. Al fatihah.

No comments:

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.